Ahad, 18 Ogos 2013

24 Isu Mesir: Jangan menghina jika tidak menyokong

Keadaan di Mesir semakin meruncing. Kita yang hidup di Malaysia yang aman damai ni nak happy enjoy lebih2 pun rasa serba tak kena mengenangkan nasib saudara se-Islam kita di Mesir. Bukan di Mesir sahaja malah di Palestin, Syria, etnik Rohingya dan lain2 negara yang negaranya tidak seaman Malaysia. Oleh itu tidak salah sekiranya kita panjatkan syukur kepada Allah kerana dengan izinNya negara kita tidak menghadapi krisis dan pergolakan seperti negara2 lain. Namun dalam masa yang sama, marilah kita panjatkan doa untuk keselamatan saudara kita di sana.








Perdana Menteri merangkap pengerusi BN DS Najib Razak telah meminta pihak berkuasa Mesir tak bertindak melulu dan henti segera pertumpahan darah di Mesir. Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR DS Anwar Ibrahim telah memberikan pandangannya mengenai rampasan kuasa Mesir dan pengajaran dari Turki. Presiden PAS DS Hadi Awang mengutuk rejim tentera Mesir dan anjur munajat mendoakan kesejahteraan di Mesir dan DAP juga melalui Ketua Whip Loke Siew Fook gesa sidang khas Parlimen kutuk pembunuhan di Mesir. Nampaknya semua pemimpin2 utama kerajaan dan pembangkang di Malaysia bersependapat mengutuk kekejaman kerajaan Mesir terhadap rakyatnya.

Wanita Berniqab Mesir Ditembak Penembak Tepat 

Utusan Malaysia pula menyuruh kita ambil iktibar daripada tragedi yang melanda Mesir dengan cuba mengaitkan dengan apa yang berlaku di Malaysia:
"Apakah yang berlaku di Mesir, Syria, Iraq dan negara Islam lain hendak dibiarkan berlaku di Malaysia? Rusuhan, demonstrasi dan menentang undang-undang negara adalah suasana yang digemari oleh penyokong Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang.

Bersyukurlah kita kerana pasukan polis dan tentera Malaysia tidak sekejam pasukan keselamatan negara lain yang telah kita saksikan cara mereka menyelesaikan penentang kerajaan.

Bersyukur juga kita kerana bermacam-macam strategi dan perhimpunan haram yang diatur oleh hulubalang parti pembangkang berkesudahan dengan kegagalan."
Portal MyKMU pula berpendapat rakyat Mesir patut lebih mengutama dan mementingkan keselamatan nyawa sendiri:
"Kita semua prihatin dengan pertumpahan darah di negara tersebut, malah Perdana Menteri sendiri pun sudah mengeluarkan kenyataan meminta pertumpahan darah dihentikan segera, tapi membakar perasaan orang Islam disini, bukanlah tindakan yang betul untuk dibuat.

Kalau PAS rasa pengaruhnya sudah cukup kuat untuk mempengaruhi situasi di Mesir, PAS seharusnya menganjurkan rakyat Mesir agar mengutamakan keselamatan nyawa sendiri.  Lebih-lebih lagi yang nak dipertahankan ini bukan hal berkaitan dengan agama Islam pun, tapi lebih kepada pertikaian politik antara pengikut Morsi dan tentera."

Namun tak kiralah apa ideologi anda, korang nak peduli ke, tak nak peduli ke, nak sokong Morsi yang dipilih melalui sistem demokrasi untuk menjadi Presiden yang kemudiannya digulingkan tentera, Hosni Mubarak yang telah memerintah selama 30 tahun secara diktator yang kemudiannya digulingkan rakyat atau tindakan kerajaan sementera Mesir menembak rakyat sendiri, bagilah pandangan dan komen secara baik dan berhemah.

Sumber FB A.S.H [Aku Suka Humor]
Janganlah menghina, mencaci, merendah2, memadan muka kan rakyat yang telah mati dan terkorban berjuang menegakkan hak mereka serta menggelarkan mereka pengganas walaupun anda tidak sokong mereka.


Kalau nak dibanding dengan kita yang dapat hidup aman damai kat rumah, goyang2 kaki depan komputer sambil main internet, main Facebook, main Fantasy Football, pergi shopping complex, tengok wayang, pergi mamak tengok bola, layan Anugerah Lawak Warna, layan K-Pop, layan konsert Linkin Park dan Metallica, kita sebenarnya tak layak pun untuk menghina rakyat2 Mesir yang sanggup menumpahkan darah mereka berjuang demi hak mereka. Kalau anda sokong, doakan mereka. Kalau tidak sokong, jangan keluarkan kenyataan2 yang merendahkan mereka, bicara sahaja mengenai isu2 lain yang sedang berlaku di dalam negara.

Dan kenapa asal sokong penyokong Morsi mesti nak kaitkan dengan pembangkang kat Malaysia? Bagi yang kurang jelas keadaan di Mesir, gambarajah berikut memberikan sedikit gambaran mengenainya:





tags: isu mesir egypt rakyat dibunuh tembak gadis niqab tentera penembak tepat kerajaan sementara pro morsi ikhwanul muslimin pandangan pemimpin pro bn pro pr pembangkang peduli

24 ulasan:

  1. Tuduhan ke atas Ikhwanul Muslimin (IM) membakar gereja di Mesir, logikkah? IM ada kerja lain yang lebih penting - untuk menumbangkan diktator as-Sisi!

    Hujahnya: orang yang membakar gereja membawa bendera hijau IM dan menjerit "islamiyyah, islamiyyah"

    Sudah menjadi lumrah alam, sesiapa yang nak buat jahat, dia akan sembunyikan identitinya. Kalaupun ianya angkara IM, takkanlah IM pergi dedahkan diri dengan perkara yang boleh memburukkan lagi nama mereka.

    Melainkan, mereka yang membakar itu ingin mencemarkan nama IM!

    IM sehingga saat ini tidak pernah mengambil jalan kekerasan tetapi tetap dengan pendirian berdemonstrasi secara aman. Kalau mereka nak "mengganas" kenapa mereka tak buat dari awal dahulu?

    Sekarang ini, yang banyak terbunuh adalah penyokong Morsi dan ahli IM sendiri!

    *****

    Bacalah sejarah, entah berapa ratus atau ribu ahli IM yang telah dizalimi (dipenjara/disiksa/dibunuh/dibuang negara), termasuk pengasas IM, as-Syahid Iman Hasan al-Banna yang telah mati dibunuh!

    PENGGANAS dan penjahat sebenar ialah mereka (tentera) yang BUNUH rakyat sendiri!

    BalasPadam
  2. Tidak ada khutbah jumaat pasal mesir..tiada simpati dari kerajaan bn..mereka tidak perlu menjadi rakyat mesir untuk bersimpati...mereka hanya perlu jadi manusia..sedihnya ramai manusia yg tidak ada rasa simpati..negara dia lantaklah..negara kita aman ..nak apa lagi??? kannn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. lyn mana ko tau khutbah jumaat xde citer psl mesir?ko pegi ke sembahyang jumaat?? khutbah jumaat kt tempat aku (negeri BN) ada je ckp pasal isu mesir, siap buat qunut nazilah & solat hajat lg.aku tau mmg sesetengah pemimpin BN tu terok,tp x bermakna semua org BN tu teruk & x juga menjadikan semua org PR tu maksum...

      Padam
    2. nmpk ayt tanpa nama ats ni buthurt lol, kesian budak lagi.. ak try komen

      Padam
    3. ler...ko pun butthurt gak

      kesian budak lagi

      Padam
    4. kau pun sama...
      ehhh aku pun lah...

      Padam
  3. kat tempat aku, khutbah jumaat pasal wudhu'.....woi, ini basic la...budak sekolah pun tahu.....rasa cam nak sniper je khatib tu.....

    BalasPadam
  4. Siapa penganas sebenarnya? Rakyat mesir atau tentera Mesir?

    Kalau ikut kronologi, yang rampas berpuluh tahun kerajaan korup Mubarak ialah tentera mesir yang tumbangkan dan rampas kerajaan Morsi (hasil demokrasi baru yang cuma bertahan beberapa bulan) juga tentera Mesir..

    Siapa dibelakang tentera Mesir ni sebenarnya? Kenapa tentera menumbangkan mubarak dan juga menumbangkan Morsi dengan rampasan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. menipu ats tiken nama"Tentera" jaga2 zaman sekang perang psikologi bnyk......

      Padam
  5. kat masjid aku ad je kuthbah pasal mesir..

    BalasPadam
  6. innalillahiwainnailaihiraaji'un... semoga mereka yg terkorban itu ditempatkan di kalangan mereka yg beriman, amin...

    BalasPadam
  7. May Allah gives them patience. Why fight when they know this event revolves around fitnah?Will Islam benefits from this? Wake up before you slaughter your own brothers. This is not jihad. Both sides hv taken for a ride by syaitan.

    BalasPadam
  8. Rialitinye nabi muhammad je yang berjaya menyatukan kaum arab ni.. memang dah zaman berzaman mereka memang hebat berperang. pada pendapat peribadi aku lah demokrasi xkan berjaya di Arab. Orang arab ni special skit. Jika sapa yang mahu formula menyatukan orang2 arab ni silalah kaji kerajaaan-kerajaan arab yang berjaya pada masa dahulu contohnye kerajaan umayyah.

    BalasPadam
  9. http://en.wikipedia.org/wiki/August_2013_Egyptian_raids

    it's an armed intervention against civilian.

    Pushing little children with their fully automatics, they like to push the weak around - SOAD.

    Malaysians, anak kene jentik kat sekolah pun buat police report, anak org lain mati kena bunuh boleh rasa sarcasm.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan belajar dr 9gag or komik sarcasm, tu sebb smpi mati sarcasm, nanti sendiri kena sarcam balik haha pdn muke

      Padam
  10. Kita sama2 tolak ansur dan respek pilihan masing2 la. Yg x sokong morsi, x payah nak hina org yg menyokong. Dan org yg menyokong morsi atau sokong tentera mesir sekalipun jgnlah memperlekeh pihak yg x menyokong.

    Aku x sokong mana2. Bagi aku, apa yg terjadi di mesir mesti ada silapnya termasuk di pihak morsi/ ikhwanul muslimin. Malasla nak elaborate pendirian aku. Sbb aku tgk muslim malaysia ni emo bab sokong morsi, xpasal aku dicop musuh Islam nt. Fb wall aku berlambak2 post sokong ikhwanul muslimin dan morsi sampai tahap mereka itu suci tanpa dosa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kira sama mcm pr la....
      tak sokong pr je terus cop tak islamik.....
      pas ada je terus kata pr islamik

      macam la geng pr tu maksum..
      bolo punya olang

      Padam
  11. Drpd apa sy perhatikan, situasi politilk Mesir n Malaysia x sama secara keseluruhan. Di sana penyokong kerajaan n pembangkang 50-50 utk kaum majoriti muslim tp di Malaysia 60-40 atau 70-30. Yg membuatkan situasi lebih parah ialah mereka sanggup berbunuhan sesama sendiri utk menegakkan pemimpin mereka, x sama mcm malaysia just buat perhimpunan sahaja.

    Papepunh sy x suka tgk perpecahan antara muslim...lg menunjukkan umat Islam lemah dan sangat emosi. Bila negara kucar kacir, ekonomi merundum..ada pihak luar masuk campur..secara tidak lansung negara dijajah secara halus oleh pihak tidak bertanggungjwb.

    Segala pertelingkahan bawa2 lah berbincang..x perlu nak gaduh tumbuk2 tembak2. Situasi di sana dah mcm palestin, cuma org palestin lwn tentera nazi, tp sana org muslim berperang sesama sendiri. Sedih dilihatnya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puak2 arab ni mmg suka gaduh. Sejak zaman dulu lagi, x setuju sikit je gaduh, berpecah. Kompromi susah skali. Kalau diaorang pun sesama kaum x boleh nak bersatu, jgn salahkan amerika, yahudi ambil kesempatan.

      Kita kt malaysia ni sama2 la amik pengajaran. Jgn taksub sgt ikut arab tu. Keras kepala. Wpun kita berbeza pendapat, apa salahnya kita sepakat utk satu tujuan yg sama?

      Padam
    2. Sebb tu la Al-Quran diturunkan di negara Arab.....

      Padam
  12. mohon cepat berakhir semua ni..
    sedih kot


    Entry Baru Update 3saat Lalu : Lebih Besar Lebih Bagus

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.