Jumaat, 15 November 2013

15 Dewan Rakyat tempat berbahas bukan sarkis

Maharaja Lawak Mega 2013 dah pun bermula. Peserta2 yang bertanding kali ni juga hebat2 belaka menjadikan pertandingan ini pasti lebih sengit. Aku harap Maharala Lawak Mega kali ini lebih lawak dan kelakar daripada yang sudah2. Btw nak tahu apa yang lebih lawak? Gelagat wakil2 rakyat yang kita dah undi masa pilihan raya di sidang Dewan Rakyat.


Kat sini macam2 lawak ada, dulu Noob pernah post sekali. Kita dapat lihat gelagat orang2 tua yang kebanyakannya baya2 mak bapak kita, dengan rambut putih, pakai baju kot smart2 tapi perangai mengalahkan budak2 baru nak up. Koyakkan kertas, baling kertas buat sampah, buat kapal terbang kertas, terpekik terlolong "haram haram haram" "tipu tipu tipu" tak ubah macam sarkis. Tak payah tayang Maharaja Lawak Mega pun takpe, tayang je sesi persidangan Dewan Rakyat secara langsung kat TV sebab bagi aku dah cukup lawak dah.



Apa kejadahnya ini semua? Kat dalam sidang parlimen tu sepatutnya digunakan untuk bincang dan bahas isu2 penting yang berkaitan dengan kepentingan rakyat, bukan merapu merepek meraba macam budak2 pavi. Panggil lagi YB YB, macam ni ke gelagat orang yang digelar Yang Berhormat? Baik la tukar jadi Yang Berlawak. Kalau macam ni lah sikap para pemimpin kita, nak expect sikap kita yang dipimpin ini macam mana?




tags: sesi bahas perbahasan sidang persidangan dewan rakyat parlimen kecoh koyak kertas usul haram bung mokhtar kinabatangan paper planes kapal terbang kertas jerit terlolong tempik laung macam orang gila sarkis sarkas pkr mp yb n surendran kena gantung hina tak hormat kritik ydp yang dipertua pandikar amin potong elaun pegawai khas sus setiausaha sulit pm perdana menteri siaran langsung video tadika barisan nasional bn umno pakatan rakyat pr pas pkr dap wakil rakyat

15 ulasan:

  1. terima saja hakikat macam ni la pemimpin-pemimpin kita,nak buat apa pun dah tak boleh sebab rakyat dah pilih mereka

    lupa pulak nak tulis 1st

    BalasPadam
  2. kalau tu mak bapak aku... konfirm malu. btw azmin ali mmg nampak cool & relax je melayan gelagat beruk2 mat yeh tu

    BalasPadam
  3. Negara kita sedang mereput. Sebagaimana ikan mereput, negara kita juga mula mereput dengan bahagian kepalanya terlebih dahulu.

    BalasPadam
  4. salah kita juga(pengundi) yang mengangkat badut menjadi pemimpin kita...

    BalasPadam
  5. ohh patut la rmi dak2 cb perangai rupe org tua mcm tu pun rmi patut laa... apapun idup umporno! LULZ

    BalasPadam
  6. gaji mahal2

    elaun banyak2

    rumah, kereta, driver..

    poket kiri poket kanan..

    semua guna duit taxpayer..

    semata-mata jadi badut kat parlimen?

    # darul kelakar..

    BalasPadam
  7. bung mmg badut dr dulu lg. salahkan org-org kinabatangan yg mengundi badut ni

    BalasPadam
  8. Kau org tahu tak kisah sebenar. Sebenarnya sebelah pagi pihak pembangkang dah buat macam tu. Azmin yg mula koyak usul. Yg sebelah pagi malaysia kini tak tayang pun. Tapi tindakan pihak kerajaan buat balas mcm tu mmg nmpk kebudakan la. Dua dua belah pihak sama je sebenarnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. baik punya bekap...machais...mat chai..hihi

      Padam
    2. Agreed...ada benda x tayang kat malaysiakini..ada benda x tayang kat tv3...semua tunjuk buruk lawan masing2...buruk sendiri xnak tunjuk sbb saham syarikat/portal terlibat sekali.

      Still byk MP kat parlimen still bergaduh mcm juara kampung..xde profesionalisme...kalau boleh plzla debate benda2 yg betul2 melibatkn kepentingan umum...maksud sy cari langkah bersama nak tolong rakyat..ini x habis2 cari salah org je x habis2 even benda 2 just personal problem

      Padam
    3. macai2 ni mmg kalau dah sekali bangang mmg selamanya bangang... ko x nampak ke video pertama kat atas tu ada video psl mp pembangkang koyak kertas usul & samad khalid buat kapal terbang kertas? cuma video yg kedua tu lebih popular sbb gaya mp2 bn terutama bung mokhtar lebih monyet drpd yg lain... kesian macai xhbs2 nak butthurt... terima je lah hakikat pemimpin korang tu lebih bangang

      Padam
  9. macam bangang.baik toksah buat pun xpe.bukan ada menda depa selesaikan pun.dok memekak mcm budak kecik xhbs

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.