Jumaat, 22 November 2013

9 Cara terbaik untuk beri alasan apabila dikritik

Dalam hidup ini kita sentiasa dikritik. Apa yang kita buat pasti ada je yang tak kena pada pandangan orang lain. Suka tak suka kita memang tak boleh nak puaskan hati semua orang. Oleh itu apabila kita dikritik, kita perlu memikirkan alasan dan jawapan yang paling baik agar dapat menutup mulut orang yang mengkritik kita. Berikut adalah antara contoh2 alasan paling bagus untuk menjawab kritikan orang:

Sumber gambar.

Bos: Awak ni kerja mudah macam ni pun ambil masa lama ke nak buat?
Pekerja: Bos cakap pandai, kalau bos rasa mudah bos buat la sendiri.

Pekerja: Bos saya perhatikan banyak lagi masalah di jabatan kita ni yang masih belum selesai.
Bos: Awak cakap pandai, awak ingat senang ke jadi bos? Awak jadi bos tengok boleh buat ke tak?

Guru: Awak ni kenapa tak boleh nak siapkan kerja rumah yang saya bagi?
Murid: Cikgu cakap pandai, kalau senang cikgu buat la kerja rumah ni.

Ibu bapa: Cikgu dah lama ajar anak saya tapi kenapa prestasi anak saya semakin menurun?
Guru: Awak semua ni cakap pandai, ingat senang ke nak mengajar? Kalau tere sangat ajar la sendiri.


Orang awam: Kadar jenayah dah semakin meningkat, apa polis buat?
Polis: Korang cakap senang, pergi la tangkap penjenayah sendiri tengok senang ke tidak jadi polis.

Rakyat: Harga barangan, kos sara hidup, cukai, semuanya semakin meningkat. Menteri tido ke?
Menteri: Cakap boleh la, ingat senang ke jadi menteri? Cuba la jadi menteri tengok semua boleh turun ke?

Pembeli kereta Proton: Beli kereta Proton sebab nak sokong industri kereta tempatan tapi kualiti macam haram.
Pekerja Proton: Cakap pandai, buat la kereta sendiri tengok kualiti haram tak haram?


Peminat muzik: Suara anda macam tak berapa sesuai untuk menyanyikan lagu tu.
Artis: Cakap banyak pulak, kalau suara korang sedap sangat kenapa tak jadi penyanyi?

Peminat sukan: Apa ni main asyik kalah je. Bila nak menangnya?
Ahli sukan: Cakap pandai, suruh diorang main sendiri la tengok boleh menang ke tidak.

"Cakap pandailah!"
Pembaca blog: Apa ni artikel macam sampah, dah la banyak copy paste dari blog lain.
Blogger: Cakap pandai, kalau tak suka tulis la blog sendiri!


Mudah bukan? Apabila dikritik, cuma perlu balas, "Cakap pandailah, buat sendirilah tengok boleh ke tak boleh..."




tags: cara bagi alasan jawapan terbaik kritikan pandangan pendapat kritik suruh dia main buat sendiri cakap pandai banyak harapan musnah safee sali zolkples tak buat kerja pengarah msn majlis sukan negara harimau malaya kalah qatar kelayakan piala asia 2015 minta sokongan ultras malaya kena tahan tangkap reman fam bangsat presiden minta letak jawatan chant

9 ulasan:

  1. sebab tu dalam kamus ada perkataan tanggungjawab..

    kalau buat salah kau kena tanggung..lepas tu kena jawablah..

    bukan beralasan..

    btw, komen pandailah, cuba buat tengok..#

    BalasPadam
  2. Kadang2 keyboard warriors juga cakap melampauu -_-
    reti krtitik , tapi .....

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko pulak tax reti tulis kritik

      Padam
    2. ko pulak tax dgn tak pun tak reti tulis.

      Padam
    3. tax tu cukai rasanya.. apa kaitan cukai dengan reti tulis kritik..

      Padam
  3. Bila dah tak tau atau tak boleh nak jawab, baik diam aje la.. :D

    BalasPadam
  4. Rombak Pengurusan FAM!!!!!

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.