Rabu, 21 Ogos 2013

66 Musnah impian hapus PTPTN malah dapat pula CCRIS

Pada Januari tahun 2012, di portal Berita Semasa @ Berita Terkini, ada khabar angin mengatakan
PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dalam usaha PTPTN untuk link dengan CCRIS pada tahun ini. Namun pada tahun 2012 dan awal 2013, langsung tiada lagi kedengaran pasal isu ini mungkin kerana tidak mahu ia memberi pengaruh dan kesan terhadap PRU13. Dan kini kira2 4 bulan selepas PRU13, ia nampaknya sudah pun menjadi kenyataan dan menjadi hadiah buat peminjam2 PTPTN.


Peminjam ingkar PTPTN disenarai CCRIS
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar, bermula bulan ini.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan.

Menerusi pendekatan ini peminjam PTPTN yang ingkar menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya, kata Idris.

Isu PTPTN: CCRIS bukti kegagalan kerajaan
SHAH ALAM - Tindakan kerajaan menyenaraikan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dilihat sebagai satu lagi kegagalan mempertahankan pendidikan sebagai hak asasi rakyat.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, dasar PTPTN yang liberal sudah cukup membebankan generasi muda dan jika langkah menyenaraihitam peminjamnya itu dilakukan, hanya akan memburukkan keadaan.

Katanya, ketika ini peminjam sedang bergelut dengan kadar upah dan gaji yang rendah di samping dibebankan harga rumah dan kereta yang tinggi.

"Kesannya, mereka berhadapan dengan pelbagai hutang yang berpanjangan.

"Kadar muflis juga terus meningkat dari tahun ke tahun, dan antara golongan utama yang menjadi mangsa ialah golongan muda," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pemuda UMNO bantah tindakan senarai hitam peminjam PTPTN - Khairy
KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO tidak bersetuju dengan pendirian kerajaan untuk menyenaraihitamkan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ingkar di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).


Keduanya, Khairy Janaluddin, berkata kerajaan sepatutnya mengguna pakai segala mekanisme kutipan serta tindakan sedia ada ke atas peminjam-peminjam yang masih berkeras dan tidak mengambil endah tuntutan pembayaran balik yang dikeluarkan.

"Bahkan, keutamaan hendaklah diberi kepada tindakan bersepadu yang juga mengambil kira pemberian insentif bayaran balik serta kaedah pembayaran anjal yang mengambil kira situasi semasa peminjam.

"Ini kerana pinjaman PTPTN amat berbeza dengan pinjaman-pinjaman lain seperti hutang kad kredit atau kenderaan kerana ia tidak tergolong dalam pinjaman berasaskan pilihanan peribadi.," katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Perkasa: CCRIS kepada peminjam PTPTN tindas belia Melayu
Pengumuman Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh bahawa peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ingkar akan dikenakan tindakan di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) adalah penindasan kepada golongan belia Bumiputera, kata Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa).

Pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) hak Melayu itu menegaskan, selain terus menghukum peminjam, yang majoritinya anak muda, tindakan diumumkan Idris itu juga akan menutup peluang belia Melayu dan Bumiputera menceburkan diri dalam perniagaan ekoran kesukaran mendapatkan pembiayaan institusi kewangan.

Cara untuk semak dan dapatkan laporan kredit CCRIS anda boleh check kat Fuh.my ni atau boleh guna kiosk semakan layan diri di Bank Negara seperti di blog Rizzmer ini.


Pada pandangan aku, kepada sesiapa yang dah pinjam PTPTN tu, bayar jelah, nama pun pinjaman. Tak perlu tunggu ada peraturan blacklist CCRIS ni pun patut peminjam dah sedar akan kewajipan membayar hutang. Dulu korang jugak yang sign kontrak perjanjian PTPTN tu walau kat situ dah terang2 nyatakan tentang jumlah pinjaman dan jumlah kos perkhidmatan yang cekik darah yang kena bayar balik tu. Hitam putih dah ada, buatlah apa pun kalau masuk court mesti kalah juga. Nak buat macam mana, suka tak suka, itu adalah dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan yang memerintah yang dipilih oleh majoriti di kawasan parlimen, tapi minoriti keseluruhan rakyat.

Yang menariknya, pelaksanaan PTPTN-CCRIS ni juga dibantah oleh Ketua Pemuda UMNO sendiri iaitu KJ dan juga PERKASA. KJ sekarang ni nampaknya banyak kenyataan dan tindakannya yang melawan arus dan bertentangan dengan keputusan kerajaan yang mana mungkin baik bagi rakyat dan belia tapi tidak bagi UMNO, so kita tengok jelah nasibnya masa Perhimpunan Agung Umno nanti.


Cuma bagi aku tak patutlah kerajaan melaksanakan penyenaraian hitam CCRIS bagi peminjam PTPTN yang engkar bayar atau bayaran balik tak berapa nak cantik. Dahla rakyat ditekan dengan hutang macam2, kos sara hidup yang tinggi walau setahun adalah yang dapat RM500, sepatutnya kerajaan fikirkan suatu mekanisma dan kemudahan lain yang memudahkan rakyat bayar PTPTN. Ya rakyat ni kita jangan tekan sebab nanti diorang akan memberontak, tapi permudahkan mereka.

Sebagai contoh orang kita memang liat sikit nak bayar hutang PTPTN, tapi hutang kereta atau rumah selalu diorang akan bayar, ikut time lagi sebab taknak kena denda. So mungkin kerajaan boleh sediakan satu mekanisma atau pakej di mana bagi pembeli kereta atau rumah yang ada hutang PTPTN, diorang boleh absorb hutang PTPTN ke dalam hutang kereta atau rumah dan panjangkan sikit tempoh pembayaran, so diorang dah tak perlu bayar PTPTN lagi, diorang hanya perlu buat pembayaran secara bulanan hutang kereta atau rumah yang dah dicampur dengan hutang PTPTN. So hutang kereta bayar, hutang rumah bayar, hutang PTPTN pun bayar, selesai masalah.


Namun walau aku kata mana yang dah pinjam PTPTN tu kena bayar, tapi aku juga tidak bersetuju dengan caj yang dikenakan yang dilihat agak tinggi dan membebankan graduan. Aku juga setuju dengan dasar  pendidikan percuma di mana yuran belajar di IPTA dimansuhkan kerana bagi aku ilmu itu seharusnya percuma, ia bukan material seperti kereta atau rumah yang kita nampak dan boleh dinilai dengan wang ringgit. Apatah lagi meminjam duit untuk membayar harga ilmu yang bagi aku amat malanglah.


Tapi aku kurang setuju dengan memansuhkan Pinjaman Pendidikan seperti PTPTN sepenuhnya kerana bagi aku yang percuma hanyalah ilmu sahaja, tapi kos sara hidup, makan minum, tempat tinggal, pakaian, minyak motor, duit sewa kereta, handphone, tengok wayang, belanja awek dan sebagainya perlulah dibayar sendiri, takkan itu pun nak kerajaan tanggung juga, melainkan kau belajar rajin2 dan dapat keputusan yang cemerlang, maka kerajaan akan bagi biasiswa dan tanggung sekali semua kos sara hidup kau (dan awek kau) kat universiti sebagai hadiah atas usaha kau. Tapi kalau kerajaan yang buat dasar nak mansuhkan PTPTN dan bagi biasiswa penuh kepada semua penuntut institusi pengajian tinggi awam seluruh Malaysia takde masalah pun bagi aku.


Apa2pun at the end, aku suka dengan kenyataan Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali ni;
"Kerajaan kena ingat bahawa rakyat sudah ada pilihan. Rakyat boleh pilih pihak yang perjuangkan pinjaman itu dihapuskan atau pihak yang hendak CCRIS kan mereka,"

Ya, rakyat sudah diberi pilihan dahulu, di mana dalam manifesto Pakatan Rakyat mereka menawarkan pendidikan percuma serta pemansuhan PTPTN manakala dalam manifesto Barisan Nasional langsung tiada sebut perkataan PTPTN, tapi pilihan telah dibuat dengan ramai tidak memilih untuk menghapuskan pinjaman tersebut, mungkin kerana jumlah peminjam PTPTN tak ramai untuk mempengaruhi undian pilihanraya, atau ramai peminjam PTPTN memang suka nak bayar PTPTN walau ada satu pihak menawar diri untuk menyelesaikan hutang itu bagi pihak anda.

Mungkin ada yang kata, kalau PR menang pun belum tentu PTPTN akan dihapuskan, sebab ada yang cakap manifesto PR bukan janji, lainlah manifesto BN yang janji ditepati. Tapi walau PR tak jadi nak mansuhkan PTPTN pun, tapi aku percaya untuk menyenaraikan hitamkan peminjam PTPTN dalam CCRIS tidak mungkin ada dalam rancangan mereka.

So Najib, adakah Dato' Seri rasa ini adalah langkah yang baik selepas 100 hari pemerintahan?




tags: ptptn ccris bank negara blacklist blacklisted senarai hitam peminjam perbadanan tabung pendidikan tinggi nasional gagal bayar kurang disiplin bayaran bulanan lima tahun selepas bekerja berkuatkuasa mansuh hapus pendidikan percuma ilmu pengetahuan free education is right not business luxury mortage perniagaan

66 ulasan:

  1. bayar je lah hutang..susah sgt ke?

    BalasPadam
    Balasan


    1. Jawapan agak klise namun kalau itu adalah kebenaran, apa salahnya kan?

      Susulan artikel beberapa gambar mesra dirinya bersama seorang wanita, Halim Othman menafikan yang wanita bernama Dania itu adalah kekasihnya.

      Menurut Halim, Dania hanyalah peminatnya.

      Nampak gayanya lambat lagilah nak merasa makan nasi minyak di kenduri majlis perkahwinan Halim Othman.

      Yang menariknya, menurut Halim, gambar-gambar itu diambil tahun lalu ketika dia, wanita itu dan beberapa orang rakan menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka.

      Abang Nara tertarik dengan kata-kata Halim di bawah:-

      Dia bukan kekasih saya dan hanya sebagai peminat. Saya tidak sangka dia muat naik gambar itu sehingga menimbulkan salah faham orang lain terhadap saya.

      Saya mendapat tahu perkara ini menerusi rakan. Saya mengenali wanita itu sebagai peminat dan tindakannya seolah-olah mahukan publisiti.

      Ada gambar yang dimuat naik itu dibuat secara “super impose”. Ketika bergambar dia gemar berkepit dengan saya dan ia membuatkan saya tidak selesa.

      Pada pandangan mata kasar Abang Nara, tak nampaklah pula di mana “super impose”nya. Namun agak kelakar juga apabila Halim menyatakan wanita itu suka berkepit. Hehehe. Nak tergelak Abang Nara dibuatnya. Tak apalah Halim. Kalau ada jodoh, suatu hari nanti pasti bertemu wanita yang sesuai dengan anda. Tak gitu? – Beautifulnara.com

      Padam
    2. Kalau ada duit bayar je la tapi kalau ada duit kenapa nak utang pulak kan..

      Padam
    3. Derih jusoh dapat idea mana suruh senaraikan ptptn dlm ccris? Tak mikir ke kesan dia pada negara?

      Padam
  2. bising lak org2 puak2 pembangkang, kira bagus laa buat mcm tu, bnyk cantik dh pinjam buat muka manyak comel, pastu bila smpi masa tarak mauk bayar, buruk punya perangai

    BalasPadam
  3. lepas satu-satu beban mncul lepas PRU ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. akhil belum baligh21 Ogos 2013 pada 1:10 PG

      Apa sudah jadi dengan rakyat Malaysia hari ini apabila penjenayah dianggap sebagai wira manakala pihak berkuasa dianggap sebagai musuh.

      Itulah yang berlaku dalam kes lima orang penjenayah yang dipercayai ahli kongsi gelap yang maut dalam serbuan polis di sebuah rumah di Pulau Pinang.

      Inilah yang berlaku apabila politik persepsi yang cuba diterapkan oleh pembangkang kepada rakyat.

      Kenapa pembangkang suka membela penjenayah tetapi menyalahkan polis dalam segala tindakan yang polis lakukan untuk mencegah dan mengekang jenayah.

      Mungkin akibat daripada tindakan segelintir pemimpin politik inilah yang menyebabkan jumlah jenayah kian meningkat akhir-akhir ini.

      Atau adakah suasana sebeginilah yang diinginkan berlaku oleh pembangkang kepada negara agar mereka boleh sentiasa menudung jari kepada pihak kerajaan dan polis agar rakyat melihat kerajaan dan polis hari ini tidak lagi mampu untuk mengawal negara.

      Padam
    2. Akhil Belum Baligh, aku setuju ngan hang.. tu yang aku menyampah dgn puak pembangkang DAP & PKR tu..

      Padam
    3. Polis Malaysia ni hebat boleh baca dan cam orang..
      So sape nak buat jahat tu risiko kena tembak tinggi :)

      Padam
    4. Polis memang kena pandai baca la tanpa ama 21 Ogos 2013 9:18 PG! Tak kan nak suruh polis buta huruf buat kerja..

      Padam
  4. Ptptn ni cas perkhidmatan lebih mahal dari bank

    BalasPadam
    Balasan
    1. baik ngko pinjam loan bank je belajar nanti.. tengok la cas bank ke ptptn yang tinggi

      Padam
    2. sama aje.. ptptn cas perkhidmatan tinggi bunga rendah
      bank bunga tinggi dah include cas dalam tu sekali
      So dedua memang bisnes..

      Padam
  5. Susah lah...aku mna ada duit !

    BalasPadam
  6. Hasil pengkomersilan pendidikan.. dah banyak graduasi payah juga nak dapat kerja.. Hutang pun satu hal..

    BalasPadam

  7. Pembunuh Paling Bodoh Di Dunia!
    Seorang lelaki Habsyah yang tinggal secara haram di Arab Saudi menelefon nombor 999 untuk meminta bantuan melarikan diri selepas dia membunuh bapa saudaranya.

    lelaki berusia 19 tahun itu dilapor mengguna kayu untuk memukul bapa saudaranya hingga mati selepas bergaduh di ladang majikan mereka di Madinah.

    Dia kemudian menelefon seorang lelaki tempatan yang dipercayai penyeludup rakyat asing untuk keluar dari Arab Saudi.

    “Penyeludup itu memberitahunya supaya menelefon nombor 999 dan ‘mereka’ akan membantunya.

    “Dia menelefon nombor berkenaan dan menceritakan apa sebenarnya terjadi, tanpa mengetahui nombor itu nombor polis,” lapor akhbar Al Saudeh.

    Polis tiba di tempat kejadian tidak lama selepas itu dan menemui mayat bapa saudara lelaki itu. -Hmetro

    BalasPadam
  8. ak mcm x caya...pendapatan negara sebanyak RM400-300Bilion setiap tahun tp x leh bg pendidikan percuma yg hanya mmerluka perbelanjaan sebanyak 10bilion setiap tahun...logik kah?(http://demamalaysia.wordpress.com/2013/03/07/10-qa-kenapa-perlu-pendidikan-percuma-3/)

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu pendapatan negara.. bukan pendapatan/bajet kerajaan! kena tau bezakan Keluaran Negara Bersih (KNB) dengan perbelanjaan kerajaan (G).. belajar makroekonomi tingkatan 6 balik!

      Padam
    2. Bajet kerajaan defisit saja setiap tahun :)
      Pergi kemana pendapatan negara..
      Pelik sunguh

      Padam
    3. Pendapatan kerajaan cuma RM200bilion lebih je setahun.. fakta kena betul. Nak fitnah kerajaan je memanjang.. cuba tengok bajet 2013.. download dari google..

      Padam
  9. ak baru grad tahun lepas..pinjaman ak 28k je..tapi kena bayar 35k??
    spe yg sokong ptptn ni nk masukkan CCRIS mmg xtau pe yg ak lalui skg..
    dh la kje sush nk dpt.(xleh memilih)
    adik2 byk lg yg kne tolong bantu sekolah.
    klu mak bapak ak ak dr golongan sng xpe la..
    ak xminta ptptn ni dimansuhkn.
    byk kebaikan dari keburukan ptptn ni.
    mohon diorg kaji semula.
    bukan kami xnk bayar..tp
    HARGA BARANG TERLALU MAHAL SEKARANG NI!!!
    MANA CUKUP NAK BAYAR PTPTN BABI!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. barang mahal? sekarang ni operator kilang pun dah mampu pakai kereta honda dan iphone. ko je yg memilih keje.

      Padam
    2. hang dok kg mana barang murah sgt..aku nak pindah dok kt tempat ko..

      Padam
    3. Operator tu musti takda life kerja siang malam pulun ot bagai lol..

      Padam
    4. mesti operator kilang tu xde adik beradik, bnyk xde mak bapak nak cover kan??? bodo punya tanpa nama perbandingn kanak2 pernh ak dengar

      Padam
    5. aku laki bini kerja cikgu pn x mampu pakai honda & iphone...kilang mana operator tu keja.nak juga aku wat part time

      Padam
    6. Xkan byr rm50-100 bulan2 x mampu? Sy start kerje bayar rm500 bulan2 smpi setel. Cuma kita dah kerje utamakan beli bende lain dr setelkn hutang.

      Kalau x mampu nak byr balik, x perlu ambil ptptn mula2..mintak kat bank. 3 bulan x byr kat bank, hari2 bank2 call smpi boleh istihar bangkrap. ptptpn x byr 1 tahun pun diaorg just hntr surat suruh byr...2 je.

      Kalau nak free, nape x belajar rajin2 n dpt 1st class? Masa kat U belajar main2, sibuk outing je lebih, assigment tiru kawan..exam dpt C pun happy je

      Padam
    7. Wah besar gaji Ayam ni mampu bayar rm500 bulan2..

      Padam
    8. Sy x kata sy gaji besar byr rm500 bulan2....mula2 kerje semua org sibuk beli kereta. Sy decide byr duit ptptn dulu, byr cepat2 utk elak byr interest byk kalau lama sgt byr. bila dah habis byr..pas2 baru gunakan duit rm500 tu beli kereta 2nd hand, byr rm500 bulan2....n still sy pki kereta 2nd hand even gaji dah masuk 5k. Tahun depan maybe decide beli kereta baru.

      Padam
    9. Kepada ayam yg mgkin masih lg tinggal dgn parents dia
      (sbb tu bleh byar 500 sbulan)
      Minta beliau utk buat kira2 smula okay
      Starting gaji fresh grad 1.5k-2.5k sbulan
      Ni kiraan minimum ak sbulan

      Bayar kereta - RM350
      Sewa rumah - RM400
      Minyak Kereta - RM300
      Makan - RM400
      Bil pelbagai - RM300
      Bg Parents - RM200
      Brg Rumah - RM100
      Simpan utk kecemasan - RM150
      Simpan utk kawin - RM150
      Kiri Kanan - RM100

      Total = RM ????

      Klu byar RM500 sbulan pun ambil masa 5.8 Tahun..
      Ko ayam biar betul??

      Padam
    10. Sy x dduk rumah parent masa 2,Sewa bilik je..sy dah start kerje n mampu beli kereta tp sy decide byr ptptn dulu baru beli kereta. Sy gi kerje naik motor dulu..so minyak x guna byk. Papepun ni kes sy n situasi berbeza utk anda.

      Sy sarankn utk byr bulan2 ptptn x kirq rm50,rm100 atau rm500 sekalu pun bulan2. Sy balas komen sebelum ni yg x mampu lansung byr ptptn bulan2.rasa sgt pelik,kemana duit dihabiskan. Itu sahaja.

      Padam
    11. Hakikatnya anak muda zaman sekarang sangat manja dan kuat berangan nak hidup mewah. Duit PTPTN yg kau org dapat pakcik rasa kebanyakkannya habis dekat motor dan telefon serta belanja selain untuk pelajaran. Zaman pakcik belajar ramai juga kawan pakcik macam tu. Duit pinjaman habis kat benda lain. Kalau niat kita tuntut ilmu kena caranya In sya Allah kita dapat result yg bagus dan akhirnya dapat pindahkan pinjaman kita jadi biasiswa. Duit pinjaman yg dapat tu sepatutnya labur untuk dapatkan keputusan yang baik macam banyakkan beli buku rujukan, rajin fotostat bahan ilmu, buat tugasan sehabis baik (libatkan kos ni) dan sebagainya. In sya Allah kita dapat keputusan yg baik dan bantu kita pindahkan pinjaman ke biasiswa. Berapa ramai anak muda yg berfikiran begini? Kebanyakan bila dapat duit PTPTN apa yg anda beli? Cuba fikir ya anak muda.

      Padam
    12. Ya hutang kena bayar. I'm not against PTPTN. I'm against the interest, and currently some 'wise' minister who suggested CCRIS for PTPTN loaners.

      Padam
  10. Ttg KJ,pernah dgr citer Hang Nadim?Harap nasibnya x berakhir begitu.Hidup KJ...

    BalasPadam
  11. hurmm.....napa perlu naik hingga 8%...atau PTPTN mmg sebuah bisness ? huh ! no brain !

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu kira termasuk kos guaman yang ditanggung oleh peminjam yang liat nak bayar ptptn.. HP RM2000 boleh beli, keta toyota boleh beli.. Internet boleh langgan bulan2, ptptn RM150-RM200 sebulan tanak bayar.. aparaa..

      Padam
    2. babi tanpa nama di atas..... mana ko tau dia beli hp rm2000, pakai toyota bagai? entah-entah dia mmg x mampu nak bayar

      Padam
  12. MENTERI KESAYANGAN ORANG BESUT LA TU. AMIK KAU NAK SANJUNG SANGAT!

    BalasPadam
  13. "jangan tekan rakyat tapi permudahkan mereka utk bayar balik ptptn"

    well said... kenapa la noob x jadi menteri. pemimpin2 kerajaan ni bodo2 belaka ke x boleh fikir idea & jalan penyelesaian lain yg x menekan rakyat?

    BalasPadam
  14. kalo yang dah ada keje tu bayar la hutang..kalo yang tak dapat keje tu bg kelonggaran sket..tapi realiti skang keje memang susah nak dapat dan gaji sgt murah kalo compare dgn kos sara hidup..
    lagi satu orang kita ramai yang buta pendidikan kewangan.baru keje tiga bulan je terus beli kete atau gajet mahal-mahal.langsung tak nak bersusah dahulu spent duit untuk melabur..

    BalasPadam
  15. adik ipar aku pun tak byr ptptn...pasai dpt convert jadi biasiswa dpt 1st class, tapi cari kerja tetap susah...belum ada rezeki agaknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kos ape? kalau kos mudah2 macam IT rasanya mudah je convert jadi biasiswa cuma risiko dapat kerja payah..

      Padam
  16. Saudara Noob

    Apakata ko buat satu post untuk mereka yang mahu melanjutkan pelajaran.. Senaraikan pinjaman yang ada dan syarat loan, biasiawa dan sebagainya..

    Rasanya bukan ptptn aje bagi pinjaman, mara ada petronas ada felda pun ada tapi semua tu ada syarat2 masing-masing dan cara memohon..

    So kita boleh bandingan dan rakyat Malaysia noleh menilai dan memohon dana yang sesuai..

    Orang Islam juga boleh mohon zakat untuk belajar..

    BalasPadam
  17. apa pun hutang tetap hutang bro

    BalasPadam
  18. Bg sy, kalau nak linkkan PTPTN dgn CCRIS, dgn syarat kepada yg jenis liat x bayar...yg bayar bulan2 x perlu dikenakan sekatan oleh CCRIS.

    Kalau niat buat mcm ni utk pastikan peminjam bayar balik secara konsisten setiap bulan, shold be ok. Tp kalau niat supaya jumlah pinjaman PTPTN sbg part of personal loan, for sure akan menggangu kelulusan pinjaman lain spt kereta n rumah terutama utk budak baru start kerje.

    Kalau pening sgt, mansuhkan PTPTN je la...pas2 segala kemudahan pinjaman utk study gi pinjam kat bank. Kalau mansuhkan hutang2 peminjam PTPTN yg x setel lg (atau x bayar lansung), nmpk x adil kpd yg dah byr penuh atau sebahagian sebelum ini. "Aku dah byr habis PTPTN sebelum ni, ko pulak x byr lansung tiba2 kerajaan dah mansuhkan kasi free, so ko belajar free, aku belajar kene bayar pulak"

    BalasPadam
  19. Sy rasa apa yg berlaku skrg ni sbb statistik kadar hutang isi rumah yg semakin meningkat. Sbb 2 loan rumah n personal loan dipendekkan tahun bayaran balik...pastu PTPTN pulak include sekali. Kad kredit pun dah ketatkan syarat kelayakan sebelum ni.

    Rasa2 byk kes tembak2 menembak di tmpat awam sbb kene tembak along, gara2 bank x kasi lepas personal loan samada baru atau overlap. Bila dpt berita buruk ni, along semakin mengganas.

    Rujuk balik kpd statistik hutang isi rumah, sepatutnya jgn tengok kepada jumlah hutang, tp peratusan hutang...reason utama ialah harga rumah meningkat gila2, brg2 lain pun naik, sure statistik hutang akan menaik setiap bulan. Setiap loan kene berkait dgn gaji kasar peminjam...tp bila statustik hutang isi rumah sepatutnya kene berkait dgn gaji kasar pendapatan isi rumah (utk dptkan %)

    Pasal PTPTN, kbykan kwn sy termasuk sy sendiri dah setel awal2 bila dah 1-2 tahun kerje..so lepas 2 xde hutang sape2. Yg jenis liat byr hutang PTPTN ni selalunya jenis yg hutang member x byr2 lansung, pastu buat2 x kenal kita n putus kawan.

    BalasPadam
  20. Dah conform perlaksanaan CPTPTN dlm CCRIS/CMOS xkan digunakan...so end of story, noth to debate anymore.

    BalasPadam
  21. Apakata kerajaan cuba bagi reward pada yg bayar tetap. Ni asik nak hukum je. Asik2 nak blacklist la, tahan org g oversea la. Semua tu mcm x berkesan je. Org pun x suka.

    Saya cadng kerajaan kurangkan BUNGA/ kos pentadbiran sebanyak 10% kalau peminjam bayar tetap selama 3 bulan berturut2 contohnya. Ni bole galakkan org bayar hutang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan ke interest/kos pentakbiran skrg 1% sahaja? Lgpun interest yg skrg ni pun jauh lg rendah dr pinjam kat bank buat personal loan.

      Skrg ni byk yg lansung X BYR ptptn even lepas grad..itu yg jd isu smpi kene blacklist atau tahan pasport luar negara. Adik sy byr ptptn bulan2 xde masalah ke luar negara pun. Perkara ini dibuat supaya kene byr hutang ptptn yg xnak byr even dah bertahun2 kerje. Ptptn pun dah bg kelongaran byr bila dah start kerje..bukan habis grad.

      Padam
    2. X silap ptptn bg diskaun kpd yg bayar tetap n 30% diskaun utk langsaikan hutang by sept 2013. Xkan benda ni still xnak byr lansung ptptn...papepun kalau niat xnak byr ptptn,mcm2 alasan boleh bg...sy byr sbb nanti kalau x byr nak jwb apa kat akhirat nanti kalau mati kelak

      Padam
  22. 1. sebenarnya majoriti rakyat malaysia tidak mahir membuat keputusan, tidak mahir menguruskan kewangan. bermula dari ayah dan ibu kita, tempiasnya terkena pada kita yang tidak mampu membayar kembali hutang pelajaran.

    2. pendidikan TANGGUNGJAWAB ibu bapa kita, tabungan pendidikan TANGGUNGJAWAB ibu bapa kita. tanggungjawab kita ialah untuk mendapatkan biasiswa sebagai ganjaran kerana belajar bersungguh sungguh.

    3. bukan baru hari ini PTPTN wujud, bukan baru hari ini BN memerintah, bukan baru hari ini pendidikan memerlukan DUIT. bukan baru hari ini kita tahu dan sedar bahawa pendidikan bukanlah PERCUMA. jadi kenapa ayah dan ibu tak sediakan perbelanjaan pendidikan? kenapa perlu pelajar/anak yang bayar?

    4. menukar kerajaan bukan mudah, banyak penyelewengan boleh dilakukan untuk memastikan parti politik kekal memerintah. namun kita sendiri boleh berubah, menjadikan kita kekal relevan untuk survival dinegara Malaysia. kalau orang lain boleh mengapa bukan kita? kalau anak sifulan tu boleh dapat biasiswa mengapa bukan kita? kalau sifulan tu mampu tanggung pendidikan anak mengapa bukan kita? jangan terus beralasan untuk menghalalkan keGAGALAN kita.

    5. ayah adalah perdana menteri dan ibu adalah timbalannya. kalau diri sendiri tak mampu memakmurkan keluarga sendiri. tak payah la sibuk2 kondem sana sini. kondem pemerintah. kondem pemimpin. sedangkan nak sekolahkan anak pun tak dapat fikir cara yang betul. PINJAM PINJAM PINJAM.

    nota kaki : tulisan ni BUKAN untuk yang kurang bernasib baik. tapi pada yang PEMALAS gunakan otak untuk selesaikan masalah hidup sendiri.

    bersambung di part 2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam,

      dari segi penulisan Saudara ni mesti dr Generasi X. http://en.wikipedia.org/wiki/Generation_X

      Saya dari Generasi Y
      http://en.wikipedia.org/wiki/Generation_Y

      Bagi pendapat saya bukan semua orang dilahirkan genius. Bukan semua orang dilahirkan rajin. Setiap orang ade kebolehan mereka sndiri. Allah jadikan setiap 1 mereka unik supaya kita dapat belajar dan mengenali 1 sme lain.

      Saya nk berkongsi siket.~
      Saya ada seorang kawan. Ayah dia memang senang. Dia ni tk payah guna PTPTN pn boleh sambung belajar. Semua ayah dia tanggung. Dari start belajar smpai habes. Tapi ayah dia xtau yg anak dia ni kurang pandai mungkin. dan sampai dh abes grad pn still ayah dia yg tlg carikan kerja. walaupn dgn pointer yg rendah dia mmpu memegang jwatan tinggi. saya cukup jeles dgn beliau. mungkin dh rezeki kn. pape pn meh lyn dlu lgu ni.

      http://www.youtube.com/watch?v=X0gtzHJphVg

      Padam
    2. kalau tengok video tu, maksudnya kita kena kurang ajar dengan cikgu2 kita, salahkan orang2 yang lebih tua dan kita bebas buat apa yg kita suka tanpa mempedulikan generasi sebelum ini termasuk mak bapak kita?

      Padam
  23. TQ PON. Berpinar mata membaca ulasan yang bernas dan komen yang pelbagai. Hehe. Memang nak tahu apa kesan CCRIS kepada PTPTN. Yelah dah pinjam, hutang mestilah dibayar. TQ PON. Syukurlah Malaysia masih aman.

    BalasPadam
  24. Saya mengucapkan terima kasih kpd DSAI sbb prihatin kpd masalah mahasiswa yg x mampu ke uni tanpa bantuan kewangan ptptn..DSAI lah yg mewujudkan PTPTN spy kita mampu ke menara gading tanpa byk masalah pembiayaan pendidikan. Even as pinjaman,sy tetap hargai n skrg sy mendapat pekerjaan yg sy impikan dgn bantuan PTPTN idea DSAI sendiri. Sy peminjam yg bertanggungjwb n byr balik hutang pptptn yg dipinjam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pakcik amat kagum dgn kebolehan ayam afrika mengulas isu isu yg ada. Anda berkata dgn fakta dan bukan omongan kosong. Kebanyakan kita hanya pandai menunding jari ke arah org lain tanpa fakta yg tepat. Syabas anak muda... teruskan usaha.

      Padam
    2. Kebanyakan pengomen di dlm mana2 blog lepas tangan bila letak komen, suka hati mencarut atau memaki, pas2 emosi dlm setiap komen diberi. Disebabkan atas nama 'anoymous/tanpa nama'..mereka tidak boleh dikesan mcm profile FB n boleh buat apa mereka nak.

      Sy x tau kalau kebanyakan anon ialah budak2 sekolah menengah yg masih mentah n x tau keadaan semasa sebenar...semua komen emosi semata2, fakta x kuat/merapu...copy paste dr mana2 ayat pemimpin parti politik tanpa buat rujukan terperinci.

      Padam
    3. ayam afrika tu bukan anon ke??? kalau berani sgt letak nama dan gambar betul la... sama je 2x5... kata dulang paku serpih, kata org dia yg lebih... phuuuiiihhh

      Padam
  25. Nama "Ayam Afrika" ada dlm google+ account, ada email address sy yg hanya admin boleh view, dlm email address sy ada semua detail utk alamat rumah n hp sy. Kalau apa2 komen sy boleh menjadi isu atau menyentuh sensitiviti, gov boleh trace saya smpi ke lubang cacing, xde masalah.

    Setiap komen sy, sy bertanggungjwb..sy bersedia masuk jail jika sy lakukan kesalahan undang2. Sy xnak noob bertanggungjwb ke atas kesemua komen anon yg x register langsung..anon2/tanpa nama maybe x tau, jika ada komen yg menjadi isu di dalam mana2 blog, org pertama yg kena ialah pemilik blog itu sendiri. Sbb 2 noob delete post yg mana dia rasa x selamat utk dikongsi

    Utk kes ni, sy pun bertanggungjwb atas segala komen sy dlm blog noob.Better dr org yg komen sy (Tanpa Nama 22/8/2013 10.01 PG) yg tau cari kesalahan org, tp dia sendiri xnak declare sapa diri dia.

    BalasPadam
  26. Hutang pendidikan menyebabkan mahasiswa tertumpu pada bidang-bidang industri. Masuk U untuk bekerja. Bidang-bidang akademik dan sains kemasyarakatan bakal dibakul sampahkan -- peluang pekerjaan suram. Wal hasil, Malaysia bakal kepupusan budayawan serta pemikir pembangunan modal insan negara.

    BalasPadam
  27. apelah korang ni. ptptn ni takda isu pun sebenarnya. aku setuju jak cadangan dato seri idris jusoh untuk meng-ccris-kan pelajar-pelajar yang berhutang dengan PTPTN nih. bak kata noob, ada parti nak hapuskan sistem hutang ptptn untuk semua rakyat malaysia yang meminjam ptptn semasa menuntut ilmu ketika pru13 lalu korang tak nak. nak jugak pilih parti yang hapuskan hutang-hutang bekas menteri si tajudin ramli, eric chia dan shareezat lembu rm250juta. ^^

    BalasPadam
  28. kalau tak free pun bagi la yuran murah kot? tengok saban tahun yuran makin naik.. pinjaman pun makin naik huh.. dulu 15k ke 30k dapat buat sarjana dah sekarang sarjana atau diploma mau 80k ke 90k dah tentu punya..

    takda choice la korang pulun belajar andai-pandai carik biasiswa.. atau carik kerja best lepas grad boleh bayar habis pinjaman dengan cepat..

    Jadi orang berpelajaran dan berpendidikan ni kena bersusah dan tahan diri..
    Kalau tak berapa bijak tu memang confirm kena tangung utang la.. sebelum kerja.. apo nak buat dah sistem camtu..

    Kalau taknak hutang dan nak hidup best jadi la penagih dadah atau banduan CONFIRM makan tangung berak cangkung.. lepak kat pusat serenti @ penjara semua lengkap.. siap ada elaun kalau rajin.. hohohoh.. Boleh duduk lepak ngaji kitab2 hohoho..

    BalasPadam
  29. Babi kerajaan bn umno..aku akan undi pr plak..sure ptptn dihapuskan

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.