Troll ni biasanya dibuat untuk menyakat suatu kumpulan dengan niat hanya untuk main2, melaga2kan orang, suka timbulkan gangguan dan provokasi, tapi tiada niat nak menang berhujah pun. Kadang2 dia tak bersetuju pun dengan kenyataannya sendiri sebab tujuannya hanya satu, nak menimbulkan kekacauan. Orang yang suka troll ni akan berlakon seperti seorang macai untuk memanaskan hati pihak lain. Lagi orang panas bontot dengan kenyataannya, lagi dia suka.
Sarcasm atau sarcastic ni biasanya dibuat seolah2 bersetuju dengan kenyataan yang dibuat tetapi ia hanya suatu bentuk sindiran atau perlian. Biasanya orang membuat kenyataan yang berbentuk sarcasm ni tidak bersetuju dengan kenyataannya dan bermaksudkan yang sebaliknya. Kadang2 kenyataan sarkastik ni nampak seperti kenyataan dari seorang macai juga yang selalu disalah anggap.
Macai pula membuat kenyataan dengan sangat tulus dan ikhlas dan dia memang bermaksudkan dengan apa yang dikatakan atau dituliskan olehnya. Dia akan sedaya upaya mempertahan dan menyokong apa yang disokongnya walau kadangkala kenyataan itu terserlah sangat kebodohannya. Macai ini bukan setakat macai politik sahaja, juga terdapat macai2 lain seperti macai k-pop, macai bola dan apa jua macai.
Seperti contoh sekarang ini agak susah untuk membezakan sama ada ayat tesebut adalah troll, sarcasm atau macai:
- Kerajaan BN yang mentadbir Malaysia adalah amat bertanggungjawab untuk membangunkan rakyat dan negara ini, oleh itu kau tak join masuk BN pun dah kira derhaka ko tau tak?
- Korang patut bersyukur Malaysia masih aman, tak ditimpa musibah macam kat Mesir. Ini semua kerana kerajaan BN pandai mentadbir dan menjaga keselamatan negara.
- Bila aku tengok sendiri wajah pemimpin tu, rasa macam ada satu perasaan yang mengalir dalam diri aku, rasa sejuk je tengok, nampak seolah2 ada nur di wajahnya.
- Anwar la pemimpin yang paling agung, pinjaman PTPTN nak tolong langsaikan, tol nak mansuhkan, minyak nak diturunkan, tiada pemimpin sehebat Anwar Ibrahim.
- Aku dah tukar warganegara Korea sebab korang asyik kutuk2 K-Pop. Aku malu nak mengaku jadi orang Malaysia yang dah takde adab ni. Artis K-Pop jauh lebih mulia daripada artis2 kat Malaysia. Aku bangga jadi orang Korea, negara dah la sangat cantik dan orangnya yang sangat sopan.
- Kalau JDT kalah Piala Malaysia, aku sanggup kerat kote aku.
Sebab tu kalau ada orang yang keluarkan kenyataan seperti itu, kalau nak tahu ia sama ada sejenis troll, sarcasm atau macai, kena kaji background orang tu, baru kita boleh pastikan yang sama ada dia seorang troller, sarkastik atau macai tegar.
Homework untuk hari ini, pada pandangan anda adakah orang ini seorang troller, sarcastic atau macai abadi?
tags: perbezaan beza troll sarcasm sarcastic sarkasm sarkastik macai douchebag pencacai najis bn pr umno pkr dap pas bola jdt johor darul takzim trw the red warrior kpop k-poop amran pekida
saya bukan mcai pertama ya
BalasPadamsaya anak Tanah Melayu!! Merdeka!!!
BalasPadamok homework ari ni, org tu adalah macai abadi
BalasPadamitu macai pekida
BalasPadamtu namanya budak2. sembang kencang politik tapi movie interest cam haram. siap minat national cleavage day lagi.
BalasPadamaku da delete definition macai, troller atau sarcasm..ada 2 saja bg aku, .....samada adult yg sensible atau budak2. definition tu lagi senang nk handle org dlm alam maya.
tp aku tgk ramai je macai2 skrg org dewasa bkn budak2 lg dah,bapak org pn ramai...
Padamyup. so one of the way I could think of, is interact dgn mereka dan tgk reaksi mereka bila kau ckp "lu ni mcm budak2 la".
Padamkalau budak2, dia cepat gila sentap. dan kau boleh tau ke-butthurt-an dia.
org tua, lain sikit, dia akan style sindir2. butthurt gak tapi sindir.
senang cerita nyer, beza budak2 ngn org tua ialah pada nilai RESPECT.
kalau dia butthurt sampai kau hilang respect, dia adalah budak2, walaupun umur dia tua.
kalau dia butthurt tapi kau tak hilang respect, ok la tu.
mcm bebudak kt skolah yg buli org, dia bergantung pada butthurt. lagi butthurt lagi kuat kene buli.
ilmu yg aku membebel ni remeh, tapi mmg ada impact especially time kerja.
Padamkalau kau kerja bidang professional, (lawyer,engineer,doctor) atau pun apa2 kerja sekali pun (driver),
kau tak boleh sentap time kerja.
kalau kau sentap time kerja, org lose respect. bila org lose respect, org tak percaya kau boleh execute kerja kau lagi. tak boleh nak sentap, mengamuk, maki2, membebel mcm cilaka, walaupun keadaan tu against kau. nama benda ni MENTAL TOUGHNESS. aku cerita ni pasal, aku sendiri lacking benda ni, dah kerja for years tapi masih di takuk lama.
kalau kau tgk discovery channel, ada rancangan yg tunjuk camana askar US training askar tu. basically dia train askar dia utk stay positive walaupun keadaan cilaka macam mana pun. kalau fikir negative je, kau tak mungkin survive deadly battlefield.
doctor walau macammana complicated pun, dia tak membebel cam haram kat wad pembedahan tu. kalau dia sendiri x confident, mati wo.
ko ni mcm budak2 la pidaus. komen sekali dua dah la. komen byk2 pastu panjang nak mampos mcm bodoh.
Padamye la ye la. hahhaha.
Padamactually aku dh bc blog ko & ur writing are good...but why did u closed the comment section?cannot handle critism that much?
Padamjawapan utk firdaus n :
Padamtgk ni.
http://blogserius.blogspot.com/2013/03/serius-komik-kenapa-angkatan-tentera.html
post bagus tapi dia nyer comment section hahha.
aku part time je buat blog2 ni. sbb nak menulis, tapi so far x de masa nak pantau. aku xde kebolehan mcm Prince Of Noob, Pop-Soul, Obefiend dan otai2 lain la.
nuffnang pun x de kt blog aku tu. masing2 ada reason masing2 la oh.
im asking u in english but why u answering in malay. are u stupid or what firdaus.
Padamhahha terkena aku.
Padamok firdaus n selamat hari kemerdekaan!
firdaus n, actually you were asking him in manglish, a form of rojak language.. not english.. are you mentally retarded or something?
Padamdoesn't matter guys.
Padammarhaba syahri bi istiqlaal (selamat hari kemerdekaan!) eh sapa2 terer bahasa Arab tolong perbetulkan.
selamat hari merdeka dari troll, sarcasm, dan ke-macai-an kepada anon2 semua, jadilah jiwa yg merdeka :)
"kalau kau tgk discovery channel, ada rancangan yg tunjuk camana askar US training askar tu. basically dia train askar dia utk stay positive walaupun keadaan cilaka macam mana pun. kalau fikir negative je, kau tak mungkin survive deadly battlefield."
Padamhmmm teringat battle royale serta 'battle royale' wannabe, hunger games.
seekor macai kot...
BalasPadamaku yakin dan percaya, orang yang bersusah payah menamakan orang lain sebagai macai, adalah macai jua.
BalasPadam'kasiannya pd mangse. jalan di selangor ni x silap kan. cibai PKR. aper pembangkang buat x tahu ler'.ikut status yg die ni buat die ckap genting highland kat selangor,jalan eksiden tu kat negeri selangor,nmpak sangat saje buat2 bangang.so bg ak die adalah troller.setuju?
BalasPadamfuyooo!! entry paling best ni!! tiap malam aku baca ulang2 kali!!!
BalasPadamsarcasm detected
Padamlol XD
Amran Pekida ke ni hahaha
PadamFemes ko sampai Noob buat entry har har har
betul...muka ko sebijik mcm amran pekuda
PadamMacai sejati. Tamat.
BalasPadamNtah la Noob
BalasPadamBaik aku ambik kisah benda lain yang bermanfaat, status kata puji makian dsb. tu semua hanya cetusan rasa hati manusia-manusia ada suka-suka ada memang ikhlas ada yang tak tau apa.. ikut suka dia aja.. Apa nak buat semua ada keyboard ada jari ada hati ada emosi..
Sebab tu jangan terus komen tanpa selidiki latar belakang orang yang kita komen.
BalasPadamOrang tua-tua zaman dulu suka guna ayat sarkastik.
"Ha, panjat pokok kelapa tu!" Bukan bermakna dia suruh panjat tapi sebaliknya.
oh bdk nih ppenah kene troll dgn FB page 'Kepala Hotak Kamu'..adakah komen aku troll, sarcasm atau aku ini seorang macai jalanan??
BalasPadamTerima kasih untuk penjelasannya . :)
BalasPadamAmran pekida slalu di lihat meroyan bahagian komen berita semasa dan slalu jd bahan kutukan org.. sekian
BalasPadam-AMRAN PUKIDA-
macai with benefit...
BalasPadampenyokong parti lawan dipanggil macai sebab mereka kelihatan macam terima saja apa yang dihidangkan parti mereka. Tapi kau sendiri pun mempertahan bulat-bulat parti kau dari segala segi sampai tak nampak cacat cela. Bukan macaikah kau?
BalasPadamso, macai terpakai kepada semua bidang..mencakupi politik, bola, artis, fanpage dan sebagainya..
aku sarankan, lain kali kalau nak komen sarkastik, troll atau macai, kena menyertakan dengan perkataan tersebut diakhir komen mereka..
sekian tima kaseh
Kenapa perlu nilai semangat patriotik pada kibaran bendera? Sememangnya ia adalah kaitan, tetapi bukannya satu-satu jalan menunjukkan semangat patriotik. Buatlah benda yang bermanfaat. Jangan bazir duit beli bendera.
BalasPadamCik lynn pipi kembung... kibar bendera salah satu cara.. tak de bazirnya duit tu... bukan mahal pun bendera kecil tu.... tak nak kibar pun tak pe...itukan pandangan menteri pencen je.... biarkan la dia...
Padamnak beli bendera pun berkira... ini nk korbankan harta dan nyawa demi negara..memang tak la kan.... puiiihhhh...
PadamKesimpulannya, jangan hidup hanya untuk menjadi macai. Tak kira macai ulamak atau macai kerajaan.
PadamAla berapa banyak bendera jatuh orang tak kutip lepas perayaan atau lepas merdeka bendera masuk tong sampah tak ke hampeh namanya tu..
Padamapa nilai bendera pada diri mereka?
tapi kalau ada orang pakai untuk berkemban kecoh pulak satu Malaysia..
tak hormat la apa..