Memaparkan catatan dengan label Yahudi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Yahudi. Papar semua catatan

Sabtu, 15 Mei 2021

0 Buasir Otak TV: Punca konflik Palestin dan Israel

Punca konflik Palestin dan Israel dipaparkan secara ringkas dalam bentuk animasi untuk memudahkan masyarakat terutama budak-budak memahami kenapa Israel menyerang Palestin. Ia semua disebabkan orang Israel mahu merampas rumah dan tanah orang Palestin. Jom tonton animasi ini.


Selasa, 9 Ogos 2016

3 Yang haram jadah itu sikap dan perangai manusia

Akhir-akhir ini ada macam-macam isu melanda negara, dari isu pasal Pokemon Go, pergaduhan bola sepak dan juga lain-lain. Ramai yang mengkritik, ramai yang mempertahan. Bagi yang tak suka tu, dihentam habis-habisan. Bagi yang fanatik tu, dipertahan berlebih-lebihan. Ramai yang bertelingkah dengan cara paling rendah  dengan mencaci nista dan memaki hamun. Adab semua habis kelaut. Tak cukup dengan itu, dikaitkan pula dengan benda-benda lain yang takde kaitan pun. Alasan paling mudah, semua itu salah Yahudi.

Benda ni sebenarnya bagi aku simple je...



Rabu, 27 Julai 2016

14 Game Pokemon Go mahu diharamkan, itu semua Yahudi!

Pokemon Go.

Game mudah alih Pokemon Go yang menggunakan teknologi augmented reality (AR) dan navigasi GPS baru dilancarkan awal bulan Julai ini di beberapa negara sehingga menjadi suatu fenomena global. Malangnya ia masih tidak dilancarkan lagi di banyak negara termasuk di Malaysia.

Namun belum lagi dilancarkan di Malaysia, kerana kepopularannya sudah ada cadangan dan saranan untuk menfatwakan game tersebut haram dimainkan oleh orang Islam walaupun kerajaan tidak menghalang jika game itu masuk ke Malaysia.



Selasa, 26 Julai 2016

10 Konsert Selena Gomez dan bani Melayu

Selena Gomez.

Konsert Selena Gomez sudah pun berakhir semalam di Stadium Malawati, Shah Alam. Macam biasa, setiap kali artis luar negara nak datang Malaysia, mesti akan ada orang buat bantahan dan protes di saat-saat akhir.

Antara alasan biasa yang diberikan adalah selebriti tersebut berpakaian seksi (bagi artis wanita), lagu dia ada lirik yang meruntuhkan akhlak dan moral, genre muzik yang dibawa terlalu keras mirip kepada pemujaan syaitan, artis tersebut pernah ada kontroversi seperti masukkan ayat Al-Quran dalam lagu atau guna tulisan arab dalam cover album dan sebagainya.



Jumaat, 27 November 2015

1 Tolak ilmu sains dan percaya keajaiban pseudosains

Aku pelik kenapa orang kita ramai yang percaya sangat pada ilmu sains agenda yahudi freemason illuminati sedangkan kita sudah ada teknologi pseudosains kita sendiri seperti sticker jimat minyak, air ajaib, tilam garam laut ajaib, stokin ajaib, gelang magnet ajaib, batu kristal ajaib dan bermacam2 lagi produk ajaib lebih2 lagi yang dijual dengan kaedah MLM?!! Gerenti mujarrooooooob!