Iklan Leaderboard

Khamis, 15 Ogos 2013

47 Surau tokong, onani dan macam2 hal lepas raya

I'M BACK! Aku pasti takde orang pun rindu kat aku ye tak? Lepas cuti panjang nih, nak menulis rasa macam malas sangat. Masih dalam mood raya mungkin. So untuk kembalikan mood aku, aku akan compile beberapa isu dan peristiwa yang menarik berlaku lepas2 raya nih.


Surau resort jadi tokong

Macam mana lah pemilik resort Tg. Sedili, Kota Tinggi, Johor nih boleh pulak nak bagi kumpulan pelawat cina beragama Buddha daripada Singapura ni guna surau untuk menjalankan upacara keagamaan mereka. Dipetik daripada Mynewshub;
“Pada mulanya, mereka meminta izin untuk sebuah tempat bagi mereka mengadakan satu upacara meditasi, memandangkan dewan kami ketika itu penuh kerana sedang digunakan, kami membenarkan mereka menggunakan surau hanya untuk proses meditasi berkenaan."
“Bagaimanapun, kumpulan itu membawa peralatan mereka secara senyap seperti tempat sembahyang di dalam video itu dan kemudian mengadakan upacara sembahyang sebegitu rupa,”
Agak2 la kalau diorang nak bermeditasi pun takkan la bagi surau, dah tentu itu amalan agama mereka bukan buat suka2. Yang lagi masalah tu pemilik resort tu orang melayu Islam, bukannya orang bukan Islam, cuma dia juga warga Singapura, mungkin sebab tu sensitiviti dia pada masyarakat Islam di Malaysia agak kurang. Polis pun sudah menahan beliau untuk siasatan, ketua sami Buddha pun telah mohon maaf, arah kiblat surau resort tu pun rupa2nya tersasar dan reka bentuknya pun meragukan, dan akhir sekali surau yang dibina dengan kos RM60,000 tersebut mungkin akan dirobohkan kerana telah tercemar.


Cuma bagi aku peristiwa ini ada juga hikmahnya, at least baru kita sedar betapa banyaknya surau dan masjid kita sentiasa kosong dan kiblatnya mungkin ada yang tersasar. Cuma pada pandangan aku tak perlulah robohkan surau atau masjid yang kiblatnya tersasar, dah la nak roboh kena keluar duit, nak bina kena keluar duit lagi, dalam tempoh pembinaan tu nak kena sediakan tempat sementara untuk orang solat pulak. Betulkan kedudukan kiblat dalam surau tu saja sudahlah, atau ubah carpet yang dah ada garis2 saf tu dengan arah kiblat yang betul.

Dan juga dah tiba masanya untuk kita ramai2 mengimarahkan masjid dan surau, barulah pengusaha resort, shopping complex, hotel dan lain2 tahu kepentingan surau lantas membina surau yang besar dan selesa untuk umat Islam, bukannya sampai ada yang terpaksa solat dekat tepi tandas awam. Yelah memang la tak salah solat tepi tandas awam, memang la besih dah lapik dengan tikar ada sejadah semua, tapi kesiannya, kita ni negara Islam kot.



Budak melancap di cyber cafe di hari raya

Beberapa hari ini tersebar video CCTV budak lelaki melayu siap baju melayu lengkap pangkai songkok sedang melancap atau onani di cyber cafe sambil melayari laman web lucah disaksikan bersama dengan rakan atau adik beradiknya di hari raya namun akhirnya kantoi dengan owner cyber cafe tersebut dan budak2 tersebut diluku dan dihalau. Video tersebut dah dipadam dari Youtube sebab mengandungi unsur2 lucah.



Apalah masalah budak2 sekarang. Nak melancap pun selamba batak je buat kat cyber cafe, time hari raya pulak tu. Mak bapak diorang tak pantau ke anak2 diorang nih? Mungkin budak2 ni menipu nak pergi beraya rumah jiran2 tapi rupa2nya pergi CC layan website blue. So aku harap pihak kerajaan, SKMM dan pihak pembekal Internet (ISP) dengan seriusnya menutup semua laman web lucah dari dilayari di Malaysia, at least takdelah budak2 muda ni nak buat kerja2 bodoh macam nih.


Pukul sepak terajang bini dalam lif

Baca kat sini aku malas nak tulis panjang. Tak taulah apa masalah si suami tu dengan isteri dia yang dipercayai bini pertama sampai dia sanggup pukul tampar tumbuk sepak terajang dalam lif depan anak2, lelaki sejati mana ada belasah orang perempuan terutama isteri sendiri. Dan isu ini jadi lagi hangat sebab adik kepada wanita yang dipukul itu mendakwa mereka dah report polis tapi polis tak dapat ambil tindakan kerana tidak mendatangkan kecedaraan kekal. Sekarang ini polis sedang buru lelaki tersebut dan harapnya beliau akan mendapat hukuman yang setimpal.



Mat Lutfhi lawat gereja di pagi raya

Seorang vlogger tempatan terkenal iaitu Mat Luthfi telah update status dan foto dalam Facebooknya yang beliau tidak beraya di masjid kerana membuat site visit di sebuah gereja cathedral di tempatnya belajar di Australia telah mengundang pelbagai kontroversi di kalangan peminatnya, ada yang mempertikai, ada yang mempertahankan tindakannya itu seperti di sini.



Bila dah jadi orang terkenal, setiap tingkah laku kita pasti akan jadi perhatian dan bualan orang. So dengan situasi orang melayu kita yang amat sensitif ini, benda2 macam ni pasti akan menimbulkan kontroversi dan masing2 berhak bagi komen dan pandangan. Cuma aku rasa tak patut kita buat kesimpulan dan terus mempertikaikan akidah orang hanya dengan sekeping gambar macam ni, sapa kita nak judge akidah orang? Tak sangka zamam sekarang ni pun ramai lagi orang berpemikiran masuk gereja atau rumah ibadat agama lain boleh murtad dan rosak akidah. Dan jangan lepas ni ada report polis kata dia hina Islam sebab masuk gereja masa hari raya sudah.


Kat Malaysia ramai je orang melayu hantar anak pergi sekolah mubaligh kristian @ sekolah convent, so  semua budak2 tu murtad dan rosak akidah? Ada ramai je budak2 melayu pergi sekolah kebangsaan, sekolah agama tapi last2 jadi setan juga.

Btw kat Australia hari raya bukan public holiday macam kat Malaysia, so mungkin site visit ke gereja itu adalah salah satu program kursus dia nak buat macam mana. Sama macam di US di mana hari raya Aidilfitri bukan cuti public holiday, so muslim kat sana kena pergi sekolah, kolej, universiti, kerja macam hari biasa, kalau nak sambut kena ambil cuti. Video berikut menunjukkan seorang vlogger Arab-American iaitu Karim Metwaly menemuramah orang2 kat New York mengenai hari raya Aidilfitri serta cadangannya untuk menjadikan ia cuti umum di US.



Barcelona layan peminat Malaysia macam pariah

Kesian, dahla minta tukar stadium kerana rumput kat Stadium Bukit Jalil teruk, terpaksalah main kat Stadium Shah Alam pada saat2 akhir, lepas tu media tempatan tidak diberi kesempatan bertanyakan soalan kepada pemain dan jurulatih Barcelona, Lionel Messi pulak tak main. KJ pun cakap peminat dan media tempatan dilayan macam pariah.


2 pemain Malaysia yang untung dalam perlawanan Malaysia XI VS Barcelona ni adalah Amri Yahyah kerana berjaya jaringkan gol melawan pasukan terbaik dunia...


...dan Wan Zack Haikal kerana berpeluang gaduh dengan pemain bertaraf dunia Cesc Fabregas.

Video versi penuh dengan komen orang Indon butthurt kat sini.

Btw aku tak suka Barcelona, sebab aku lebih suka Real Madrid. Bila Real Madrid nak datang Malaysia pulak nih.


Lee Chong Wei kalah sebab tutup aircond

Pemain no. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei sekali lagi tumpas di tangan Lin Dan pada perlawanan akhir / final Kejohanan Badminton Dunia 2013 yang diadakan di Gimnasium Tertutup Tianhe, Guangzhou, China. Namun menurut Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, beliau  kesal dengan tindakan penganjur yang menutup penghawa dingin di Gimnasium Tertutup Tianhe, malam tadi sehingga menyebabkan pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei mengalami dihidrasi dan menyukarkannya untuk bernafas.

Ekoran itu, Chong Wei terpaksa menarik diri di set penentuan ketika 17-20 berikutan mengalami kekejangan otot di kaki dan perut, sekaligus tewas kepada musuh tradisinya, Lin Dan dari China 21-16, 13-21, 20-17 pada aksi final semalam. Menulis di laman mikro Twitternya, Khairy menegaskan, penutupan penghawa dingin di dalam stadium merupakan faktor penting yang menyebabkan pemain nombor satu dunia itu terpaksa menarik diri dalam kejohanan tersebut.

“Kita terima kekalahan Chong Wei, tetapi saya diberitahu penghawa dingin ditutup pada set kedua bagi mengurangkan laluan angin di sebelah Lin Dan. "Sebab itu pada set kedua banyak kesilapan dari dia yang sudah sesuaikan diri dengan laluan angin masa penghawa dingin dipasang.

“Ini kerana, bila padam penghawa dingin, kelemahan banyak pada Chong Wei, lagipun semasa perlawanan separuh akhir, Chong Wei main tiga set berbanding Lin Dan yang hanya bermain dua set dan ini menyebabkan Chong Wei kekurangan masa untuk pemulihan,” kata Khairy lagi.

Berikut adalah detik2 penarikan diri LCW pada saat2 akhir kerana kekejangan otot. LCW memang dah hebat, cuma sayangnya dia lahir di zaman yang sama dengan Lin Dan. Kalau Lin Dan tak wujud, pasti dia dah merangkul pelbagai kejohanan besar.


Cuma Lin Dan dah semakin gelap, ada misai, ada tatu dan ada bini yang boleh di comolot kat public.



Hujan meteor yang tidak kelihatan

2 hari lepas aku pun sibuk tengok langit start pukul 11 malam nak tengok hujan meteor punya pasal, lepas setengah jam bosan menunggu dengan awan tebal, hujan meteor tahi bintang apa semua tidak muncul2 aku terus masuk rumah tidur. Aku bayangkan hujan meteor tu boleh la nampak macam gambar nih, tapi yang ada cuma beberapa bintang dan lampu kapal terbang.


Aku tengok berita punya la ramai berkumpul kat Dataran Merdeka nak tunggu fenomena hujan meteor Perseid daripada buruj Perseus nih siap bawak keluarga, anak2 lagi, last2 Pusat Observatori Negara pun dapat rakam empat kelibat meteor je, malah ramai yang hampa sebab tak dapat tengok hujan meteor tu disebabkan hujan. Kejadian ini juga bagi aku ada hikmahnya di mana ia menyedarkan kita yang kita sebenarnya hanya mampu merancang sahaja, yang menentukan hanyalah yang Maha Kuasa.




tags: takde tags aku malas nak tulis

47 ulasan:

  1. salam noob....amacam cuti bro??? btw, aku 1st untuk entri pertama selepas raya...tapi ko tertinggal la noob kes tikam dan tembak....

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf anda 2nd kerana terlambat 2 minit.sila terjun lombong skrg

      Padam
  2. Macam-macam perangai manusia... Dunia oh dunia...

    BalasPadam
  3. `cina memang pandai berkata-kata
    ` Budak2 kecik dah pandai pasal seks...nak salahkan mak bapak, x boleh jugak.
    ` macam2 hal la, suami pukul bini la, hentam bini la...terajang bini la..
    nak2 depan anak..Allahurabbi..memalukan...esok2 anak kau terajang kau pulak..
    tepuk tangan jemaah! :D
    `yg kes matluft tu, x rasa pula dia rosak akidah sebab dia hanya melawat je..
    bukan dia rela hati nak tukar agam...pemikiran segelintir org skg mmg out!
    `pasal bola....no komen la..sebab malas nak komen.haha
    `Le Chong Wei walau kalah, bermaruah sebenarnya. dorang main kotor, sampai bila ? last2 Allah kasi "cashout' esok. sabar je LCW .
    `Hujan Meteor pula, nunggu x kunjung tiba, last2 tertido .

    BalasPadam
  4. salam PON.. welkam bek broo.. sapa ckp kitorg tak rindu kat blog ko..ahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. kesian PON, org rindu kt blog ko je xrindu pn kat ko kah kah kah... dh boleh bersara dh jual je blog ko ni kt org lain,papagomo ke...blog dia pn dh kena ban

      Padam
  5. aiwah! selamat kembali berblog.jangan lah malas2..rajin2 ok.

    Noob,Jom doa ramai2 untuk mesir.Allahummansur ikhwanana fi misr!

    BalasPadam
  6. Noooooobz welkam bekkk!!XD

    Tudiern skali dia start tulih balik kat BO lepas cuti raya, 7 isu dia hentam skaligus, bravo2 :D

    aku kasi komen psl meteor je lah (psl isu2 yg lain tu dah jd mcm the normal shitty routine of our continuously deteriorating community of finger pointing, which is so damn sad, stressful n almost boring)... aku pun takde chance nengok meteor shower tu sendiri kat langit sbb ada pencemaran cahaya n awan hujan, so aku cuma boleh ingat kenangan lama masa aku budak2 kecik dulu je lah, aku penah nampak dulu, mmg nostalgia btol... aku layan kat youtube ada matsaleh buat live watch perseid meteor shower tu, tp banyak technical problems pulak (mmg takde rezeki la), aku nampak ramai viewers (mostly meleis) dok kutuk dan carut kat situ... hadoilaaa meleis, nasty all the way...

    BalasPadam
    Balasan
    1. takpe la, seramai mana kita tgk all the nasty meleis, seramai tu jugaklah yg x setuju ngan sikap tu.

      Padam
    2. sebenarnye setiap hari aje je meteror ni menghentam bumi

      Padam
    3. Kalau gerhana ada solat sunat gerhana..
      Meteor shower ni ada solat sunat ke tak ek?

      Apapon bak kata Noob segalanya atas ketentuan Allah Dia yang maha kuasa semoga setiap kejadian mendekat diri kita kepadaNya.

      Padam
    4. Tanpa Nama15 Ogos 2013 10:49 PTG

      solat sunat meteor shower x de.

      solat sunat gerhana tu buat, ada cerita dia...refer kat hadis dari imam muslim (sahih muslim).

      kalau kau faham point ni, kau akan faham kenapa x de solat sunat meteor shower.

      http://ms.wikipedia.org/wiki/Solat_sunat_gerhana

      "Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.

      Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah Saw pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia."

      Padam
    5. tu la citer dia dan point dia..aku pun cut and paste. anyway b4 that, aku mcm pernah dgr ceramah cerita sunat gerhana ni..tu yg aku teringat nak sampaikan point ceramah tu.

      Padam
    6. firdaus m... naise :D

      Padam
  7. haaa.. baru boleh start keje lepas baca blog neh

    BalasPadam
  8. selamat hari raya PoN..komplikasi lepas raya wo entri ni. macam2 hal. yang terbaik video suami tendang bini. dia tak penah merasa naik patrol car agaknya.

    BalasPadam
  9. salam raya... raya sakan!! byk habis duit raya bagi kat anak buah??

    BalasPadam
  10. haha aku tergelak baca summary raya ko.

    isu surau, robohkan sebab tercemar? sungguh meleis. kaabah dulu dipenuhi berhala, Nabi s.a.w. bersihkan, mana ada roboh2 ni..

    isu gereja. dah dia cakap site visit..tatau la personal or classroom. aku study oz dulu, time eid pegi kelas, tepon mak bapak kat kampung ucap selamat hari raya. just bila eid tu jatuh time cuti or weekend or kitorang ramai2 pakat ponteng lecture untuk g masjid dan beraya2 baru la terasa kemeriahannya. so bila aku baca komen: pilih makcik drpd pilih surau, rosak akidah.. memang best la orang melayu ni sume ustaz2 belaka. membe aku study jepun, time cultural week orientation, siap kena gi tokong as visit, rosak akidah la jugak kot.

    meteor shower. terlepas,tapi dulu penah sekali tengok unexpectedly. time tu aku tgk citer transformers 1 kat drive in cinema (yg tengok muvi kat parking lot tu tapi kitorang bawak bean bag ngan sleeping bag ramai2 piknik). time tgh tgk muvi nampak hujan meteor, mmg canteks! jom la tgk kat utube sesapa yg miss.

    selamat hari raya! maaf zahir batin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pergi Gereja/Melawat pada aku memang takda hal kita jangan la takut selain daripada Allah. Kalau nak tau apa dalam gereja pi la jenguk lawat selidik kaji etc.. takda hal pon.. yang penting akidah kita jangan fobia.

      Cuma pada aku tak manis dalam pagi raya sebab banyak benda baik boleh buat di pagi raya dah takda hari lain nak melawat gereja?

      Padam
    2. part tu pun x sure sbb kalau classroom visit, bukan dia yg set tarikh nak pegi. kalau personal visit ok lah nak pertikaikan. tapi aku x baca pun artikel dia n malas nak baca tatau la apa citer betul

      Padam
    3. kalau dia lawat gereja masa raya kat malaysia,mungkin kita boleh juga pertikaikan tindakan dia.tp dia buat tu kat negara luar yg bkn negara islam pun, kita xtahu keadaan sebenar kt sana mcm mana...x adil jika kita terus judge dia

      Padam
    4. yelah...tp nk xnk kena akur kan....
      xsetuju memanglah xsalah, yg salah org yg hamun sbb xsetuju..
      ada yg hilang hormat pd pemerintah sbb isu ni..mcm bdk xde akal..
      isu gereja pulak, aku setuju dgn ML, we welcome everyone!
      oh meleiss!

      Padam
    5. actually silap mat lutfi tu bila dia mention the word "tak beraya di masjid pagi ni" pastu mention lak pergi church.

      tu je.

      kau pergi la mana2 pun, tak perlu mention sbb kau pergi tu ada kaitan dgn tak beraya di masjid. simple je. bukan bab akidah. statement silap.

      Padam
    6. hoho tu la kan hime, aku pun penah ada gi site visit kat church, kat pulau bidong... tapak peninggalan church, very2 old building... ada historical values berkaitan dgn pelarian cambodians, pretty interesting place to explore ^^

      firdaus m, exactly man... statement mmg mudah benar utk disalahtafsir ^^

      Padam
    7. kena jaga kata-kata kita kadang nampak macam lawak tapi kalau disilap erti macam mempersenda dah tak pi masjid tu tak payah la nak mention macam tu boleh timbul fitnah..

      kalau tak silap aku ada cerita kisah khalifah atau wakil kerajaan Islam dulu pergi gereja atas dasar pemerintan hinggalah waktu solat paderi siap ajak solat dekat dalam kawasan gereja tapi dia tolak sebab dia tak mau umat Islam akan datang ikut cara dia kelak.. Jadi dia pun solat la di luar kawasan gereja

      So jaga la kata-kata kita jangan jadi fitnah.. benda yang tak salah akan jadi buruk dan salah pula.. jadi orang bertelagah dan pandang serong..

      Padam
    8. Ntah la setahu aku kau kena stand up kat memana pun kalau ko Islam ko nak solat ko pi solat bila sampai waktunya.. Orang akan hormat kat kau mengadap tuhan tu lebih utama..

      So kalau ko ada ibadah solat sunat raya ke apa ko kena beritau kalau boleh tunda visit ke apa. Tapi biasa la orang melayu ni bab agama tolerate sangat lagipun solat sunat je tak buat pun tak ape.. ikut je nak lawat gereja pada hari raya pun takpe la terpaksa dan whatsoever.. lepas tu buat statement yang ntah apa maksudnya kalau disalah tafsir macam mempersendakan perayaan sendiri.

      Padam
    9. Tanpa Nama15 Ogos 2013 10:26 PTG

      yg itu cerita umar al khattab masa dia khalifah 2nd.

      Padam
    10. betul la tu plain83 dan tanpa nama. dia tersilap cakap.

      anyway aku pun baru perasan, org yg komen tu semua comment on 8 august 2013. meaning kejadian ni berlaku by 8th or before that...ah x perlu la nk fokus sgt silap org..kita belajar utk tak buat silap tu pun cukup baik dah.

      anyway aku pun silap juga. ..cerita dia, 8 august tu ada site visit pergi church. member tu pun pergi.

      dia memulakan ayat dengan phrase "tidak" as per "Tidak beraya di masjid pagi ni"..

      manusia kan kalau dgr word "tidak" atau "jangan" dia akan mcm alert sikit. cepat sentap sbb negative connotation. aku amik ilmu ni je la..bab2 dia pergi x pergi bukan rugi duit aku pun.

      bagus ilmu ni. jgn mulakan sentence dlm post dgn perkataan "tidak"

      Padam
    11. ahaha.nak wat cane. time hari raya tu lah sume pun dok scroll fb. benda yg kita cari mmgkita akan jumpa. kalau kita dok cari salah org, salah org la yg kita jumpa. same otherwise

      Padam
    12. Takpe la dia pergi berdakwah tu kan sunat yang dituntut juga..
      mana tau dia boleh convert gereja Katholik tu jadi masjid kelak..

      Padam
  11. baca dr mula sampai habis. :)

    BalasPadam
  12. terima kasih Noob sebab ringkaskan dalam satu entri... terhibur gak aku pepagi di opis nie... kakakakakka...

    BalasPadam
  13. Mungkin kat Malaysia pasal agama ni agak sensitif.. :) dah dididik dan sebab dah tempat kita kita memang ada hak nak bagi ke tak.. :) Kalau takda dewan takda tempat lain nak benarkan diaorang buat meditasi bagi menjaga keharmonian kaum dan agama.. :)

    Kalau kat oversea sapa pernah belajar kat sana ok aje.. sebab tempat terhad.. Ada tempat yang kongsi tempat ibadat juga diadakan perdebatan positif pasal agama takda masalah.

    Masalah utama sebab kurangnya kefahaman agama maka kita rasa terancam takut rosak akidah kita dengan perkara2 begitu. Masa untuk kita menilai kekuatan akidah kita

    Sukan? Kenapa kita nak harap LCW saje takda anak2 muda yang power2 dah ke? Barcelona? tu la puja sangat barce.. hohoho..

    BalasPadam
    Balasan
    1. harap kan kau, kau x de nama. camana nak panggil main national team hahaha

      harapkan aku, keyboard warrior

      jadila kita saling mengharap tanpa usaha.

      Padam
    2. Bukan dah banyak badan team badminton ni dari BAM, Nusa mahsuri, Sekolah Bukit Jalil dan apalagi akademi sukan ntah..

      Tapi muskhil masih tidak dapat mencungkil bakat-bakat pelapis LCW.

      Padam
  14. semua 7 isu...sehari 1 isu. noob cuti lebih kurang seminggu xde post...ni kira mcm byr balik la isu2 tertunggak sekali gus

    BalasPadam
    Balasan
    1. semua ada harga tersendiri lah sekarang..hahah

      Padam
  15. bab LCW tu..actually x bijak keluar statement ckp salah aircond la apa. bagi peluang org complain bila main kat tempat kita nanti. Datuk LCW tarik diri sbb kejang otot, and so leave it that way.

    bab surau tu, buat surau baru je. yg lama tu jadikan je la tokong, dah alang2 bangunan tu ada kiblat problem la apa. Jabatan Agama Islam Johor mesti banyak duit maa. footclub pun boleh byk sponsor, takkan sponsor satu surau baru kat Johor pun a big deal. <--actually kalau ada org politik bijak nak buat political mileage, boleh je sponsor satu, bab niat tu semua serah kat Tuhan, yg penting org ada tempat semayang proper.

    sbb mat lutfi tu, sbb dia mention "tak beraya kat masjid pagi ni", statement tu yg buat org marah. bukan pasal lawat church tu sangat, pasal statement tu je. kalau dia exclude "tak beraya kat masjid pagi ni", aku rasa x de sapa bising.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah nak murah je kalau sponsor kena keluar duit..

      Surau tu dah ada cuma dibenarkan penganut budha guna je mungkin takda orang sangat solat kat surau kot? Biasa la resort ni orang solat kat bilik aje kot atau bilik solat kat bangunan pentakbiran..

      Orang Malaysia memang tak selesa surau digunakan orang lain dah nama pun surau bukannya tempat ibadat (kongsi) ni.. Kalau tempat ibadat tu lain la..

      Apapon nak solat kat memana pon boleh asal cukup syarat bersih etc. Tapi sebab budaya kita yang diasuh kena solat kat surau atau masjid tu ada orang tak selesa nak kena carik surau atau masjid gak nak solat.. kalau solat kat luar bawah pokok kat padang boleh ditiup rasa tak selesa atau terasa riak pulak hohoho padahal benda wajib buat je la kat memana yang sesuai

      Padam
  16. KJ tak kena pulak sebab guna perkataan paria?

    Nasibla org x perasan. Apa punya bimbo menteri komen. Walau dia muda, dia masih menteri.

    BalasPadam
  17. psl isu surau tu aq rase x salah pon org agm laen nk jalakn upacara dorg kat surau.. aslkn x meganggu waktu2 org islam nk pakai surau tu utk beribadah dah la.. ala.. kat ngr laen ade je rumah ibadah bkn islam yg digunakn oleh org islam untk beribadah.. nie cnthnye http://www.bbc.co.uk/news/uk-scotland-21953899

    kte ni tinggal dlm masyarakat yg ada pelagai kaum dan agama if we want to live in peace n harmony all we have to do is tolerate each other.. x perlu pon anjurkn program2 jutaan ringgit untk kukuhkn perpaduan..(im not bn nor pr)

    BalasPadam
  18. Isu tokong tuh yang jadi bising sebab dia bawa gambar berhala dia. Tue jer. Sebab mereka buat macam nih surau tue dikatakan tercemar. Boleh aku tahu tercemar tang mana? Akidah? Banyak isu masuk tempat ibadah agama lain ni berkisar pasal isu akidah. Bagi aku selagi akidah terjaga, tak ada hal.

    BalasPadam
  19. lama x update..sekali update ambik kau jemah oi....

    BalasPadam
  20. dah macam baca surat khabar metrolion... haha

    My recent post : Pisang Goreng Di Mcd

    BalasPadam
  21. apsal wan zack haikal gaduh?

    BalasPadam
  22. kahkah...mantap all in one..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...