Memaparkan catatan dengan label Zalim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zalim. Papar semua catatan

Sabtu, 29 Mei 2021

0 Buasir Otak TV: Sokong Palestin atau Israel?

Bila ada orang tak sokong negara Palestina tetapi sokong negara Israel hanya kerana mereka ada senjata hebat dan canggih. Jom tonton animasi ini.


Sabtu, 15 Mei 2021

0 Buasir Otak TV: Punca konflik Palestin dan Israel

Punca konflik Palestin dan Israel dipaparkan secara ringkas dalam bentuk animasi untuk memudahkan masyarakat terutama budak-budak memahami kenapa Israel menyerang Palestin. Ia semua disebabkan orang Israel mahu merampas rumah dan tanah orang Palestin. Jom tonton animasi ini.


Khamis, 5 Julai 2018

8 Bayi meninggal di rumah pengasuh salah siapa?

Negara kita dikejutkan dengan sebuah peristiwa tragis yang menimpa sepasang suami isteri apabila anaknya, Adam Rayqal yang berusia lima bulan yang pada awalnya dikhabarkan hilang oleh pengasuhnya di Batu Caves kerana dilarikan individu yang tidak dikenali, akhirnya ditemui telah meninggal di rumah pengasuhnya di mana mayat bayi tersebut disimpan di dalam peti ais di bahagian sejuk beku lengkap dengan pakaian dibalut dengan kain lampin serta disumbat dalam beg berwarna hijau.


Khamis, 8 Oktober 2015

6 Taktik Baru MLM Part 1 - Keikhlasan dan Rendah Diri

Aku baru je bergaduh dengan sahabat baik aku yang aku dah kenal selama lebih kurang 20 tahun. Punca?

MLM.

Dan dalam dua posting yang akan aku tulis akan mendedahkan bagaimana cara baru cilaka-cilaka MLM Headhunters ni menggunakan taktik baru untuk menjerat rakyat marhaen macam kau dan aku untuk masuk ke jerat MLM , money game, business partner atau whatchamacallit BULLSHIT.


Sabtu, 22 Ogos 2015

10 Apabila manusia itu lebih hina daripada binatang

Kenapa haiwan itu lebih mulia daripada sesetengah manusia? Kerana walaupun mereka tidak berakal, tapi mereka ada emosi dan sifat kebinatangaan, mereka tidak menganiaya dan menzalimi haiwan lain dan menyayangi keluarga mereka, berbeza dengan sesetengah manusia, walaupun sudah ada akal, tapi langsung tiada emosi simpati dan empati serta sifat kemanusiaan sehingga sanggup menganiaya dan menzalimi haiwan malah sesama manusia termasuk keluarga sendiri.

Beruk dibaling mercun, kucing dibaling dari tingkat 9, anjing dibaling batu, anak sendiri dibuang, didera dan dizalimi, apa nak jadi dengan manusia hari ini?  Apa masalah manusia2 bangang seperti ini? Aku harap spesis orang macam ini tidak lagi membiak kerana mereka hanya akan membuatkan bumi ini bukan tempat yang selamat untuk didiami kehidupan.



Rabu, 15 Julai 2015

13 Penjaga parking haram yang menindas kaum sendiri

Tadi aku pergi satu Uptown kat area KL. Baru je sampai, dah dapat satu parking baik. Dekat sangat dengan gerai-gerai. Masa ni dah happy sebab jarang dapat peluang parking mudah macam ni.

Tapi aku keluar je kereta, datang sorang mamat ni jumpa aku.

"Bang, RM5."

"Dah kenapa?" Aku tanya.

"Kalau parking sini kena bayar bang. RM5."

3 tahun aku lepak kat sini, dah dekat beratus kali aku datang, ini first time orang mintak bayar parking.



Rabu, 20 Mei 2015

12 Jangan buat anak jika hanya untuk untuk dizalimi

Kepada lelaki perempuan bangang di luar sana yang masih belum berkahwin, geng2 bohsia, mat2 minah2 rempit, ni abang nak pesan. Bila bercinta tu, aku faham nafsu korang memang membuak2, kalau dapat la jangan la beromen berzina bagai, lagipun benda tu haram dan berdosa besar, mujur negara kita takde hukum hudud je, kalau ada dah lama korang kena sebat. Kalau boleh lah walau itu yang sepatutnya korang buat.

Tapi kalau kepala dah masuk air nak beromen sangat dah, pakai je lah kondom beli kat 7E, pancut kat luar atau makan je la pil perancang tu. Dekat sekolah korang dah belajar kan air mani tu bila masuk dalam rahim perempuan dia boleh mengandung? Sebab aku tahu korang semua ni memang bodoh, buat anak tu pandai tapi tak reti nak jaga. Kalau tak buang bayi kat tong sampah, korang pergi campak bayi dari rumah flat, tangki pam jamban, dan yang paling bangsat sekali kerat anak korang tu lepas tu buang kat dalam lubang tandas.