Iklan Leaderboard

Selasa, 20 Ogos 2013

98 Proton antara bangga dan double standard

Kereta Proton terbaru iaitu Proton Suprima S telah dilancarkan 2 hari lepas. Pada pandangan aku, dari segi rekabentuk nak kata cantik sangat tu tak lah, kira bolehlah kerana ia hanya merupakan adik kepada Proton Preve cuma bezanya ia hatchback, itu sahaja. Tiada apa yang baru dengan design, cuma dari segi enjin ia ada Turbo dengan CamPro1.6 CC. Harga yang ditawarkan pula adalah antara RM76,338 (Executive) hingga RM79,988 (Premium).



Wow murahnya harga kereta tu kan. Dengan bajet sekitar RM76K hingga RM80K, antara kereta lain yang anda boleh dapat adalah:
* Semua harga kereta diperolehi dari sini.

Seriously aku memang tiada masalah dengan Proton. Kereta pertama aku kereta Proton. Aku beli dulu bukan kerana patriotik, bukan kerana bangga dengan kereta buatan tempatan, hanya kerana kereta Proton adalah kereta yang harganya paling murah, di Malaysia, selain Perodua. Walaupun kereta Proton dikenali dengan banyak masalah seperti power window, tapi kos servis, penyelenggaraan dan spare part adalah yang paling murah, di Malaysia.

Cuma benda yang aku masih betul2 tak puas hati dengan Proton adalah harga dan double standard. Sebelum itu baca ni dulu - Proton Trivia and Secrets: 17 Things You Didn't Know About Proton Cars:
11. Proton is the only Muslim country manufacturer, and the only 'full-fledged' manufacturer in South East Asia that designs, develops and manufactures their own cars

Bangganya Proton satu2nya pengeluar kereta yang negaranya negara Islam.

6. Miss Universe Australia 2013 is the ambassador of Proton
Baru nak bangga dengan fakta no. 11, dan2 Proton Australia jadi gold sponsor untuk pertandingan Miss Universe Australia, untuk 5 tahun berturut2.

12. Proton car prices around the world are determined by the respective country's vehicle import taxes

Ya, ini adalah fakta yang paling shit sekali. Tak perlu aku cakap banyak kali, tapi umum tahu harga kereta Proton lebih mahal di negara kita jika dibandingkan di negara lain. Perbezaan harga bagi model kereta Proton di negara Arab Saudi adalah seperti berikut:

Harga di Arab Saudi (harga siap turun lagi) dengan currency rate terkini SAR1 = RM0.88:
  • Proton Waja - SAR37,950 = RM33,396
  • Proton Persona - SAR36,100 = RM31,768
  • Proton Gen2 - SAR33,600 = RM29,568
Harga di Malaysia (aku ambil harga model kereta dengan spec paling rendah):
  • Proton Waja - RM56,888
  • Proton Persona - RM46,713
  • Proton Gen2 - RM54,538
Ok tu cerita tahun lepas, kali ni harga kereta Proton di Australia pula turun.
Australia dengan currency rate terkini AUD1 = RM3:
  • Proton Preve - AUD15,950 = RM47,850
  • Proton Persona Elegance - AUD14,990 = RM44,970
  • Proton Gen2 - AUD14,990 = RM44,970
  • Proton Saga FLX - AUD12,990 = RM38,970
Malaysia (aku ambil harga model kereta dengan spec paling rendah):
  • Proton Preve - RM58,233
  • Proton Persona - RM46,713
  • Proton Gen2 -  RM54,538
  • Proton Saga FLX - RM38,361

Seperti impian semua orang, nampaknya janji dalam manifesto BN untuk menurunkan kereta akhirnya ditepati, tapi bukan turunkan harga kereta dalam negara sebaliknya di luar negara. Yang kat sini gebang je lebih. So kalau anda nak beli kereta Proton dengan harga murah, beli dekat negara Australia atau Arab Saudi kemudian bawak balik sini (harga je lah murah tapi nak bawak balik sini kena cukai balik), ataupun tukar warganegara Australia atau Arab Saudi dan tinggal kat sana so bolehlah beli kereta Proton dengan harga yang murah.


Pelikkan, kereta Proton kilangnya di Malaysia, lepas dibina kos penghantaran dalam negara sudah tentu jauh lebih murah daripada dihantar ke luar negara, tapi harganya lebih mahal pula. Kos penghantaran kereta2 Proton keluar negara dah tentu lebih tinggi, ditambah lagi dengan cukai dan duti nak masuk ke luar negara, tapi boleh pula jual dengan harga yang lebih murah.


Kereta Proton dibina pada asalnya untuk rakyat terutama untuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana, sebab orang kaya2, para menteri dan raja2 dah tentu tak beli kereta Proton. Nak kata rakyat beli Proton sebab semangat patriotik? Kereta rasmi Kerajaan Malaysia pun dah tukar dari Proton Perdana ke Honda Accord. Kalau kerajaan sendiri pun dah tak patriotik, takkan nak harap rakyat juga patriotik?

Rakyat beli kereta Proton dan Perodua pun hanya sebab tiada pilihan, kereta itu jelah yang paling murah pun di Malaysia, sedangkan harganya diluar negara lebih lebih lebih murah, tapi sebab cukai sana sini yang terlampau tinggi termasuk cukai import nak kasi harga kereta jenama lain lagi mencanak2 naik, so rakyat dipaksa juga beli kereta tempatan dengan harga tinggi. No point kita anggap kereta Proton tu sebagai produk tempatan, baik kita anggap je lah Proton tu produk luar negara sebab harganya di luar negara lebih murah.

Dan bagi aku dah takde cara dah kerajaan nak turunkan harga kereta melainkan dengan menurunkan cukai sedia ada dan bukan dengan menekan pengeluar2 kereta tempatan menurunkan harga kereta. Kalau pengeluar kereta yang kena turunkan harga kereta tapi cukai kekal, gaji pekerja mungkin susah nak naik kerana kos meningkat tapi untung semakin kurang. Dulu pun dah ada kes isu gaji pekerja Proton bulan Februari tempoh hari. Tapi kalau kerajaan yang turunkan cukai, setel. Keuntungan pengeluar kereta tak kacau, yang kacau cuma pendapatan kerajaan sahaja.


Namun apa yang pasti dan kasihan, rakyat di double standard di negara sendiri. So seperti yang aku pernah tulis sebelum ni "Proton antara bangga dan kecewa", aku tanya sekali lagi kat korang:
  • Adakah korang rasa bangga negara kita ada kereta jenama sendiri yang dijual kepada rakyat sendiri lebih mahal berbanding rakyat negara lain?
  • Atau adakah anda rasa negara kita tak perlu pun keluarkan kereta jenama sendiri seperti negara2 Asia Tenggara yang lain seperti Thailand, Singapura, Indonesia, Brunei dan lain2 dan hanya mengimport dan menjual kereta dengan harga pasaran global tanpa cukai import yang melampau?




tags: pelancaran kereta proton suprima s drb hicom tun mahathir mohamad paul tan harga executive premium enjin turbo spesifikasi iklan commercial advertisement fakta trivia 17 mengenai proton beza jenama lain harga turun australia arab saudi kilang tanjung malim shah alam hicom duti eksais cukai jualan import patriotik bangga

98 ulasan:

  1. harga proton di Malaysia tidak setanding dengan kualitinya..

    BalasPadam
  2. Kebanyakan kita, akan banding harga..tapi kalau kita baca majalah kereta (kebanyakannya) akan banding dari segi prestasi enjin cth kelajuan, pick up, tork, etc..

    memandangkan kita ni rakyat biasa, dah tentu harga yang main peranan..tapi kerajaan cuma janji nak turunkan harga kereta secara berperingkat..kalau ko xcaya, awal tahun 2013 lagi dia dah buat..kan..kan..macam pe yang ko dah tulis sebelum ni..

    dan aku tambah pelik bila kerajaan nak tukar kereta rasmi pegawai tertinggi dengan kereta honda..inspira tu aku ble terima lagi..pastu nak bising bila rakyat kondem kereta nasional..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Spec dan kualiti kereta proton yang dieksport pun sebenarnye lebih baik dari yang dipasaran local. Tapi masih dapat dijual dengan lebih murah dari pasaran tempatan. Kalau bernasib baik boleh beli kereta edisi eksport ni dan bandingkan.

      Mungkin Mahathir nak membantu kilang subcon Bumiputera penjual dan pengedar kereta tempatan kaya raya kot? Sape tak kenal tauke2 kereta ni bahkan pemegang AP kereta import pon kaya raya juga.

      Padam
    2. paling penting spec dan kualiti mestilah setanding harga.....bukan tu je, nak beli kereta ni macam nak beli rumah..kena tengok keadaan tempat dan geografi.....kalau jalan berlubang2 tapi ada hati nak bawak lamborghini, baik ko keluar malaysia.....

      Padam
    3. Tak payah keluar Malaysia la ada je orang bawak lamborghini kat Malaysia.. Kereta terlaju kat Dunia Bageti verron pun ada Kat Malaysia..

      Ketingalan sangat ko ni..

      Itu la Hasil pembangunan dan kemajuan yang BN bawa.. Kalau tak tak merasa la orang Melayu ni jadi jutawan dan bilionaire..

      Padam
    4. Dlu ludah gomen perak nak pakai Camry menggantikan Perdana,skg jilat kahak sndiri plak

      Padam
  3. Sabar jelah noob, dah berpuluh tahun mcm ni.

    BalasPadam
  4. setahu aku indonesia dan thailand ada jenama kereta sendiri.....esemka tahi apa ntah jenama kereta indon tu....tapi yg pasti, klau aku diberi pilihan, aku akan beli kereta murah, x kisahlah jenama apa......sebab tujuan kereta adalah untuk membawa kita kesana, kesini dan kesitu....klau ada bajet lebih, upgrade la mana yg patut.....pasal suprima ni, aku xnak komen banyak, aku x pernah lagi tengok depan mata......pasal harga kereta ditentukan melalui negara asal kereta, itu memang tahi......nampak sangat negara kita xda nilai di mata rakyat saudi dan australia.....tapi xsalah la kita keluar duit lebih beli proton, sebab menyumbang untuk negara jugak tu...x semestinya kena jadi ahli sukan atau tentera untuk berjasa pada negara....kita bayar cukai pun berjasa pada negara jugak....cuma kita ni "unsung hero"....

    BalasPadam
    Balasan
    1. unsung hero kepala bana kau!!! org miskin disuruh bayar cukai lebih utk kesenangan golongan bangsawan...berjasa pada negara wak luuu

      Padam
    2. ha, kan dah kena kepala bana. haha. nak berkias pun nya adoi ter ber. bayar cukai sampai berhutang apa yang tak patut. Syukurlah Malaysia masih aman.

      Padam
    3. macai foreven n ever

      Padam
    4. Secret Admirer....
      Lu makhluk paling bodoh penah gua jumpa... Menyumbang kepala bana lu...
      Statement amatur patriotik tahap tahi kucing...
      Unsung hero? Memang class tahap macai level tertinggi.
      Belajar lagi pasal ekonomi dan perkapita ye dik.
      Bengap sangat dah nie.

      Padam
  5. Krajaan(Dato'sri Mustapa) ckp atas sbb "Stategi pemasaran" Proton Holding Berhad harga kereta proton murah kat luar negara dan mahal di dalam negara...

    realitinya kalau jual mahal dikat itu luar negra x laku...kalau jual mahal dikat negara sndri tara orang mau bili.. sutuasi proton boleh digambarkan sipirti.. ibarat;masuk mulut buaya keluar masuk balik mulut buaya..

    btw source http://www.beritaterkini.my/harga-kereta-di-malaysia-arab-saudi

    -budakhingus-

    BalasPadam
    Balasan
    1. typo.. *3rd mahal=murah
      adoh... ni yg bwat lawak aq x jadi nie...

      Padam
    2. Pe kater ko type balik full komen kau dan betulkan segala typo yg ada supaya lawak kau menjadi...

      Padam
    3. Tanpa nama 3:04 ni kurang kasih sayang, nak perhatian je tu

      Padam
    4. aku rasa pendapat anon 4:37 tu betul. mohon diterima.

      Padam
  6. cam sial je komen korang ni...haha...

    BalasPadam
  7. Bukan pengguna proton20 Ogos 2013 8:02 PG

    SAYA dengan ini ingin melahirkan rasa kesal dengan kebiadapan pekerja jualan (sales person) yang secara terbuka berbincang dan berdebat mengenai topik yang menyentuh sensitiviti kaum di dalam premis perniagaan di KLCC.

    Pada pukul lebih kurang 7 malam, 18 Ogos 2013, saya ke premis itu di KLCC, Tingkat 2 di bahagian cenderamata dan pen untuk mencari sesuatu.

    Sewaktu saya sedang melihat-lihat barangan yang hendak dibeli, telinga saya tertarik dengan suatu perdebatan yang agak kuat di antara dua juru jual.

    Antara perkara yang terdengar daripada pekerja tersebut adalah seperti berikut:

    1. Orang Melayu juga pendatang. Mereka bukan dari negara ini.

    2. Orang Cina yang memajukan Malaysia.

    Saya yang agak terkesan dengan perbualan itu berjumpa sales person terbabit dan menegur bahawa perbualan tersebut mengganggu saya.

    Saya sebagai pelanggan tidak menyukai perbualan tersebut dan ia terlalu kuat dan terbuka. Namun, juru jual itu dengan angkuhnya menyatakan bahawa ini Malaysia dan dia berhak menyatakan apa yang dimahukan. Apabila saya menyatakan akan membawa perkara ini kepada pihak pengurusan premis itu, dia seolah-olah menggalakkan tindakan saya itu.

    Apabila saya mengisi borang aduan dan menyatakan bahawa saya sudah berbuat demikian, dia berkata "Good!" dan menaikkan kedua-dua ibu jarinya sebagai tanda bagus dan mengulangi bahawa dia berhak menyatakan pendapatnya kerana ini adalah free country. Perbuatan tersebut benar-benar mencabar kesabaran saya.

    Saya berharap pengalaman saya dapat dipaparkan agar semua pengendali pasar raya dapat mendidik juru jual mereka untuk tidak mengadakan perbualan terbuka yang melibatkan topik sensitif kerana ia boleh mengganggu sensitiviti pelanggan.

    Hormatilah sensitiviti kaum di negara ini. Jangan cemarinya atas nama hak kebebasan bersuara.

    Kebebasan bersuara juga haruslah ada batasnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia hormat anda tp anda cuba nak menyimpang lain seolah2 nak sesuatu, baik anda cek balik diri anda anda sendiri ada masalah jiwa, ya memang masalah, tp dia hormat juga dengan pendapat anda yg tak bersetuju dengan pendpt dia, jadi anda hormat tak?? kgn disebbkan lain pendapat nak burthurt je manjang....klu x setuju buktikan

      Padam
    2. apa yg pekerja tersebut ckp adalah salah. yg sebetul2nya:

      1. bukan orang melayu shj pendatang,tp org cina,india,bumi sabah sarawak juga semua pendatang.penduduk asal hya org asli shj

      2. bukan org cina yg byk memajukan malaysia,tp juga indon,bangla, vietnam,myanmar & lain2 pendatang asing.org melayu kebanyakannya cuma menikmati shj kemajuan2 ini terutama golongan2 bangsawan hasil drpd bangsa lain...

      Padam
    3. Sebab nak jaga sensitiviti kaum la sampai terjadinya perpecahan kaum di Malaysia ni. Aku boleh simpulkan yang ayat berperenggan macam karangan budak SPM ni lebih "racist". Sekarang jurang antara kaum ni semakin jauh. Tapi syukurlah Malaysia masih aman.

      Padam
    4. mcm mana org lain x langgar sensitivity kita? melainkan kita sendiri tak jaga sensitivity kita ngan agama sendiri? solat cukup x?? dah tunaikan hak tak?? sendiri sungguh2 nak ubah org lain tp sendiri bnyk lg hak tak langsai

      Padam
  8. Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng mempersoalkan tindakan polis menembak mati lima orang lelaki di tingkat 11 dalam sebuah unit apartment di Sungai Nibong, Pulau Pinang awal pagi tadi. Umpama gaya seorang ketua gangster yang berlindung di belakang nama peguam, Lim Lip Eng bertanya, bagaimana polis begitu pasti bahawa kelima-lima orang berkenaan adalah ahli kumpulan kongsi gelap yang dikenali sebagai GANG 04.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagaimana pula Lim Lip Eng tahu yang ditembak mati bukan penjenayah? adakah beliau kenal penjenayah yang sebenar? ataupun beliau telah tahu maklumat risikan oleh pihak polis? atau adakah beliau sebenarnya anggota Gang 04?

      Padam
    2. u ulang i saman. i saman u ulang.

      Padam
    3. Lim Lip Eng adalah ketua gangster pulau pinang sebatang.....

      Padam
  9. hanya kerana proton keluarkan kereta satu satunya negara islam... rugi saban tahun harus dikekalkan kerana membeli proton adalah satu jihad...

    BalasPadam
    Balasan
    1. jihad kepala bana kau...fatwa ustaz mana ko pakai????

      Padam
    2. ooostart moto

      Padam
    3. islam la sgt...kalau islam apahal taja pertandingan ratu cantik? lepas tu claim beli proton satu jihad kepala bana. kalau islam sgt taja la org2 susah,fakir miskin,org islam kat palestin ke,rohingya ke... dasar macai kepala bana

      Padam
    4. kepala bana semua kat atas..SARCASM pon tak reti..puihh

      Padam
    5. Ntahnyer... X penah tau pasal sarcasm kot...

      Padam
  10. Bangga mende kalau harga keta tempatan mencekik rakyat sendiri.

    Secara jujurnya proton bukan produk nasional, tapi produk dr.m.

    Label produk nasional sekadar cerita dongeng utk rakyat kasi sedap dengar je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalo takde proton msia tak membangun mcm hari ni. bersyukurlah dgn apa yg ada.

      Padam
    2. betul. hey kau patut bangga tau. kalau tak hazab la rakyat Mesia ni. Bukan senang nak pakai kereta yang kualiti rendah pada harga yang marah. Rakyat Australia Didahulukan, Pencapaian Diutamakan tahu.

      Padam
    3. tu orang tak yakin dengan produk tempatan..

      Padam
  11. Pasal kereta di Malaysia...mmg polisi Malaysia ambil cukai tinggi x kira kereta nasiaonal atau luar negara. Setiap negara ada sistem ekonomi sendiri, di mana Malaysia byk dpt duit cukai kat kereta, tp kurg kat benda lain. Kalau singapore kereta murah, tp nak dptkn hak pemilikan kereta dah harga mcm kereta itu sendiri. Belum cerita rumah singapore terlampau2 mahal even gaji besar pun mampu dduk apartment je. Even negara europe pendidikan percuma tp cukai pendapatan smpi 50%. UK sendiri bg duit kat golongan tiada pekerjaan tp cukai tinggi sgt even David Beckham pun lari main Real Madrid dulu, setiap gol kene cukai.

    X kisah BN atau PR nak turunkn harga kereta mcm Arab Saudi, Thailand, Australia...tp for sure something in return back sbb nak cover balik duit yg dah xde dr cukai kereta.

    *Reason harga kereta di Australia n Arab Saudi rendah sbb nak pastikan harga kereta Proton lg rendah dr kereta jenama Tip-Top lain. Kalau kereta Proton lg mahal dr kereta Honda, xde sape nak beli. Disebabkan negara terlibat tidak mengenakan cukai kereta yg tinggi, sbb 2 nmpk murah. Di Malaysia, kalau harga kereta Proton 30k tp kereta Toyota & Honda 70-90k...totally x competitive. Every country has its own policy.

    **Sy cakap bukan nak defend/macai BN, just nak bgtau info yg maybe anda tidak tau. Jika anda boleh share perkara yg sy x tau pun dipersilakan. Tp isu kronism/nepotisme ttap x boleh elak kepada mana2 parti yg memerintah kerajaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang nampak kaya-raya kroni2 pemegang AP aje..

      Tu ramai orang nak jadi YB sebab leh dapat AP leh la beli kereta mewah dengan harma murah.

      Padam
    2. Yg AP ni pun satu hal, sbb Rafidah Aziz + kronisme....lgpun yg kaya dgn sumber pendapatan AP pun langkah mayat mereka kalau nak tarik balik AP. Goyang kaki duit jalan je...

      Padam
    3. memang kereta di singapore mahal. tapi jangan lupa. rakyat marhaen singapore mostly tak perlu pun kereta. malah yang takda lesen pun ramai. (rujuk sistem MRT singapore, hampir semua tempat boleh di jejak melalui MRT even nak masuk pulau sentosa)

      rumah dan kereta disingapore mahal, di malaysia murah ker? tak nak compare gaji buruh di singapore dengan buruh di malaysia? actually cost makanan di singapore lebih murah berbanding KL.(tips jangan kau spend perbelanjaan disingapore ke ringgit. baru kau akan faham)

      btw balik kepada proton ni sebenarnya taklah teruk mana kalau kita tak pernah drive brand lain. tapi sekali kau perna drive jdm dengan conti, barulah kau tahu proton tu sampah. oh ya, aku pun pengguna proton flx 1.3 sebab tu aku tahu proton ni macam mana. :)

      Padam
    4. Member aku beli VW,honda mcm sampah gak..siap kata baik beli proton/perodua...mcm2 masalah. Semua kereta ada masalah masing2..cuma kita rakyat Malaysia suka tekankan masalah Proton alone...

      Pasal sistem pengangkutan, mmg singapore much better. Kat Malaysia ni sbb kroni punya pasal, sistem pengangkutan semua buat asing2. Lgpun perancangan jangka masa panjang mereka x efisen, mereka harapkan pada tahun 90an komuter, LRT dan keretapi biasa dah cukup utk next 50 years tanpa mengambil kira penduduk KL meningkat dgn drastik.

      Jika anda dah dpt kerje, mmg niat hati nak ada kereta baru..so far kat Malaysia xde masalah. Tp rakan sekerje di Singapore pun x mampu beli kereta di singapore even gaji S$10k..just kawin dgn org johor n beli kereta kat malaysia je, boleh isi minyak RON95 lagi. Mungkin anda kata sistem MRT yg bagus x perlu ada kereta..tp sakit hati pun ada gak even dah kerje beberapa tahun x mampu beli kereta kat singapore.

      Minyak RON95 kat malaysia still RM1.90, kat singapore je RM4.95...kalau diputuskan harga kereta murah mcm singapore tp harga minyak smpi RM4.95 per litre (tiada subsidi), x naik angin? sbb 2 org singapore suka dtg malaysia time weekend, boleh isi minyak murah dgn syarat 50km dr sempadan singapore.

      Padam
    5. wow. member kau naik vw apa yang macam sampah tu? honda aku tak hairan kalau setakat city. itu bukan jdm.

      Padam
    6. vW polo (rm100k++)..bukan passat. dia anak org berada. check je kat internet kebanyakan model luar negara dr europe byk masalah kat malaysia. Kita dah terbiasa naik ketena nasional, tau baik buruk...kereta lain kita x tau lg.

      Siap dia kata nak tukar kete lain even x smpi 1 tahun pakai..

      Anda tau x % interest kereta utk loan di Malaysia dianggap murah? di thailand sendiri pun % interest tinggi even harga murah. last2 byr bulan2 pun sama. Konsep loan kereta ialah lg murah kereta (proton, perodua) lg tinggi interest, kereta lain yg mahal (honda, toyota, etc) rendah pulak interest.

      Sy ada kawan dr bank negara, dia mengatakan kemungkinan besar jika harga kereta direndahkan..% interest dr bank dinaikkan sbb bank nak untung yg sama masa kereta mahal dulu, same concept utk negara2 lain mcm thailand n singapore. Last2 bank yg selalu kuat mkn duit rakyat, mcm2 interest utk semua benda..smpi bonus pekerje smpi more 12 bulan.

      Padam
    7. dia orang berada dan for sure mampu untuk memiilih pelbagai jenis model dan brand kereta. dia tak suka vw polo sebab banyak masalah dan memilih untuk guna proton/perodua. mungkin itu preference dia. tapi agak weird kat situ. btw model proton/perodua apakah yang lebih bagus dari polo hingga dia sanggup beralih arah ya?

      Padam
    8. betul cakap ayam nigga tu....mecha, ko kena terima kenyataan bahawa setiap sesuatu pasti ada kekurangannya....setiap kereta pasti ada masalah...aku pernah kerja bengkel dekat 4 tahun, kereta yg keluar masuk bengkel tu bukan jenama proton je.....banyak jugak jenama lain.....pendek cerita, it's depend pada pengguna la....klau pandai jaga, elok la kereta tu....klau ko memang jenis pemain gta, main sapu je, x payah nak salahkan pengeluar kereta......lagi satu, kat malaysia ni susah nak cari part2 kereta import....nak yg ori, kena call pengeluar dia, 2-3 bulan baru sampai.....proton rilek je....perodua pun......pasal part2 dia dalam negara je.....senang dapat.....

      Padam
    9. Utk bahagian repair n parts, kereta nasional n kereta jepun yg paling bagus sbb byk parts dr jepun, cost pun murah. bila dr europe atau usa mmg payah. Kereta secara amnya xkan 100% perfect, org selalu kata nasib badan la dpt kereta baru..hopefully kereta xde pape masalah.

      Isu skrg ialah harga kereta nasional yg mahal di Malaysia berbanding dijual di negara lain. Itu sahaja. Penjelasan sy diatas mengatakan yg Malaysia mengambil polisi tax tinggi utk kereta sbg sumber pendapatan negara, paling tinggi utk kereta limport. Tp skrg still bersepah org pki kereta import dr kereta nasional skrg. Sy ingat masa kecil dulu kat jalan majoriti kereta kat jalan kereta nasional..alasan sbb murah n kebanggaan negara even x sebagus toyota,honda,bmw. Skrg lain pulak, suruh Proton Perodua/Proton ttup kedai spy kereta import dpt turun.

      Statistik mengatakan rmi penduduk malaysia skrg mempunyai kereta sendiri compare tahun 80an 90an dahulu..menunjukkan rakyat malaysia kebanyakkannya x miskin. Org dulu kata sape beli kereta org kaya sahaja. Skrg kerani pun leh beli myvi 1.5. Yg buat miskin sbb hutang mcm2...lg2 baru kerje dah beli kete besar2. Org dulu beli kereta 2nd hand dulu, lepas dah kukuh, terus beli kereta baru selepas 5 tahun (Tanya mak bapak kita kalau x caya masa mula2 kerje beli kereta ape,maybe motor je naik).

      Pasal kwn sy 2, dia kata dia nak tukar kereta jepun sbb kereta euro lg byk masalah (sbb cuaca maybe) n spare parts lambat sgt. For sure dia xkan pki kereta nasional lepas 2..dah pki kete more 100k tiba2 nak downgrade, lg2 typical chinese. Even inspira dah 95% dgn lancer,still nak angkat lancer even mahal.

      Padam
    10. 1 lg, bila kereta proton ada masalah, satu kampung bgtau,post kat FB kasi 1 dunia tau yg side mirror tiba2 mcm x betul. Kalau kereta import lain kalau engin kuat berbunyi bila start-up...xde pulak bgtau 1 dunia pulak,alasan sbb under warranty even kes kereta proton pun under warranty jugak.

      Kalau betul anda x suka kereta nasional, jgn la kondem kaw2. Rmi kata mereka xnak beli kereta nasional sbb less feature n less safety even murah. Tp jika Proton buat kereta feature yg lg canggih pun, anda xkan beli sbb mahal sgt n lg suka brand luar negara yg lg 'feel-good factor'. Sbb 2 proton n perodua buat kereta biase2 je, sbb kalau buat byk feature n mahal sekali pun ttap org xkan beli. Tp perdana & savy are totally model yg paling xleh pki.

      Personally, sy just harap kerajaan kurgkan sikit harga kereta..lesskan sikit duti2 berkaitan sbb mmg kos sara hidup skrg tinggi terutama di KL. Bank pulak jgn naikkan interest bila harga kereta kurang. Bank pandai ambil kesempatan bila ada polisi tidak memihak kepadanya.

      Kalau anda perasan, utk personal loan 10 tahun - 20 tahun interest 4% (pekerje gov). Skrg bila max smpi 10 tahun, even loan 10 tahun interest dekat 6%. Kalau anda faham bisnis, anda faham kenapa mereka buat begitu.

      Padam
    11. bilalah korang nak sebut pasal economies of scale kat sini ni? proton buat 200 000 keta je setahun tetapi jenama ternama luar negara buat kereta lebih 1 juta setahun dan lebih sedih lagi penduduk kat malaysia ada 25 juta je.


      ini kesimpulan aku antara sebab2 harga kereta nasional mahal :

      1) jumlah pengeluaran yg kecil serta pasaran yg kecil
      2) kos R&D
      3) excise duty + sales tax
      4) ketidaktelusan - kos dari vendor, hidden charges, harga2 lain yg susah dealer/pembuat nak jelaskan


      kesimpulan aku terhadap sebab kereta2 import (yg bukan locally assembled) di malaysia mahal :

      1) market yang kecik
      2) kekuatan jenama (kenapa nak curi market kereta nasional, brand luar negara lagi power, pasti ada org beli punyer)
      3) excise duty + sales tax + import duty
      4) kos AP dan peruntukan AP yang sikit
      5) ketidaktelusan, kononnya harga kereta import dikawal kerajaan mengikut model kereta atau syarikat.

      Padam
    12. cadangan2 dari aku yang tak membina dari segi kebaikan negara & masa hadapan tapi bagus untuk rakyat :

      1) rakyat & kerajaan kene bekerjasama boikot syarikat pembuat kereta nasional. maka dengan ini brand kereta nasional dah takde, market kereta nasional diambil alih oleh brand luar negara. akhirnya rakyat dapat beli kereta luar negara serendah harga kereta saga flv.
      2) mansuhkan polisi AP.
      3) mansuhkan cukai dan duti.
      4) gila la hangpa. kalau semua nak mansuh, mcmana negara (atau kerajaan) nak jana pendapatan dari segmen kereta nih? segmen ekonomi lain pun ada cukai dan duti gak, nanti diaorg mintak benda yg sama plak.


      cadangan atau nasihat membina kepada sesiapa yang mahu proton dan perodua kekal di malaysia dan di dunia ini :

      1) besarkan pasaran anda, jangan tumpu kat malaysia je. mohon kuatkan promosi di negara2 yg mempunyai ramai penduduk.

      2) mohon diplomat2 serta rakyat malaysia membina hubungan baik dengan negara2 jiran. syarikat2 malaysia amat tidak disukai oleh warga indonesia. nak proton dan perodua maju? sila perbaiki keharmonian kita dengan rakyat2 negara jiran. barulah depa rasa tersentuh nak beli kereta kita.

      3) mohon merayu kepada kerajaan agar kurangkan duti atau cukai terhadap kereta tempatan dengan harapan rakyat akan tergoda dengan harga kereta yg boleh tahan murah.

      Padam
    13. Sebab kereta Proton tak berkualiti dan tak memenuhi standard selain orang tak yakin.. tu kena jual murah kat luar negara.. padahal kereta yang di eksport tu sebenarnye lebih berkualiti dari yang dijual di pasaran antarabangsa.. masih lagi orang tak yakin..Secikai kereta Hyundai pon boleh masuk pasaran US, kereta Proton banyak dapat tembus masuk UK, walau murah dan jaminan 5 tahun pun masih ramai tak mau beli.. ada stok bawak balik ke Malaysia jual sebagai kereta versi eksport..

      Salah satu sebab kereta kat Malaysia ni tetap mahal sebab rakyat malaysia ni jenis beralah tak mau demand produk berkualiti, isu fuel gaudge dan power windows proton berpuluh tahun tak masih tak settle.. Penguna Malaysia ni tak mau ramai-ramai saman proton.. Kalau ramai-ramai saman Proton lama dah Proton bungkus.. :)Yang ada duit pergi beli kereta eksport.. honda, toyota yang ada duit lagi beli lagi mahal merc, bmw etc. Yang lagi bijak jadi MB dapat AP beli kereta mewah tanpa cukai :) atau yang ada modal dapatkan AP import kereta jadi kaya raya..

      Padam
    14. ayam afrika n biskut, baguih komen2 hangpa nih, layan... kipidap ^^

      Padam
    15. biskut, dari komen kau tentang sharing market, scales of production hingga kepada permsalahan vendor proton, kesimpulan aku sebagai rakyat marhaen yang bukan pakar ekonomi, proton berada dalam keadaan tidak kompetitif dalam pasaran kereta even da berumur 28tahun. sebab tu mengharap ehsan dari rakyat malaysia jer untuk run bisnes dengan segala kekangan terhadap rakyat melalui polisi-polisi bangang. btw tahniah kepada kerajaan malaysia. dorang pun tau proton tu hampeh. sebab tu honda jadi pilihan. :D

      Padam
    16. Secret_Admirer,

      mungkin kau tak faham apa aku nak sampaikan. ayat mudah untuk ko faham adalah better. itu kata kuncinya. antara dua produk yang mana lebih baik. bukannya merepek tak tentu hala. ayat mana yang menyatakan aku tidak terima kenyataan setiap perkara ada kekurangan-nya?

      btw pengalaman repair kereta conti/jdm di bengkel selama 4 tahun tak lah sama seperti pengalaman memilik kereta tersebut. ^^

      Padam
    17. syarikat jepun jual mainan dalam pasaran 30tahun pun da boleh produce hasil berkualitas dengan harga yang kompetitif bukan untuk rakyat jepun jer, malah ke seluruh dunia. malaysia 28tahun buat kereta, nak please rakyat pun tak mampu. makin hampeh. ^^

      Padam
    18. mecha, aku tetiba ada rasa perlu bagitau benda2 teknikal mengenai harga kereta kat malaysia nih. bukan polisi kerajaan semata-mata yang buat harga kereta mahal. mohon rakyat marhaen boleh buka minda sikit mengenai hakikat ini.

      Cuma aku harapkan Proton ni kuatkan brand marketing. Silalah amik kaum cina yang sememangnya dalam tamadun diaorg udah power berniaga untuk bab marketing ni. ini asyik2 amik meleis yg syok sendiri je. Oh mohon warga proton belajar cara marketing Apple dan AirAsia dan silalah belajar dari kesilapan sendiri serta syarikat automotif lain yang lingkup. dan mari kita berdoa agar india dan china mudahkan produk proton nih masuk ke malaysia, polisi negara diaorg ketat dan kadang-kala diluar kemampuan syarikat kereta kita.

      proton dah berumur 28 tahun eh? hmmm agak sedih juga tgk perkembangan dia.

      Padam
    19. Kenapa ramai orang bandingkan harga dengan negara lain yang mane penduduknya takde masalah?
      Singapore? Perkapitanya tinggi. Fresh Arkitek gaji jejak SD3900. Malaysia? RM1400. Jangan convert. Baju macbeth kat malaysia, RM120, dengan gaji RM1400 mmg xkan beli punya. Kat Singapore baju yang same SD45, kalau gaji SD3900, ade masalah ke?
      Pikirkan ye Ayam Afrika. Biar nama ayam, jangan otak pun macam ayam k.

      Padam
  12. mohon share ya...tak ramai yang tau hal ni. terima kasih PON

    BalasPadam
    Balasan
    1. artikel tahap sampah ni pun ko nak share. bongok nak mampos la ko ni hadi hamid.

      Padam
    2. apatah lagi yg komen 2x5 pun bongok haha2

      Padam
  13. Dear folks at Buasir Otak,

    aku tanya korang, betul ke rule of thumb utk kira monthly payment utk beli kereta as per below?

    "katakan kau nak beli kereta, harga dia RM80k, since car loan is 9 yrs max (hampir ke 10), divide it by 10, so you get RM8k. then divide it by 12, so bulan2 kau kena bayar kt bank utk loan kete sebanyak RM670 gitu".

    "And so, kau tgk la kau boleh tak bayar bulanan ke tak? Dlm Calculation ni, kau masih kene bayar upfront 10% (downpayment) utk harga kete tu."

    Anyway kalau harga rumah tu, divide by 20 (sbb loan rumah 20 tahun), dan rule ni mcm make sense saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Interest bank belum kira lagi tu..

      Padam
    2. mike, itu salah satu cara. ada lagi satu pengiraan. aku tak pasti. bab 10% downpayment tu untuk 1st time buyer ke cmner ntah.(aku pun tak pernah beli new car). ada sekali mak aku beli kereta baru tapi bayar downpayment tak sampai 10%. sales person tu cakap dia ada carry some money dari polisi insuran kereta lama(aku lupa term dalam insuran tu). tapi make sure kereta yang lama tak pernah accident. jadi mak aku cuma bayar tak sampai 10% downpayment.

      Padam
    3. ok aku da ingat. term dalam insuran tu is (ncd). mostly orang akan guna refund ncd dari polisi insuran lama untuk kereta yang baru dibeli.

      Padam
    4. cara nak kira monthly payment utk kereta tak sama ngan loan rumah...
      ni calculation utk monthly payment loan kereta...

      contoh kira2 :

      katakanlah loan approved (loan dari bank tau.. bukan harga kereta.. biasanya loan approved 90% dari harga kereta... so kena bayar downpayment 10%) = RM80k

      interest = 2% per year

      tempoh loan : 9 tahun

      [(RM80,000 x 2%) x 9] + (RM80,000) = RM94,400 (jumlah loan termasuk interest utk 9 tahun)

      RM94,400 / 108 bulan = RM874.07 sebulan

      Padam
  14. kerajaan adalah penyamun rakyat no. 1... beli kereta la plg byk rakyat disamun melalui cukai...

    masa beli kereta je berapa byk cukai dia dgn cukai jualan, eksais, import dll...lps tu kena buat loan dgn bank dgn interest rate tinggi selama 9 thn.selama 9 thn tu la kerajaan samun cukai drpd loan bank yg kita byr bulan2 dekat bank.lps tu cukai jalan lg,cukai petrol, cukai renew insurance...

    BalasPadam
    Balasan
    1. lol...x nak bayar cukai, x payah beli kereta....

      Padam
    2. esok jalan kaki pun kena cukai

      Padam
    3. hatta nak beranak pun kena bayar cukai kalau x, kena saman, u ulang i saman i saman u ulang

      Padam
  15. PON, ulas tentang CCRIS dan PTPTN boleh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. PTPTN disenaraikan dalam CCRIS (central credit reference information system). Maksudnya blacklisted utk pinjaman dari bank kalau gagal bayar PTPTN. Motor, kereta, rumah -- tata.

      Rakyat didahulukan.

      "PTPTN kan adoo.."

      bayarlah cepat2 wey..kalau tidak kena blacklist..harituh jika PR menang..kereta dah turun harga, Ptptn dilupuskan dan harga barang taklah melambung macam sekarang..dah hutang byrlahkan..cuma menteri2 jer kalau hutang boleh lupus.okbai

      Padam
    2. PON dah ulas. Hehe. TQ penjelasan PON dan Cik Lynn. Dulu pangkah bulan. Untung negeri Kelantan. Respect. Nak jugak merasa berkerajaan Islam yang menepati syariah. Sekular ni makin hilang Islamnya. Sekali lagi TQ PON. PTPTN kan adoo. :D

      Padam
    3. nak kongsi sikit..
      baca sendiri kes ptptn nie :)

      http://www.mysumber.com/berita/terkini-isu-gagal-bayar-pinjaman-ptptn-dan-ccris

      Padam
    4. TQ anon 12:38 :)

      Padam
  16. baca dari atas sampai bawah..



    Entry Terbaru 3saat Lalu : Dunia Lego Semua Empat Segi

    BalasPadam
  17. kalau nak kereta proton murah keluarla dari malaysia pergila ke australia

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana boleh.. derhaka namanya tu

      Padam
  18. zaman batak dulu boleh la mahadey mamak kutty menipu org2 kampung jual kereta proton overpriced.skrg ni zaman internet,maklumat mudah nk dpt,kejap je dpt tau kete proton jual murah kt luar negara.itu pun kerajaan xsedar2 lg masih nk membatakkan rakyat malaysia mcm org malaysia ni batak sgt mcm org dulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silap Madey gak buat multimedia supercoridor.. :)dah ramai orang tahu kereta proton kita dijual lebih berkualiti dan lebih murah diluar..

      itu pon Proton masih rugi juga sampai nak kena jual..

      Padam
  19. kena buat kempen boikot proton, sebagaimana kempen boikot produk zionis jugak.

    BalasPadam
  20. Citer pasal kereta proton ni, teringat aku ada tertengok adegan lawan scene dlm citer Power Rangers :jungle fury, diorg ada lawan raksasa yg rmi2 tu, diorg lawan ats kereta proton wira haha2 kelakar sungguh, at least proton masuk gak dlm citer power ranger apa, kete lain ada? lulz

    BalasPadam
    Balasan
    1. lol..
      ko ni tak pernah tengok tv ke? atau ko tengok semau cerita tu tdak pakai kereta?

      Ada kereta proton masuk cerita Fast and Furios lol...
      Takan standard Mr Bean dan Power rangers aje?

      Padam
    2. eleh , tu tak rare lagi ,cuba korang search kat youtube .
      Proton Saga BLM jadi pengebom berani mati di Syria!.

      Situasi yang jarang-jarang dapat kita lihat bila PROTON SAGA BLM diubah suai sebagai bom kawalan jauh bagi meletupkan pos kawalan musuh. Dengan bertatahkan sport rim (maybe Proton Saga BLM Executive), berjaya di buat sebagai remote bomb yg dapat menghancurkan tentera2 laknatullah.. okay proton dapat pahala jihad free

      Padam
  21. x pe lah..anggap jelah kita telah menyedekahkn sebahgian rezeki kita kpd proton kereta kita pakai pon berkat,duit dorang pon jadi berkat... aq tau hati kita ni x boleh nk paksa2..tp kalau aq pikir2 balik lebih baik kita befikiran cam ni lagi bagus x pening kepala pun..

    BalasPadam
    Balasan
    1. berkat sangat la kalau kena buat pinjaman makan riba lagi

      Padam
  22. Orang Malaysia ni baik sangat taat setia serta sangat bertolak ansur.. tanah bagi kat pendatang barang low class pun takpe.. jadi beli barang mahal pun tak apa..

    Ala takpe la barang kita juga kita buat kira sedekah la apa.. :)

    dengan kata lain kuasa penguna kita lemah..

    sebab kita mudah beralah.. tu kita tak kisah bayar tol lebuhraya yang naik walau syarikat konsensi tol untung billion saban tahun..

    Nak boikot pun susah semua jenis redha takpe..

    BalasPadam
  23. aku pelik yang komen kat sini pernah tak bawak kereta proton dan kereta jenama luar atau miliki kedua keduanye? contoh test power antara myvi produa dgn getz hyundai.. aku pernah test drive dua dua kete ni.. atas highway.. so aku choose better getz.. bagi aku tak berbaloi ambil produk malaysia.. double standard.. lbih baik aku duk dkat aus dpt kereta malaysia murah tapi takde nye klo dah duduk aus pakai kereta murah.. kekeke..

    bukan rakyat yang mengkayakn kerajaaan tapi kerajaan yang kayakan rakyat..

    tapi tu la malaysia makin dimanjakan makin malas..

    BalasPadam
  24. Anda semua masih tidak nampak permainan kapitalis. Sistem mereka akan terus menekan anda semua. Terperangkap. Hamba hutang selamanya. Tahniah.

    BalasPadam
  25. Ini semua yahidi zionis

    BalasPadam
  26. Ramainya pakar ekonomi kat sini.. Pernah tak pk pasal demand and supply punya theory? Sekarang ni, proton still baru and tengah dalam introduction punya phase.. so xbule la nak letak harga mahal2.. Plus, dengan Proton la orang nak kenal negara kita. Alamak. susah la nak explain kat sini. Just common sense. harga kete kat luar semua murah. Mcm mana kita nak introduce proton if harga mahal? Kereta kat luar semua murah...BUTTTTT roadtax MAHAL, PLATE number tiap2 tahun kena bayar (just untuk plate number ye..) and kereta pulak certain period kena scrap and kete2 recond tu la yang sampai kat negara marhaen mcm kita ni... kita developing country.. xbule nak apply certain things mcm luar. Pakcik2 tua kat kg yang pakai datsun tu still ok kete dorang, if gov suh scrap n suh tukar kete mengamuk pulak dorang nanti. kat luar makanan mahal. Aduh. susah nak explain pasal economy kat sini sebab semua pakar2 belaka. Tinggal diluar negara, study mcm mana ekonomi dorang dan baru korang semua boleh faham apa yang saya sampaikan. Tak dinafikan ada certain product proton yg sangat teruk. Tapi standard la.. Proton still young.. Dalam history pun org german pun semak pasal Hitler and volksvagon tu. Super funny pakar2 economy kat sini. Blajar then baru bersuara. Jangan malukan Malaysia dan Melayu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh. btw saya bukan macai dacing. hanya mahu membetulkan pemikiran masyarakat kita yang semakin menyedihkan...

      Padam
    2. typo puulakkkkk. ****volkswagen

      Padam
    3. MACAI PROTON DETECTED

      Padam
  27. korang komen pnjang2 pn..xdpat ape jgk...bt letih je..mmg dari dulu malaysia mcm ni....dibebani hutang....sbb 2 sumenye berkait....klau xmau sjrh brulang.lg 5thun undi dan plih pmimpin yg blh bt kerja..klau di ikutkn zman Rasulullah dahulu..pmimpin dgn rakyat,setaraf jer..cme tnggjwb yg mbezakn..

    .. najib cakap 'ade aku kisah korang senang @ ssah..asalkn masyukk'...

    BalasPadam
  28. 10-30 tahun klau ko pkai kete tp xkaji kete,xde gunanye..klau nak maju kaji kereta luar Negara dlu,xde sape nak kaji keta Mitsubishi,bmw n all..mcm mne orang luar nak kaji keta proton..bile berbudi dgn orang,orang akan berjasa dgn kite..bile berbudi dgn diri sendiri,xde ape yg kite dpt..
    org luar bknnye suruh kite beli untuk pkai100%,mne nk dpt ilmu klau ko xgi belajar,org sne xyah g belajar dpt ilmu,cume beli n kaji ape yang ade...jgn salah org yg jual,salahkn diri sendiri..selama korang hidup,berapa telepon ko pkai,ape yg ko dpt..beli n jual..semua yg ko beli itu semuanye teknologi terbaru,cume piker ape yg boleh digunakn utk benda lain..baru berkembang teknologi tu..
    selama aku hidup,xpernah pkai buatan Malaysia tp ape aku dpt ilmu yg diberi tanpe ke Negara orang..sampai masenye bru kite terangkn ape yg kite tahu untk majukn produk Negara sendiri..skrg semua pkai touch screen,cume pindahkn teknologi tu..kite belajar dr diaorg,xkn sng2 diaorg nk bg kite maju..klau kite maju,xkn nk bg org lain maju..beli yg mahal mungkin ade sebabnye,beli yg murah mungkin ade sebabnye..Jangan nk burukkn/komen harta Negara..klau nk komen,komen produk luar..Walau aku xpkai sekali pn,xpernah aku buruk2kn barang buatan Negara..belajar dlu,bru pandai..bru pkai sekali tp xsumbangkn ape2..klau berani pkai kete yg same,kite race kt trek sepang..pilih kete ape yg ko nk(Proton)..bru tau yg mne makan asap..Ade bran?Berape nk buka?Berape pusingan nk?jangan abis minyak tgh jln sudah..malu nanti

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...