Iklan Leaderboard

Khamis, 5 Julai 2018

8 Bayi meninggal di rumah pengasuh salah siapa?

Negara kita dikejutkan dengan sebuah peristiwa tragis yang menimpa sepasang suami isteri apabila anaknya, Adam Rayqal yang berusia lima bulan yang pada awalnya dikhabarkan hilang oleh pengasuhnya di Batu Caves kerana dilarikan individu yang tidak dikenali, akhirnya ditemui telah meninggal di rumah pengasuhnya di mana mayat bayi tersebut disimpan di dalam peti ais di bahagian sejuk beku lengkap dengan pakaian dibalut dengan kain lampin serta disumbat dalam beg berwarna hijau.

Sumber gambar Kosmo!.

Terdahulu tular di laman sosial mengenai kehilangan bayi yang dilapor dilarikan individu tidak dikenali dari rumah pengasuhnya.

Baca kronologi penuh kes tersebut di sini - Kronologi Kematian Bayi 6 Bulan, Si Comel Adam Rayqal.

Antara rentetan dari kes ini:

1. Tahap pertimbangan pengasuh meragukan

Pihak polis telah menjalankan siasatan dan pengasuh tersebut telah pun ditahan reman. Ada yang mengatakan bayi tersebut telah meninggal terlebih dahulu kemungkinan akibat tersedak susu, namun menerusi laporan bedah siasat yang diterima daripada Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), bayi berkenaan didapati mengalami kesan retak pada tempurung kepala sebelah kiri, menimbulkan kemungkinan bayi tersebut didera atau pun terjatuh.

Terdapat netizen yang mendakwa pengasuh tersebut pernah memukul dan memaki anak angkatnya yang juga merupakan seorang OKU penglihatan di depan orang ramai. Malah dikatakan pada hari bayi tersebut meninggal, dia masih lagi mencari anak baru untuk diasuh.

Apa yang aku cakap, ada kemungkinan pengasuh itu ada masalah kesihatan mental, mungkin bukan gila tetapi simptom penyakit mental lain seperti kemurungan, kecelaruan, skizofrenia dan sebagainya, kerana melihat dari tindak tanduknya sahaja tidak seperti manusia normal dan di luar norma kemanusiaan.

Orang yang boleh berfikir secara waras bila berhadapan dengan keadaan seperti itu mungkin akan terus menghubungi ibu bapa, menelefon ambulans atau membawa bayi tersebut ke hospital, meminta bantuan kepada jiran, melaporkan kejadian kepada polis dan sebagainya.

Namun apa yang dia lakukan seolah-olah macam tak boleh fikir dengan betul, tak boleh membuat pertimbangan keputusan dengan baik. Bayi dah meninggal, dia tak tahu nak buat apa, terus simpan bayi dalam peti ais, telefon ibu tipu cakap suami dah ambil, lepas tu mengiklankan perkhidmatan anak untuk diasuh lagi di Facebook. Serius pelik gila.

2. Budaya menyalahkan mangsa

Ada segelintir netizen mempunyai respon yang sangat toksik dalam isu ini apabila menghentam, mengecam dan menyalahkan ibu bapa bayi tersebut kerana menghantar anaknya kepada pengasuh hanya kerana sebelum ini pernah terdapat kes pengasuh dera bayi atau bayi meninggal di rumah pengasuh akibat kecuaian, malah menyuruh orang agar jaga sendiri anak dan tak payah hantar ke pengasuh.


Orang tengah sedih, baru kehilangan orang tersayang, bagi la sokongan moral. Kalau tak nak bagi sokongan moral, mereka tak perlukan kecaman dan teguran kau pun. Benda dah pun berlaku, macamlah kecaman kau tu boleh menghidupkan balik anak mereka.

Lagipun sepatutnya yang harus dipersalahkan adalah pengasuh tersebut kerana tidak menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan betul, bukan ibu bapa bayi tersebut. Aku rasa cukup-cukuplah budaya menyalahkan mangsa atau victim blaming ni.

Kalau anak kena buli sampai mati di asrama, ia adalah salah pembuli, bukan salah mak bapak yang menghantar anak ke sekolah asrama. Takkan orang kena henti hantar anak ke sekolah asrama pulak?

Kalau penunggang motosikal kena langgar kereta yang langgar lampu isyarat, yang salah adalah pemandu kereta tu, bukan salah orang tu sebab bawak motosikal. Takkan orang kena henti tunggang motor dan henti guna jalanraya pulak?

Kalua kau makan tiba-tiba kena keracunan makanan, ia adalah salah orang yang sediakan makanan, bukan salah kau atau makanan. Takkan sebab tu kau kena berhenti makan?

3. Wanita bekerjaya turut dipersalah

Rentetan dari kes ini juga, ada orang yang mula mempertikaikan kewajaran orang perempuan terutama golongan ibu untuk pergi bekerja. Bagi mereka biar orang lelaki sahaja yang keluar pergi kerja, orang perempuan sepatutnya tidak bekerja, hanya duduk rumah jaga anak.


Kadang-kadang orang perempuan keluar bekerja bukan sebab nak cari duit atau bantu pendapatan keluarga pun, sebaliknya atas keinginan bekerjaya dan juga keperluan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat. 

Apa, takkan orang perempuan tak boleh ada impian dan cita-cita untuk menjadi seorang doktor, cikgu, ahli perniagaan, jurutera dan sebagainya?

Dah tu kalau perempuan tak boleh bekerja, nanti kau komplen kenapa doktor lelaki sambut kelahiran isteri kau bersalin. Yelah siapa nak jadi doktor untuk orang perempuan? Siapa nak jadi bidan? Siapa nak jadi jururawat jaga pesakit perempuan? Siapa nak jadi cikgu jaga murid perempuan? Siapa nak jadi penjual barang-barang wanita? Siapa nak jaga kaunter yang memerlukan dia pegang tangan pelanggan untuk ambil cap jari? Siapa nak jadi mak andam tukang solek muka pengantin?

Lepas tu kau ingat kalau nak harap orang lelaki sahaja cukup ke nak tampung keperluan pekerjaan dan perniagaan dalam dunia ni? Ingat ramai ke lelaki nak jadi jururawat? Ingat ramai ke lelaki nak jadi jurusolek? Ingat ramai ke lelaki nak jadi cikgu? Ingat ramai ke lelaki yang dapat keputusan peperiksaan cemerlang sehingga melayakkannya mereka jadi doktor?

4. Kebodohan itu suatu penyakit

Malah ada juga yang begitu bodoh dan langsung tiada empati apabila mengeluarkan kenyataan dan status media sosial yang sangat tidak sensitif dan mengganggu emosi bukan sahaja kepada ibu bapa bayi tersebut malah orang ramai.


Aku tahu ada orang memang tak suka budak-budak sebab perangai budak-budak ni nakal, buas dan susah dikawal, tapi kau agak-agak la budak tu bayi umur 5 6 bulan. Kau rasa-rasalah bayi tu boleh bersikap buas ke macam kanak-kanak 5 6 tahun? Malah kalau kanak-kanak bersikap buas pun, kau tak boleh untuk henyak mereka pun, dan mereka tak layak untuk mati pun.

Kau dulu tak pernah bayi ke? Kau tak pernah jadi budak-budak ke? Kau rasa waktu kau kecik dulu waktu kau nakal nak mampus tu, kau memang wajar untuk didera atau layak dibunuh ke? Tulis tu guna akal sikit, bukan guna kebodohan. Pengasuh tu sakit otak, kau tu pun tak rasa ada sakit otak jugak ke?

5. Risiko tidak kenal cara, tempat dan orang

Kes ini turut membuka mata banyak pihak termasuk Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dengan menyatakan aspek pelesenan dan pendaftaran terhadap pusat asuhan kanak-kanak dan pengasuh yang menerima upah menjaga kanak-kanak di kediaman sendiri di Selangor perlu dikaji semula demi keselamatan anak-anak bawah jagaan mereka.

Biasanya ibu bapa bekerjaya yang mempunyai anak kecil ada 3 pilihan:
  • Menghantar anak ke rumah pengasuh persendirian. Biasanya tidak berdaftar dan tidak mempunyai lesen perniagaan. Pengasuh adalah jiran-jiran, kenalan atau ahli keluarga yang duduk berdekatan dengan rumah atau tempat kerja. Pengasuh biasanya tiada latihan dan kursus formal dalam penjagaan bayi dan kanak-kanak sebaliknya hanya berdasarkan pengalaman. Bayaran upah rendah.
  • Menghantar anak ke pusat asuhan atau taska. Biasanya berdaftar dan mempunyai lesen menjalankan perniagaan taska yang sah. Lokasi berdekatan dengan rumah dan tempat kerja. Pengasuh biasanya mempunyai latihan dan kursus formal. Bayaran yuran lebih tinggi dari pengasuh persendirian.
  • Mengambil orang gaji untuk mengasuh anak di rumah. Biasanya orang gaji adalah dari  Indonesia yang diambil kerja secara sah melalui agen berdaftar. Orang gaji biasanya tiada latihan formal dalam penjagaan bayi sebaliknya hanya dari pengalaman sahaja. Bayaran gaji lebih tinggi kerana tugas orang gaji bukan sekadar mengasuh anak, malah mempunyai kos tambahan lain seperti sara makan minum dan tempat tinggal. Berbaloi ambil orang gaji jika mempunyai ramai anak kecil, di mana kos keseluruhan untuk hantar ke rumah pengasuh atau taska lebih tinggi dari ambil orang gaji.

Cuma apabila melibatkan suatu kemalangan, kecuaian, kekejaman atau kezaliman, ia boleh berlaku di mana-mana sahaja tak kira la di rumah pengasuh ke, pusat asuhan ke, taska ke, rumah sendiri ke, orang gaji ke, ibu bapa sendiri ke, berdaftar tak berdaftar ke, risiko untuk berlaku itu tetap ada.

Pusat asuhan yang berdaftar pun, kalau pengasuh dia cuai, boleh berlaku juga kes bayi mati akibat tersedak susu.

Sekolah asrama yang di bawah seliaan kerajaan pun, kalau ada pembuli yang jahat, boleh berlaku juga kes kematian.

Upah orang gaji pun secara sah pun, kalau dia berhati jahat, berlaku juga kes dera. Jangan kata dera, culik, bunuh, curi harta majikan, lari dengan teman lelaki, semua ada.

Ibu bapa yang jaga anak sendiri pun, kalau cuai tertumpahkan air panas pada anak, tertinggal anak dalam kereta hingga lemas, membiarkan anak kecil mandi sendiri dalam besen air sampai lemas, tetap akan berlaku.

Akhirnya, ia semua berkaitan dengan takdir, qada' dan qadar. Tak perlu tuding jari pada mangsa, tempat, cara atau sesuatu keadaan dan situasi. Hukum sahaja orang yang bersalah. Untuk masyarakat pula, mangsa yang terlibat tidak perlukan kecaman anda. Sebaliknya doakanlah yang baik-baik buat mangsa, berilah dorongan dan sokongan moral terhadap mereka, serta ambillah iktibar dan pengajaran dari semua kejadian ini.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: kematian bayi adam rayqal rumah pengasuh dalam peti ais sejuk beku batu caves facebook ibu bapa zalim kejam

8 ulasan:

  1. Balasan
    1. Bisjut kepala bapak ko. Bangsat

      Padam
  2. Balasan
    1. Royi kepala bapak ko. Lahanat

      Padam
  3. sedih.. dah anak meninggal.. org kata macam2.. semoga diberi kekuatan kepada kedua ibu bapa adam..

    Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    Entry terkini :
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/hindari-sifat-malas.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/5-julai-2018-bday-furqan.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/mood-blogwalking.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/nasi-lemak-isteri-tercinta.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/ranking-alexa-5-jul-2018.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/giveaway-nak-hadiah-jawab-dulu-by.html

    BalasPadam
  4. Mungkin yg komen mcm sial masih belum ada anak. Tunggu dia beranak then bg dia baca blk apa yg dia tulis. Org mcm ni xpyh di lyn. Fucking Attention seeker.

    BalasPadam
  5. trbaik ayt min .. semoga admin jugk dilundungi oleh allah setiasa ... truskan.. trbaik ar deep giler

    BalasPadam
  6. Lama dah tak komen sini.. sampai password blog sendiri pun lupa dah. huhuhu.. betul2 padu ni noob.. thumbs up!

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...