Isnin, 9 Julai 2018

6 Budaya sendiri buat tahi orang lain terpaksa cuci

Tular di media sosial, video Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat kejutan sebaik tamat perlawanan akhir Piala FA antara Selangor dan Pahang di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam Sabtu yang lepas di mana beliau kelihatan membawa plastik hitam besar mengutip sampah yang ditinggalkan penyokong di tempat duduk seperti bekas minuman dan tisu, mengambil inspirasi daripada penyokong Jepun yang seringkali dilihat mengutip sampah sejurus perlawanan bola tamat di stadium.



Ramai yang puji tindakan beliau yang dilihat dapat dijadikan contoh dan ikutan kepada rakyat Malaysia yang lain, namun ramai juga yang mengecam kerana dikatakan hanya sekadar wayang dan gimik untuk meraih publisiti murahan.

Bagi aku, yang nak kutip sampah kat stadium tu ok lah, ikhlas ke berlakon tak kisah, sekurang-kurangnya dapat lah jugak buat contoh kepada orang lain untuk turut ikut kutip sampah.

Cuma masalahnya utamanya...

Siapa lah yang bangang sangat buat sampah, campak plastik bawah kerusi, tinggal botol air atas kerusi? Ini silap-silap jenis lepas berak dalam jamban pun tak flush dengan harapan orang lain boleh boleh flushkan.

Sampai bila nak mengharap orang lain bersihkan sisa dan cucikan taik yang kita sendiri buat?

Kalau sampah sendiri pun tak reti nak urus, setakat botol air kosong pun tak mampu nak usung ke tong sampah, kau rasa macam mana?

Ya, selain nak pupuk budaya pembersih dengan mengutip sampah yang ditinggalkan merata, aku harap mentaliti tidak meninggalkan sampah sendiri merata-rata juga dapat dipupuk dan dijadikan budaya.

Kalau semua orang tahu uruskan sampah sendiri, tak perlu dah orang lain tolong kutipkan sampah kau.

Serius, aku cukup jelek dengan sikap ignorance dan pentingkan diri yang suka tinggalkan najis untuk dicuci orang lain, bukan sekadar di stadium malah di mana-mana pun.

Kau makan dalam kereta, kau buang plastik ke luar. Jalan kotor takpe, janji kereta kau bersih.

Kau makan chewing gum, kau ludah je kat jalan. Orang lain terpijak takpe, janji kau dah buang.

Kau hisap rokok, kau campak je puntung rokok ke bawah. Tempat tu kotor takpe, janji tak perlu jalan jauh-jauh cari tempat buang puntung rokok.

Kau dah siap makan, kau tinggal je pinggan dalam sinki dengan harapan mak bapak atau bini kau basuhkan. Orang lain penat takpe, janji kau tak payah buat kerja rumah.

Kau nak menyapu daun kering kat halaman rumah, kau tolak daun-daun kering tu ke halaman rumah jiran kau. Rumah jiran kotor takpe, janji rumah kau bersih.

Kau malas nak turun blok buang sampah, kau campak je sampah kau dari tingkat 5. Kena kepala orang ke lantak, janji sampah tu bukan masalah kau lagi.

Kau timbulkan masalah kat tempat kerja, kau lepas tangan lepas tu suruh orang lain selesaikan. Masalah tak selesai takpe, janji kau dapat lari dari tanggungjawab.

Kau nak berbuka puasa tepi jalan, kau tinggal je plastik, bekas makanan dan minuman kau kat tepi jalan. Bukan setakat tu, dengan pampers yang penuh tahi anak kau pun kau tinggal sama tepi jalan. Tak kisahlah jalan tu kotor, janji kereta kau tak jijik.

Ingat ini? 
masa orang nak balik kampung sebelum hari raya hari tu.

Ya, mentaliti kelas pertama itu bukan apabila ramai rakyat sudah mula mengutip sampah, tetapi apabila ramai rakyatnya tidak lagi membuat sampah.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: syed saddiq kutip sampah stadium penyokong jepun lepas perlawanan bola sepak kecam puji netizen

6 ulasan:

  1. mentality babi melayu. arap2 aku tak terikut perangai babi2 ni...x kisah la gimik ke ap syed saddiq buat tapi kalau cara tu mudah orang penjaga stadium lagi bagus.. hati diorang senang... pastu bila orang kerja2 bersih dipandang hina pulak xde class gaji xmasyuk .... mahu ku terajang badigol haramjadah ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seriously..???? Wtf..japan worldcup..🐷

      Padam
  2. Balasan
    1. Bisjut kepala bapak ko. Bangsat hanat

      Padam
  3. orang kita patut tukar dah mentaliti sampah ni sebenarnya.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.