Iklan Leaderboard

Khamis, 29 Ogos 2013

42 Guling Mursi juga demokrasi

Memilih Mursi menjadi pemimpin melalui proses pilihanraya adalah sebuah demokrasi, namun menggulingkan Mursi juga adalah sebuah bentuk demokrasi.

KAHERAH 25 Ogos - Kegagalan bekas Presiden, Mohammed Mursi membawa perubahan kepada ekonomi Mesir dalam tempoh setahun pemerintahan beliau terus menjadi alasan utama kepada kelompok rakyat yang menyokong pembentukan kerajaan sementara.

Beberapa penyokong kumpulan anti-Mursi atau Tamarod yang ditemui Utusan Malaysia di lokasi tumpuan mereka di Dataran Tahrir di sini berkata, disebabkan itu, tindakan rakyat mendesak Mursi berundur menerusi bantahan besar-besaran di seluruh negara bulan lalu tidak boleh disalah anggap.

Menurut salah seorang daripada mereka, Hisham Ghazi, rakyat Mesir tidak boleh menunggu sehingga tempoh penggal perkhidmatan Mursi berakhir kerana percaya pada waktu itu keadaan sudah terlambat bagi menyelamatkan ekonomi negara ini.

Katanya, kelemahan pentadbiran Mursi cukup ketara bukan sahaja dari segi ekonomi, malah penyelesaian masalah rakyat sehingga membangkitkan kemarahan ramai.
‘‘Bantahan besar-besaran 30 Jun hingga Mursi digantikan 3 Julai lalu bukan tidak demokratik kerana saya percaya majoriti rakyat bersama kami. Maka, itu juga suara ramai.

‘‘Lagipun untuk menunggu tiga, empat tahun lagi untuk pilihan raya baharu diadakan, saya percaya waktu itu sudah terlambat untuk menyelamatkan Mesir daripada kegawatan ekonomi. Justeru, Mursi perlu digantikan untuk menyelamatkan Mesir ," katanya.

Seorang lagi penyokong kumpulan penentang Mursi, Malik Ahmed berkata, beliau percaya jumlah sokongan kepada Mursi tidak seperti mana yang digembar-gemburkan penyokong beliau.

‘‘Rakyat Mesir bersama kami. Kami menyokong kepimpinan kerajaan sementara dan pihak tentera. Mereka lakukan tindakan betul menyingkirkan Mursi demi negara ini.

‘‘Bantahan yang kami gerakkan bulan lalu adalah mewakili majoriti rakyat. Justeru, jika kumpulan pro-Mursi mahu turun ke jalanan, kami mahu tengok jumlahnya. Saya pasti mereka tidak mampu mewakili majoriti seperti kami," jelasnya.
Rakannya, Hussein Tabrawi berkata, selain itu, faktor Mursi yang dilihat cenderung mempunyai hubungan dengan beberapa kumpulan yang dikaitkan dengan pengganas juga bukan suatu yang baik untuk negara ini.

‘‘Kami tidak mahu Mesir menjadi sarang pengganas. Sebab itu Mursi perlu digantikan," katanya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di Dataran Tahrir hari ini menyaksikan hanya beberapa khemah masih didirikan penyokong pergerakan Tamarod di bulatan di kawasan tersebut.

Selain itu, mereka turut mewujudkan galeri sementara mengenai perjuangan dalam mendesak penyingkiran Mursi yang berlaku bulan lalu.

Tamarod merupakan pergerakan yang ditunjangi golongan sekular Mesir dan kumpulan ini sering bertentangan pendapat dengan Mursi yang berorientasi Islam. - UTUSAN

Ya, begitulah seperti berita yang diterbitkan oleh sebuah akhbar dikatakan suara kerajaan dan suara melayu iaitu Utusan Malaysia.

Tapi kalau ada cubaan nak gulingkan kerajaan Barisan Nasional di Malaysia, adakah Utusan akan memanggilnya demokrasi juga? Lagipun bukankah dulu Utusan pernah menulis dulu, guling kerajaan adalah bertentangan dengan maqasid syariah malah haram di sisi agama?
KUALA LUMPUR 22 Mei - Menjatuhkan kerajaan dengan cara keganasan dan kekerasan adalah dilarang kerana bertentangan dengan maqasid syariah.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, ini kerana syariah mementingkan keamanan, kesejahteraan dan keselamatan nyawa serta harta benda.

"Sesebuah kerajaan yang menang dengan majoriti dan dipilih secara pilihan raya adalah sah dari segi hukum demokrasi.

"Islam juga menerima hukum tersebut. Pembentukan kerajaan melalui demokrasi perlu diterima dan sebarang usaha untuk menjatuhkannya dengan kekerasan bertentangan maqasid syariah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan pembangkang yang menganjurkan perhimpunan jalanan bagi mencetuskan huru-hara supaya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipilih secara sah oleh rakyat dapat digulingkan.
Malah, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada Mei tahun lalu telah memutuskan sebarang niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran perhimpunan atau demonstrasi yang boleh mencetuskan huru-hara adalah haram di sisi agama.

Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, golongan yang melampau atau berdegil menolak kedamaian boleh diperangi sehingga mereka kembali tenang dan tenteram.

"Perkara tersebut ada di sebut di dalam al-Quran yang menyatakan kewajipan manusia menjaga keamanan dan ketenteraman.

"Sehubungan itu, kerajaan melalui kuasa yang ada boleh mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang cuba melakukan huru-hara ini," katanya.

Pandangan terhadap perkara yang berlaku di luar negara sentiasa tidak selari dengan apa yang berlaku di dalam negara. Alangkah sedihnya dengan cara media di Malaysia melaporkan sesuatu berita di dalam dan luar negara.

Baca lagi - Isu Mesir: Jangan menghina jika tidak menyokong




tags: guling presiden dr mohamed mursi morsi juga demokrasi tentera faktor ekonomi jadi alasan rakyat sokong bentuk kerajaan sementara utusan malaysia berita laporan artikel media massa cetak elektronik suara kerajaan barisan nasional umno melayu haram bertentangan maqasid syariah

42 ulasan:

  1. petama, guling2kan badan diats tanah ...perbuatan baik akn dibalas baik~

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok 2nd homework utusan malaysia dia adalah troll :0 tp ada sikit2 aura2 sarcasm gak situ, handal gak penulis dia...

      Padam
    2. utusan tu bukan troll atau sarcasm tp dh mmg tahap macai sejati dh...

      Padam
    3. mcm noob bongok ni jugakla dah jadi macai sejati cinabeng.

      Padam
  2. Nothing in all the world is more dangerous than sincere ignorance and conscientious stupidity - Martin Luther King

    BalasPadam
  3. Utusan ni pun satu...mcm flip flop, bila berpihak BN mcm2 fakta menyokong, bila isu2 lain mcm2 cerita pulak. Sbb 2 malas baca utusan..'bias' sgt.

    Pasal isu mesir, tentera gulingkan Presiden Morsi mmg ditentang hebat, cuma tindakan tentera ini juga disokong kebanyakan masyarakat anti-morsi. Penyokong kerajaan morsi dan pembangkang ialah 50-50, dan mereka penyokong fanataik (kuat emosi) kebanyakannya.

    Jika anda kaji berita betul2, kekejaman terhadap penyokong morsi bukan sahaja dr pihak tentera, tp kebanyakan kes disebabkan oleh penduduk/penyokong anti-morsi sendiri. X sama mcm kes syiria di mana kekejaman terhadap rakyat menentang kerajaan byk dibuat oleh tentera syiria sendiri.

    Kita boleh menyokong Presiden Morsi utk tetap menjadi President Mesir secara sah (demokrasi), tp sebahagian besar (40-60%) penduduk mesir pun menolak Morsi memerintah selepas 1 tahun, maybe selepas diprovoke/batu api kaw2 oleh pembangkang kpd penduduk yg Presiden Morsi tidak byk memberi perubahan besar dr segi ekonomi khasnya utk rakyat Mesir.

    So, cadangan sy....dr asyik bergaduh, membunuh..better buat re-election semula utk tegakkan demokrasi. Walaupun pelik x smpi 1 tahun memerintah, tp disebabkn situasi yg kritikal skrg drpd tekanan penduduk mesir sendiri, ini cara yg terbaik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebahagian besar rakyat malaysia - 53% menyokong pr & menolak bn dlm pru13. kerajaan bn hari ini hanya disokong oleh 47% rakyat shj... adakah maksudnya kerajaan bn juga boleh digulingkan dgn alasan demokrasi??? cer bincangkan...

      Padam
    2. sudah sudah la nak menipu fakta bodo percent tu....
      dah kalah tu mengaku je la dok bising butthurt lagi plak

      Padam
    3. kesian...itulah hakikat hidup seorg macai.hanya tahu bertempik & hidup dgn bayang2 sendiri sahaja tanpa menghiraukan fakta yg sebenar... pd pru13 yg lalu, undi popular yg dirangkul oleh barisan nasional yakni undi dari keseluruhan rakyat malaysia yg mengundi hanyalah 47% sahaja, manakala undi keseluruhan bg pakatan rakyat adalah 51%. bn menang hanyalah kerana menang majoriti kerusi parlimen, tp kalau dikira dr jumlah keseluruhan undi di seluruh malaysia, mereka telah pun kalah. terimalah hakikat bahawa kerajaan yg ditubuh skrg adalah kerajaan yg dipilih oleh pengundi minoriti. bykkan membaca & mencari ilmu lagi ya wahai macai umno,jgn menunjukkan kebodohan diri sendiri smpai mengatakan fakta bodo sedangkan ia adalah fakta yg sebenar...

      nk tahu 1 fakta bodo? altantuya mati sbb letupkan diri sendiri dgn c4.

      Padam
    4. aku tahu sbb macai2 ni jenis malas nak mencari maklumat sebenar, boleh tgk kat sini - http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=725615. kalau masih kurang cerdik lg boleh mintak tlg encik google

      Padam
    5. Di mesir x silap sy undian diikut dgn majoriti votes, Morsi menang 51% dan pembangkang 49%. Dr situ gov mesir morsi dibentuk.

      Di malaysia x ikut popular votes tp ikut jumlah parlimen dimenangi. Dah undang2 mcm 2, nak wat mcmana. Lgpun x nmpk pun ratusan ribu org berkumpul beramai2 mcm kat mesir..yg ada pun perhimpunan blackout yg x ramai sgt sebenarnya. Kat mesir penyokong Morsi sanggup bertempur dgn tentera utk pastikan Presiden Morsi tidak digulingkan.

      Maybe di Malaysia PR kalah melalui pilihanraya...tp di Mesir President Morsi menang pilihanraya tp digulingkan selepas 1 tahun tanpa melalui pilihanraya baru.

      Padam
    6. ok ayam,persoalannya kt sini andai penyokong pr juga turun ke jalanan dn kerajaan bn berjaya digulingkn tanpa melalui pilihanraya baru,adakah anda akan rasa ia suatu demokrasi spt yg utusan ckp??

      Padam
    7. Demokrasi di malysia ialah siapa menang paling byk parlimen parti itu akan memerintah.

      Di mesir,demokrasi mengatakan undi popular menentukan parti yg memerintah.

      Setiap negara ada undang2 masing2. Kalau anda nak katakan undi popular yg menentukan kerajaan memerintah...kene gubal perlembagaan n kene dptkn sokongan 2/3 parlimen dulu,xleh suka2 tukar sbb alasan nak sama sistem dgn mesir contohnya.

      Papepun utk PR xde rezeki utk pru13. Kalau anda boleh bersabar n berusaha lg kuat utk PRU14,dengan izin Allah PR leh menang. PR kalah pun ada hikmah disebaliknya..

      Pelik,sy cite mcmana nak setel masalah mesir ada sibuk tukar topik politik malaysia...x habis2

      Padam
    8. aku bukan cakap soal siapa menang pilihanraya siapa memerintah,itu adik aku darjah 3 pun tau. aku nk tanya pandangan macai mcm kau adakah kau rasa gulingkan kerajaan mesir melalui demonstrasi jalanan bukan melalui sistem pilihanraya tu demokrasi spt yg ditulis oleh utusan? dan adakah andaikata kerajaan bn pula digulingkan melalui demonstrasi jalanan dan bukan melalui pilihanraya yg sah,adakah kau akan tetap kata ia adalah demokrasi??? tak payah la nak pusing byk sgt, aku cuma nk dptkan pandangan dr perspektif seorg macai

      Padam
    9. feudalism ni ada pun xpe takde pun xpe. kalau dah ada biar jer ada. tak perlu nak jatuhkan ker ape. yg penting kuasa feudalism tu perlu di kurangkan mcm tun mahathir buat. takde sape bleh imun dari di undang undang dan mahkamah termasuk rajah2. itu yg penting. bertepatan dgn islam. bg yg xnak feudalism boleh berjuang mengikut faham masing2. kalau zaman nabi pun takde monarki. monarki pun bukan dari islam. unrelated dgn agama. cuma praktis turun temurun jer.

      Padam
    10. undi pr besar pasal cina mkn babi je. majoriti melayu islam masih pilih umno.

      Padam
    11. Demokrasi di malaysia merupakan pilihanraya..rakyat yg memilih pemimpin malaysia. Guling mengulingkn ni x kira rakyat guling BN atau PR sy anggap x demokrasi...sama mcm kes perak dulu. Skrg dah pru13 n rakyat perak dah pilih siapa parti menang melalui kerusi terbanyak.

      Kan sy dah ckp...sy x sokong apa utusan ckp. Sy x sokong konsep demokrasi spt di mesir cara guling2...pas2 tuduh sy macai....pasal statement sy sebelum ni yg cadang better buat reelection pun sama pendapat oleh pemimpin PAS sendiri. Tp sy bukan org BN or PR. Skrg lepas pilihanraya org politik sibuk cari salah org lain,kebajikan rakyat belum start lg....

      Padam
  4. provoke sikit terus bunuh? ,seems legit by ayam afrika?

    BalasPadam
  5. entah la kita xde kat sana dan tak tahu situasi yang sebenarnye.. berjuang dengan cara islam, plan dengan sempurna, berdoa dan usaha yang berterusan akan mendapat keberkatan. betul atau salah akan diketahui juga.

    BalasPadam
  6. gilalahhh utusan... harap korang kalah kes saman lagi walaupun dah bertukar peguam.

    pendirian yang sentiasa berubah2.

    BalasPadam
  7. Tp yg plg pelik sekali (x sure 100% tepat), even Raja Arab Saudi sendiri pun menyokong tindakan pengulingan Presiden Morsi sendiri..dgr cerita Ikhwanul Muslimin ada membuat perancangan utk menganggu sistem politik Arab Saudi kepada sistem demokrasi sebenar di mana Raja Arab Saudi tidak mempunyai kuasa paling tinggi dlm sistem pemerintahan, should be a President or PM elected by general election. Hmmm.pelik2

    BalasPadam
    Balasan
    1. raja saudi tu macai amerika la dol. xder peliknya..

      ape? ikhwan nak ganggu feudalism arab saudi? lol. nak selesai masalah dlm mesir pun terkiyal kiyal. mana berita lah ko kutip ni.

      Padam
    2. lagi bagus kalau xde raja.. buat apa nak abihkan duit rakyat nak sara free loader ni.. bukan diorang buat kerja sangat pon.

      Padam
    3. Kalau anda nak gulingkan sistem beraja di malaysia...better action talks louder than words..ckp je x cukup.

      personally sistem Raja berpelembagaan yg ada skrg still releven..even UK n negara2 sekutu pun masih pakai. At least xde presiden yg gila kuasa smpi xde sape leh sentuh mcm kat syiria n hosni mubarak dulu. Tp kdg2 perangai anak2 kerabat yg pelik2 n boros yg menyebabkan rakyat pandang serong sikit.

      Nsib baik dduk malaysia..kalau ddukdl di thailand pijal duit gambar raja thailand mati mandatori. Di uk n australia xde hukuman mati melainkan menghina queen Elizabeth.

      Padam
    4. Sigh....ada gak yg x tau gak ikhwanul muslimin secara umum,ingat yg Kat mesir je.buat la research sikit Kat internet,xdela kat satu sumber je

      Ikhawanul muslimin ada di serata dunia..yg kat mesir itu ikhwanul muslimin mesir punya..lgpun ikhwanul muslimin pun diasas di mesir sendiri. Di negara2 islam lain pun ada ikhwanul muslimin sendiri..dgr cite pas pun cawangan malaySia punya..betul ke x tak tau la..no komen

      Padam
    5. ape pulak PAS, yang sebenagnya DAP la cawangan ikhwanul muslimin kat malaysia ni. tak caya cuba tanya barack obama.

      Padam
    6. tp yg pasti bukan umno keh keh keh

      Padam
    7. Kalau anda buat research..ikhwanul muslimin ada iktiraf Pas dan mahathir gak..apa diaorg iktriraf cek sendiri kat internet.

      Tp xde yg mengatakan yg mereka mengiktiraf sesiapa atau mana2 parti mewakili ikhwatul muslimin utk malaysia.

      Padam
  8. sekarang ni hanya tinggal nama jer. undang2 membutakan rakyat dan memperbodohkan umat islam. tapi heran ada je umat islam yg nak jaga kepentingan monarki mereka. sanggup memperjudikan agama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Welcome to the world of Dajjal deception.

      Padam
  9. “Democracy is the worst form of government except for all those others that have been tried.” - Winston Churchill

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nma je cahaya amanah...komen ntah apa2...

      Padam
  11. Kebodohan apakah yang menimpa umat hari ini sehingga tidak dapat membezakan demokrasi dan penggulingan tentera.

    BalasPadam
  12. Aku beli akhbar utusan ni hari2 dari aku skolah menengah lagi..semakin byk yg aku baca walaupun fakta byk yg bertentangan,tapi aku semakin sedar dan sangat bersyukur bahawasanya Malaysia masih aman..Alhamdulillah...

    BalasPadam
  13. Aku x nampak pulak Utusan buat statement yg berpihak pada mana2 pihak...tapi aq tgk cara korang komen seolah-olah yg utusan berpihak kpd penentang mursi..asal ek?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. umno memang dari dulu tak sokong mursi
      2. utusan adalah umno
      3. dlm berita tu xde pun org mesir yg ckp gulingkan mursi juga demokrasi,tp kenyataan tu dikeluarkan sendiri oleh utusan sbg tajuk berita
      4. orang umno mmg kurang cerdik sbb benda2 simple mcm ni pun susah nak faham

      Padam
    2. thanks for the info and explaination...appreciate it..

      Padam
  14. huhu. Anti-morsi bukannya tamarod.. Tamarod nih gerakan atau rebellian yang bekerjasama dengan tentera gulingkan Mubarak juga Morsi..

    Mula-mula mereka merancang Gulingkan Mubarak sebab kezaliman Mubarak.. bagi mengantikan dengan kerajaan yang adil dan telus.. lepas tu Morsi pun dipilih..

    Bagaimanapun, kemudian gerakan ini gulingkan Morsi sebab kesilapan morsi yang nampak nak jadi ditaktor setelah meluluskan enakman yang perdana menteri tidak boleh didakwa.. Geng tamarod ni risau Morsi@ikhwanul muslimin jadi macam Mubarak juga.. Dan kesempatan yang sama diguna oleh penyokong Mubarak dan anti-morsi.. Bukan la faktor ekonomi sebab Morsi pun baru je ambil alih..

    Tamarod ni niat dia suci cuma kesempatan mungkin diguna oleh anti-morsi yang juga penyokong Mubarak.. menyemai kemarahan tamarod bila Morsi macam nak kawal segalanya.. kita tunggu dan lihat kerajaan apa pula selepas Nubarak dan Morsi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks for additional info..papepun utk kes mesir ni biarla mereka setel sendiri..kdg2 kita komen mcm2 kita x tau keadaan sebenar...kene dgr pendapat keseluruhan pelbagai pihak penduduk mesir.

      Sama kes mcm kat politik malaysia..cnn kata lain,aljazeera kata lain,bcc kata lain,singapore kata lain..tp rakyat malaysia sendiri lg tau apa yg berlaku sbnrnya..n xleh dr penyokong BN sahaja atau PR sahaja..kena secara menyeluruh,baru boleh menilai lebih adil.

      Padam
    2. Utk mesit..doakan yg tiada lg kehilangan nyawa muslim..n cepat2la aman semula mcm dulu. Mogok mcmana pun smpi bila...perbincangan kene diadakan n jln terakhir pilihanraya semula.

      Utk kes syira pulak lg parah dr mesir..sedih tgk kanak2 mati sbb senjata kimia..cepat2la kepimpinan basyar dihapuskan. Senjata umat islam paling kuat ialah berdoa...bkn sibuk mengata n cari kesalahan org lain.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...