Iklan Leaderboard

Isnin, 25 November 2013

35 Persembahan heavy metal untuk tarik anak muda

PAS menjelaskan konsert Gig Green Zone yang diadakan di Stadium Malawati malam tadi tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan PAS berhubung program-program hiburan. Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS, Dr Muhaimin Sulam berkata, PAS sudah kerap kali menganjurkan konsert bagi menarik anak muda.


Namun katanya, mungkin ada ahli PAS yang 'terkejut' dengan program sedemikian yang disifatkan sebagai 'keras'.

"PAS bukan baru sekali menganjurkan konsert melibatkan artis-artis namun pertama kali diadakan menjelang muktamar dan mungkin ada yang terkejut dengan perkara 'baru' sebegini," kata beliau pada sidang media di Stadium Malawati petang tadi.

Terdahulu, seorang perwakilan dari Kedah membangkitkan perkara tersebut sewaktu pembentangan laporan di Muktamar PAS Ke-59 hari ini.

Beliau mendakwa konsert malam tadi yang menampilkan kumpulan heavy metal Heart Attack tidak menepati budaya PAS.

Penyelaras Program Karnival PAS For All, Mohd Farhan Mazlan bagaimanapun menjelaskan kumpulan tersebut ditampilkan bersama artis yang sudah berhijrah, Sham Kamikaze dan Ustaz Nazmi Karim.

Program tersebut turut dimulakan dengan solat Isyak berjemaah dan tazkirah berhubung adab berhibur.

Bekas Ketua Pemuda PAS yang sekarang merupakan ahli jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik turut memukul drum sebagai simbolik kepada persembahan.

"Program malam tadi bukan sahaja melibatkan konsert malah turut disertakan dengan alunan selawat. Jadi tidak timbul isu konsert malam tadi tidak sesuai dengan budaya PAS.

"Untuk menarik anak muda, kita perlu berani melakukan pembaharuan selagi tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan," katanya.

Sumber Harakah Daily.


Jangan kata ahli PAS je terkejut, orang biasa yang bukan ahli PAS pun boleh terkejut. Walau yang menyanyi lagu metal tu semua lelaki dan menutup aurat, tapi mempersembahkan sebuah hiburan kebaratan hedonisme yang tidak Islamik di bawah payung nama sebuah parti Islam adalah sangat TIDAK SESUAI, ditambah pulak kat belakang tu ada potret Tok Guru Nik Aziz dan Hadi Awang, tetiba ada band metal buat persembahan.

Kalau ya pun nak tunjukkan yang PAS untuk semua atau PAS For All, tak semestinya kena bagi dan suap apa yang anak2 muda suka. Tak payahlah jadi macam BN, anak muda suka K-Pop, suap dengan persembahan K-Pop, anak muda suka artis, suap dengan persembahan artis.

Dah nama pun Parti Islam Se-Malaysia, suap la dengan hiburan2 yang Islamik, malah orang ramai yang datang karnival tu pun mesti dengan jangkaan hiburan2 yang ada mesti berunsur Islamik, tapi tiba2 ada band heavy metal, nyanyi pulak lagu lagu Bruno Mars - When I Was Your Man yang dimetalkan. Jangan kata orang muda, mesti ramai orang2 tua yang hadir karnival tu pelik.

Dulu PAS juga bantah konsert band heavy metal Metallica dan Lamb of God, tapi tiba2 anjurkan konsert Gig Green Zone dan ada band heavy metal buat persembahan. Nak kata lagu yang dinyanyikan tu berbentuk ketuhanan dan kerohanian, tidak juga.

Bukan macam ni cara nak tarik sokongan anak muda dengan PAS. Membawa konsert heavy metal bukan suatu pembaharuan pun kat Malaysia ni. Peminat2 lagu heavy metal/rock diorang kalau nak berhibur, diorang tak pergi karnival PAS, diorang pergi gig underground dan konsert2. Kalau rasa nak anjurkan apa2 konsert hiburan yang tidak Islamik, jangan bawa nama parti dan tokoh pemimpin terutama yang membawa imej  Islam.

Kes ini sama macam Kejohanan Bina Badan kat Kelantan tahun 2011 dulu ni, boleh tak jangan guna gambar Tok Guru kat banner tu untuk benda2 yang merepek macam ni?


Tak tahu lah siapa yang bagi idea tak berapa cerdik nih. Dan bila dah ada orang yang tegur dan kritik tu, terima la kritikan dengan baik, tak payah bagi alasan macam2. Cuma penyokong BN pun tak payah nak kutuk lebih2 sangat macamlah parti korang tak pernah anjurkan konsert2 hiburan.




tags: parti pas anjur program konsert gig green zone stadium melawati karnival pas for all muktamar terkejut ahli band heavy metal heart attack muzik bantah konsert metallica lamb of god indie underground gambar tok guru nik aziz hadi awang kritik tegur

35 ulasan:

  1. nooobbb.... bila ko nak start menulis nih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ....................and justice for all!!

      Padam
    2. lepas ko dah arwah, dia menulis balik.

      Padam
  2. Sbb nak undi org muda. ...mcm2 cara dilakukan smpi yg pelik2 dilakukan yg melebihi batas syarak...x kira konsert rock ke atau k-pop

    Kalau nak ambil perhatian pun buat la something different. Ini balik2 nyanyian n hiburan barat, sinonim dgn org melayu.lyn 'pencetus ummah' lg baik

    Last2 BN dan PAS lebih kurg sama je...ckp je gebang tp usaha nak bantu naik taraf hidup rakyat x progresif lansung. Politik oh politik...lebih kepada nak memecahbelahkan org Melayu sendiri....bersatulah wahai org melayu.

    BalasPadam
  3. lahaiii lelaki pn sebok hendak tayang aurat diorang ker? bodohnyer, dah ler buruk giler........

    BalasPadam
  4. Negara ni kan negara demokrasi. Demokrasi yang amat haram jadah.

    BalasPadam
  5. Oklah ni kan baru sama mcm Umno k-pop,,,
    Dua dua macam pati politik gampang.!

    BalasPadam
  6. ini lah sebabnya aku x nak sokong pas...jahanam iman aku nanti...umno pun aku x sokong..aku sokong imam mahdi je....

    BalasPadam
    Balasan
    1. "Tuhan Harun" bro?

      Padam
    2. sokong ayah pin je laa cmni..
      jom pakat2 undi ayah pin?
      hohoho

      Padam
  7. kecek anak Melaka; bual anak Minangkabau; tipu anak Rembau; bidaah anak Terengganu; penakut anak Singapura; pencelok anak Kelantan dan sombong anak Pahang.

    BalasPadam
  8. Ni semua salah MAT SABU & the geng. Kalaulah arwah Fadzil Noor masih hidup, PAS takkan menjadi PARTI PAKATAN RAKYAT.. Eh PAKATAN RAKYAT tu parti ke? BARISAN NASIONAL tu memang parti dgn parti2 komponennya..

    Cilake.. sebab MAT SABU la ramai org PAS tak undi PAS, ramai pakat undi BN..

    BalasPadam
  9. byk lg cra nk tarik anak muda..... ni mcm x sesuai dgn ketinggian budaya islam tu sndiri.....

    BalasPadam
  10. koolness in awkwardness?

    kahkah..isu isu mutakhir ni memang menepati buasir otak!

    BalasPadam
  11. tahniah pas. berani memecah taboo masyarakat.

    musuh kita bukan agama dan bangsa.

    musuh kita bukan music rock dan anak muda.

    musuh kita adalah penindasan dan keadilan yang terpilih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. musuh utama umat islam adalah orang kafir...dah termaktub dalam quran...

      Padam
    2. bro..cuba bawa ayat alquran yang sebut musuh umat islam adalah orang kafir. tq

      Padam
    3. yelah kalau PAS buat semua boleh, semua mulia... bila BN buat semua xboleh, semua hina.

      lps ni bolehla tulis musuh kita bukan kpop, syiah, lgbt & mcm2 lg... yelah nk tarik anak muda la katakan

      Padam
    4. وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِيْنَ كَآفَّةً كَمَا يُقَاتِلُوْنَكُمْ كَآفَّةً وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ مَعَ الْمُتَّقِيْنَ

      “ Dan perangilah orang-orang kafir secara keseluruhan sebagaimana mereka memerangi kalian secara keseluruhan.” (QS. At-Taubah:36).

      Padam
    5. so bro dah perang dengan orang kafir belum?

      Padam
    6. bila kali terakhir kau baca al-Quran? lobot, lobot.....

      udah solat asar belum?

      Padam
    7. Dah mecha bagai..anon dh tunjuk bukti...dah kalah tu dah ar..x yah nk pusing lain

      Padam
    8. Lebih baik diam dan biarkan org bodoh rasa dia dh menang debat.

      Tak guna berdebat dgn org yg reti bahasa. Ayat Quran yg di atas tu ckp perangi org kafir, bukan ckp musuh utama org Islam org kafir.

      Oh tp bkn anon faham pun. Abaikan jela.

      Padam
    9. anakholat sayang, perangi tu maksudnya musuhi...orang yg diperangi ialah orang yg dimusuhi..dan disitu disebut 'keseluruhan', bukan separuh....ko yg x faham ni...

      Padam
    10. Ko la yg x faham. Sila baca keseluruhan ayat. Jgn baca separuh2, mmg makna lain.

      Masih x menjelaskan siapa musuh utama org islam.

      Padam
    11. ko ni kristian, mengaku je la ko musuh utama kami orang islam.........kalau sesiapa jumpa anakholat di luar, mohon kerat 14 kotenya....

      Padam
    12. Ada tanpa nama bodoh sesuka hati petik ayat al quran (At-Taubah:36) dan tafsir ikut selera dia.

      Sebahagian ayat At-Taubah (ayat 1-37) diturunkan dalam persekitaran puak musyrikin quraish serta puak2 musyrikin yang lain, yang kerap kali melanggar perjanjian damai (sila rujuk perjanjian Hudaibiyah) dengan muslim.

      Kebanyakan puak2 musyrikin pada waktu itu bersikap agresif sampai tahap membunuh orang muslim.

      Orang kafir yang dimaksudkan dalam surah at taubah dari ayat 1 hingga 37 ini ditujukan kepada kaum kafir musyrikin yang berhampiran di mekah ketika itu.


      Mohon belajar juga bahasa Arab Al Quran dan Hadith serta sejarah Islam. Jangan sesuka hati tafsir Al-Quran ikut nafsu sendiri tanpa tahu asas kebenarannya.

      Padam
    13. beza orang kafir dan islam adalah meninggalkan solat.

      Padam
  12. dua2 sama bangang..
    bn pn ye, pas pun ye..

    kowt nk wat pun,xyah laa letak gmbar ke apa..
    tulis organizer sudeyy..

    pas da tersepit pe trpksa guna pendekatan sama cm bn..
    bn 2 da mmg liberal laa..
    xyah laa ikut..

    pas kne la stick dgn perjuangan dia..
    g ikut bn wtpe?

    last2 dua2 sama bangang...

    BalasPadam
  13. WOW! Boleh tahan juga geng jubah serban PAS ni ye.

    Heavy metal ko.. Hahahaha. Dh macam surprise party lak. Sib baik geng jubah x pakat main lagu rock jgk.

    Mmg lawak la tepek muka nik aziz yg tgh senyum gembira sambil abang2 body ketak beraksi dgn memakai seluar dalam je.

    PAS=UMNO versi jubah serban

    BalasPadam
    Balasan
    1. musik dalam video tak heavy metal langsung pun. hang terer musik patut boleh bezakan.

      rendition dia punk rock la konon namun masih emo dan ghey heyyy.

      Padam
  14. DAP parti terbaik.. jom sokong DAP.. tolak PAS dan UMNO.. diorang ni semua gila jawatan.

    BalasPadam
  15. Rasanya PAS dah tersilap langkah, ramai ke anak muda zaman sekarang meminati heavy metal? Bukankah sekarang ini lebih ramai yang meminati KPop dan Justin Bieber, jadi sekiranya PAS benar-benar ingin menarik golongan anak muda, seharusnya mereka menjemput artis-artis KPop dan juga Justin Bieber.

    Akhir kata, anak muda yang mencorak pemikiran golongan tua.

    BalasPadam
  16. Korang tau tak.. kita sekarang ni telah dilalaikan dengan karenah politik yang tak matang. Kita tak sedar di luar sana, negara-negara besar tengah main buah catur. Cuba baca link ni..

    http://malaysiamilitarypower.blogspot.com/2013/11/kejadian-pencerobohan-tentera-laut.html

    dan ni

    http://malaysiamilitarypower.blogspot.com/2013/11/string-of-pearl-china-vs-air-sea-battle.html

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...