Memaparkan catatan dengan label Kejam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kejam. Papar semua catatan

Sabtu, 29 Mei 2021

0 Buasir Otak TV: Sokong Palestin atau Israel?

Bila ada orang tak sokong negara Palestina tetapi sokong negara Israel hanya kerana mereka ada senjata hebat dan canggih. Jom tonton animasi ini.


Sabtu, 15 Mei 2021

0 Buasir Otak TV: Punca konflik Palestin dan Israel

Punca konflik Palestin dan Israel dipaparkan secara ringkas dalam bentuk animasi untuk memudahkan masyarakat terutama budak-budak memahami kenapa Israel menyerang Palestin. Ia semua disebabkan orang Israel mahu merampas rumah dan tanah orang Palestin. Jom tonton animasi ini.


Khamis, 5 Julai 2018

8 Bayi meninggal di rumah pengasuh salah siapa?

Negara kita dikejutkan dengan sebuah peristiwa tragis yang menimpa sepasang suami isteri apabila anaknya, Adam Rayqal yang berusia lima bulan yang pada awalnya dikhabarkan hilang oleh pengasuhnya di Batu Caves kerana dilarikan individu yang tidak dikenali, akhirnya ditemui telah meninggal di rumah pengasuhnya di mana mayat bayi tersebut disimpan di dalam peti ais di bahagian sejuk beku lengkap dengan pakaian dibalut dengan kain lampin serta disumbat dalam beg berwarna hijau.


Sabtu, 3 Februari 2018

9 Penderaan fizikal dan emosi berakhir tragedi

Mangsa yang mati dipercayai didera, Nur Aina Nabihah Mohammad,9, pada malam kejadian telah diperlakukan dengan sangat kejam oleh suspek kes iaitu bapa kandungnya.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, berdasarkan pengakuan awal suspek, pada malam kejadian, dia telah memukul anaknya dengan tali pinggang yang biasa digunakan oleh tentera, menendang anaknya dan memijak perutnya hingga terkencing.

"Suspek juga membuat pengakuan awal pernah memukul si mati menggunakan sebuah bangku plastik kecil.

"Pengakuan awal ini berdasarkan siasatan polis ketika membawa suspek ke lokasi kejadian iaitu dirumah kediaman suspek di Taman Vista Jaya, Lukut tengahari tadi," katanya.




Selasa, 23 Jun 2015

9 Kisah seorang pekerja Islam yang dikambing hitam

Nik Raina Nik Abdul Aziz, seorang pengurus stor telah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah 3 tahun dahulu telah didakwa terhadap pertuduhan menyebar buku 'Allah, Kebebasan dan Cinta' terjemahan buku yang bertajuk 'Allah, Liberty and Love' karya penulis kontroversi, Irshad Manji yang bertentangan dengan hukum syarak di kedai buku Borders di The Gardens Mall, Mid Valley.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kedai buku Borders, milik Berjaya Books Sdn Bhd, Lot T-216B, Tingkat 3, The Gardens Mall, Mid Valley City, lebih kurang 8.41 hingga 9.45 malam, 23 Mei 2012 mengikut Seksyen 13(1) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.



Rabu, 20 Mei 2015

12 Jangan buat anak jika hanya untuk untuk dizalimi

Kepada lelaki perempuan bangang di luar sana yang masih belum berkahwin, geng2 bohsia, mat2 minah2 rempit, ni abang nak pesan. Bila bercinta tu, aku faham nafsu korang memang membuak2, kalau dapat la jangan la beromen berzina bagai, lagipun benda tu haram dan berdosa besar, mujur negara kita takde hukum hudud je, kalau ada dah lama korang kena sebat. Kalau boleh lah walau itu yang sepatutnya korang buat.

Tapi kalau kepala dah masuk air nak beromen sangat dah, pakai je lah kondom beli kat 7E, pancut kat luar atau makan je la pil perancang tu. Dekat sekolah korang dah belajar kan air mani tu bila masuk dalam rahim perempuan dia boleh mengandung? Sebab aku tahu korang semua ni memang bodoh, buat anak tu pandai tapi tak reti nak jaga. Kalau tak buang bayi kat tong sampah, korang pergi campak bayi dari rumah flat, tangki pam jamban, dan yang paling bangsat sekali kerat anak korang tu lepas tu buang kat dalam lubang tandas.



Ahad, 23 November 2014

28 Bayi luar nikah, di manakah imej kita?

Masalah anak luar nikah di Malaysia seperti tiada penghujungnya. Baru-baru ini negara kita digemparkan dengan berita seorang remaja wanita mencampakkan anak yang baru dilahirkan dari tingkat 3 rumahnya kerana tidak mahu menanggung malu disebabkan kelahiran bayi itu. Ditambah lagi dengan berita terbaru di Shah Alam seorang bayi lelaki telah ditinggalkan di hadapan surau taman Platinum, menunjukkan bahawa kancah kelahiran anak luar nikah di negara kita kian meruncing.



Jumaat, 20 Jun 2014

25 Di mana hilangnya pembela agama dan bani melayu?

Hari ini genap seminggu beberapa rumah2 penduduk Kampung Chubadak Tambahan yang rata2nya orang adalah orang Melayu dirobohkan lagi oleh DBKL demi memberi laluan untuk pembangunan kepada DBKL, Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan pemaju Sentul Murni Sdn Bhd. Aku masih terfikir apakah nasib mereka hari ini setelah seminggu mereka kehilangan tempat tinggal. Sejarah mengenai Kampung Chubadak ini boleh di baca di wiki ini.



Selasa, 17 Jun 2014

25 Disebalik Sebuah Facebook Status

16 Jun, 9:23 am.

Perasaan Deraman berbaur marah dan sedih. Anak lelakinya,Faizul terlantar di katil wad kecemasan sejak dari malam tadi. Dunia patut tahu apa yang terjadi kepada anaknya.

Deraman mengambil gambar anaknya yang sedang koma itu. Beberapa gambar diambil bagi mendapatkan gambar yang terbaik untuk menunjukkan keadaan anaknya itu. Setelah berpuas hati, dia membuka aplikasi Facebook di telefon pintarnya.


Khamis, 22 Mei 2014

32 Sudahlah sedih, warga Internet tambah lagi derita

Baru2 ni naik nama seorang lelaki dewasa yang bernama Fuad Charming kerana telah memuatnaik gambarnya menangis serta kata2 yang menggambarkan kesedihan yang teramat sangat di Facebook miliknya kerana cuba melupakan diri seseorang yang telah mempunyai banyak kenangan sewaktu bersama suatu ketika dulu. Ada yang memberi sokongan dan kata2 perangsang kepada beliau agar tabah, namun lebih ramai yang mengutuk, membahan dan membuat lawak jenaka terhadap beliau.



Ahad, 10 November 2013

14 Pembunuh bersenjata api mungkin berdekatan kita

Akhirnya suspek yang merupakan pengawal keselamatan lahanat yang telah membunuh pegawai Ambank dengan kejamnya menggunakan pump gun telah pun diberkas dan ditangkap di Kota Tinggi, Johor.


Ahad, 3 November 2013

18 Ibu perlu berhenti kerja untuk jaga anak sendiri

Dengan lambakan kes jenayah dan kebanjiran warga asing menyebabkan kita terpaksa hidup dalam ketakutan dan syak wasangka. Kes penderaan kanak2 juga bukan perkara baru dalam masyarakat kita hari ini, terutama yang berlaku di pusat penjagaan kanak2 serta melibatkan pembantu rumah sendiri. Baru2 ini
timbul pula isu penderaan kanak2 di Pusat Asuhan Taman Melati yang telah dirakam oleh seorang bapa kanak2 ini yang bertindak memasang kamera tersembunyi di beg sekolah anaknya.


Ahad, 25 Ogos 2013

41 Siapakah pembunuh sebenar Altantuya Shaariibuu?

Dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) polis iaitu Koperal Sirul Azhar Omar dan Cif Inspektor Azilah Hadri yang disabitkan kesalahan membunuh seorang wanita Monggolia dengan diletupkan mengguna bom C4, Altantuya Shaariibuu, tujuh tahun lalu akhirnya dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan. Dengan ini, mengikut keputusan mahkamah kedua2nya tertuduh tidak bersalah, Azilah meninggalkan penjara Kajang, Sirul pula meninggalkan penjara Tapah setelah 7 tahun dipenjara, dan pembunuh sebenar Altantuya terus menjadi misteri selama2nya.



Sabtu, 20 Julai 2013

24 Bunuh suami lebih mudah daripada bercerai

Anda seorang isteri dan ibu kepada 2 orang anak, mempunyai seorang suami yang baik, namun anda tidak cintakan dia dan mencintai lelaki lain. Anda mahu berpisah dengan suami anda tapi tidak sampai hati melukakan hati suami dan anak2 dengan mintak cerai dan juga tak mahu keluarga dan masyarakat pandang serong. So apakah penyelesaian kepada masalah ini? Upah pembunuh upahan untuk bunuh suami anda.