Iklan Leaderboard

Selasa, 26 November 2013

25 Habiskan 1/3 harta untuk wangian bukan membazir

Adakah anda tahu, kalau anda menghabiskan 1/3 daripada harta anda untuk beli wangian, ia bukanlah dikira sebagai suatu yang membazir? Bermakna kalau gaji anda RM3,000 sebulan, belanjalah RM1,000 daripadanya untuk beli minyak wangi sahaja, dan ia bukanlah suatu pembaziran.


Pertama sekali, aku menulis ini bukan untuk jatuhkan sapa2, cuma aku agak terkilan bila ada pihak yang berdusta dengan kata2 Nabi semata2 kerana kepentingan perniagaan. Kau nak jual apa2 itu hak korang, korang nak marketkan macam2 mana cara pun itu hak korang, tapi tolong jangan asyik nak mempergunakan agama bahkan sengaja mencipta hadis Nabi semata2 nak tarik pelanggan.


Di laman web sebuah produk minyak wangi yang terkenal, tertulis sebuah sabda Nabi tanpa disertakan sumber dan sanadnya seperti berikut:
Sabda Rasulullah, "Sesiapa yang menghabiskan 1/3 dari hartanya untuk wangian, maka dia bukanlah dari golongan yang membazir".

Kalau ikut sabda ini, kita boleh habiskan 1/3 daripada harta kita semata2 untuk wangian tanpa dikira membazir. 1/3 tu nilainya bukan sedikit tapi sangat banyak. Bahkan bayaran zakat pun cuma 2.5% daripada jumlah harta yang wajib zakat, inikan pula minyak wangi boleh berhabis sampai 1/3 daripada harta?

Memang minyak wangi tu bagus dan banyak disebut dalam hadis, tapi tak la sampai boleh belanja sampai 1/3 harta semata2 beli minyak wangi, karang tak pasal2 para suami pening kepala bila isteri guna alasan sabda Nabi ini untuk berhabis duit beli minyak wangi sahaja.

Bila kita baca sebuah hadis Nabi yang agak meragukan lebih2 lagi yang tidak disertakan sumber dan sanadnya, seharusnya kita perlu mencari kesahihan hadis tersebut sebelum disebarkan kepada orang lain. Bila aku buat carian di Google, tiada mana2 sumber yang menyebut hadis ini selain daripada mereka yang menjual minyak wangi itu. Aku juga cuba mendapatkan jawapan daripada beberapa sumber dan mendapat jawapan yang hadis tersebut tidak sahih.



So diharap para penjual dan peniaga jangan lagi berbohong dengan kata2 Nabi kerana ia merupakan satu kesalahan yang sangat besar dalam agama Islam. Yalah, sapa kita yang pandai2 mereka hadis dan berkata ia datang daripada Rasulullah s.a.w? Malah menyebarkan hadis palsu merupakan suatu kesalahan dalam undang2 di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan, Seksyen 13 (1) dan boleh dikenakan tindakan mengikut pelbagai seksyen seperti mencerca agama dan penerbitan agama bertentangan dengan hukum syarak.

Kalau produk yang korang jugal memang bagus dan berkualiti pasti akan ramai orang beli juga, tak perlu nak susah2 memperdagangkan agama semata2 untuk melariskan jualan lebih2 lagi kalau mereka2 suatu yang tak betul.

Baca lagi artikel berkaitan:

* Thanks Psychic Zero sebab tolong aku tulis sepanjang ketiadaan aku.




tags: hadis hadith sabda nabi rasulullah sahih palsu dhaif sumber sanad adab al mufrad riwayat imam al-bukhari muslim tarmizi habis 1/3 harta wangian bukan membazir minyak wangi scarf perfume jualan laris produk guna agama islam tipu pengguna pelanggan kesalahan hukum dusta kata bohong dagang

25 ulasan:

  1. 1st ! noooobbb .... Finally you come back. huhu we miss u noob...:)

    BalasPadam
  2. Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin
    menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan.

    BalasPadam
  3. teringat aku tentang ceramah oleh dr maza berkenaan eksploitasi agama ni. benda ni makin menjadi-jadi.
    ni linknya http://www.youtube.com/watch?v=-3NjEvlGa_o

    BalasPadam
  4. PON kembali!!!!!!


    -apec-

    BalasPadam
  5. Noob san, tadaima ^^

    Hidup PBOB (parti buasir otak bersatu), next PRU bertanding yer YB Noob~ :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin
      menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan.

      Padam
    2. PBOB boleh lawan dengan Kesatuan Anon Tanah Melayu (KoTe). Kami juga akan menghantar wakil ke setiap daerah untuk PRU-14.

      -Presiden KoTe

      Padam
  6. ish2 . zaman sekarang ni macam2 kan . boleh je gune care lain nak beniage pon .

    BalasPadam
  7. He's BACK!!!!
    XD

    BalasPadam
  8. Produk yg guna agama sbg pelaris mmg aku rejek awal2. Nmpk sgt produk xde kualiti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kesian tol mat kristian seekor ni...

      Padam
    2. tanyakan ustaz2 kamu dari ayat Quran mana yg dirujuk utk hukum hudud bagi kesalahan:
      -zina bagi org yg dah kahwin
      -murtad
      sila semak Quran 4:137 dan 24:2
      semak juga Deuteronomy 22:23-24, Deuteronomy 13:5, Leviticus 20:10, Leviticus 24:16
      nak banding dgn hadis pun boleh juga.
      then you tell me, is hudud 100% Islamic and comes from Quran (Allah)?




      mohon sesiapa jawab pertanyaan anakholat ni...

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  9. Tgk. noob ada baru si plain nak komen. kih3..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ape significant noob ada baru plain nk komen? gi tau aku..........kalau sudi..

      Padam
  10. nak kaya punya hal.. nk tarik org islam punya hal..

    BalasPadam
  11. noob kembalii!..

    sigh..

    sebab tu aku suka lepak kat buasir otak..
    semua isu disiasat dulu dan diberi ulasan yang bagus sebelum di-up kat sini..
    siap rujukan dari yang lebih arif dalam sesuatu isu..

    harap psikikzero teruskan buat entri jugak..

    BalasPadam
  12. kali pertama dengar pasal ni. ada jugak eh.

    BalasPadam
  13. yeayyy noob tuliss noob tulisss lagii..haha bestnya!

    BalasPadam
  14. x ingin langsung aku nk beli.

    BalasPadam
  15. Teruskan menulis POB!

    Anda punya artikel mmg terbaik!

    -Oyen-

    BalasPadam
  16. love you noob!!!!!

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...