Sumber gambar |
NY Times menulis: “Sekiranya orang-orang Islam berhenti melaksanakan thawaf ataupun sholat di muka bumi ini, nescaya akan berhentilah putaran bumi kita ini, kerana pusingan dari super conductor yang berpusat di Hajar Aswad, tidak lagi memancarkan gelombang electromagnetic. Menurut hasil penelitian dari 15 University : Menunjukkan Hajar Aswad adalah batu meteor yang mempunyai kadar logam yang sangat tinggi, yaitu 23.000 kali dari baja yang ada. Beberapa astronout yang di angkasa melihat suatu sinar yang teramat terang memancar dari bumi dan setelah diteliti ternyata ia bersumber dari Bait Allah atau Kaa’bah, Mekah.
Super conductor itu adalah Hajar Aswad, yang berfungsi bagai microphone yang sedang menyiarkan dan dimana jaraknya mencapai ribuan million jangkauan siarannya. Prof Lawrence E Yoseph – Fl Whiple menulis:
“Sungguh kita berhutang besar kpd orang Islam, Sholat, Thawaf dan tepat waktu menjaga super conductor itu.” Subhanallah, Alhamdulillah, Laa Illahaillallah, Allahu Akbar. Betapa bergetar hati kita melihat dahsyatnya gerakan Thawaf Haji dan Umroh.
Sekarang anda mempunyai 2 pilihan.
i) Biarkan superb info berada di page ini supaya orang lain tidak membaca.
ii) menyebarkan ke Teman yang lain dengan klik ‘fowardkan’ supaya orang lain dapat ikut terinpirasi “Subhanallah“
Macam biasa, orang kita ni suka dengan benda2 macam ni dan terus share tanpa langsung nak kaji asal usul suatu info tu, lebih2 lagi kalau yang ada kaitan dengan agama. Dan yang lebih sedih, ia turut dikongsi dengan orang yang terkenal bertaraf professor doktor yang juga berpengaruh. Aku tak tahulah samada beliau sendiri yang post atau pun admin pagenya, tapi dah 8,000 lebih orang turut share artikel tersebut daripada fan pagenya.
Pertama sekali aku cari nama Prof Lawrence E Yoseph Fl Whiple kat Google langsung tak wujud. Apa yang aku jumpa paling dekat adalah orang bernama Lawrence E. Joseph yang science writer and futurist, bukan seorang professor pun.
Kedua, artikel tu bertulis sekiranya orang-orang Islam berhenti melaksanakan tawaf ataupun sholat di muka bumi ini, nescaya akan berhentilah putaran bumi kita ini. So sebelum ibadah haji dan umrah diwajibkan, bumi ini tak berputarkah?
Ketiga, perenggan akhir yang kata anda mempunyai 2 pilihan supaya forward artikel ni tak ubah macam syarat surat berantai yang mengarut.
Tiada yang Allah ciptakan tidak hebat, so kita tak perlu sebenarnya cerita2 rekaan macam ini untuk membuktikan kehebatan kuasa Allah. Kita sebenarnya tidak memerlukan "magic" atau keajaiban untuk mengimani akidah kita. Keajaiban sebenarnya ialah setiap hari kita bangkit dari kesilapan dan kekalahan berbekalkan iman dan takwa kepada Allah.
Samalah juga dengan orang2 yang memperdagangkan agama untuk berniaga dan mendapatkan keuntungan dengan jual benda2 pelik dan mengarut seperti air terapi sarang anai2 Al-Khodafi, air berkarbonat Orange Syifa 30 juzuk dan lain2. Silap langkah, benda2 macam ni boleh jadi khurafat yang boleh merosakkan akidah.
Bacaan lanjut abuumair.com dan suhazeli.com.
tags: super conductor batu hajar aswad tawaf solat kaabah mekah haji umrah prof dr muhaya facebook magic keajaiban iman cerita rekaan artikel hoax palsu khabar angin emel email surat berantai air sarang anai-anai makan al-quran al-khodafi al-khadafi orang berkarbonat syifa 30 juzuk guna dagang agama
Japgi nie ade la meleis bengap sekor dua yg akn ckp kau meleis yg bodoh,bodoh sebb semua benda kau nak persoal.. wekekekekeke~~~
BalasPadamohhh lupa laks, pertamax!!!!
Padamade yg lagi best.. kalau x tolong sebarkan nanti dapat bala bencana.. ada tu pulak kalau sebar murah rezeki, dipanjangkan umur dsb.. macam2 alasan sama ada kebaikan atau keburukan kalau x tolong sebarkan.. serba salah nk pilih..
PadamSalam dari Sarawak :)
Padamkeindahan ciptaan tuhan sudah cukup membuktikan KebesaranNya
tak nampak plak meleis bengap yg ko cakap tu
Padamke ko yg bengap main serkap jarang?
butthurt meleis bengap detected..
Padamohhh sekor anon sudah butthurttttt pd 7:01PG..wekekekekeke~~~
PadamUcap dan sebarkan salam....... Salam dari Selangor uolzs
Padamsalam muhibbah dari kelate...
PadamSalam Ramadhan.. Ramadhan al-Murtabak.. setiap kali berbuka mesti ada murtabak..
PadamSalam:) jangan ditinggal Ramadhan tanpa ibrah..
PadamSalam dari kl
PadamSalam dari planet namek
Padamsalam dari kelantan tak diterima,sbb org kelantan busuk
PadamKata dari NY Times, tapi aku search takda pulak link yang betul-betul sahih yang NY Times sebut pasal benda alah ni. 1st result yang aku dapat dari fanpage Dr Muhaya. Yang lain-lain, blog-blog yang lembu pegi main kopipes takda buat cross-reference tentang fakta ni.
BalasPadamMelayu Islam ni memang majoriti langsung tak kenal common sense ke? Ke macam mana ni?
kata dari NY times pula mereka2 nak ikut, percaya, sebar... kata2 dari Al-Quran x nak ikut, percaya & sebar ke?
Padamtikar terbang ajaib ala2 cerita aladin ada? :D
BalasPadamtikar terbang betul2 wujud di india...
Padamboleh buktikan...zam2 alakazam.....
PadamNyanyisoon mata kaji samari seng...
Padam-ahmad-
laporpooo mata kungsiiii....Landing timeee.....
Padamgoogle before you share.
BalasPadamtak semua datang dari google tu betul....tapi google berguna untuk kaji sesuatu...
PadamNampaknya anda semua juga dah berkiblatkan google untuk mencari kebenaran. Rasa rasa anda semua pun dah macam salah fahaman je. Apa benarkah sumber dari google tu?
BalasPadamBerkiblatkan google??
Padamlol
fahaman yg menyembah google kot....
PadamMaazhab google ler tuh..
Padamagaknye le......
PadamMacam best je.. Tapi yang share ni tak pernah belajar sejarah kot..
BalasPadamBanyak benda dengar macam best tapi direka-reka.. menyebarkannya adalah juga seperti menyebarkan fitnah..
Hajar Aswad ni bermula dari zaman nabi Ibrahim, Allah yang suruh bina kaabah, dari nabi Adam sampai Nabi Ibrahim tentu kacau bilau sebab takda orang generate Hajar Aswad ni huhu..
Kalau ikut cerita selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W, Hajar Aswad ni juga pernah dicuri sebelum dikembalikan balik ke tempat asalnya..
salam dr brunei^^
BalasPadamAku ingatkan kat tempat aku je org sebar benda ni.. Rupanya serupa jugak.. Ayat akhir selalu mcm tuu, tak pun dpt bala kalo tak forward.. Ntah apa apa ntah la jd kalo org yg telan bulat2 apa yg di forward org tanpa usul periksa..huhu
-m84-
kan tu facebook. semua boleh connected
Padammeleis burunei pun 2x5
Padambetul tu bro, yg kesiannya pakcik makcik yg takde fb pon kdg2 dpt tahu dr sumber mulut org yg ada fb, kiter yg phm sikit2 ni terpaksa jugak explain kat dorg, psl benda ne tak ubah mcm zaman awal 90an dlu main sebar2 guna surat layang potokopi apa tuu tanpa usul periksa kesahihannya..hehe :D
Padam-m84-
Masalah info2 dlm fb terutama agama n politik terus percaya bulat2....xnak selidik dulu kesahihannya...bahaya menuntut ilmu mcm ni. Nak menuntut ilmu pun mls..senang sesat dibuatnya.
BalasPadamini namanye menuntuk ilmu ikut-dan je....
Padamhttp://en.wikipedia.org/wiki/Faraday%27s_law_of_induction#Faraday.27s_law
BalasPadam*note*
aku malas komen pasal agama ke apa. cuma aku nak ckp, actually la, kalau tengah tu core yang dikelilingi magnet yg berputar, dia hasilkan arus, bukan medan.
cuba tanya bebudak Electrical yg kena ambik paper Teori Medan hahaha.
http://en.wikipedia.org/wiki/Electromagnetic_field
BalasPadamah lantak ah. last2 kene troll je benda2 ni.org kita kan org trollers, suka benda2 x serius dan x pening2 kepala otak, joke2 funny yg x de reponsible sgt. rilek rilek je la kalau kena tipu pun.
it's internet, why so serious son? <-- sbb x serious la korg kene perbodoh cam tu.
mike, aku rasa cam perna baca kes kaabah ni ar. pseudo sain punya blog kot. inb4 jap lagi ada anon butthurt aku panggil ko mike. haha
Padam1.pseudosains.blogspot.com pun same view, benda ni mcm scam.
Padam2. at least ada juga nama nak dipanggil. daripada panggil Tanpa Nama.
yup, byk org nak comment pakai Tanpa Nama, the thing is, anonymousity is a form of irresponsibility.
at least letak la nama kat bawah komen. apa apa hal boleh refer ke tanya balik.
3. aku rasa anonymousity breeds trollers. mmg la akan ada puns dan jokes, in the same time comment2 Tanpa Nama menyebabkan aku rasa mcm baca surat layang. mcm layan budak2.
nevertheless, blog ni santai2 pun so my point of view does not worth much. Tak perlu serius2 kan?
oh terima kasih korang bagi blog baru iaitu pseudosains.blogspot.com untuk diterjah..
Padamada gak ada org nak cerita pasal rotary engine
orang kita jenis terima je...asalkan benda tu nampak baik...bukan nak kaji pun...
BalasPadamAku hairan la meleis yg share benda ni. Tak pnh ke terlintas sdikit pn kat kpala otak dorg nk fikir soalan simple cm "betul ke mende ni??". Konon nk bbakti pd agama ah tu. Mnyerlahkn kbodohan adala.
BalasPadamDr Ke? Kat fb ni kalau ikut kajian lebih dari separuh profile, pages adalah palsu. Walau Facebook cuba nak wajibkan pendaftar guna nama betul email betul dan sebagainya tetapi ianya tetap ciptaan manusia.. boleh ditipu
BalasPadambahkan budak sekolah rendah pun ada facebook bukan satu malah dua tiga untuk mereka main game.. walau kalau ikut polisi facebook budak bawah umur tak boleh mendaftar bukan susah pun tipu umur aje..
Jadi secara kesimpulannya info2 facebook tak kira la dari Dr ka Prof ka atau sape pun kemungkinan besar adalah palsu @ fitnah secara default sebelum dibuktikan kesahihannya..
Byk kali aku jumpa artikel ni dan meleis2 yg pakat share kt fb. Ianya amat ridikeles sehingga aku rasa buang masa aku je nk cek fakta artikel kartun ni. Layan naruto lg baik.
BalasPadamAku salah sorang orang skeptik artikel ajaibnya agama.
BalasPadamBanyak sangat yang merepek sampai malas aku nak percaya. Salahkan tukang share menda merepek tu. Tak reti tapis langsung. Pemalas.
Nasib cerita azab kubur dari penggali kubur tu aku percaya lagi.
setiap benda yang diciptakan ada khasiat tersendiri sama ada boleh dibuktikan dengan sains ataupun tidak,rahsia alam terlalu banyak tersimpan di bumi ini.perkara ghaib juga adalah suatu unsur/perkara yang mesti diimani contohnya malaikat dan jin.tetapi jangan kita meletakkan kepercayaan kepada sesuatu unsur itu bahawa keajaibannya datang dari bahan itu sendiri,bukan daripada Allah Azzawajalla..contohnya menggunakan campuran akar kayu dan herba untuk merawat penyakit kulit lalu ia sembuh..jatuh syirik jika kita menseterukan Zatnya..apa apa pun semua ciptaan Allah mempunyai keistimewaannya tersendiri.baik di darat mahupun di lautan..rahmat Allah sangat luas..melangkau fikiran manusia..iman teguh,hapuslah mungkar..
BalasPadamsalam ramadhan dan aidilfitri
amri-kedah.
baca untuk info & renungan pastu buka google godek cari info baru pikir nak serbar ke tidak. ni tidak..main share je..
BalasPadamMy recent post : Pisang Goreng Di Mcd
Terima kasih share info ni ya. Dapat ilmu baru :D
BalasPadamSolusi No Satu Untuk Penyakit Kencing Tidak Lawas Klik link.
Terima kasih share ilmu ni ya. Sangat bermanfaat :D
BalasPadamSolusi No Satu Untuk Penyakit Kencing Tidak Lawas Klik link.