Memaparkan catatan dengan label Haiwan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Haiwan. Papar semua catatan

Isnin, 15 Jun 2020

0 Buasir Otak TV: Si Comot menemui bahagia

Mengisahkan tentang seorang budak lelaki yang sering melawan nasihat ibunya dan asyik keluar pergi ke cyber cafe untuk bermain game dengan kawan-kawannya, sehinggalah dia terjumpa dengan seekor kucing terbiar membuatkan sikapnya berubah. Jom tonton animasi ini.



Selasa, 11 April 2017

6 Fitrah haiwan tidak sama dengan fitrah manusia

FITRAH MAKHLUK

Fitrah...

Fitrah itu naluri
Fitrah itu sifat
Fitrah itu ciri-ciri
Fitrah itu peribadi
Fitrah itu keinginan
Fitrah itu semulajadi



Rabu, 9 November 2016

10 Suami berlawan demi cinta isteri berakhir kecewa

Bagi seorang suami atau isteri, tiada yang lebih mengecewakan apabila mereka balik ke rumah setelah pulang dari tempat kerja dengan membawa rezeki untuk keluarga, hanya untuk mendapati teman hidupnya curang bersama lelaki/perempuan lain di rumah mereka sendiri.

Inilah sebuah kisah sebenar yang sempat dirakam sehingga menyebabkan sang suami bergaduh teruk dengan kekasih isterinya sehingga berdarah dan cedera teruk, namun sang isteri tetap memilih kekasih gelapnya sehingga sang suami terpaksa berlalu pergi dengan perasaan yang sangat hampa dan kecewa.


Isnin, 9 November 2015

23 Jika mahu ada tanggungjawab, jagalah betul-betul

Pagi semalam tak tau macam mana kucing jiran boleh masuk rumah dan berak atas carpet rumah aku. Memang rasa marah dan geram yang teramat sangat, tapi memandangkan kucing tu takde akal, aku cuma keluarkan saja kucing tu, cuci taik dia dan hantar carpet ke kedai dobi (melayang $$$).

Disebabkan benda2 macam ni lah aku tak bela kucing. Bukan sebab aku tak suka kucing atau tak suka bela kucing, tapi disebabkan aku tahu aku bukan seorang pembela kucing yang baik, maka jika aku bela juga mungkin akan mendatangkan kemudaratan kepada kucing atau menyakitkan hati jiran lain atas kecuaian dan kegagalan aku.



Jumaat, 16 Oktober 2015

18 Abu Hurairah : Penilaian Semula Kepada Pecinta Kucing



Abu Hurairah adalah perawi hadis yang terkenal dan banyak hadis sahih diriwayatkan oleh beliau semasa dalam hidupnya. Gelaran Abu Hurairah yakni Bapa Kucing adalah gelaran yang diberikan Rasullullah S.A.W kepada beliau kerana kasihnya kepada kucing dan tingginya ilmu beliau dalam ilmu hadis.

Biografi Ringkas Abu Hurairah 

*Mesti ada orang kata aku macam-macam nanti sebab quote dari Bible, kan?


Sabtu, 22 Ogos 2015

10 Apabila manusia itu lebih hina daripada binatang

Kenapa haiwan itu lebih mulia daripada sesetengah manusia? Kerana walaupun mereka tidak berakal, tapi mereka ada emosi dan sifat kebinatangaan, mereka tidak menganiaya dan menzalimi haiwan lain dan menyayangi keluarga mereka, berbeza dengan sesetengah manusia, walaupun sudah ada akal, tapi langsung tiada emosi simpati dan empati serta sifat kemanusiaan sehingga sanggup menganiaya dan menzalimi haiwan malah sesama manusia termasuk keluarga sendiri.

Beruk dibaling mercun, kucing dibaling dari tingkat 9, anjing dibaling batu, anak sendiri dibuang, didera dan dizalimi, apa nak jadi dengan manusia hari ini?  Apa masalah manusia2 bangang seperti ini? Aku harap spesis orang macam ini tidak lagi membiak kerana mereka hanya akan membuatkan bumi ini bukan tempat yang selamat untuk didiami kehidupan.



Selasa, 26 Mei 2015

14 Kucing pun kena makan makanan halal dan toyyibah

Dalam Islam halal bukan sekadar merujuk kepada makanan dan minuman, namun membabitkan konteks lebih luas ia merangkumi apa juga yang kita lakukan setiap hari termasuk yang membabitkan hobi.

Hobi memelihara kucing di kalangan orang Islam misalnya juga termaktub dalam hal-hal yang berkaitan dengan halal. Makanan yang diberikan kepada haiwan terbabit terutamanya tidak boleh sembarangan.