Iklan Leaderboard

Rabu, 22 Jun 2016

11 Gadis Melayu dan cinta khayalan berpisah tiada

So today I saw this video of two lovebirds, dia sewa LIMO tuuuu untuk celebrate bday gf dia.. flower bouquet dia pon besar giler.. hehe.. I have nothing against the video. It’s the fellas’ money and he can do whatever he wants with the money no doubt.. apa salahnya dia nak gf dia jadi pwincesss..

But what got me moved is the amount of people tagging their boyfriends and husband on the video.. Alahai.. kesian kaum adam semalam and hari ni..



Babe, you are 28 and your boyfriend of 5 years never buys you flowers? Apa bunga sekuntum pon takde??
You are 36 years old and your husband never celebrates your birthday? Takde LIMO, makan malam kat KLCC bagai apatah lagi indoor celebration kat Majestic Hotel?? Hehe..

So now let’s go to the reality of life.

Its been a few years, perasaan ini telah terpendam lama tapi hari ni I’m gonna let it all out. I don’t watch TV a lot. You won’t see me waiting for dramas or anything setiap kali menjelang Maghrib. Why? Because personally I believe, drama banyak mempengaruhi mindset kita dalam kehidupan berkeluarga. Its not good, especially for youngsters.

My favourite TV show would be, The Big Bang. Takde cintan cintun, science kelakar kelakar and the reality of life, hidup ini susah kalau takde kerja takde pitih nak bayar sewa rumah pun masalah.

MAK MAK PAK PAK..

Let’s not biasakan anak-anak kita dengan reality kehidupan dalam TV sebaliknya, ceritakan the real life scenario.. tell them what u see in the TV is not real life expectation.. growing up, my dad didn’t let me watch Hindustan movie and all those too melodramatic dramas. Why? Now I understand, because being young, u tend to put a benchmark, an expectation.. u expect life to be the way it is potrayed to you.. So when things dont fall into places like how u want it to be, u go crazy.. Ada bf baik, u tinggalkan utk yg kaya tapi perangai mcm hantu.. Ataupun u sedaya upaya adakan apa yg takde hatta menyusahkan orang sekeliling sampai mak pak kena bergadai tanah nak buat majlis kawin 5 star u.. Ha macam tu lah antaranya..

Drama Malaysia hakikatnya, semua orang anak Tan Sri Dato Sri. Umur 23 dah drive BMW. Hakikatnya kehidupan is not like that. Not even close.. Kenapa la takde orang buat movie yang tak berapa cliché.. Apa kata tunjuk kehidupan orang kerja kilang, duduk PPRT.. I mean normal life struggle.. nak makan kais pagi makan pagi kais petang makan petang.. yang terbeban kereta kena tarik, bulan ni kena bayar roadtax, maka kena menabung, etc.. tak banyak cerita macam ni la rasanya, yang lagi banyak ialah kisah cinta tengku dan anak orang susah. Atau anak Dato’ Sri kaya dan kisah cinta antara dua darjat..

Let me tell you youngsters out there. Semua tu hanya lakonan. Berlanggar bahu dengan anak Tan Sri terus jatuh cinta love at first sight tu lakonan dik. Anak Tan Sri tu jadi secret admirer hantar bunga tu pun dalam TV je dik..

Hakikat kehidupan ialah pergi kerja pukul 9 pagi dan kerja macam nak gila, by the time balik you look like a monster, muka berminyak boleh buat goreng ikan, baju bau rokok kawan sekerja, dan lain-lain lagi.. maka janganlah berangan anak Tan Sri, hatta dapat boyfriend pun kau dah bertuah.. ( akak nasihatkan cari la zaman Universiti hehe masa tu kau lawa sikit )..

I never like watching kisah cinta raja sehari at whatever show yang tunjuk wedding besar grand2, anak Tok ni kawin dengan Tok tu.. bukan sebab jealous, nope not at all.. tapi sebab kesian.. kesian dekat budak-budak muda yang letak semua ni as benchmark kebahagiaan.. haa amek kau, gaji dua ribu sebulan tapi kau nak kawin kat Dutchess Place.. pastu merepek lah dua sejoli pergi minta loan sana sini untuk finance wedding.. belum masuk wedding planner kau bayar harga kereta sebijik.. lepas kawin, hidup susah, nak bayar loan lepas tu ada baby pulak, nak beli susu anak pun cukup2 makan.. kenapa jadi macam tu? Get me? Again, wrong benchmark..

I always suarakan to my husband, apsal orang tv ni sekali sekala tak cover orang kampong punya wedding, or orang kawin kat PPRT.. Apa tu semua bukan cinta sejati ke? Tv stations, what are u trying to achieve by instilling all this in the minds of the next generation? Kawin humble2 takde masa depan yang cemerlang ke?

Apa kata filem melayu daripada tunjuk semua benda out on the surface, kita pertontonkan hakikat sebenar kehidupan? Hakikat sebenar masyarakat kita.

U know what matters in a relationship? Kejujuran. Tanggung jawab dan kerjasama. My husband always instill in me, love is not just feeling but also commitment. Bunga sejambak tak membantu dik bila kau ada baju segunung atas sofa kena lipat.. Bila rumah kau macam kapal karam tapi mak kau nak datang sekejap lagi, belon setinggi Broga tu pun tak membantu.. Time2 macam tu yang paling berharga sekali ialah pasangan yang sama-sama kelam kabut siap rumah.. itu baru cinta sejati bawa ke mati dik.. Life is more than materials.

So jangan kecewa kalau cinta hati u tak datang bawak LIMO masa birthday u..Atau suami tak bagi IPHONG 6S dalam kotak KFC.. dia nak tolong hantar ambil balik kampong masa semester break, ataupun sidai kain sebeban masa weekend tu pun kira best dah.. ataupun jaga baby malam2 and biar u tidur.. syukur wei syukur.. itulah baru pwiincess sebenar..

Just so u youngsters know, true love is more than all materials put together..

Read something like this somewhere, ‘u suka bila orang bagi u RM100, tapi u taktau dalam Maybank dia ada RM 100,000, bila I bagi u RM 10 u tengok seblah mata, hakikatnya tu lah last RM10 I sampai gaji hujung minggu ni’..

So janganlah mintak bukan2 tak sesuai dengan budget bulanan pasangan u.. Takkan nak dia buat loan pulak sebab birthday u ye tak.. Lagi teruk kalau dia pinjam Ah Long saya cuma nak tolong sempena birthday u yg julung2 kali tu.. Nanti ada boyfriend romantic tapi dalam kenangan je sbb dah kena lenyek dengan Ah Long.. LOL

Hah, kaum Adam sekalian, silakan Tag gf gf korang..

HEHE..

‪#‎TfM‬

Artikel ini ditulis oleh Tun Fiqa Muhammad di FB dan telah mendapat lebih 17,000 perkongsian.

 * * * * * * * * * *

Seperti artikel di atas, aku pun tak nak komen sangat pasal pasangan couple yang bapak kaya raya sewa limo untuk buat surprise kat awek dia. Aku tak peduli, duit dia, akaun media sosial dia, hak dia. Kekayaannya, sikap romatik dia, itu semua realiti, realiti bagi dia dan orang-orang sepertinya, bukan untuk orang kebanyakan seperti kita. Apa niat dia tayang kat media sosial, walaupun aku tak suka tapi aku tak nak judge niat dia.

Lagipun dia takde kaitan dengan hidup aku, dan aku pun takde terdetik sekelumit rasa teringin pun nak Follow atau Like akaun media sosial dia dan awek dia atau orang-orang yang spesis suka tayang kekayaan kat media sosial ni sebab langsung takde kepentingan pada aku dan langsung tidak mendatangkan sebarang faedah pada aku kerana bagi tiada sebarang nilai intelektual, kesedaran, empati, humor dan lain-lain tarikan yang boleh membuatkan aku nak follow akaun media sosial orang seperti itu.

Cuma gaya mereka berkepit tak ingat macam orang dah kahwin tu, kau kena tegur dengan netizen tu itu nasib kau orang lah dik. Benda dah salah, kau hadap je lah.

Tapi dalam isu ini seperti artikel di atas juga, tak dinafikan apa yang mamat tu buat memang sweet, romantik dan menjadi impian ramai kaum wanita di luar sana, namun aku agak rasa annoying dengan sikap SEGELINTIR perempuan Melayu yang tergedik-gedik tag nama pakwe atau suami dia kat situ, nak suruh dia ikut macam lelaki tu buat macam tu macam ni, suruh tiru rambut dia la, suruh senyum macam dia la, suruh pakai baju macam dia la.


Low gila mentaliti macam ni. Lebih baik kau suruh pakwe atau suami kau tu buat pembedahan plastik buat muka sebijik macam mamat tu, puas hati?

Dan macam komik aku kat atas tu, kalau lelaki yang tag nama awek/bini dia kat akaun perempuan lain suruh jadi suruh tiru suruh ikut macam dia, tau pulak sakit hati. Tau pula jeles. Tau pulak marah. Sedangkan anak-anak pun tak suka dibandingkan dengan anak orang lain, apatah lagi pasangan.

Kata kunci dia kat sini adalah "jaga hati pasangan". Apa yang kau tak suka pasangan kau buat kat kau, kau tak perlu buat kat dia, simple.


Baca juga artikel-artikel berkaitan berikut:


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: lelaki instagram hot stuff popular ig hafiz mahamad instagrammer terkenal syafiqah aina sewa limo limousin surprise kejutan hari jadi birthday bagi bunga ros video romantik tag pakwe makwe boyfriend bf gf awek balak sweet couple layan bak princess

11 ulasan:

  1. Balasan
    1. serabut giler otak nak baca bahasa rojak kejap tulis b.i pastu b.m. semak la woii. tulis la mcm noob.

      Padam
    2. Itu aku salin balik je dari FB beliau.

      Padam
  2. I ada tengok video diorang ni sikit. Tak habis pun.
    I tertanya-tanya..

    Apa motif dia upload video tu sebenarnya...
    Tapi i malas nak cari jawapan.
    Lantak diorang lah..

    haha..

    Bagi i itu tak sweet pun..
    BF dia macam dah naya je sbb buat surprise mcm tu. (Baru couple)
    Bayangkan apa expectation makwe dia bila dah kawen nanti .. LOLOLOLOLO..

    rasakan ...

    Moga diorang bahagia til jannah saja lah.

    xoxo

    BalasPadam
  3. tp kan, amacam pula kalo kite gantikan mamat tersebut dgn watak rekaan kesukaan pasangan? mcm isteri minat saja2 dgn watak captain america, pastu suruh la si suami buat la gaya style rambut cmtu. atau tetibe tgk citer hero macho ada jambang ke, so dicadangkan kt suami suruh bela jambang skit ke. ok tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau watak rekaan boleh je tapi tak payah lah tag-tag kat media sosial, boleh cakap secara personal je kat whatsapp atau PM.

      Padam
  4. bahagia tu milik peribadi. tak perlu nk show off atau sambut buat majlis dengan tujuan memancing komen & like dari netizen. kapel bila ade unsur KEBATAKAN , itulah hasilnya. aku cakap bukan aku jeles. aku pun ade makwe. makwe aku pun lawa , aku pun hensem (makwe aku la ckp) , tapi kami amik prinsip biase2. tak perlu nk pukul canang 1 dunia dan sibuk nk upload gmbar tunjuk pd org ramai , oii aku tengah bahagia... oiii aku celebrate besday awek aku dgn ferrrari. hidup batak like & komen serta mintak perhatian org ni cuma trending. trending bukan permanent . sampai masa org akan tinggalkan. ingat vape ? apa nasib vape skrg..

    BalasPadam
  5. wakaka..macho betul laki2 tu clash cmtu je haha

    BalasPadam
  6. The Big Bang Theory ada romantic scenes laa... nak bajet tak jiwang bagi la contoh citer katun.. mcm spongebob squarepants... haaa itu mmg klako

    Btw adik2 yg tag tu.. cer korang tgk video proposal Jho Low to Elva Hsiao... romantic gila, tapi...

    BalasPadam
  7. cer share link sorang aku nak tgk video tu

    BalasPadam
  8. Adoi! kesiannya Mrs. A tak mengikuti viral nih!

    Seriously #mentalitijamban gadis-gadis melayu yang siap tag-tag boyfriend depa minta jadi orang lain tu.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...