Memaparkan catatan dengan label Curang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Curang. Papar semua catatan

Khamis, 12 Januari 2017

8 Jodohmu itu adalah cerminan dirimu sendiri

Jodohmu itu adalah cerminan dirimu sendiri.
Suami adalah cermin kepada isteri dan isteri adalah cermin kepada suami.
Setiap kali kita menatap wajah pasangan, ia akan memantulkan bayangan diri kita.
Setiap kali kita merenung ke wajahnya, kita akan dapat lihat wajah kita di dalamnya.
Wajah kita terpancar di wajahnya kerana rasa cinta, kasih, percaya dan setia.

Namun apakah yang akan terjadi apabila kita tidak lagi dapat melihat bayangan diri kita di wajah pasangan, sebaliknya terlihat bayangan orang lain di wajahnya?

Oleh itu usahlah mengkhianati kepercayaan dan kesetiaan mereka, kerana sekali pantulan wajahnya hilang dari wajah kita, amat sukar untuk ia muncul kembali, dan amatlah sukar untuknya membuang bayangan orang lain di wajah kita.

Baca sebuah komik dari buku kami yang terkini iaitu Buasir Otak: The Komik (AWAKENING) bertajuk Refleksi karya oleh Pyromania.


Rabu, 9 November 2016

10 Suami berlawan demi cinta isteri berakhir kecewa

Bagi seorang suami atau isteri, tiada yang lebih mengecewakan apabila mereka balik ke rumah setelah pulang dari tempat kerja dengan membawa rezeki untuk keluarga, hanya untuk mendapati teman hidupnya curang bersama lelaki/perempuan lain di rumah mereka sendiri.

Inilah sebuah kisah sebenar yang sempat dirakam sehingga menyebabkan sang suami bergaduh teruk dengan kekasih isterinya sehingga berdarah dan cedera teruk, namun sang isteri tetap memilih kekasih gelapnya sehingga sang suami terpaksa berlalu pergi dengan perasaan yang sangat hampa dan kecewa.


Ahad, 11 Oktober 2015

21 Isteri baik dicerai suami kerana perempuan lain

Ada seorang staf perempuan kat ofis aku, anak dah 3 orang, kecik2 lagi, paling tua 6 tahun, paling kecik setahun lebih. Kalau dilihat dari perwatakannya di ofis memang seorang yang sangat baik, rajin, jaga pemakaian, pertuturan, tingkahlaku, rupa pun boleh tahan takde la hodoh mana.

Baru2 ni dia kena cerai dengan suami dia kerana lelaki dia sudah ada perempuan lain. Aku tanya kat dia daripada bercerai kenapa tak bermadu je. Dia cakap dia sendiri dah beritahu suami dia yang dia tak kisah bermadu, lagipun dia masih sayang kat laki dia, cuma laki dia memang nak ceraikan dia jugak sebab laki dia dah takde perasaan cinta dan sayang kat dia, malah dia sendiri sanggup undur diri asalkan suami dia tu dapat hidup gembira dan bahagia dengan perempuan tersebut.


Selasa, 18 November 2014

33 Pengakuan suami yang curang berzina dengan janda

PAGI ini, emel saya diketuk seorang pembaca yang meminta namanya dirahsiakan untuk berkongsi kisah rumah tangga. Kisah ini wajar dijadikan pedoman buat para isteri yang merasa cukup bahagia dengan layanan romantis suami. Usah terlalu merasa bahagia, jika anda sendiri belum mempercukupkan diri untuk si dia. Selama ini, dia tidak menyangka sungai rumah tangganya yang beralun lembut, aman damai, tenang di permukaan telah bergolak hebat di dasarnya, tanpa sedar...



Sabtu, 30 November 2013

27 Kahwin kerana diperkosa, cerai kerana curang?

“Saya kahwinkan dia kerana dia telah diperkosa,” Itu kata ayah kepada remaja perempuan Nor Fazira Saad, 13 yang diceraikan talak tiga oleh suaminya, Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20. Ayah Nor Fazira, Saad Mustafa, 44, berkata demikian kepada akhbar The Star dalam satu laporan eksklusif ekoran kisah penceraian pasangan remaja terbabit yang tersebar luas di media.