Iklan Leaderboard

Ahad, 3 November 2013

18 Ibu perlu berhenti kerja untuk jaga anak sendiri

Dengan lambakan kes jenayah dan kebanjiran warga asing menyebabkan kita terpaksa hidup dalam ketakutan dan syak wasangka. Kes penderaan kanak2 juga bukan perkara baru dalam masyarakat kita hari ini, terutama yang berlaku di pusat penjagaan kanak2 serta melibatkan pembantu rumah sendiri. Baru2 ini
timbul pula isu penderaan kanak2 di Pusat Asuhan Taman Melati yang telah dirakam oleh seorang bapa kanak2 ini yang bertindak memasang kamera tersembunyi di beg sekolah anaknya.

Gambar penderaan kanak2 yang berlaku di Taska Permata Kota Masai tahun lepas

Berita penderaaan kanak2 di Pusat Asuhan Taman Melati, Kuala Lumpur

Memperlihatkan situasi yang berlaku pada hari ini sebenarnya memerlukan seorang ibu yang mempunyai anak yang kecil berusia 3 tahun ke bawah untuk berhenti kerja atau mengambil cuti tanpa gaji demi menjaga dan membesarkan anak2 mereka sendiri tanpa perlu bergantung kepada pusat penjagaan kanak2 atau pembantu rumah yang rata2 pengasuhnya adalah dari seberang atau tiada kelayakan.

Video penuh yang dirakam menggunakan kamera tersembunyi di Pusat Asuhan Taman Melati

Berbanding negara2 maju yang lain seperti di US, Jepun, Australia dan lain2, telah menjadi budaya mereka kebanyakan anak2 kecil dijaga oleh ibu mereka sendiri sama ada mereka berhenti kerja menjadi suri rumah sepenuh masa atau mengambil cuti tanpa gaji selama 2 3 tahun untuk membesarkan anak mereka, sementara ekonomi keluarga ditampung oleh pendapatan suami sahaja.


Namun telah menjadi budaya di Malaysia, dengan situasi ekonomi keluarga yang tidak menentu dan kos sara hidup yang semakin tinggi pada hari ini menyebabkan kaum2 ibu suka atau tidak terpaksa juga keluar bekerja mencari rezeki untuk membantu ekonomi keluarga dan terpaksa juga menyerahkan anak kecil untuk dijaga oleh pengasuh.

Nak harapkan siapa untuk mengubah dan menyelamatkan keadaan dan situasi kita pada hari ini? Berapa banyak pusat asuhan yang tidak berdaftar? Berapa ramai pengasuh yang benar2 berkelayakan menjaga kanak2 serta mendapat latihan sewajarnya? Berapa ramai pula pengasuh warga asing yang tiada permit? Berapa banyak dah kes penderaan yang melibatkan pusat asuhan kanak2 dan pengasuh? Berapa banyak kes kematian bayi kerana tersedak susu yang berlaku di pusat2 asuhan kanak2?

Berapa ramai pengawal keselamatan yang selama ini menjaga diupah untuk menjaga keselamatan premis dan perumahan kita yang tiada permit dan tidak berkelayakan pun sebenarnya? Sejak bila orang Bangladesh dan Indonesia dah pun mula menjadi pengawal keselamatan di negara kita selama ini? Adakah warga Nepal yang menjadi pengawal keselamatan sekarang ini adalah memang bekas tentera seperti yang diwajibkan dalam peraturan?

Dah berapa ramai pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Malaysia selama ini? Dah berapa banyak warga asing yang sudah memiliki kad pengenalan palsu yang kebanyakannya mengaku berasal dari Sabah? Berapa ramai lagi PATI yang kita kena tanggung makan minum tempat tinggal mereka di depot2 imigresen sehinggalah mereka mati disebabkan mereka tidak boleh dihantar pulang kerana negara asal mereka juga tidak mahu menerima pelarian2 ini?




Siapa sebenarnya yang nak kita harapkan untuk memantau dan mengawal perkara ini? Kerajaan? Takpelah, aku cuma dapat ucapkan selamat maju jaya kepada anda semua. Kalau pihak yang mempunyai kuasa pun tak boleh nak diharapkan, apa lagi yang boleh kita buat?




tags: kes isu kejadian penderaan dera kanak anak budak kecil bayi pusat asuhan taman melati taska permata kota masai pukul lempang sepak tampar tendang terajang baling ikat tutup mulut bagi minum ubat batuk pengasuh orang gaji pembantu rumah amah ibu bapa berhenti kerja cuti jaga anak bersalin surirumah suri rumah pati warga asing indon indonesia bangla bangladesh filipina nepal vietnam kdn kementerian dalam negeri depot depoh imigresen tahanan

18 ulasan:

  1. X tau salah sapa dunia makin pening

    BalasPadam
  2. Bapak Tanpa Nama3 November 2013 6:13 PTG

    Ala senang je. Mintak gomen kite wujudkan satu akta yang mewajibkan setiap syarikat menyediakan nursery kanak2 di tempat keje. Boleh ibu bapa pantau anak2 sambil bekerja. Negara2 yang mempunyai gomen yang menitikberatkan kebajikan rakyat macam negara2 di Scandinavia sudah start pun buat benda ni.

    Malangnya gomen kite ni gomen yang tak berapa nak prihatin terhadap kesulitan rakyat. Ah, biarlah. Asalkan Malaysia aman, peduli ape kan?

    BalasPadam
  3. pada pendapat aku, ni semua sebab ekonomi negara bukan melayu yg pegang....sebab tu melayu selalu hidup sengsara...pernah tengok org cina susah?? susah nak jumpa cina miskin...org melayu yg pegang kuasa tapi masih miskin...kalau kuasa melayu hilang, maka org melayu akan jadi pendatang atas bumi sendiri...org cina x faham hidup melayu, depa ingat melayu ni bagi makan macam bagi makan ayam...campak dedak je...bila ekonomi kucar kacir, kerajaan yg disalahkan...padahal kerajaan sendiri bertungkus lumus nak bagi melayu hidup senang...kalau player kelantan beraksi lebih mantap, peluang untuk bawa balik trofi ke kota bharu nampak cerah....tapi pahang bukan lawan yg mudah...tambah pula, kelantan mempunyai pemain yg cedera....apapun, aku optimis kelantan mampu tewaskan pahang malam ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila ada masalah,salahkan cina & suruh kekalkan kuasa melayu...hbs selama ni sapa yg pegang kuasa,melayu ke cina?apa yg melayu2 yg berkuasa selama ni buat?kenapa melayu2 ini membenarkn perkara2 tersebut terjadi di negara kita??

      Padam
    2. kesian kau ahmed. hidup susah salahkan cina. melayu macam kau serius hidup dalam kampung dan kawan kau satu species macam kau jer. tak pernah ada kawan bangsa lain. apatah lagi kawin campur. patutla pemikiran jumud. nah rm500 duit cukai aku untuk bayar br1m satu famili kau. (:

      Padam
    3. kelantan kalah ngan pahang pe citer bro..tu la yakin sangat...br1m dh naik rm650 bro..

      Padam
    4. ops. dah naik ek. gua topuo lagi rm150 untuk br1m ahmed. kikiki

      Padam
  4. This shit got to go

    BalasPadam
  5. org malaysia amat mudah terhutang budi..isu sykt diwajibkan ada nursery dh denga lama dah...pelaksanaan?? haprak...bukan main byk kata manis ditabur masih percaya kerajaan sekarang...aku yakin besok sungai limau bn menang lepas duit byk ditabur sambil rakyat menadah dgn syukur sampai lupa janji2 lama yg tak ditepati...tp itulah malaysia atau melayu khususnya kerana segala belanjawan yg dirancang hanya ditunaikan apabila adun atau parlimen mati

    BalasPadam
  6. nuff said INI LAH HABUANNYA YG SEMUA ORG AKN TELAN APABILA NAK KEJARKAN TITLE STATUS NEGARA MAJU

    BalasPadam
    Balasan
    1. negara lain kejar juga status negara maju tp dgn landasan yg betul.kita ni dh la rata2 ramai yg pemalas,tp sbb nak juga jd negara maju,amik jalan shortcut dgn upah warga asing utk majukan negara,hasilnya...spt yg kita lihat pd hari ini

      Padam
  7. Lobang tikus utk pdatang asing dr indonesia mmg kbanyakan dr sabah. Pngwasan kurg smpai pdatang sulu dr filipina pn sng2 je masuk. Inikn pula indonesia yg bsebelahan smpadan je. aku mngaku, aku skrg tgl kt sabah, ayah ibu pn asal indonesia dtg ke sabah lbh kurg 30thn dlu. Ic palsu?? Ckp la apa korg nk ckp. Benda da jd pn.

    BalasPadam
  8. Mentaliti kita terutama orang melayu semua bangang nak mampus... semua peluang kerajaan ade kasi tapi ada kita nak amik... isu pengawal dari bangla ni same macam isu bangla bina bangunan... ade orang kita yang nak kerja amik pengalaman bina sendiri bangunan, ade ke... same la, belambak dalam the star, harian metro cakap syarikat sekuriti nak pekerja, ade orang melayu kita yang negara aman dan selamat bekerja, dak, orang kita lebih suka mengata dari membuatnya... isu pembantu rumah ni, bukan salah kerajaan bukan salah syarikat kita bekerja... kerajaan ada skim untuk ibu2 yang duk dirumah bersatu dalam 3orang tuk buka nursery berlesen... tapi ade orang melayu kita nampak peluang berniaga, ada ke tidak... lagi masalah bila ade peluang tapi buat palat macam yang kita hadapi sekarang ni la... usah ikut cakap orang politik ni, baik BN ke PR ke, kita kena mula dari diri kita sendiri... kalau kita sampah, menghasilkan sampah, tak kira sape kita undi dan pilih, tetap sampah, kerana pilihan yang ada di kertas undi adalah SAMPAH yang kita sebagai SAMPAH hasilkan.... stop blaming other people, blame yourself if your life is like shit....

    BalasPadam
    Balasan
    1. kaulah melayu palat tu. dah ade peluang kerja lagi bagus takkan nak kerja pak guard. apa kau ingat gaji pak guard kat malaysia cukup untuk sruvive kat mesyia ker? apa ker buduh compare standard of living warganegara dengan warga asing dari dunia ketiga. atau standard kau memang tahap banglasia jer?

      Padam
    2. jd guard tu lg elok la dr jd penganggur,mat rempit..mslhnye skg org malaysia ni pemalas..lbh suka tunggu masuk cite bersamamu dr cri keje halal cm jadi guard atau buruh

      Padam
    3. Yang tanpa nama 1.00 petang tu mesti bangang kan tak paham maksud orang tulis apa... main nak radak aja... tak semua kene kerja guard la pandai, ni mane yang ade takde kelulusan, sekadar cukup makan, baik la pergi keje guard tu... semua ada, nak wat ot semua boleh... dan cukup je gaji pak guard siap sorang lagi tu dah femes dh kat subang... mungkin standard aku standard bangla, tapi standard ko lagi teruk kut, standard SAMPAH... sampah yang takde nilai sebab langsung tak paham ape orang tulis....

      Padam
  9. Salam ,
    Sayu baca ni
    Saya nini , dari perlis. Juga dilema ni, sampai saya tekad berenti kerja dan buat bisnes dari rumah.

    Ada kawan kawan mmg ambik cuti tanpa gaji, jaga anak.
    Tapi tulah, x smua bernasib baik, x semua ada duit untuk kehidupan jika salah seorang x bekerja.
    Hmm..sian sgt

    Tinggal jejak ; www.bijaksihat.com
    Jemput datang blog saya. Terima kasih.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...