Khamis, 14 November 2013

12 Motor kapcai bakal diharam jadahkan di lebuhraya

Motosikal kapasiti enjin (CC) rendah berkemungkinan tidak dibenarkan berada di lebuh raya bagi melindungi pengguna kenderaan itu daripada risiko kemalangan jalan raya. Menteri Kerja Raya, Datuk Fadilah Yusof berkata, kementeriannya telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji permasalahan itu memandangkan bukan semua lebuh raya menyediakan lorong khas motosikal.

Katanya, berbanding motosikal berkuasa tinggi, pengguna motosikal kecil terdedah kepada risiko kemalangan kerana angin daripada kenderaan lain yang laju boleh mengakibatkan motosikal itu berada dalam keadaan tidak seimbang.

"Kita sedang melihat bagaimana kita dapat menangani permasalahan ini, sama ada motosikal dibenarkan di lebuh raya, sama ada dikenakan tol, kategori mana yang dikenakan tol ataupun tiada tol untuk mereka, ini akan diperincikan," katanya sidang Dewan Rakyat hari ini.

Selanjutnya di Utusan Malaysia.

1.Tak dinafikan kenderaan 4 roda lebih selamat, tapi tak semua orang di Malaysia mampu beli kereta hatta kereta kancil 2nd hand pun, apatah lagi motor berkuasa besar. Nak kenakan tol untuk motosikal yang guna lebuhraya? Kalau motor berkuasa besar tu aku no komen, tapi kalau motor kapcai atau skuter pun kena tol jugak memang agak haram jadah.


2. Di Malaysia banyak lebuhraya, hatta jalanraya biasa kat bandar2 besar pun dah macam lebuhraya double lane, bezanya takde tol je. Adakah jalan ini pun diharamkan guna motor kapcai?

3. Lebuhraya dah jadi penghubung utama kawasan2 di Malaysia. Kalau orang dari KL nak pergi pantai timur kena lalu Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur. Kalau yang di pantai barat guna Lebuhraya PLUS. Kalau motor kapcai diharamkan, bayangkan betapa jauhnya mereka kena lalu jalan lama yang lagi membahayakan dengan keadaan jalan yang kebanyakannya tidak rata, bengkang bengkok, berlubang2, sempit, menakutkan dan terpaksa mencelah2 belakang lori dan kereta.


4. Kalau pengangkutan awam kita sangat efektif dan efisyen seperti di Jepun atau Singapura takpelah jugak nak haramkan motor kapcai guna highway. Ini dah la pengangkutan awam tak banyak, tak efisyen, tak tepati masa, mahal dan sebagainya.

5. Kalau buat laluan motor di lebuhraya pun tak guna kerana ramai penunggang motorsikal tak nak guna, sebab banyak jalan yang berlubang dan berlecak, lagi teruk ada gangster selalu tunggu waktu malam kat terowong laluan motor. Lagi badigol bila ada kereta masuk laluan motor.


6. Lepas ni kalau banyak kemalangan melibatkan lori, haramkan lori dari guna lebuhraya. Banyak kemalangan melibatkan bas, haramkan bas guna lebuhraya. Banyak kemalangan melibatkan kereta, haramkan kereta guna lebuhraya. Banyak kemalangan sewaktu konvoi motor kuasa besar di lebuhraya, haramkan aktiviti konvoi di lebuhraya. Dan lepas ni kalau banyak kemalangan motor kapcai di jalanraya, mungkin motor kapcai akan diharamkan pula di jalanraya biasa. Nak naik motor kapcai, naik je kat jalan kampung tanah merah.


7. Kebanyakan kemalangan yang berlaku di Malaysia ni bukan disebabkan oleh faktor infrastruktur atau jenis kenderaan tapi sikap dan mentaliti manusia. Tempat yang kena bawak slow diorang bawak laju. Tempat yang tak boleh berhenti diorang berhenti. Lampu isyarat dah cakap merah tanda berhenti dia pergi jalan juga. Parking yang disedia khas untuk OKU diorang parking jugak. Waktu tengah mengantuk atau mabuk lepas minum todi dia pergi jugak bawak kereta. Orang dah sediakan jejantas untuk melintas jalan dia pergi juga lintas kat jalan. Banyak infrastruktur kita dah kelas pertama, tapi tak guna kalau mentaliti dan sikap masih kelas ketiga.


8. Macam simpang 4 kat bawah ni, sangat sibuk dengan motor, basikal, kereta, tapi tiada salah faham pun walaupun takde lampu trafik. Tak perlu infra canggih2, tak perlu haramkan motor atau basikal, tapi trafik masih terkawal dan tersusun disebabkan sikap dan mentaliti mereka. Kita ni letak la traffic light banyak2 ke, bonggol ke, penghadang jalan batu ke, lampu pemantul cahaya ke, kamera AES ke, apa2 ke tapi masih lagi berlaku kemalangan.


9. Buat la peraturan macam2, bina infrastruktur atau teknologi canggih macam mana pun, kalau sikap kita di jalanraya masih tak diubah, serius tak guna.

10. Akhir kata, kalau nak guna lebuhraya, jangan beli motor, beli kereta. Kalau tak mampu beli kereta, naik bas.




tags: kerajaan kaji cadangan tidak benarkan motosikal kapcai berada di lebuh raya lebuhraya highway jalanraya haram larang larangan skuter motor besar kereta van lori bas jalan lama karak bentong laluan motor kemalangan eksiden konvoi hospital serdang video skve busiest intersection without accidents simpang paling sibuk sikap mentaliti

12 ulasan:

  1. tak yah gi mana2, duk rumah main game jer.....

    BalasPadam
  2. 2 yang adik mengamuk semalam.lagi2 dia ni crew2 ex5. tapi kan iman terpikir la.. betul gakkata encik ni.bukan masalah kenderaan tapi sikap pemandu yang ambil smbil lewa dan pentingkan diri sendiri. 2 yang kita nampak.mcm mana dgn org yg xmmpu nk beli 4tyr? kalau bg option naik bas, kalau bas dh penuh?kita mesti ada keselesaan masing2. mcm mana plak dgn sumber rezeki org yang jual motor?byk yg kena fikir...nk ubah peratus kemalangan, kena ubah sikap diri snediri lu

    BalasPadam
  3. 1. first

    2. mungkin ke ni agenda nak kenakan tol kepada penunggang motosikal dengan "Kita sedang melihat bagaimana kita dapat menangani permasalahan ini, sama ada motosikal dibenarkan di lebuh raya, sama ada dikenakan tol, kategori mana yang dikenakan tol ataupun tiada tol untuk mereka, ini akan diperincikan" dijadikan alasan awal?

    3. Kalau pengangkutan awam maju + harga kereta murah mungkinkah baru agenda ni boleh diteruskan? sebab kesian orang2 sederhana dan miskin nak pergi kerja..

    4. Kenapa nak haramkan motor kapcai instead of menambah/menaiktaraf lorong motosikal kat setiap lebuhraya?

    5. Kenapa pemimpin ni tengok masalah dan selesaikannya dari kaca mata orang kaya dan bukan dari perspektif orang miskin?

    6. Sekian luahan seorang penunggang honda icon 125

    BalasPadam
  4. Mungkin diorang takkan haramkan moto atas jalan raya, cuma nak kenakan tol pula pada penunggang moto. Manusia ni, bila dah tamak, mana pernah rasa cukup. Tol dari kereta yang dipau hari-hari tu pun dah rasa tak cukup, diorang pau penunggang motor pulak.

    BalasPadam
  5. rasanya tak kenakan tol untuk motor2, sebab baru2 ni ada baca isu pasal motor berkuasa tinggi kenapa tak kenakan tol macam kereta, dan ada pihak berkenaan jawab sebab memang termaktub dalam undang2 kenderaan 2 roda atau 2 gandar memang takkan dikenakan tol walau sebesar mana kuasa enjin kenderaan tu.
    tapi tak tau aa kalau diorang nak tukar undang2 tu kan...

    BalasPadam
  6. Punca-punca kemalangan :

    1) Sikap individu yang memandu/menunggang dengan tidak berhemah dan merbahaya
    2) Kecuaian
    3) Masalah teknikal kenderaan/infrastruktur
    4) Kurang pengetahuan undang2 dan cara betul penggunaan laluan lalu lintas trafik (biasanya ni berpunca dari pemandu/penunggang yang takde lesen)
    5) Mementingkan diri
    6) Lain2 sila tambah sendiri.....

    KAWE BANTAH CADANGAN PENGGUNA KAPCAI DI HARAMKAN DARI MENGGUNAKAN LEBUHRAYA.

    BalasPadam
  7. Bhai Noob...

    Dapat Menteri bingai pasai undi dari pengundi bingai... jadi tabley nak marah la.... kena marah kan semua pengundi bingai yang undi mamat bingai nih dulu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. sokong kenyataan brader, sape suh undi bn dlm pru lepas? skang padan muka kita semua, petrol naik, gula naik skang nak kena tol kat moto pulak!! sekali lagi PADAN MUKA terutamanya kpd penyokong UMNO.. Kah3.

      Padam
    2. point dia nak cas moto jer..kerajaan dah nazak sangat ni sampai laluan moto pun nak di tol kan.

      Padam
  8. Nokkharommmm...kerajaan skrg makin mendesak rakyat,yang kaya makin kaya..yng miskin.......(sila pikir2kan)...
    Minyak naik pon ak dh terasa sgt,ni kn pula nk buat tol...

    Mcm hampehhh ko najibun...

    -Petai Lejen110z

    BalasPadam
  9. najib jubo.kuat memantat bontot rosmah. babi perangai mcm menteri2 lain.harap Tuhan laknat pemimpin yg zalim

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.