Iklan Leaderboard

Selasa, 19 November 2013

18 Kereta lama lebih 12 tahun bakal diharam jadahkan

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu membuat pertimbangan teliti sebelum menetapkan had jangka hayat kenderaan di negara ini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi. Beliau bagaimanapun berkata keputusan itu mungkin perlu dibuat dengan segera demi kepentingan rakyat. 

Bercakap pada sidang media selepas melancarkan sambutan Hari Maritim Sedunia peringkat kebangsaan 2013 di sini hari ini, beliau berkata cadangan Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Prof Dr Wong Shaw Voon baru-baru ini pada asasnya merupakan suatu penemuan baharu.

Pada Jumaat, Dr Wong memberitahu media di Melaka bahawa kereta berusia lebih 12 tahun tidak selamat untuk berada di jalan raya.

Selanjutnya di Berita Harian.

Seperti yang Dr Wong cakap sebelum ini di Sinar Harian.
Kebanyakan kereta direka bentuk untuk jangka hayat antara lima hingga 12 tahun. Bagaimanapun katanya jangka hayat kenderaan turut dipengaruhi beberapa faktor seperti reka bentuk kereta, cara pemanduan dan penyelenggaraan kenderaan. Sebagai contoh, kenderaan seperti teksi mempunyai jangka hayat selamat yang lebih pendek iaitu lima tahun disebabkan penggunaannya melebihi 12 jam sehari berbanding kereta lain.
Kereta lama mempunyai daya menyerap tenaga perlanggaran lebih rendah berbanding kereta baharu dan daya tersebut kemudian dipindahkan kepada penumpang sehingga menyebabkan kecederaan teruk yang boleh mengundang risiko kematian. 
Kenderaan baharu pula dilengkapi teknologi terkini melibatkan reka bentuk kereta terutama untuk menyerap tenaga perlanggaran bagi mengurangkan risiko kematian akibat kemalangan.

1. Tak dinafikan kereta lama lebih mudah mengalami kerosakan kerana kereta merupakan sebuah mesin yang mempunyai banyak jentera mekanikal di dalamnya. Sama seperti mesin jentera mekanikal yang lain, ia perlu diselenggara dan ada jangka hayat.

2. Negara2 maju juga kebanyakannya mempunyai polisi had tempoh jangka hayat sebuah kenderaan dan selepas itu akan dilupuskan, namun harga kereta di negara maju jauh lebih murah daripada harga kereta di Malaysia, malah kadar harganya lebih murah daripada harga kereta Proton yang dibuat di Malaysia dijual kepada rakyat Malaysia sendiri. Tempoh maksimum untuk buat pinjaman kereta pun takde lama2 sangat.


3. Disebabkan harga kereta di Malaysia yang agak mahal serta pendapatan per kapita rakyat Malaysia yang agak rendah berbanding negara2 maju, maka ramai orang terpaksa buat pinjaman kereta selama 9 tahun.

4. Habis je bayar kereta selama 9 tahun, anda hanya boleh relaks tanpa dibelenggu hutang kereta selama 3 tahun je lagi. Elok lepas tu, anda kena lupuskan kereta dan beli kereta baru, buat hutang baru selama 7 9 tahun lagi. Kalau tak nak berhutang lagi, beli motor kapcai. Tapi kalau nak guna highway, tak boleh guna motor kapcai, naik jela bas.


5. Dulu waktu ada pihak bercadang nak turunkan harga kereta, pengusaha dan penjual kereta terpakai kata mereka akan rugi kerana terpaksa menjual kereta terpakai dengan harga yang lebih murah daripada harga beli, malah orang dah tak nak beli kereta terpakai kerana harga kereta baru murah. Tapi kalau dilaksanakan polisi had jangka hayat kereta 12 tahun ini, rasa2 ada orang tak nak beli kereta terpakai lagi? Beli kereta 2nd hand yang berusia 7 tahun, tapi boleh pakai dalam 5 tahun je lagi. Confirm la lagi rugi.

6. Kereta lama boleh menyebabkan kemalangan, tapi banyak kemalangan yang berlaku adalah disebabkan faktor kecuaian dan sikap pemandu yang tidak patuh kepada undang2 jalanraya, bawa laju melebihi had, potong double line, langgar lampu merah, berlumba di jalanraya, buat U-turn di tempat yang dilarang dan lain2. Malah kereta baru pun banyak je kemalangan disebabkan pemandu yang bangang atau pemandu lain yang bangang.


7. Sebelum kuatkuasakan polisi ni, apa kata pihak kerajaan keluarkan dulu statistik punca kemalangan jalanraya yang disebabkan usia kereta lama berbanding faktor yang lain, sebab kalau tengok dekat video statistik "Punca Kemalangan Jalan Persekutuan" yang dikeluarkan oleh Kementerian Kerja Raya, punca kemalangan yang disebabkan kenderaan cuma 7%, manakala pemandu cuai sebanyak 41% manakala haiwan/cuaca dan lain2 sebanyak 44%. Mungkin kerajaan perlu lebih fokus dan tekankan untuk menyelesaikan punca kemalangan jalanraya yang lebih tinggi peratusannya.


8. Cadangan aku, kalau mengikut kadar pendapatan per kapita rakyat Malaysia, harga kereta di Malaysia, interest rate pinjaman dan kadar insurans kereta, had jangka hayat bagi sebuah kereta yang boleh diterima akal adalah sekurang2nya 20 tahun, dan kemudian perlu masuk Puspakom untuk dicheck kalau mahu extend lagi 5 tahun sebelum dilupuskan.

9. Selain itu, kerajaan perlu wujudkan kempen, program kesedaran serta promosi agar pemilik2 kereta di Malaysia sentiasa menjaga dan membuat penyelenggaraan kereta mengikut jadual agar kereta lama terjamin keselamatannya.

10. Tapi kalau nak buat juga polisi had jangka hayat kereta 12 tahun, kena tiru negara maju lain dulu, di mana harga kereta perlu rendah, tempoh maksimum pinjaman kereta hanya 5 tahun je.

Baca lagi di Berita Semasa.

Btw, aku ada kereta Proton pada tahun 2000, tahun 2009 aku baru habis bayar, sampai tahun ni dah 4 tahun aku rasa begitu bahagia kerana bebas daripada belenggu hutang kereta. Kalau kereta aku kena haram lepas ni, mampus aku nak berhutang balik.




tags: jpj pertimbang tetap had jangka hayat kenderaan kereta lama lebih bawah usia 12 tahun abdul aziz kaprawi timbalan menteri pengangkutan kepentingan rakyat polisi haram jalanraya jalan raya persekutuan negeri lebuhraya highway miros kajian tidak selamat bahaya statistik punca kemalangan cuai sikap pemandu risiko harga mahal tempoh pinjaman loan lama lupus

18 ulasan:

  1. 1st
    haih, lepas satu satu..patutla makin ramai org sakit jiwa skg..

    BalasPadam
  2. Harga penyelenggaraan kereta yang mahal antara faktor kepada sesebuah kereta nampak seperti dah lebih 12 tahun. Kalau yang berduit boleh sahaja menjaga kereta zaman 70,80 atau 90an nampak seperti baru keluar dari kilang.

    BalasPadam
  3. fon aku dah 5 tahun pkai dah barai habis dowh....tu baru fon, belum lagi kereta...

    BalasPadam
  4. kesian orang yang berpendapatan rendah/miskin tersepit..
    nak naik motor kapcai pergi kerja xboleh..kalau boleh pun bakal kena tol..
    nak beli kereta baru tak mampu harga tinggi gila ala gapas..
    mampu beli kereta 2nd je..tu pun mahal jugak sebab interest tinggi..

    apa da gomen..dengan rakyat sendiri pun nak berniaga..

    BalasPadam
  5. Sebelum laksanakan tu...ada baiknya perbaiki dulu sistem pengangkutan awam, biar sama taraf dengan negara maju...so rakyat ada altenatif buat pilihan. Kat negara maju harga kereta murah tapi syarat nak milikinya ketat dan maintenancenya tinggi..so kereta persendirian hanya untuk golongan yang mampu sahaja dan buat orang yang tak mampu/nak berjimat..guna je pengangkutan awam. Bukannya buat dasar dilihat hanya untuk untungkan proton je dengan memaksa rakyat terpaksa beli stok kereta-kereta tak laku...demmm!

    BalasPadam
  6. Perkara ni senang aje... kita boleh terima dengan syarat harga kereta bawah rm10k temasuk bmw dan mercedez serta kadar interest yang rendah... kalau 2 perkara ni tak dibuat, sila sediakan kertas saman yang berjela banyak... atau pn boleh la semua menteri kita termasuk perdana menteri pikir, nak selamat lagi 5taun lg atau bungkus je mase pilihanraya akan dtg... dn termasuk yang kerja gomen sbg PTD tu yang kebanyakkan melayu, kome pikir la elok2 ye... guna otak dalam beri cadangan bkn gune buntot time berpikir tu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. kerajaan guna ke hasil idea PTD2 ni, sedangkan negara kita banyak guna konsultan luar untuk pelbagai perkara..

      Padam
  7. Kalau pinjaman max 5-7 tahun...boleh difikirkan lagi utk lupuskn kereta smpi 12 tahun..tp kebanyakan rakyat mahreen pinjam 9 tahun..for sure x smpi 3 tahun DIPAKSA buat pinjaman loan kereta lagi. Nak trade in pun xleh sbb xleh dipakai lg di atas jalan raya. Penjual kereta 2nd hand pun terjejas sbb byk kereta yg dijual dah lepas 12 tahun.

    Utk situasi di malaysia...agak payah n memberi implikasi yg besar kpd rakyat. Even under perancangan, hopefully perkara ini TIDAK DILAKSANAKAN.

    Still punca kemalangan sbb pemamdu sendiri...even bwak lamboghini x smpi 6 bulan leh accident, kebanyakan sbb kecuaian pemandu sendiri. Sy maybe rasakan perkara ini dibangkitkan sbb kes accident bas kat genting di mana keadaan bas ekspress agak uzur etc.

    BalasPadam
  8. PTD jugak yg salah..kesian

    BalasPadam
  9. celaka PTD yang buat cadangan mcm ni.. menteri angguk je.. janji masyuk.. phui!

    BalasPadam
  10. Proton, perodua semua senyum dengar berita ni. Easy sale ni. Mana mau apply jadi salesman proton ni?

    BalasPadam
  11. Ini semua salah Umno puiiiii!!..

    Aku nampak noob kat mazidul punya blog..

    Umno mesti kasi tulun halga keleta maa..manyak tipu punya olang!!kata mau tulun halaga keleta,

    Jkr@jangan keleja rajin

    BalasPadam
  12. apsal byk sgt menteri bangang dlm kabinet najib kali ni..hassan malek lah,fadilah yusop lah..sekarang aziz kaprawi pulak..adoiii bila tegur ckp dia best student CGPA tinggi..macam taik ba

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bkn macam taik, mmg taik suda tu bos

      Padam
  13. Diorang cerita buleh la. Ce korang suruh diorang haram jadahkan BMW M3 keluaran tahun 2001 diorang tahun depan. Tak caya korang suruh la. Hampir pasti alasannya - kereta macam ni lain tahap kualiti dan rekabentuknya, sebab tu tak tergolong dalam yang bermasalah lepas 12 tahun tu. Lebih kurang, kalo korang mampu beli kereta mahal, kereta tu akan selamat la dipandu di jalanraya sampai mereput. Takde masalah la.

    BalasPadam
  14. Kerajaan yg dh lama juga merbahaya untuk rakyat. Oleh itu perlu dihapuskan bg mengelakkan bencana pd rakyat.

    BalasPadam
  15. keluar kat buletin utama tadi, kerajaan x bercadang nak hadkan jangka hayat kereta 12 tahun. terima kasih kerajaan barisan nasional, kerajaan bn sentiasa memang memahami masalah & mengambil kira pandangan rakyat....

    BalasPadam
  16. Statistik sebenar yang diorang kana baca balik.Kereta kuar dari kilang pun boleh masuk longkang kalau drivernya bawak serupa tahi.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...