Jumaat, 15 November 2013

14 Segmen Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 1

[ULASAN DI UPDATE SECARA LIVE] Maharaja Lawak Mega 2013 menyaksikan pertarungan antara 16 pesera iaitu Nabil, Kucai, Bocey, Boboi, Shiro, Sepahtu, Osama, Mamu, Jambu, Comey, Tulang, SYJ, Wala, Saywho, Gerak dan Zero. Jozan tahun ni tak masuk sebab tahun lepas baru masuk. Ada kumpulan yang merekrut ahli baru seperti Sepahtu, ada kumpulan yang baru ditubuhkan, ada kumpulan yang mengekalkan ahli pasukan. Nabil satu2nya peserta solo. 


Kalau ikut undian pada pagi tadi, Sepahtu menjadi peserta favorite dengan undian setinggi 41%, Shiro dan Jambu lebih kurang, seterusnya Nabil dan Wala. 2 peserta terbawah iaitu Kucai dan Comey langsung tidak mendapat sebarang undian dengan 0%. Setakat ni, aku harap lawak Sepahtu akan menjadi dengan penambahan Rahim R2, Shahrol Shiro tidak lagi dibayangi Jep Sepah, Jambu buat lawak yang lain daripada lawak slapstik yang biasa diorang buat dulu, Nabil akan dapat semula auranya seperti waktu Raja Lawak 2.


Juri untuk MLM 2013 tak sama dengan masa minggu Kerusi Panas. Barisan juri kali ini adalah Datuk Yusof Haslam, Nora Danish, Sheikh Haikel (wakil Singapura) dan Luna Maya (wakil Indonesia). 

* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...

  • HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
  • HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
  • HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
  • HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
  • LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
  • LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
  • ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

Tema Minggu 1 - BEBAS

1. MAMU (Laugh-O-Meter: LOL)

Sketsa mengisahkan seorang warga Indonesia naik tongkang yang di bawa oleh seorang Bangladesh untuk pergi Malaysia secara haram. Untuk persembahan pertama, not bad, punchline tak henti2.

Rating juri: 3 bintang

2. BOCEY (Laugh-O-Meter: LMAO)

Berkisarkan 2 orang sahabat masuk wayang kos rendah. Disebabkan kos rendah harga tiket murah, tapi semua adegan dan efek dalam wayang kena bayar kalau nak tengok. Bagi aku sketsa diorang memang sangat lawak dan kreatif.

Rating juri: 3 bintang

3. NABIL (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)

Nabil bawa watak orang Bangla pertama jual burger kat Malaysia. Masa awal2 aku agak kurang yakin sebab lawaknya agak slow, tapi lama2 dia build up balik punchline dia jadi gila lawak. Dia banyak bermain dengan ayat burger seperti burgerlora, burgermerlapan, bergema dan lain2.

Rating juri: 4 bintang

4. TULANG (Laugh-O-Meter: HAHA)

Kumpulan yang dianggotai oleh Along Cham, Didie Alias dan Soya buat sketsa pasal orang2 kampung tengah lepak main gitar kat stesen bas. Tempo dan punchline agak kurang dan ada yang kurang menjadi.

Rating juri: 3.5 bintang

5. BOBOI (Laugh-O-Meter: LOL)

Untuk minggu pertama, kumpulan BOBOI buat lawak menyindir dan membahan rakan2 artis yang lain seperti Awie yang didakwa muflis, Salleh Yaacob dan Ashraf Muslim yang banyak bini, Tauke yang banyak girlfriend, dan Nabil yang menyebabkan kumpulan Boboi kurang menyengat masa MLM 2012.

Rating juri: 3.5 bintang

6. OSAMA (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)

OS dan Isma Aliff sedang borak kat warung bincang nak masuk MLM sebab dah jadi pelawak tua, so diorang tiru gaya pelawak lebih muda macam Zizan, Harith Iskandar dan lain2. OS kali ni agak menjadi walau sudah bertukar pasangan. Kumpulan pertama buat lawak macam comel je.

Rating juri: 4 bintang

7. KUCAI (Laugh-O-Meter: HAHA)

Kumpulan yang dianggotai Mamat ex-Sepah, Munir dan Arin Raja Lawak buat lawak pasal budak sekolah tipu cikgu cakap tayar basikal pancit sebab datang lambat ke kelas, lepas tu tiru kerja rumah. Ada je macma alasan yang diberikan. Ada punchline yang lawak cuma kadang2 lambat nak sampai sikit. Juga ada lawak macam comel je.

Rating juri: 3 bintang

8. WALA (Laugh-O-Meter: LOL)

Wala buat babak seorang India sedang jual tiket bas kepada seorang customer. Ada beberapa punchline yang lawak masa nak jual tiket bas cuma diorang laju sikit seperti terkejar2 masa.

Rating juri: 3 bintang

9. GERAK (Laugh-O-Meter: HAHA)

Mereka buat adegan penjual kuih memekak pagi2 nak jual kuih, lepas tu turun 2 pemuda buat hal nak beli kuih. Ahli baru selain daripada ahli kumpulan XN3 tu memang bagi impak sikit kepada kumpulan ni.

Rating juri: 3 bintang

10. SHIRO (Laugh-O-Meter: LMAO)

Kumpulan Shiro minggu ni jadi askar tengah berperang. Punchline banyak berkisarkan babak ketika peperangan sepert menyorok, menyamar jadi lintah, telefon bantuan dan kena tembak. Kadang2 diorang ambil masa yang panjang sikit untuk menyampaikan 1 punchline menjadikan orang tertunggu2.

Rating juri: 4 bintang

11. COMEY (Laugh-O-Meter: LMAO)

Persembahan mereka berkisarkan babak di rumah orang2 tua. Kekuatan kumpulan ni adalah Shuhaimi yang terkenal dengan lawaknya yang kasar dan selamba. Cara diorang gelak pun dah boleh buat orang ketawa. Punchline paling kelakar, sama2 dah duduk 15 tahun kat rumah orang2 tua tapi tak pernah jumpa. 

Rating juri: 3 bintang

12. SYJ (Laugh-O-Meter: LOL)

Diorang buat sketsa pasal seorang perempuan yang nak bersalin dalam troli pasaraya pergi jumpa doktor kat hospital. Yang tak bestnya banyak gila adegan kena potong dan censored. Mungkin banyak lawak double meaning seperti trademark Fendi Shuk Balas tu.

 Rating juri: 4 bintang

13. JAMBU (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)

Mula2 nampak macam lawak ulangan nak kicap masa MLM2012, lepas tu makin lama makin merapu merepek meraban dengan tukaran mata wang, cecair, Surabaya, matawang langkawi, siapa Menteri Perdagangan Mexico, memang lawak gila babi. Memang trademark kumpulan Jambu ni buat lawak2 tak disangka.

Rating juri: 4 bintang

14. SAYWHO (Laugh-O-Meter: HAHA)

Aku tak paham sangat babak diorang nih, cerita pasal Bocil dah jadi baik tegur dan nasihat dua orang artis yang macam setan. Ada juga lawak macam comel dan sedikit unsur2 magic seperti buku terbakar. 

Rating juri: 4 bintang

15. ZERO (Laugh-O-Meter: HAHA)

Buat babak ulangan juga pasal bapak seorang nelayan dan anak2nya. Ada beberapa punchline yang OK seperti menyanyi lagu Anuar Zain Ajari Aku tapi ada yang tak berapa nak sampai. Kumpulan Zero kali ni nampak macam kalut dan kurang persediaan sikit. 

Rating juri: 3 bintang

16. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)

Kekuatan kumpulan Sepah adalah lawak dalam drama. Kali ni diorang buat adegan mesyuarat JKKK kampung dengan Jep jadi tok penghulu cari bulu ayam yang hilang. Memang banyak punchline lawak dari Jep dan Shuib macam telefon bini, matikan telefon buang bateri dan lain2, cuma nampak Rahim tenggelam sikit dalam kombinasi ni.

 Rating juri: 4 bintang

Peserta yang tersingkir: GERAK

Kesimpulan: 

Penyingkiran GERAK pada minggu pertama bagai boleh dijangka. Bersaing dengan nama2 besar dalam industri lawak bukan suatu yang mudah buat pasukan2 underdog yang lain. Malah, banyak peserta kali ini yang boleh dikatakan sudah mempunyai aura yang kuat dan seperti sudah masak dengan permainan MLM ini seperti Sepahtu, Jambu, Nabil, Shiro, Boboi, Saywho serta pelawak2 lain yang sudah pun mempunyai nama sendiri dan tak kurang hebatnya, membentuk kumpulan bersama seperti Ms. OS, Isma Aliff, Shuhaimi, Ropi Cecupak, Achey (Juara Bintang Mencari Bintang TV3), Yassin, Shuk Balas, Jihan, Along Cham, Munir, Didie Alias dan lain2.

Untuk minggu pertama ni pun ramai yang dah all out menyebabkan aku susah nak pilih mana yang terbaik dan buat ranking. Kebanyakannya memang lawak2 belaka, malah takde pun yang terlalu teruk dan membosankan macam MLM yang sudah2 di mana ada kumpulan yang tak lawak dan tak boleh buat orang ketawa langsung.

Cuma rating bintang juri tu aku rasa ada yang bias di mana yang tak berapa nak lawak diberinya 4 bintang hanya kerana juri tu kenal peserta tersebut atau datang dari negara yang sama, ada juga peserta yang lawak gila diberinya 3 bintang hanya kerana juri tak berapa nak kenal perserta itu.

Apa2 pun untuk minggu ke-2 nanti, semua peserta kena ubah persembahan mereka, cuba cari idea yang lebih kreatif, tiada persembahan ulangan dari MLM atau RL yang lepas2 serta lari daripada kebiasaan, seperti contoh kumpulan JAMBU dah tak boleh buat lawak perbualan merapu macam minggu pertama sebab nanti orang bosan, Nabil jangan buat watak2 bangla lagi, Rahim R2 dalam kumpulan Sepahtu kena lebih banyak role dan skrip diberikan, kalau tidak beliau macam hanya isi kekosongan Mamat sahaja, lawak2 parodi macam comel je, pak guard bini Mat Yo dan lagu Tegar dah tak boleh digunakan sebab dah banyak digunakan pada minggu ni.

Ranking aku untuk persembahan Minggu 1:

1. JAMBU (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating Juri: 4 bintang)
2. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating Juri: 4 bintang)
3. NABIL (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating Juri: 4 bintang)
4. OSAMA (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating Juri: 4 bintang)
5. BOCEY (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: 3 bintang)
6. SHIRO (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: 4 bintang)
7. COMEY (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: 3 bintang)
8. MAMU (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: 3 bintang)
9. SYJ (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: 4 bintang)
10. BOBOI (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: 3.5 bintang)
11. WALA (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: 3 bintang)
12. KUCAI (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: 3 bintang)
13. TULANG (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: 3.5 bintang)
14. SAYWHO (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: 4 bintang)
15. ZERO (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: 3 bintang)
16. GERAK (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: 3 bintang)

Kredit gambar: Fanpage Maharaja Lawak
Kredit video: GuaTVDotCom | Blog Maharaja Lawak Mega 2013
Laman rasmi MLM2013: http://www.maharajalawakmega.com.my/




tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2013 2012 mlm tonton full video jambu jozan sepahtu nabil shiro boboi saywho peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri pak nil aznil haji nawawi azwan ali hattan video penuh download youtube hd astro mustika warna markah episod minggu pertama minggu-1

14 ulasan:

  1. ada live streaming tak?

    BalasPadam
  2. terbaik la ulasan juri tetap buasir :)

    BalasPadam
  3. yg tu bukan fendi balas tapi syuk...

    BalasPadam
  4. Wahhh...cepatnya buat entry ni. Ambe suka sepahtu..meskipun yg lain-lain pun hebat jugak. Hehehehe

    BalasPadam
  5. Terbaik! Paling best Sepahtu dan rasanya diorang boleh menang sebab mejoriti pengundi pilih Sepahtu! :)

    BalasPadam
  6. Tp undian still byk diberikan oleh fan fav masing..even smpi tahap x perform pun dpt undi....tgk gaya sepahtu dpt undian..conform menang maharaja lawak mega ni....kang kesian ada yg bg good effort buat lawak terbahak2...tp sbb x popular punye pasal..undi dpt ciput je. Better do style not giving 100% to sms vote...buat 50-30-20 vote utk sms-juri tetap-juri aundience 20 org...at least much fair.

    BalasPadam
  7. Aku tak paham kenapa ramai org cakap Nabil punye lawak menjadi masa minggu pertama tu. Aku tak rasa lawak langsung sebab dia tiru balik lawak kumpulan 'OK'. Memang sebijik sebab pasal burger. Cuma Nabil ubah suasana dan gaya dia jadi bangla tu je. Terus aku takde rasa nak gelak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ye, terlupe, kumpulan OK daripada raja lawak 7.

      Padam
    2. sbb ramai org x tgk kot raja lawak 7.sama mcm masa nabil buat lawak taekwando tiru jim carrey masa maharaja lawak dulu,org gelak sbb xtau pun itu lawak jim carrey

      Padam
    3. jambu pun lawak ulang gak..lawak merapu jer..pun ramai yg sokong..masing2 pnya selera la bro..

      Padam
    4. Asal Nabil ade je yg tak puas hati, ada je yg tak kena. Nasiblah kau Nabil oiiii...

      Btw, banyak lawak-lawak kat dunia ni pun terinspirasi drpd lawak-lawak yg lain. So xde istilah copy & paste k. Banyakkan buat research lagi.

      Padam
  8. jambu memang best tapi tu la dia byk merapu rapu,merepek repek....sepahtu,jambu mmg ramai fan,supporter tp kesian pd group yang ikan bilis walau good effort tp undian xtinggi...rasanya nama dan populariti mempengaruhi

    BalasPadam
  9. jambu memang best tapi lawak merepek dan takde isi, kurang berkenan dengan minat dia

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...