Memaparkan catatan dengan label Haram Jadah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Haram Jadah. Papar semua catatan

Khamis, 26 Mac 2026

0 Kenapa isu binaan haram di tanah kerajaan lambat selesai

1. Pasal isu binaan haram di tanah milik individu, kita boleh faham kenapa pemilik tanah marah dan nak selesaikan dengan segera, sebab dia keluarkan duit sendiri beli tanah itu.

2. Hidup di dunia bukan lama. Asalnya beli tanah nak tunaikan impian, sekali ada binaan haram. Drag sampai 10 tahun, pemilik tanah pun meninggal dunia. Sia-sia beli tanah. Waris pula yang terpaksa sambung fight.


Selasa, 9 Ogos 2016

3 Yang haram jadah itu sikap dan perangai manusia

Akhir-akhir ini ada macam-macam isu melanda negara, dari isu pasal Pokemon Go, pergaduhan bola sepak dan juga lain-lain. Ramai yang mengkritik, ramai yang mempertahan. Bagi yang tak suka tu, dihentam habis-habisan. Bagi yang fanatik tu, dipertahan berlebih-lebihan. Ramai yang bertelingkah dengan cara paling rendah  dengan mencaci nista dan memaki hamun. Adab semua habis kelaut. Tak cukup dengan itu, dikaitkan pula dengan benda-benda lain yang takde kaitan pun. Alasan paling mudah, semua itu salah Yahudi.

Benda ni sebenarnya bagi aku simple je...



Rabu, 27 Julai 2016

14 Game Pokemon Go mahu diharamkan, itu semua Yahudi!

Pokemon Go.

Game mudah alih Pokemon Go yang menggunakan teknologi augmented reality (AR) dan navigasi GPS baru dilancarkan awal bulan Julai ini di beberapa negara sehingga menjadi suatu fenomena global. Malangnya ia masih tidak dilancarkan lagi di banyak negara termasuk di Malaysia.

Namun belum lagi dilancarkan di Malaysia, kerana kepopularannya sudah ada cadangan dan saranan untuk menfatwakan game tersebut haram dimainkan oleh orang Islam walaupun kerajaan tidak menghalang jika game itu masuk ke Malaysia.



Khamis, 30 Jun 2016

13 Perompak digital rembat duit atas usaha orang lain

Cetak rompak.

Baru-baru ini viral di media sosial FB ada orang menjual USB Pen Drive yang mengandungi pelbagai kandungan video animasi tempatan seperti Didi & Friends, Upin Ipin, Pada Zaman Dahulu, Boboboi dan juga luar seperti Pingu, Ultraman, Tom & Jerry dan sebagainya lalu menamakan produk mereka Smart Pendrive. Smart? Really?

Dan untuk menghalalkan produk mereka, mereka turut memasukkan video zikir dan doa agar nampak lebih Islamik. Harga pula? Kena Whatsapp dulu baru tahu harga.



Selasa, 28 Jun 2016

24 Jenis housemate rumah sewa bujang yang haram jadah

Aku hidup menyewa di bandaraya KL. Pada awalnya aku menyewa sendiri sebab senang dan aku jenis yang tak mudah nak bermesra dengan orang. Aku sukakan privasi. Senang keluarga nak datang melawat bila menyewa sorang-sorang ni. Area bagus, banyak kemudahan yang disediakan. Kawasan orang berkeluarga pulak tu, jadi kes-kes sumbang tu sangat terkawal.

Tapi lama-lama sedih juga menyewa sorang-sorang ni. Tahun kedua aku terima sorang penyewa. Bukan orang lain, kawan time belajar jugak. Dah kenal orang dia macam mana. Dia pun sama macam aku, jenis yang tak sibuk hal orang. Jenis yang tak perlu nak bermesra-mesra sangat. Sewa bayar on-time. Memang bagus sangat. Tak ada yang aku tak berkenan.


Rabu, 16 Disember 2015

15 Kerja yang haram bukan sekadar ada babi dan arak

Nak cari kerja yang benar2 halal zaman sekarang memang suatu agak sukar. Kalau tak haram sepenuhnya kerana terlibat dengan unsur yang jelas haram babi, arak, judi, zina dan riba, mesti syubhah yakni ada kekeliruan antara kehalalan dan keharamannya. Ini termasuklah juga dengan menjual barang tiruan, barang cetak rompak yang mana menggunakan hasil cipta dan usaha orang lain untuk mengaut keuntungan tanpa keizinan pemilik asal.


Jumaat, 7 November 2014

42 Golongan pondan dibenarkan berpakaian perempuan

Berita baik buat golongan pondan, mak nyah, bapok dan shemale. Kini korang semua boleh teruskan jadi pondan dan pakai pakaian perempuan, kerana mahkamah kita sudah mengiktiraf hak transgender dan membenarkan anda semua berpakaian serta berkelakuan seperti wanita. Ini satu kemenangan buat kesemua bapok dan pondan2 di luar sana terutama yang beragama Islam kerana telah berjaya memartabatkan hukum manusia lebih tinggi dari hukum Tuhan. Tahinah, tahinah diucapkan kepada anda semua!



Jumaat, 3 Oktober 2014

29 Gambar orang ditambah lawak haram adalah ghibah

Hari ini ramai orang mula menyebarkan gambar "lawak haram" walaupun untuk gurauan. Ambil gambar orang kemudian tulis kata2 lawak yang orang tersebut tidak kata sekarang sudah menjadi satu trend dan budaya lebih2 terhadap pemimpin dan ahli2 politik. Trend ini ditiru dari trend Internet dari barat yang menggunakan gambar orang untuk dijadikan meme dan troll. Tapi tahukah anda yang ia sebenarnya adalah ghibah yang menjadi suatu kesalahan dari sudut agama?



Isnin, 2 Jun 2014

25 Kronologi kisah coklat yang pada mulanya ada babi

Berikut adalah kronologi mengenai kisah coklat Cadbury yang diuji mengandungi DNA babi pada mulanya yang akhirnya kini tiada pula DNA babi dan halal dimakan.



Rabu, 12 Mac 2014

53 Cari pesawat MH370 dengan bubu dan teropong buluh

Aku tak tahu nak gelak atau sedih. Orang kat sebelah2 tu ada yang dok pakat gelak bila Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP, Ibrahim Mat Zin tu dok teropong bubu mata pancing atas kepala pelancong asing tu. Katanya pesawat MH370 itu masih tergantung di ruang udara, di tengah2 antara ketiga2 lokasi terbabit iaitu Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dipastikan, katanya lah yang dikatakan dijemput oleh seorang pegawai tinggi negara bagi mencari kapal terbang MH370 yang hilang.



Jumaat, 11 Oktober 2013

35 Parti maksiat pada malam Hari Raya Haji

Sebuah kelab malam di Singapura iaitu Zouk mahu menganjurkan sebuah parti Mambo Jambo dan menghighlightkan ia akan diadakan pada malam Hari Raya Haji (Eve of Hari Raya Haji). Malangnya disebabkan suara umat Islam di sana tidak sekuat Malaysia, maka tidaklah kedengaran orang Islam kat sana marah atau buat demonstrasi membantah perkara ini. Mungkin penganjur parti ini tidak merasakan yang hari kebesaran umat Islam yang disambut oleh seluruh umat Islam diseluruh dunia adalah suatu yang perlu dihormati.