Iklan Leaderboard

Khamis, 7 November 2013

12 Mendaulatkan Islam cara Malaysia dan Brunei

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan akan sentiasa mendaulatkan agama Islam serta mempertahankan kalimah Allah demi kesucian agama, bangsa dan negara tercinta.


Menurutnya, Malaysia yang menjunjung tinggi Perlembagaan dan Islam sebagai agama Persekutuan sentiasa istiqamah dalam mendaulatkan kedudukan Islam di negara ini berlandaskan kepada maqasid syariah.

Walau bagaimanapun beliau menjelaskan ketegasan, kesungguhan dan komitmen kerajaan itu dibuat secara berhemah melalui konsep Wasatiyyah (kesederhanaan) yang merupakan asas kepada kemakmuran dan kesejahteraan Malaysia.

"Kita tetap memartabatkan agama serta mempertahankan kalimah Allah demi agama, bangsa dan negara tercinta," katanya dalam perutusan Maal Hijrah menerusi blog www.1malaysia.com.my di sini hari ini.

Selanjutnya di Utusan Malaysia.

Tahniah kepada pihak kerajaan kerana tegas dalam mempertahankan kalimah Allah. Cuma jika  dibandingkan dengan ketegasan kerajaan Brunei dalam mempertahankan hukum dan undang2 Allah, aku rasakan kerajaan kita jauh sangat ketinggalan dari aspek keagamaan dan mendaulatkan agama berbanding negara Brunei, sebuah negara yang lebih kecil dan populasinya kurang daripada Malaysia tetapi sangat kaya raya dengan sumber minyak.

Bandar Seri Begawan: Sultan Brunei semalam memperkenalkan hukuman hudud, termasuk merejam sampai mati mereka yang didapati bersalah kerana berzina.

Mengumumkan keputusan itu, beliau merujuk langkah berkenaaan sebagai yang bersejarah pelaksanaan undang-undang Islam sebenar di negara itu.

Sultan Hassanal Bolkiah, 67, antara lelaki terkaya di dunia, berkata, akta baru undang-undang syariah yang dikaji selama bertahun-tahun itu diperkenalkan secara rasmi semalam di negara yang kaya dengan minyak itu mengikut tempoh percubaan selama enam bulan.

Berdasarkan kes terhadap individu, undang-undang itu meliputi hukuman termasuk merejam hingga mati kerana berzina, memotong tangan kerana mencuri dan sebat kerana pelbagai kesalahan seperti pengguguran kandungan hingga kepada meminum arak.

Selanjutnya di Harian Metro.

Pemimpin kita apabila berbicara mengenai agama, kebanyakannya hanya menekankan pada aspek luaran sahaja seperti bab kalimah Allah, fekah, amalan2 wajib, tapi jarang menyentuh dan menekankan bab2 yang lebih mendalam seperti bab akidah, kepatuhan terhadap hukum dan undang2 Allah serta kejatuhan moral orang2 melayu Islam masakini.

Negara kita negara Islam, majoriti penduduk beragama Islam, begitu ramainya sultan, raja, pembesar, bangsawan, pemimpin, menteri, ulama, mufti yang beragama Islam, tapi entah kenapa tidak mahu melaksanakan juga melaksanakan undang2 Allah ini atau at least start dengan buat kajian dulu untuk ke arah itu.

Sultan kat Brunei seorang sahaja, malah sangat kaya raya, tapi masih merendah diri dengan berkata "Siapa kita untuk kata tunggu?". Serius aku teringin dengar kata2 seperti ini daripada mulut pemimpin2 Islam di Malaysia.


Bukan sahaja undang2 hudud, malah di Brunei dah pun mengharamkan penjualan dan kegiatan minum arak secara terbuka. Kita di Malaysia? Berapa ramai anak2 melayu Islam kita beli arak di 7-Eleven dan togok air kencing syaitan itu dengan selamba sambil post kat Facebook? Ini belum kira golongan artis dan para pemimpin lagi. Kilang arak tak payah cakap la bersepah kat Malaysia. Belum lagi pusat kasino dan judi terbesar di Asia Tenggara. Macam ni negara Islam? Pfffttttttt!!



Btw aku tak suruh korang sokong PAS sebab PAS nak laksana hudud, tapi aku nak kerajaan Islam yang ada sekarang ni yang laksanakannya. Why not?

INB4, kalau tak suka undang2 Malaysia, sila keluar dari Malaysia pergi negara Brunei!




tags: brunei laksana undang hukum syariah hudud qisas daulat agama islam kerajaan malaysia najib pertahan kalimah allah perutusan awal muharram tahun hijrah negara islam melayu awek perempuan betina anak generasi muda lelaki minum arak tayang post status facebook fb

12 ulasan:

  1. ermn...hehe~..

    yang Benar, Ringkas, Sopan, Peace..

    BalasPadam
  2. awat PAS tukar haluan dari nak tegakkan negara islam dan hudud kepada negara kebajikan selepas di"tegur" oleh DAP? Nak tegakkan islam pun nak dpt kebenaran DAP? Mana kuasa PAS?

    awat PAS xmo batalkan lesen calsberg arak besau kat shah alam? kan dah dpt kuasa?

    Ketahuilah PAS tiada kuasa, Allah Maha Kuasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pas x pas. apa kata kerajaan pemerintah yakni umno yg usulkan utk laksana hudud? mereka kan parti melayu yg memperjuangkan islam? pas pun ckp mereka akan bubar parti jika umno laksana hudud & ikut undang2 islam. hudud bukan milik pas atau umno, tp milik Allah. xkira umno ke, pas ke, sultan ke, sapa2 yg memerintah sebuah negara islam kena ikut hukum Allah.

      Padam
    2. Ala...nk kate PAS..yg perintah Malaysia skrg sape?yg perintah la wajib kuatkuasakan pelaksanaan.byk lak alasan,nk tuding jari kt pembangkang lak..

      Padam
  3. Good review psikik zero a.k.a prince noob. we miss u a lot. muah3..

    BalasPadam
  4. ni baru umno perintah dah perangai mengalahkan iblis...agaknya klau dap perintah, mesti lagi teruk....iblis pun takut....mohon ramai2 tolak dap pas pkr umno bn pru-14 nanti...

    -ahmad-

    BalasPadam
  5. Ayat last tu menarik. Nak kena start buat homework pasal immigration policy kat sana =P

    BalasPadam
    Balasan
    1. sila hantar homework anda secepat mngkin kerana sy pn ingin tau

      Padam
  6. Dah siap homework awak jgn lupa pas kat saya. Saya nak copy paste mana yang patut, saya rasa pun nak pindah Brunei je.

    BalasPadam
  7. semoga perlaksanaan hudud di brunei dijalankan tanpa memilih kasih, kerana ada kerabat diraja brunei pun banyak masalahnya dgn aktiviti sosial, macam HRH Pengiran Muda Haji 'Abddul 'Azim,

    BalasPadam
  8. biasanya, golongan bangsawan ni kebal undang2..konfom2 hudud ni hanya untuk rakyat sahaja..kaum kerabat diraja buat maksiat tapi terlepas dari hukuman..dasar hipokrit!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. takpe la sekurangnya ada juga hukum hudud mereka nak lepaskan diri mereka akan dapat balasan kat akhirat kelak

      kita kena hukuman huhudud kat dunia semoga lepas di akhirat sebab dah jalani hukuman hudud di dunia yang tak seberapa berbanding kat akhirat..

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...