Jumaat, 30 Ogos 2013

62 Mahu pelihara tapi tidak dipraktik

Kita ni dari luarannya banyak sangat benda yang kita mahu pelihara dan perjuang agar ia dapat dimartabat dan tidak pupus. Seperti contoh kita nak pelihara identiti bangsa melayu, nak pelihara bahasa melayu, nak pelihara tulisan jawi, nak pelihara Islam, nak pelihara Al-Quran, nak pelihara ilmu silat, nak pelihara kesihatan, nak pelihara orang miskin, nak pelihara rakyat, macam2 lagi benda yang kita nak pelihara.

Takkan melayu hilang di dunia

Tapi sedarkah kita macam mana kita nak pelihara semua benda2 tu kalau ia tak dipraktikkan dalam kehidupan kita?
  • Macam mana nak pelihara identiti bangsa melayu kalau sikap dan budaya ketimuran tidak dipraktikkan malah meniru dan mengangkat budaya kaum lain?
  • Macam mana nak pelihara bahasa melayu kalau bahasa melayu yang betul tidak dipraktikkan dalam komunikasi harian malah dibuat seolah2 sampah?
  • Macam mana nak pelihara tulisan jawi kalau tulisan jawi tidak dipraktikkan dan tidak dijadikan tulisan rasmi untuk bahasa Melayu?
  • Macam mana nak pelihara Islam jika perkara2 asas dalam Islam tidak dipraktikkan dalam kehidupan seharian?
  • Macam mana nak pelihara Al-Quran jika amalan membaca dan memahami maksudnya tidak dipraktikkan, malah ayat2 suci Al-Quran hanya menjadi perhiasan untuk digantung di dinding, diletakkkan di dalam almari dan menjadi hantaran perkahwinan sahaja?
  • Macam mana nak pelihara orang ilmu silat jika ilmu persilatan tak dipraktikkan pun malah nak belajar pun malas? 
  • Macam mana nak pelihara orang kesihatan jika amalan bersenam dan bersukan tidak dipraktikkan dalam kehidupan? 
  • Macam mana nak pelihara orang miskin jika amalan sedekah dan membayar zakat tidak dipraktikkan malah pandang orang miskin pun rasa sinis?
  • Macam mana nak pelihara rakyat jelata jika masih ramai golongan fakir miskin yang kehidupan mereka sangat daif sedangkan para pemimpin mempunyai harta mewah yang cukup untuk 7 keturunan?

Seperti ilmu tanpa amal adalah ibarat pokok yang tidak berbuah. Ilmu tanpa amal adalah gila dan amal tanpa ilmu adalah sia-sia. Begitu juga dengan kita yang saban hari berkobar2 dan melaung2 ingin memelihara dan mempertahankan sesuatu, tapi dalam masa yang sama kita tidak praktikkan pun apa yang kita laungkan.

Dan kita seringkali mahu memelihara sesuatu tetapi mengharap orang lain yang melakukannya. Apa salahnya jika kita mulakan dengan diri kita dahulu. Seperti juga amalan dan ibadat yang berbentuk fardu kifayah. Kita seringkali menganggap tidak perlu melaksanakan fardu kifayah kerana jika kita tak buat pun masih ada orang lain yang akan buat contohnya menyembahyangkan jenazah. Tapi percayalah kalau satu hari semua orang Islam berfikiran macam ini, kalau ada orang meninggal takde sapa nak solatkan jenazah tu kerana semua rasa itu bukan tanggungjawab mereka dan akan ada orang lain yang akan laksanakan.




tags: pelihara perjuang martabat tidak pupus praktik amal identiti bangsa melayu budaya timur kpop hotstuff pavi cium murah topi obey anak muda bahasa tulisan sms rojak malaysia komunikasi tulisan jawi nasib bimbang pakar korea perkara asas agama islam al-quran baca hafal fahami hantaran gantung perhiasan silat senaman sukan bayar zakat sedekah golongan susah fakir miskin daif ilmu tanpa amal wasiat imam ghazali amalan ibadat fardu ain kifayah solat jenazah

62 ulasan:

  1. setuju dengan encek PON...apakandaya,itulah hakikat zaman kita sekarang

    BalasPadam
  2. Ini I like..
    mungkin kerana sesetengah keadaan yang tidak mengizinkan untuk mempratikkan secara berterusan? Mungkin bagi sesetengah orang.......

    BTW noob tolong ulas pasal Tanda Putera yang kata disekat tayangan di pulau pinang(dapat sokongan khususnya dari penyokong PR) and kempen pakai songkok(sokongan dari UMNO khususnya)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Filem bakal mencapai tahap box office apabila pelakonnya didapati telah menaiki keretapi back to the future utk membawa proton saga iswara n lori daihatsu dan membawa kenderaan itu ke zaman 60an.

      Disamping itu juga terdpt aksi menunggang vespa melalu tiang2 tnb dgn lampu vespa menyala disiang hari walaupun telah diketahui undang2 memasang lampu dilaksanakan pd thn 90an..

      Ini Satu idea yg bernas ' mungkin juga masyarakat pd zaman itu menggunakan khidmat qadam peramal yg dpt meramal benda2 50thn akan dtg" sepatutnya tajuk yg sesuai filem ini adalah Tanda Macai". kata pak berahim froggy apabila di minta mengulas mengenai filem ini.

      sumber..
      Buletin Pukida..
      wartawan : Amran Pilkuda

      Padam
    2. keretapi, lori daihatsu, vespa, tiang lampu tnb = semua barang import

      proton saga iswara je yg boleh nk kata brg local hahahhaha

      Padam
    3. hek eleh korg ni menggelabah betul la.setakat ada kereta proton iswara,lori daihatsu,lampu motor bukak waktu siang pun nak menyalak xtentu pasal.filem hollywood sehebat lord of the ring pun ada kecacatan skt yg org panggil easter eggs.lain kali jgn nilai benda2 kecik mcm tu sbb yg penting penghayatan dan nilai moral yg terkandung dlm filem ni...

      Padam
    4. rasanya kau yg menggelabah. baru sebut kekurangan tanda macai ops tanda putera dh mengelupur sampai nak relate dgn filem hollywood apa semua. ada ker org ckp filem hollywoottt tu perfect? panas punggung der...

      Padam
    5. tak payah nak macai2 sgt la.ko tu pun tau nak komplen tp tengok pun tak. dah masak sgt dgn perangai penjilat anus anuwar al juburi

      Padam
    6. tanda macai detectrutttttthuuuuuouchhhhouchhihi

      Padam
    7. Kat Penang, filem ini diberi Tanda Tanya. Apabila Ketua Menteri Lim Guan Eng menukar surat arahan daripada Melarang tayangan kepada Menasihati tidak menayang kepada panggung2 wayang.

      Padam
    8. komen aku pasal filem tanda putera boleh baca kat sini. pasal lim guan eng sekat tayangan tu kat pulau pinang, itu hak dia, cuma bagi aku lebih baik jika dia sendiri tonton cerita tu kemudian baru nyatakan pandangan dia dekat babak mana yang dia rasa sangat mengguris hati mereka, lepas tu kalau dia nak kondem balik atau nak ambil apa2 tindakan pun terpulang sebab at least dia dah tengok cerita tu.

      Padam
    9. bosan cerita ni tu orang sampai sempat analisa semua latar belakang cerita tu jumpa cctv jumpa proton iswara jumpa tiang lampu tnb hahahaha..

      Terlampau boring sampai orang perasan semua suntingan dan props yang dipakai tidak mengambar keadaan zaman dulu..

      Padam
  3. Pasal tanda putera noob ada bg entry pasal komen tayangan tanda putera n cite in the village kalau x silap..sila baca ye

    Pasal nak pelihara/martabat mcm2...ada yg lg wajib utk dilakukan mcm noob ckp. Zaman skrg yg moden ni..kdg2 takut tgk budak muda skrg.makin pelik adala...mcmana masa depan negara kita kelak kalau dipimpin oleh golongan2 mcm ni..moga2 pemimpin2 kita mempunyai akhlak2 terpuji...amin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahu tapi masa tu lebih pada trailer and the new village. sekarangan ada cerita pasal sekatan tayangan kat pawagam di penang. Ada FB page yg Pro-PR memperolok-olok dengan gelar Tanda Tanya, pertikai kesahihan fakta and mengatakan kualiti cerita teruk. saya nak komen pun x boleh pasal x tengok lagi citer tu

      Padam
    2. Pasal nal komen cite the new village n tanda putera smpi bila x habis..kalau dah penyokong parti masing2, org PR kutuk tanda putera..org BN kutuk the new village. Mls nak cite sbb dah habis pru13

      Padam
  4. hakikat masa kini..melayu bile dh naik bkn nk tlg bngsa sendiri..tamak..yg miskin x dibantu pun..bt charity pn ats sebab nak femes..dpt msk press..up lg status..mostly la..bkn semua..

    BalasPadam
  5. pasal mempratikkan benda berupa warisan ini komen aku:

    1-budaya tiru budaya orang lain semacam sebahagian daripada jiwa orang melayu. macam-macam budaya orang dari kaum lain atau budaya orang asing cuba dibawa kerana nampak cool kononnya

    2-bahasa tu mmg setuju terutamanya yang menulis ejaan yg macam nakharom. rasanya video Inianwarhadi tajuk Eyuwwww tu dah beri penjelasan yg baik

    3-pasal bahasa jawi tu, bagi aku kerana penggunaan telah dilimitkan. dahulu ia digunakan secara meluas tetapi skrg bahasa jawi disinonimkan atau dikecilkan skop kepada pelajaran agama Islam memandangkan cuma sekolah agama yg menekankan pelajaran bahasa jawi dalam kelas

    4-Rukun Islam and Rukun Iman, benda tu yg susah yet penting dijaga sebagai seorang muslim

    5-Al-Quran panduan hidup jadi mmg rugi bagi siapa yg pegang pada Kitab ini

    6-Silat secara peribadi ada dua sebab; kurang digunakan dalam seharian (melainkan polis atau RELA) dan wujud unsur khurafat yang sebati dengan dunia silat walaupun bukan semua jeis silat yang bermasalah

    7-pasal kesihatan tu sediri mau ingatlah!!! Kesihatan anugerah Allah jadi kena jaga elok-elok macam nak jaga motor/kereta/bini/gf/bf.....

    8-kurangnya rasa simpati pada orang yg lagi susah dari seseorang and kurang prihatin

    9-Rakyat dah pilih dye jadi ketua kena buat kerja elok-elok. kena ingat pangkat YB x boleh bawa mati pun

    BalasPadam
    Balasan
    1. no 4 tu dah baca byk kali... tapi masih susah nak paham...

      no 5 tu... ada tertinggal apa2 perkataan ke..??

      Padam
  6. Ni pasal azezz suruh orang pergi haji pakai baju melayu ke? lol
    Kita cakap saja tapi tak buat, orang melayu cakap cakap tak serupa bikin.

    Mari kita mula berbahasa melayu wahai kekanda2 dan adinda2 ku
    Mari kita berbaju melayu berkeris/bergolok segala..

    BalasPadam
  7. Tp bangsa melayu warisan yg paling kena tinggalkan ialah MALAS!!! Even sy melayu..tp sy x nafikan krbanyakan melayu mcm 2. Jauh ketinggalan dgn bangsa lain selagi sikap M masih tebal...terutamanya suka mkn gaji buta,nak senang kaya,emosi/cakap je lebih dr usaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hmm.. ntah ler..

      tp to be honest , dulu sy sekolah di kepong.. majoriti chinese...

      even in my class.. 30 chinese and malay 3 org je.. india toksah ckp la.. ciput sangat2..

      pnah je beberapa kali student cina tiru homework sy sbb dia lupa nak buat..

      chinese yang bijak pandai rajin berada dalam 2 kelas yg teratas je daripada 10 kelas keselurahan bagi setiap tingkatan...

      chinese yg kelas2 lain tu x payah ckp la.. gangster .. kaki mabuk & etc..

      slalu je ada pergaduhan and polis dtg almost every friday.

      so,, chinese pun x lepas drpd sikap malas mereka and even worst!

      dah la malas.. kurang ajar plak tu ngan cikgu masing2..girls suke pakai bj kurung, tp di fesyen kan dengan baju dalam yg colorful ..

      ada yg offer khidmat XXX lagi kat cikgu...

      maybe nmpak melayu ni malas sbb kebanyakkan sek kebangsaan ni majoriti nya melayu..

      tp di sek kebangsaan yg majoriti cina... kita boleh nampak bahawa dorang pun x terlepas dgn sikap malas mereka..

      cuma, nasib mereka baik sbb family kaya and bleh masuk private universiti walaupun x rajin belajar.


      Padam
    2. Betul gak, dulu sy sek menengah mcm 2 gak populasi, 2000 cina, 200 melayu...yg kelas pandai ramai yg rajin, yg x pandai malas/ponteng kelas x kira kaum.

      Tp bila dah masuk alam pekerjaan...sikap malas still lg kuat berlaku di kalangan melayu, lg2 company yg majoriti melayu. Tp secara fitrahnya golongan minoriti akan bekerje keras dr golongan majoriti sbb golongan majoriti menganngap mereka sudah rasa selesa hidup.

      Padam
  8. guys,sapa2 tolong translate kan apa eydah jerz tu ckp (bahasa rempit)....sistem kebudayaan dan penulisan yg aku x paham la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seriously, I can't brain!!!!!!!
      saper boleh translate?

      Padam
    2. aq nk jadi cam marsha buat yg terobek tp aq x nk menatap matamu cam aril, buat ape ek?buat bangan je la cam akim. .aq xnk terus menanti mila, ,sbb hafiz ckp xde noktah cinta. .aq xnk cari kebahagian dlm perpisahan cam shahir tu. .eee jahat tol aq ney,sebiji cam stacy....

      yg lain tu ko cari la sndiri..aq pon dah malas nk typing benda nonsense mcm tu...

      Ayam afrika...sori la aq memang x leh tinggalkan sifat malas..tp aq rasa sifat malas ni boleh digunakan untuk kebaikan... =)

      Padam
    3. typo /!(BANGANG)!\

      Padam
    4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    5. lol budak merepek sambil linkkan semua artis punya lagu la..

      Biasa la dulu kita kumpulkan tajuk lagi dan penyanyi semua pastu karang guna tajuk-tajuk lagu tu.. kira macam kreatif la kan kan kan...

      Padam
    6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    8. firdaus m... just one word for u...

      POYO

      Padam
    9. "through its progressive"?
      progressive is not a noun, genius.....
      No use using bombastic flowery words if your basic grammar is bad, just saying.......

      Padam
    10. firdaus o (original)30 Ogos 2013 pada 8:35 PTG

      semua anon kat sini adalah MELEIS POYO

      ULTRA POYO

      Padam
    11. firdaus p (tak ori sangat)30 Ogos 2013 pada 8:40 PTG

      anon 7:09 ko jgn kutuk firdaus m... dia tu abg long aku... lg satu dia mmg tere english,xcaya baca blog dia kebanyakannya tulis dlm english...dia sengaja buat2 salah grammer nak uji korg ni boleh detect x apa kesalahan dlm ayat dia

      Padam
    12. abg long?? abg long hotak kau..aku bru aje lpas skodeng blog dia td, ayat bombastik tapi grammar bnyk salah sini sane, x boleh nk tegur langsung sebb ttup ruang komen.jenis syok sndiri SS memg x dpt nak tolong aaa..kau pun 2X5 aa firdaus p,nmpk sgt kau pn x tahu..kalau x pndai, BELAJAR..jgn tegakkan benang yg basah dol.

      Padam
    13. hahhaha.

      dear mecha_praline, plain83,

      look at the above, then read this.
      http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/no-holds-barred/59075-a-fight-for-pussies

      now you guys understand what I meant. hehe.

      Padam
    14. good..now go learn good english from malaysia-today.net.

      Padam
    15. http://www.youtube.com/watch?v=63XJCVOjG1A&desktop_uri=%2Fwatch%3Fv%3D63XJCVOjG1A&nomobile=1

      Padam
    16. apa butuh sibuk grammar orang lain sedang grammar bahasa melayu kau sendiri macam sial.

      Padam
  9. BUKAN MELAYU JE, ISLAM PUN SAMA...RAMAI MENGAKU ISLAM TAPI HAKIKATNYA?

    BalasPadam
    Balasan
    1. KAU PUN SAMA, MENGAKU ISLAM TAPI LAYAN BLOG 3GP SEKS MELAYU

      Padam
  10. aku nak jadi cam marsha wat yang terbaik tapi aku xnak menatap matamu cam aril, wat pe? wat bengang jek cam aqim.. aku xnak trus menanti mila,, sbb hafiz ckp xde noktah cinta.. aku xnak cari kebahagiaan dlm perpisahan cam syahir tu.. eeee jahat tol aku ni..sebiji cam stacy.. aku xgile cam mila,,tapi aku lebih tahu..yang aku vip di hati iwan.
    btol ke cinte tu ada,,tapi..liyana jasmay kate tak percaye cinte,,tapi aku tetap percaye sbb akim ckp inilah cinte..!!

    P/s: tajuk lagu je sume ni..mcm viral sms zaman 3310 dulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. perghhh hebat kamu.. thanks for the translation..
      sumpah aku x faham satu mende pun budak tu tulis apa.

      Padam
  11. artikel ni sangat bagus!!!!two thumbs up!...keep the good work bro!

    BalasPadam
  12. Aku pernah tanya sedara2 aku yg masih sek menengah...nape diaorg suke type ayat pelik yg susah nak fhm. Sbb.....nak cover line in case ade sape2 bace x kisah org luar atau paling bahaya parent diaorg sendiri, so they make their own 'genY language'. X tau la kalau faktor tersebut antara faktor utama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dan sendiri pun tak paham hahaha

      Padam
    2. tak kisah la kalau tak bawak masuk dewan periksa kalau karangan pun pakai bahasa ni failed la exam..

      Padam
  13. menuding jari suruh orglen buat kan amalan org melayu.....

    BalasPadam
  14. so noob, selain dr blog nih apalagi yg kau dah mulakan utk perbaiki masyarakat islam berbangsa melayu kat Malaysia nih???

    BalasPadam
    Balasan
    1. kau pulak apa yg kau dah mulakan????

      aku pun mcm tipikal melayu lain jugak, nk mengharap org lain buat dulu tp diri sendiri malas nk mulakan apa2

      Padam
  15. melayu ramai jugak yg rajin...

    di tempat keje swasta..gvrment i donno la..

    my friends & relative yg alhamdulillah rata2 dh bekerjaya mcm2 bidang skang..

    bila masing2 semakin membesar, kematangan pun bertambah..

    bila mereka mengecapi kejayaan dan bertambah kaya.. ada yg suke dengki kata kekayaan tu hasil rasuah la and mcm2 lagi..

    tp.. bila gaji sedikit.. dikatanya malas berusaha..

    come on la malay.. stay positive... jgn jatuhkan bangsa kita sendiri..

    btul ke korang x pnah nampak bangsa lain malas?

    cuba lepak kat tempat bangsa mereka lepak..

    kalau kita hanya pnah pijak ditanah yg majoriti org melayu ramai je mestilah kekurangan tu jelas nampak kat bangsa melayu sahaja...

    sy tak boleh nk setuju la melayu malas.. sebab sy nampak melayu yg rajin lebih ramai drpd melayu malas..

    kebanyakkan yg malas tu perhaps daripada golongan budak2 yg masih bersekolah n baru nak kenal dunia..

    tp bangsa lain punya budak2 pun sama jugak.

    sy rasa sikap pertama yg melayu perlu kikis bukan malas... tp sikap suka menjatuhkan maruah bangsa sendiri.

    whatever melayu buat asyik not good enough je...

    tak adil.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kenapa adik ain ada org ckp melayu malas ke?yg malas tu org tu sendiri bukan melayu. tp sy tau adik ain ni mesti seorg yg sgt rajin

      Padam
    2. merujuk kpd komen2 kat atas ada yg ckp melayu malas...tp sy faham mereka x maksudkan semua.. segelintir saja.

      sbb tu touching sket.. :P

      sy pun manusia biasa juga.. tipu kalau ckp x pnah ada waktu kemalasan..

      melayu cina india & lain2.. sama je..

      Padam
    3. sikap lahanat pertama org melayu yg perlu dikikis ialah hasad dengki yg tebal terhadap bangsanya sendiri sehingga mengamalkan ilmu santau

      FACT

      Padam
    4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    5. Tanpa Nama30 Ogos 2013 7:23 PTG

      sikap lahanat kedua org melayu yg perlu dikikis ialah sikap x de "telur", nak komen memanjang pasal masyarakat tapi nama pun tak berani letak.

      nama pun x berani letak, nak expect kau make a change kt malaysia ni? puii.

      Padam
    6. http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/no-holds-barred/59075-a-fight-for-pussies

      Padam
    7. nama boleh reka je bai... firdaus m tu pun ntah betul ntah tidak...gambar profile pun fake... lg mau citer psl berani & telur... puii.

      Padam
    8. nah tgk ni.

      http://www.youtube.com/watch?v=63XJCVOjG1A&desktop_uri=%2Fwatch%3Fv%3D63XJCVOjG1A&nomobile=1

      Padam
  16. dalam banyak2 topik yg noob citer kt atas, tetiba komen bertukar pasal melayu malas.. er..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha'ah... lepas tu komen bertukar pasal firdaus, ramai betul firdaus dalam entry nih, dari m sampailah ke r... ramai betul deknon berminat dengan nama firdaus rupanya... LoL

      p/s: aku malas nak campur sissy catfight dorang hahah...

      Padam
    2. hahaha sebab dia rajin komen lately..
      ada juga banyak komen dia yang dipadam selepas dilontarkan..
      tak tau apa masalah dia hahaha..
      lantak dia la..

      Padam
  17. terima kasih untuk artikel ini. memang benar dengan yg terjadi sekarang


    Entri Baru Update : Terima Kasih Untuk 100K

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.