Selasa, 28 Jun 2016

24 Jenis housemate rumah sewa bujang yang haram jadah

Aku hidup menyewa di bandaraya KL. Pada awalnya aku menyewa sendiri sebab senang dan aku jenis yang tak mudah nak bermesra dengan orang. Aku sukakan privasi. Senang keluarga nak datang melawat bila menyewa sorang-sorang ni. Area bagus, banyak kemudahan yang disediakan. Kawasan orang berkeluarga pulak tu, jadi kes-kes sumbang tu sangat terkawal.

Tapi lama-lama sedih juga menyewa sorang-sorang ni. Tahun kedua aku terima sorang penyewa. Bukan orang lain, kawan time belajar jugak. Dah kenal orang dia macam mana. Dia pun sama macam aku, jenis yang tak sibuk hal orang. Jenis yang tak perlu nak bermesra-mesra sangat. Sewa bayar on-time. Memang bagus sangat. Tak ada yang aku tak berkenan.

Gambar hiasan

Sampailah housemate aku ni kahwin. Dia masih menyewa dengan aku selepas kahwin sebab suami dia kerja di negeri lain. Lebih kurang weekend wife macam tu lah. Biasalah zaman sekarang. Duk jauh-jauh. Tapi yang aku tak suka dia bawa balik suami dia kat rumah sewa kitorang. Bukannya tiap-tiap hari atau tiap-tiap hujung minggu.

Pertama kali dia bagitu aku so sempatlah aku selamatkan diri keluar dari rumah tapi lepas tu takde inform tak ada apa tiba-tiba je ada kasut lelaki kat luar rumah. Aku dah pernah tegur. Aku bagitau dia, rumah ni rumah sewa bujang. Walaupun dia dah kahwin, rumah sewa ni still rumah sewa bujang. Jangan bawa balik suami. Bukan sekali dua aku tegur. Banyak kali. Mungkin sebab aku cakap berlapik sangat, dia tak faham.

Tapi benda yang jadi baru-baru ni buat aku menyirap. Kitorang memang biasa pakat kejutkan bangun sahur pastu sahur sama-sama. So pagi tu bila aku dengar dia ketuk pintu bilik aku, aku pun keluar macam biasa. Elok aku keluar bilik, laki dia tercongok kat ruang tamu. Aku yang mengantuk ni pun terkejut besar terus lari masuk bilik balik. Nasib baik time tu aku pakai sopan gak la. Kalau aku keluar macam biasa aku keluar bilik macam mana? Malam sebelum tu sepatah mesej pun dia tak hantar bagitau laki dia datang. Aku rasa sabar aku pun dah tak ada sisa untuk dia.

Tak bawak turun sampah sampai berulat aku boleh maafkan. Campak baju kat ruang tamu aku boleh buat tak kesah. Penuhkan peti ais aku dengan makanan yang sampai expired pun ada lagi, aku boleh buat tak tahu lagi.

Tapi bila dia bawak laki dia balik, tak fikir aku yang bujang, tak fikir aurat aku, tak fikir apa yang orang sekeliling fikir kalau diorang dapat tahu. Aku rasa kecewa dan marah.

Aku sekarang memang dah plan nak pindah. Tapi kalau nak terus pindah lepas raya, aku masih ada sewa berbaki sebulan. Rumah baru yang aku tengok tu pun sangat jauh dari tempat kerja sekarang. Kalau aku nak bergaduh sekarang ni aku takut kitorang takleh bertegur sampai bila-bila. Nak-nak dia tengah pregnant takkan aku nak mengamuk macam tu. Terpaksalah makan hati sendiri untuk jaga hati orang lain.

Aku dah buntu dah nak buat macam mana. Susah bila ada housemate yang tak pandai nak menghormati hak orang lain yang nak rasa selesa di rumah sendiri.

* * * * * * * * * *

Luahan hati di atas ini dikirimkan oleh seorang pembaca blog Buasir Otak. Ya, kisah-kisah rumah bujang ni dari dulu lagi memang macam-macam, biasanya disebabkan masalah dan ragam housemate atau roommate yang haram jadah, jenis yang suka pentingkan diri dan tak fikir tentang orang rakan serumah atau sebilik yang lain.

Antara jenis-jenis rakan serumah di rumah sewa bujang yang perangai haram jadah yang biasa kita dengar:
  • Liat nak bayar sewa sampai tertunggak berbulan-bulan.
  • Banyak guna air, elektrik, internet, Astro dan lain-lain utiliti tapi tak nak bayar.
  • Pengotor, suka sepah barang, lepas makan tak cuci pinggan sendiri, sampah sendiri tak buang.
  • Pemalas, tak suka kemas barang, tinggal barang merata-rata.
  • Ambil makananan dan guna barang orang lain tanpa kebenaran buat macam harta mak bapak.
  • Selalu bawak kawan luar ramai-ramai ajak lepak dan tumpang tidur sekali.
  • Suka buat bising apatah lagi waktu malam-malam buta time orang dah nak tidur.
  • Menyebar bau masam, busuk dan hapak dalam bilik dan seluruh rumah.
  • Bawa pakwe/makwe balik rumah, lebih teruk lagi tidur sekali.
  • Selalu bawak balik suami/isteri bagi yang dah kahwin. Seriously, kita faham korang nak beromen, tapi tak payahlah buat kat rumah bujang. Pergi budget hotel kalau atau balik rumah mak bapak korang.

Duduk rumah sewa bujang ni bukan bermakna kau boleh suka buat sesuka hati mak bapak korang. Kita semua bayar sewa sama-sama. Rakan rumah sewa kau bukan orang gaji kau yang nak kena buang sampah kau, cuci pinggan mangkuk kau, basuh baju kau, malah kau bukan di bawah tanggungan mereka yang nak kena bayarkan sewa rumah kau, bil api air, internet, Astro dan makan minum kau.

Duduk rumah sewa bujang kena ada common sense dan kesedaran diri yang tinggi. Kena ada sikap toleransi, hormat-menghormati dan empati yang besar. Paling penting jangan buat perangai biawak hidup. Tapi kalau rasa nak jadi biawak hidup jugak, atau setan, atau nak jadi manusia selfish tak sedar diri, sila sewa rumah seorang diri. Kau nak buat apa, nak mereput ke, orang tak peduli.

Kalau anda ada cerita tentang masalah housemate atau roommate yang pernah anda hadapi di rumah sewa bujang, boleh kongsikan kepada kami di ruangan komen.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: masalah dihadapi rakan rumah sewa housemate roommate pengotor pemalas tinggal bujang

24 ulasan:

  1. lebih kurang dengan kes aku la ni..housemate tak bayar sewa, orang datang umah nak kutip hutang..suka rembat makanan dalm peti ais..last sekali aku kencing dalam botol air coke pastu letak dalam peti ais pun dia minum..memang dasar sampah semuanya dia sebat..

    BalasPadam
  2. apa kata buat jadual buang sampah, sapa x jlnkan tanggungjawab letak plastik sampah atas tilam dia.....

    BalasPadam
  3. First sebab kurang didikian agama. Lelaki tu original bodoh. Sepatutnya dia lebih tau & paham sifat perempuan(pemalu). Aku pun pernah kena kat kawan aku tapi dekat saloon. Ada si pompan bawak suami dia masuk saloon.Si Suami tu punyala tak segan silu tgk2 rambut2 pompan dlm salon tu biarpun dia tau sumer perempuan dlm saloon tu islam. Lelaki tolongla jgn jd bodoh dan tolong hormati wanita terutama wanita beragama islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju tp suami peremouan tu brengsek mesti fetish nak beromen kat rumah orang lain butuh la.... klu x xde alang2 bodo selamba lepak rumah sewa bini dia

      Padam
  4. Ada ja housemate aku dlu.jenis mkn x reti nk basuh pinggan manggkuk periuk belanga.klau Beli mkn bungkus tu dibiarkn sampai berulat x buang.yg jd hambanya spa? Aku ler...seingat aku setahun dia duduk menyewa ngn aku sekali aku x pnh tgk dia buang sampah.kesian orgnya lawa, tip top, cun melecun..tp disebalik tu hampeh! Xleh buat bini.so skrg dia Dh pindah rsa aman sikit wlpn rabak jgk duit aku nk byr sewa bulan2.huhuhu...

    BalasPadam
  5. Sah lelaki dia nok horom, ak kdg2 x selalu pergi rumah sewa adik perempuan ak pun, ak fikir x perlu smpi naik rumah duk je luar sejam untuk urusan pape balik kampung beli brg dsb tapi laki lahanat ni nampak bebenor melebih2 ni....

    BalasPadam
  6. Sah lelaki dia nok horom, ak kdg2 x selalu pergi rumah sewa adik perempuan ak pun, ak fikir x perlu smpi naik rumah duk je luar sejam untuk urusan pape balik kampung beli brg dsb tapi laki lahanat ni nampak bebenor melebih2 ni....

    BalasPadam
  7. aku paling menyirap housemate yg suke buat sepah dalam rumah..dah macam kuli batak plak aku asyik mengemas,orang lain buat sepah..Bengang beb.

    BalasPadam
  8. Ermmm kalau citer pasal bekas housemate yang tak menggembirakan boleh buat entry blog. 3 rumah sewa ramai2...last sekali sewa sorang2. Rabak tak tak rabak dok sorang lagi aman hidup...

    BalasPadam
  9. ruang tamu tu kan public space..
    dah kalau hosmate dok buat ruang tamu tu mcm bilik sendiri, makan tidur rokok suma kat situ, menyirap jgkla..

    BalasPadam
  10. ko punya pengalaman sama mcm aku. dulu aku masa mula2 keja menyewa rumah. aku ni keja syift. nak dijadikan cite member aku sorang ni kerap sgt bawak bini dia masuk rumah. aku paham la org kawin mesti nak berjimak. cuma yg masalah aku ni kerja syif bila member aku ni p keja tinggal aku dgn bini dia dkt rumah. cam sial kan? kalu dtg pejabat agama xpasal aku kena cas berkhalwat dgn bini org..

    but in the end member aku ni cari rumah sewa lain pas kena sound ngan aku. kena la berani. kalu dia xnak pindah aku pindahla tempat lain..

    tapi cite dlm entri ni pempuan. jgn ko ingat laki housemate tu baik alim maksum. sebelum ko jd mangsa laki dia tu baik ko pindah je lah..

    -masked ryder-

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye betol...mana tau time laki dtg bininya "lampu merah", pastu terserempak plak housemate bini tgh berkemban......huhuhu...lerr...

      Padam
  11. hani pn pnh cmni.. tp suami hosmate 2 siap onani.. ade sisa air kt mgkuk tndas duduk..mmg stress agt2.. acah2 pkai boxer je..

    BalasPadam
  12. cerita menarik ni dah la isteri tgh pregnant.. haha.. silap hb kena ayat baik dpt try housemate bini.. itulah namanya strategi.. hehe mcm lahanat..

    BalasPadam
  13. apasal sengkek gila laki dia. dah tau nak jumpa bini ko p la check in hotel. baghal punya laki. kawin nak. duit checkin pun berkira.

    BalasPadam
  14. Part buang sampah tu mengingatkan Mrs. A zaman duk bujang dulu memang ada spesis tak reti nak buang sampah. Asyik duk muka kita ajelah yang rajin buang. Walaupun dah siapkan timetable giliran membuang sampah pastu siap tampal lagi, tapi tak jugak jalan.

    Hahhaaaaha... sabar yolah! fikir positif, kalau tak takde apa pulak untuk dikenang-kenang.

    BalasPadam
  15. Nasib la....susah nak cari org yg betul2 sesuai dgn kita. Papepun kawin cepat2, dduk rumah sendiri, buat la apa anda suka..nak sepah ke, nak bogel ke, nak makan kat jamban ke xde sape marah.

    BalasPadam
  16. Tak pernah tinggal di rumah sewa atau hostel zaman belajar, dari kecik tinggal ngan ma abah sebab sakit.. huhuuu

    BalasPadam
  17. Tak pernah tinggal di rumah sewa atau hostel zaman belajar, dari kecik tinggal ngan ma abah sebab sakit.. huhuuu

    BalasPadam
  18. Sedang menghadapi situasi ni...sorng housemate pglan akak mmg dh brkahwin dan sejak masuk rumah tu dpt tau dia bawa suami dia klu cuti pnjg nk bwak balik kereta atau hal2 lain, ak tahan lg la...setahun tahan, lg sorng kwn ofis sendiri baru je kawin bulan lepas, dia pn macam dpt lesen la bila sorng bawak dia pn nk bawak jugak, k skrg dua2 bawak ak yg xkawin ni agak2 rasa apa eh?? ak faham kalau in case ada emergencies sgt ke watever la kan..tp bila 2 family dlm satu rumah ak mcm pfffttt..ke ak je yg rasa mcm tu? stkat ni berpeluang la lari dr diorng every weekend tp xkan selamanya mcm ni kan. macam tunggul plak ak dibuatnya. bila ak ckp xmalu ke dia marah kita balik kata ak yg xmalu sbb xduduk dlm bilik waktu suami dia ada. whaaaatttt? dah la mggu tu balik stress kerja evryday balik lmbat, ingtkan jumaat malam tu nak la lepak2 kt depan tgk tv dgn tenangnya...tiba2 dpt tahu suami dia nk dtg malam tu..kau rasa kau selesa nak duduk tgk tv lagi wlupun suami dia dlm bilik?? nak ak brtudung bagai ke dlm rumah tu? Actually rumah ni wktu cari tak ada tulis pun rumah couple or rumah bole bawak suami tumpang tidur every weekend ke watevr,...mmg rumah bujang, ak yg xkawin ni bukan jeles tau tp hormat la sikit weiii...adab mana???!! ckp bodoh marah.. btw, esok nk tgk rumah sewa baru , doakan. k bai. (panjang luahan).

    BalasPadam
  19. aku lain plak.rakan serumah aku ni suka berbogel je klu kt umah,bwk balik jantan.pastu kaki minum dan kuat merokok.astray kat meja ruang tamu sampai melimpah puntung rokok.tapi satu sikap dia tak kedekut.rajin beli jajan.tapi dia hampir tiap2 malam setin dua layan dia punya tiger bir.

    BalasPadam
  20. Ni pulak Aku nye kes. cikgu sek agama bergelar ustaz lah punca angkara.. timggal menumpang rumah parent aku. Rumah parent aku tu pulak ipar lelaki(bapak mertua si ustaz ) pun duk juga situ berzaman. Aku tinggal kat rumah parent aku tu pasal aku balik dari perantaun kembali menetap. Aku prp tentunya bukan mahram dia org Apa ke bodoh tak pindahx2. Nak duduk free aje.

    Yg bini ustaz tu adalah anaksedara aku. Sama cam laki jahil tahap tinggi. Bawa laki dia duk tinggal rumah parent aku tu. Dua dua ekor jantan betina tak tau malu. Kita dah suruh cari rumah lain kasi alasan tak mampu walhal dua dua laki bini bekerja anak tak ada so susu lampin medical anak tak beli/tak bayar tapi beralasan tak mampu juga. Dasar kurang ajar.dua dua bergaji dah lah tinggal free tak sumbang apa pun utk maint rumah. Aku yg duk rumah parent aku yg nak free free hair pun tak bebas. Aku ada hak aku dlm rumah parent sendiri. Cikgu ustaz sek agama perangai cam haramjay. dahlah bapak mertua dia duk tinggal situ, maka dia ingat dia pun boleh duk timggal situ gak. Dulu kita dah jahil kesiankan ipar lalu kasi ipar sekeluarga tinggal situ. Skrg ni pulak anak prp kpd si ipar aku dan lakinya iaitu CIKGU USTAZ SEK AGANA tu tinggal sekali serumah. Aduiiii !!! Apa ke jahil nya . Dahlah tu tinggal menumpang tak mintak izin tetiba je dtg inap sekali sekala lama lama berkala kala sudahnya duk menetap. Tak tau malu dah suruh kluar tak keluarx2. Inilah dia kisah benar yg benar Seorang CIKGU AGAMA sekolah kat johor tak tau haram halal duk tinggal rumah orang tanpa kebenaran dari yg berhak atas rumah tu. Ciss!! . Bertopeng agama cikgu ustaz!! Dari sisi agama islam pun dah haram suami tak sediakan rumah utk isteri. Haram duk tinggal serumah ipar duai ( ada hadith dari rosulallah terkait hal ipar).
    Aku tak halalkan wahai cikgu ustaz laki & bini menghuni rumah yg aku huni.Cukupx2 lah mak bapak mertua kau pun tinggal situ. takkan ko bercita sambung & tambah kejahilan. Wahai cikgu ustaz sek agana dan bini, cari tempat tinggal lain yg molek utk ko org. Tolonglah pergi jauh agar damai hati aku dan saudarax2 ku yg merasa hilang kebebasan tinggal di rumah parent sendiri sejak ko org duk tinggal tanpa izin hanya krn makbapak ko duk situ. Kita org sabar sabar sabar bertahun tau. Disuruh sabar & sabat krn tak mau kecik kan hati saudara yg lain.
    Kepada saudarax2 lelaki ku, ko org bertanggungjawwp memberi rumah perlindungan kpd saudara prp mu. Ko org lebih takut kecikkan hati manusia yg Allah cipta sedangkan Allah Sang Pencipta yg mencipta manusia, ko org ketepikan perintahNya dan rosulNya.

    Kepada yg membaca keluhanku, ku mohon doakamlah utk aku sabat bykx2 sabar.

    Ya Allah keluarkanlah aku dan saudarax2 ku dari kejahilan, Bawalah kami ke jalam yg lurus dan benar iaitu jalanMu quran & sunnah rosulMu.

    BalasPadam
  21. Aku pernah sewa bilik dengan pasangan ni.. aku tengok diorg sosial gile.akak tu kuat merokok dan kaki minum.berapa kali aku lihat diorg beromen kat depan tv sampai main kat situ..bg aku mungkin tengah enjoy baru kawin.
    Hingga satu hari aku berbual dgn abg tu kat rumah yg hanya pakai boxer tak pakai baju bg tau diorg tinggal serumah je belum berkahwin lg.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.