Jumaat, 2 Januari 2015

40 Pelaburan emas delay scam akhirnya tersontot

Emas merupakan unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Au (L. aurum) dan nombor atom 79. Logam ini secara asli boleh didapati dalam bentul ketulan nuget atau butir kecil dalam batuan, atau mendapan aluvial. Kadang-kadang ia juga boleh didapati dalam sebatian emas selalunya dengan tellurium. Logam emas adalah padat, lembut, berkilat, dan logam asli yang paling mudah ditempa dan mulur. Emas tulen mempunyai warna kuning terang dan dianggap menarik dan warna ini kekal tanpa mengalami pengoksidaan udara atau air. Emas adalah logam yang dibuat syiling dan berfungsi sebagai simbol kekayaan dan penyimpan nilai sepanjang sejarah manusia. Standard emas telah menyediakan asas untuk dasar kewangan.


Itu adalah definisi emas dari sudut ilmiahnya. Dari segi kecantikan, ia mempunyai nilai perhiasan yang tinggi terutama di kalangan orang perempuan. Bagi sahaja cincin emas, rantai emas, gelang emas kepada kaum wanita, pasti akan senyum sampai ke telinga. Dari segi kewangan pula, emas mempunyai nilai yang tinggi dan sering dijadikan modal untuk pelaburan.

Namun tahukah anda cara melabur emas yang paling mudah dan efektif?

Langkah 1: Pergi kedai emas atau jumpa penjual emas.
Langkah 2: Beli emas sama ada dalam bentuk perhiasan wanita atau bar.
Langkah 3: Pakai emas atau simpan emas di rumah atau di mana2 tempat penyimpanan emas.
Langkah 4: Tunggu sehingga harga jualan emas naik melebihi harga belian dulu.
Langkah 5: Jual emas tersebut dan anda akan dapat wang yang lebih banyak dari anda mula2 beli emas tersebut.

Ada banyak lagi cara lain untuk melabur emas, tapi asasnya bila kita bayar harga emas dengan duit, pastikan kita dapat emas itu secara fizikal. Andai kata harga emas turun merudum pun, sekurang2nya kita masih ada emas tersebut. So kalau ada orang nak tawarkan anda untuk beli emas secara tangguh atau delay di mana kita bayar duit tapi emas itu dia simpan, nah, bagikan jari tengah kepadanya. Bila rugi, duit lesap, emas pun takde.


Majlis Fatwa Kebangsaan ada mengeluarkan fatwa mengenai syarat dan hukum hakam pelaburan emas yang panjang lebar, boleh baca di sini - Parameter Pelaburan Emas.

JAKIM juga di dalam Facebook rasminya telah mengeluarkan hukum pembelian emas secara tempahan berdiskaun adalah TIDAK SAH, dan yang menyebabkan tidak sah itu bukan kerana diskaun harga itu tetapi kerana kelewatan dalam penyerahan emas, yakni tangguh atau delay.


Dan orang yang paling glamor buat pelaburan emas secara delay ini adalah Tok Belagak. Serius, aku dengar nama Tok Belagak je pun aku dah tau dia seorang scammer, sebab sebelum dia buat perniagaan pelaburan emas, dia merupakan seorang pengamal perubatan Islam, kononnyalah. Dulu pernah keluar kat berita Harian Metro pasal baca Surah Yasin mengundur pada 16 Mac 2011:
Mampu mengimbas siapa yang bakal masuk syurga atau ke neraka, mampu menghantar roh orang sudah mati ke Makkah untuk beribadat hingga kiamat dan memulihkan mangsa santau dengan bacaan Yassin secara mengundur - itu antara kebolehan luar biasa Tok Belagak.

Namun, semua itu dakyah songsang satu kumpulan dipercayai ajaran sesat yang kini bergiat aktif di pinggir bandar raya ini untuk mencari pengikut. Ia diketuai seorang bomoh lelaki berusia 50-an yang digelar Tok Belagak.

Mendedahkan perbuatan bertentangan akidah itu, seorang ibu tunggal yang mendakwa dua anak lelakinya berusia 30-an terpengaruh ajaran terbabit berkata, dia amat bimbang akidah anaknya akan terpesong daripada ajaran Islam sebenar.

Wanita berumur 56 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Siti berkata, pada mulanya kedua-dua anak lelakinya itu menemui lelaki terbabit untuk mendapatkan penawar penyakit dialaminya yang tidak sembuh sejak sekian lama.

“Pada mulanya anak-anak saya ingin mencarikan penawar untuk sakit saya dan tidak kebah sejak dulu. Namun, selepas diberikan air kononnya boleh menyembuhkan penyakit saya, anak tertarik untuk mengikuti ajaran kumpulan digelar Darul Saka itu.

“Mereka tertarik menyertai kumpulan itu selepas melihat penampilan ahli dan ketua ajaran terbabit. Dari luar mereka kelihatan alim dan warak serta selalu membaca kitab dan berzikir. Sebab itu saya tidak membantah pelawaan anak untuk menyertai kumpulan mereka pada mulanya sejak dua tahun lalu.

“Tok Belagak pula tak kedekut menurunkan ilmu kepada anak saya untuk mengubati mereka yang terkena saka dan mereka seperti teruja kerana mempunyai ilmu itu,” katanya.

Namun, Siti pelik apabila anaknya membaca surah Yasin secara mengundur ketika mengubati orang yang mengalami sakit buatan orang atau dirasuk.

“Lebih menghairankan apabila Tok Belagak mendakwa boleh tahu berapa banyak amalan arwah suami saya ketika hidup. Arwah meninggal dunia lima tahun lalu dan Tok Belagak mendakwa mampu menghantar roh suami saya ke Makkah untuk beribadat sehingga kiamat untuk menampung dosa ketika masih hidup.

“Saya rasa itu dah cukup melampau kerana saya sentiasa mendoakan untuk arwah suami. Tok Belagak mendakwa dia tahu sejauh mana amalan arwah. Bagi saya itu semua kerja Allah dan dia tidak patut mengeluarkan kenyataan begitu,” katanya.

Siti berkata, dia mula mencurigai amalan kumpulan diketuai bomoh terbabit sejak Ramadan tahun lalu, apabila melihat anaknya yang rajin ke masjid atau surau berhampiran rumah untuk menunaikan solat sunat tarawih tidak lagi berbuat demikian, malah tidak sekali pun melakukan ibadah itu.

“Bagai nak gugur jantung apabila mereka menyatakan tak perlu menunaikan solat tarawih di masjid atau surau kerana mereka bersolat dengan Rasullulah s.a.w di langit. Saya mempersoalkan kenyataan mereka, tetapi sedih betul anak-anak yang saya sayangi memarahi dan meminta saya tidak masuk campur urusan ibadah mereka,” katanya.

Menurutnya, dia kini buntu memikirkan cara untuk memulihkan akidah kedua-dua anak itu, namun pada pada sama tidak berani mendedahkan kegiatan songsang bomoh terbabit kerana bimbang keselamatan diri.

Katanya, sebelum ini dia pernah mengikuti anaknya ke tempat bomoh itu beroperasi untuk ikhtiar mengubati penyakitnya, tetapi selepas menghidu ajaran songsang bomoh terbabit, dia tidak lagi mengikut anaknya ke sana.

“Tok Belagak yang mempunyai isteri dan lima anak turut mendakwa menjalankan aktiviti membuang saka dari jarak jauh. Malah, dia mendakwa mempunyai kawasan jajahan di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

“Saya difahamkan di kawasan Lembah Klang saja, lebih 300 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sudah terpengaruh dengan mengikuti dan menyebarkan ajaran Tok Belagak menerusi blognya di Internet,” katanya.

Tok Belagak walaubagaimanpun menepis artikel tersebut dan mengatakan ia fitnah seperti yang dinyatakan diblog Darul Saka miliknya dan dia cakap dia dah saman akhbar tersebut dan menang saman, namun kalau menang saman kenapa akhbar Harian Metro masih tidak menarik berita tersebut, dan aku tidak terjumpa pula di mana2 berita yang menyatakan Tok Belagak menyaman dan menang saman tersebut?

Dan kalau dibaca artikel2 kat blog Darul Saka tu memang merapu habis, antaranya menghalau jin yang merasuk manusia dengan guna perkataan LANCAU. Sebelum Amran mempopularkan perkataan lanjiou, Tok Belagak dah guna dulu dalam perubatannya. Merapu betul.

Malah dia telah disiasat oleh JAIS berhubung ajaran yang dibawa olehnya, dan pada 30 Julai 2011, mengikut laporan daripada Utusan Malaysia, Tok Belagak telah ditahan oleh JAIS:
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan seorang lelaki yang dipercayai penceramah sebuah pusat rawatan alternatif kerana dipercayai mengajar agama tanpa tauliah, di sini hari ini.

Lelaki dikenali sebagai 'Tok Belagak' berusia 46 tahun itu ditahan dalam operasi sepasukan anggota dari Bahagian Penguatkuasaan JAIS.

Ketika ditahan pukul 2 petang, lelaki itu sedang menyampaikan ceramah dalam satu seminar yang diadakan di sebuah premis di Kota Kemuning.

Turut ditahan 12 individu dipercayai kakitangan pusat rawatan tersebut selain isteri penceramah itu yang berusia 30-an dan didakwa pemilik premis berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIS, Zaaba Zakaria berkata, kesemua yang ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 atas kesalahan mengajar agama Islam dan perkara-perkara berkaitan dengan agama Islam tanpa tauliah.

"Operasi ini kita lakukan hasil aduan dan maklumat daripada orang awam. Berdasarkan maklumat yang diterima pusat rawatan ini telah aktif hampir dua tahun lalu.

"Daripada penahanan 13 individu ini, kita akan adakan siasatan lanjut dan mengambil keterangan daripada mereka, kesemuanya akan dibebaskan pada hari ini dengan jaminan.

"Mereka yang disabitkan kesalahan di bawah enakmen itu boleh dikenakan denda RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Zaaba, ketika operasi itu dijalankan, pihaknya turut mengeluarkan notis untuk hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan kes kepada 36 orang peserta seminar terbabit yang terdiri 31 orang lelaki dan lima orang wanita.

Katanya, pihaknya turut menyita beberapa barangan meliputi peralatan termasuklah risalah-risalah mengenai perubatan alternatif milik pusat rawatan berkenaan.

Mengulas lanjut aktiviti pusat rawatan berkenaan, Zaaba berkata, pihaknya mendapat maklumat, pihak berkenaan menjalankan aktiviti seminar rawatan alternatif kepada peserta dengan bayaran RM250 seorang dan menyediakan khidmat rawatan alternatif.

Rawatan alternatif itu, jelasnya, turut termasuk rawatan berpunca daripada gangguan makhluk halus seperti saka.

Zaaba berkata, pihaknya juga akan menjalankan siasatan lanjut terhadap premis itu khususnya ajaran sesat.

So berbalik kepada pelaburan emas tadi. Konsep aku senang je, kalau dah penipu tu penipu jugak. Sebelum ini page Say No To MLM dah exposed penipuan skim emas Tok Belagak pada November 2013:


Penipu akan tawarkan anda emas pada harga murah dari harga pasar sebagai tarikan untuk minat membeli kononnya menjalankan perniagaan menyimpan atau melabur emas.Selepas anda beli, ejen akan menawarkan hibah bulanan sekiranya anda setuju menyerahkan semula emas itu kepada mereka untuk disimpan.

Sehingga akan terjadi, sekilo emas ada dekat seratus orang pembeli. Sepatutnya mesti ada seratus kilo. Tapi emas tetap sekilo,ini cara skim penipuan emas geneva seperti unsur money game. Sebenarnya diaorang tak simpan pun. Emas tu akan dibawa kepada pelanggan lain pula utk ditunjuk konon2 untuk jual ler.

Bagaimana pun dengan syarat anda perlu membeli melebihi 10g sehingga 1killo emas dengan cara delay dalam tempoh antara  2 hingga 12 bulan. konon2nya emas yg anda beli di order dari kilang oleh itu kos upah murah & penghantarannya sangat lambat.

Bila menghampiri tempoh matang, syarikat akan menghubungi anda dan menawarkan belian semula emas anda dengan lebih tinggi daripada harga belian anda atau menawarkan pulangan keuntungan hasil skim emas delay. Proses ini berterusan sehinggalah target kompeni tercapai. Mungkin RM10 juta.

Untuk kabur mata rambang anda akan dijanjikan untung tetap bulanan yang dijamin konon2nya atau mengambil semula emas yang anda beli tapi agent akan nasihatkan anda bodoh la… jika tak labur lagi. Kalau anda setuju jual semula, emas tu akan dijual pula kepada orang lain dengan kaedah yang sama.

Dari mana datang untung? Wang yang anda bayar untuk beli emas selalunya akan dilaburkan dalam masa anda menunggu (delayed order). Selalunya masuk ke kompeni ah long atau pajak gadai kafir yang memberi pulangan tinggi.. yang haram la bukan Ar-rahnu punya.

Bila kompeni dah capai target…..  mula ler Creaking Down Skim Cepat Kaya ini, kompeni pun lesap. Tinggallah pelabur yang gigit jari. Mangsa seterusnya tentulah ejen-ejen jualan. Mana mau lari haa?

*Cara ini lebih kurang sama dengan Penipuan Emas Geneva kini diguna oleh Skim Tok Belagak!!

info dari Spy Say No To MLM & Orang Tok Belagak sendiri.... bocor lagi....

Sila semak dengan Pihak Berkuasa sebelum melabur dalam skim emas

- BNM , SSM , SC, KPDNKK , PDRM -

Masa ni ramai la macai2 Tok Belagak yang defend dan pertahankan skim emas delay Tok Belagak, admin SNTMLM kena kutuk kaw2, kena maki hamun, suruh Tok Belagak hantar saka, santau, jin dan macam2 lagi. Malah ada juga yang butthurt dan mempertahankan skim emas delay kat page JAKIM tu.

Sumber page SNTMLM.
Yang paling tak boleh blah siap ada macai yang wujudkan fanpage "Support Tok Belagak".


Dan sekarang, pelaburan emas delay Tok Belagak telah tersontot, tersadung, gagal dan mengalami kerugian. Dipetik dari blog Nur Fauzi Bassar (blog beliau juga banyak pembongkaran mengenai isu2 MLM yang terkini):
Rasanya ramai dah tahu kan?

Akhirnya yang dirisaukan dah berlaku. Pemain emas delay tersangkut dan tersadung juga. Kalau dalam fb ramai kata dah tersontot.

Ramai menanggung kerugian. Bukan sikit, ada yang cecah juta -juta RM juge. Ratus ribu RM sangkut ada. Puluh ribu RM lebur ramai, ribu-ribu RM lesap berlambak-lambak.

Sifirnye mudah saje, penganjur menanggung liabiliti yang terlampau tinggi dan program tersontot jika tiada peserta baru.
Mana nak untung kalau jual lagi murah dari harga modal? Celah ketiak mana nak cari untung? Siap kena bayar upah ArRahnu lagi. Harga emas bukan naik menggunung tiba-tiba tahun ni.

Simpati?

Ye. Memang simpati pada yang terlibat. Ramai yang masuk bukan kaya pun. Ada yang sampai meminjam,  buat pinjaman bank. Ada yang terdesak nak pakai duit, nak sara keluarga, ahli keluarga sakit, macam-macam lah..

Mereka terpaksa bayar harga yang sangat mahal untuk tahu tentang skim cepat miskin. Satu pengajaran untuk kita bersama.

Harap otai dan jerung besar terlibat dapat diheret dan didakwa. Tak kisahlah namanya tok belagak ke, luncai ke, bujal ke, buat laporan polis (bagi mangsa) dan dakwa.

Peringatan dah diberi banyak kali sebelum ni. Tapi penganjur tetap perasan hebat dan degil, tak terkecuali peserta skim yang kabur mata tengok duit.

Ini adalah penjelasan dari Tok Belagak mengenai isu emas delaynya :





Tok Belagak sendiri mengakui melanggar Fatwa Kebangsaan dan boleh diserbu pihak berwajib. Maksudnya apa? Maksudnya pelaburan ini tidak sah dan scam! Dan disebabkan itu, pelanggan dan macai2nya menuntut hutang mereka dengan Tok Belagak:











Yang ni siap gegar2 pagar rumah nak tuntut RM300,000 suruh pulangkan balik wang pelaburan emas.


Nak baca lagi komplen2 dari mangsa2 penipuan pelaburan emas Tok Belagak, boleh baca sendiri kat group Jom Emas 2, malah sudah ada yang buat group "Jom Mangsa Tok Belagak (Fight For Your Right)".

Kami tak janjikan bulan bintang, kami janjikan kejujuran dan amanah konon, ayat manis nak kencing melayu... phuii!


Dulu tahun 2012 pun dah berlaku skim penipuan pelaburan emas tapi ramai yang masih tidak mahu belajar dan ambil pengajaran.


Komen bernas dari seorang marhaen Prebet Lapok:


Yang menipu melayu, yang kena tipu pun kebanyakannya melayu. Kesian. Macam tulah melayu. Melayu tipu melayu, dulu, kini dan selamanya.

Kredit info dan gambar dari page Saya No To MLM. Baca lagi artikel2 berikut:




tags: skim pelaburan emas tok belagak emas delay tangguh scam scammer penipuan darul emas sdn bhd desb darul saka halau jin saka rasuk scan orang baca yasin mengundur sesat karut macai mlm melayu tipu melayu why delay seminar manipulasi

40 ulasan:

  1. second.. mana anon first ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  2. third la nampaknya... hmm

    BalasPadam
  3. Semakin ramai yang tersontot dengan 'pelaburan emas' mutakhir kini.

    Walhal, dengan RM 150 sebulan.Sesorang itu dapat membeli
    1 gram emas fizikal dan boleh menyimpannya untuk jangka panjang lebih dari 15 tahun.

    RM 150 boleh dijadikan modal pelaburan pisang goreng dan apa jua seni jualan jalanan yang lain.

    BalasPadam
  4. Tiada jalan pintas untuk hidup senang. Kalau senang sangat, memang senanglah kena sontot

    BalasPadam
  5. berurusan dengan tok belagak ni aku dah hilang 3 benda. hilang duit, hilang kepercayaan orang dan hilang sabar. celaka la penipu. pulangkan duit aku woi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah nama sendiri terang2 belagak itu pun tak paham nuf said ko bodoh! tapi ak dulu pun dh terkena gak lesap rm130 time kolej.. dan dari situ ak ambik pengajaran dan ad je kwn2 ak terjebak sket unsur2 skim ni memang ak nasihat abis2san

      sabo je le tapi serius akui la kebodohan kau itu :(

      Padam
    2. ko pon sama bodoh...

      Padam
    3. lahanat itu olang.. TOK BERLAGAK LAHANAT

      Padam
  6. Bosan laa asyik kena kencing Tok Belagak..! Auta saja lebih...! Wakalah DEP pun sama2 patut kena saman. sebab bersubahat dengan si penipu ni

    BalasPadam
  7. Tok belagak nak mampos.. customer tak nak tau pun psl GCP..
    Customer letak duit kat tok..bukan kat GCP..
    So, cairkan la aset2 tok..rumah2 teres, banglo, kondo yg kononnya tok beli mcm beli aiskrim. sampai australia harta tok.. jual jelah..
    Biar hidup miskin, jgn mati tanggung hutang

    yang benar,
    Johnny Mambo

    BalasPadam
  8. aku saspek si rosli dan ayam afrika dua makhluk tu anak buah tok belagak.. sebab tu diorang panas hati kalau kutuk2 tok belagak.. diorang pun mangsa sontot jugak

    BalasPadam
  9. Noob,ada satu lagi,khazanah bangsa,modus operandi lebih kurang tok belagak.ha3

    BalasPadam
    Balasan
    1. cit podah.. khazanah bangsa konon.. bangsa yg paling mudah ditipu dan paling pemalas.. sebab tu senang kena tipu tak kaya2.. betul kata anon atas ni.. khazanah bangsa pun cilake jugak.. geng tok belagak la tu..

      Padam
  10. tok belagak ada 3 tan emas tu plg lawak... kalau dah ada 3 tan dh boleh declare lelaki terkaya kt malaysia dh ni, tp yg keluar muka2 cina jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1 tan = 1000kg
      3 tan = 3000kg
      1kg emas rm 140000
      3000 x 140000 = 420 000 000 (420 juta)

      Celah mana ko kata leh jadi paling kaya?
      Ko x tau ke paling kaya ade brape billion duit kt malaysia ni..diulangi..BILLION.

      Padam
  11. Wah. Blog aku pun masuk juge.

    Tambah perisa sikit. Tak terkecuali yang terlibat dalam skim2 emas ni juge ustaz2 yg mmg ade ijazah peng islam, dan juge cikgu2 di sekolah. Yang belajar tinggi pun gelap mata sebab duit.

    Biaselah bila nasihat dalam fb, memang tak dihiraunye kite ni. Cakap cikgu mcm aku ni tak laku gamaknye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju melayu mudah burhurt, mesti dia nak pusing benda lain walaupun terang2 org dh kasi bukti malays sanggup bermati-matian mempertahankan penipuan orang yg disokongnya walaupun fakta tu terang dah menipu.....

      Padam
    2. btui tu.walaupun fakta kata nuwar berahi tu peliwat tapi ramai lagi yang suka kena tipu dengan dia.

      nik ajih menjual agama pun ramai yang suka kena tipu dengan dia.biasa la orang umno kapir.orang sokong PR je yang Islam...

      oopss....

      Padam
    3. baiklah wahai tanpa nama atas aku ni

      Padam
  12. Yang menipu melayu, yang kena tipu pun kebanyakannya melayu. Kesian. Macam tulah melayu. Melayu tipu melayu, dulu, kini dan selamanya.

    yup truth kebanyakan melayu memang selalu terkena penipu dari perniagaan online nya sampai la ke perniagaan ala2 skim yg ditukar kepelbagai nama yg sikit je yang pandai tak jatuh ke "trap" tu

    tapi masalah malays ni bodo bertingkek2 tau nak menyedapkan diri je bukn peduli sgt pun... lagi2 belah2 pekan x semua tp kebnyknnya sedih.. EGO tu la punca utama tak pandai nak gunakan EGO kat tmpt sepatutnya....

    yang penting ambik pengajaran le kawan.. Allah S.W.T. nak tengok kita susah pyh nak capai kejayaan ikut sunnah nabi tapi kalau nak capai kejayaan ikut nafsu xde panduan shortcut nuff said ko xkan berjaya....

    tak dapat tolong tapi ak boleh tolong doakan supaya orang melayu tak bodoh sombong dan bercakap sopan...

    p/s: ngehehehe2

    BalasPadam
  13. Tertarik dgn statement last..mleayusenang ditipu, dulu..kini..selamanya......sbb kita jenis cepat gelap mata bila tgk wang byk

    So, jgn cepat percaya jika ada ayam KFC 10 ketul letak atas meja...silap hari bulan kena trick mc ikan kat laut makan umpan besar. Sy ada dengar statement dr member...dia ckp "Kalau nak kaya cepat, kena kuat tipu orang, simple as that". LESSON LEARNED

    BalasPadam
    Balasan
    1. dulu, kini, selamanya.. tu motto umno..

      siapa umno? melayu..
      siapa yg umbo tipu? melayu..

      baguss, dh betul sgt dh tu kahkahkah

      Padam
    2. umbo tu apa natang??? sejenis macai yg bodoh belagak sombong??

      Padam
    3. siapa nuwar berahi peliwat = melayu
      siapa yang nuwar berahi tipu = melayu

      baguss, dah betul sangat dah tu kahkahkah

      siapa niki ajih?melayu...
      siapa yang niki ajih tipu?melayu...

      baguss, dah betul sangat dah tu kahkahkah....

      siapa lim kit sial?cina...
      siapa yang lim kit sial tipu?semua orang...

      baguss,dah betul sangat dah tu kahkahkah

      Padam
  14. aku tanya apa kabar? padan muka macai tok belagak

    BalasPadam
  15. Noob .. Utoken plak macamana? Ada ulasan x?Sbb aq da labur Dkt 17k..

    BalasPadam
  16. How about 1whp, pliss noob... :(
    -api api-

    BalasPadam
  17. sila! sila ke blog saya ha ha ha!

    http://wake-up-kick-ass-repeat.blogspot.com/2015/01/jenin-jaybon-dan-bakal-jenazah.html

    http://wake-up-kick-ass-repeat.blogspot.com/2015/01/a-moral-obligation-part-1-and-2.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  18. http://www.bnm.gov.my/documents/2014/20140725_FCA_EN.pdf

    Nah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mantot komen kt buasir otak? ini suatu keajaiban dunia

      Padam
  19. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  20. Ada sesiapa tahu pasal KJ Gold? Bila google tak banyak dapat info pasal KJ Gild ni. Dengar cerita ramai yang tak dapat payment balik lagi.

    BalasPadam
  21. KB dah ok ke..ada sapa2 tau. Tak ada dengar sebarang progrem dah.

    BalasPadam
  22. KB dah ok ke..ada sapa2 tau. Tak ada dengar sebarang progrem dah.

    BalasPadam
  23. KB...? sikit lagi... sikit lagi... sikit lagi.. sinarnya nun jauh di sana.. hehe...

    BalasPadam
  24. Bila ad program mcm ni lagi aku berazam akan beli mas jongkong banyak2.. Simpan.. Murah woi...

    BalasPadam
  25. Gcp ni betol ke x weh emasnye? Seram pulak dgr

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.