Sabtu, 18 Jun 2016

10 Logik seorang atheist tentang kebebasan bersuara

Beberapa minggu yang lepas seorang warga Singapura yang berbangsa Cina dan juga seorang Atheist iaitu Amos Yee telah memuat naik video yang menghina agama Islam di laman Youtube miliknya di mana dia memberi tafsiran yang salah tentang isi kandungan Al-Quran, malah lebih teruk lagi telah mengoyak dan membuat perkara tak senonoh terhadap kitab suci Al-Quran.

Untuk pengetahuan, Amos Yee ini merupakan seorang bekas pelakon kanak-kanak, pernah ditahan dan didakwa beberapa kali kerana membuat video menghina bekas Perdana Menteri Singapura iaitu Lee Kuan Yew sejurus selepas kematiannya, dan juga membuat video yang mengandungi kata-kata keji dan menghina penganut Kristian. Tindakannya itu telah membuatkan dia pernah diserang ketika berada di tempat awam. Kali ini, dia mensasarkan agama Islam pula.


Tindakannya telah mengundang perasaan tidak senang dan amarah ramai umat Islam. Malah beberapa vlogger atau personaliti Youtube Muslim yang tinggal di negara US turut menyiarkan reaksi dan video balas mereka terhadap Amos Yee, malah berhujah dengannya secara maya menggunakan Skype.

Video balas oleh Karim Are We KuKu Now.

Sesi debat maya oleh Adam Saleh.

Kisah tentang Amos Yee ini menjadi begitu terkenal dan mendapat perhatian di negara barat sehingga beliau ditemuduga dalam sebuah rancangan bual bicara di Youtube iaitu The Rubin Report yang diacara oleh Dave Rubin.


Di dalam sesi temuduganya, Amos Yee berpendirian tidak salah baginya untuk menghina, mengutuk dan menyakiti hati orang lain atas nama kebebasan bersuara atau Free Speech/Freedom of Speech. Apa-apa yang dibuat melalui penuturan atau penulisan termasuk perkara sensitif, provokasi, taboo, hasutan, ugutan dan perkara yang boleh menggugat keharmonian masyarakat sepatutnya adalah bebas dan tidak boleh dibalas dengan kekerasan dan tidak boleh diambil tindakan undang-undang.

Seperti contoh jika dia berkata "Mak kau pelacur" atau membuat ugutan "Jom bunuh semua orang Islam", dia tak boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang kerana ia adalah hak bersuara. Tapi jika orang yang dipanggil mak kau pelacur itu marah lalu memukulnya, atau ada orang lain terpengaruh dengan hasutan bunuh semua orang Islam lalu benar-benar membunuh orang Islam, maka orang itu yang patut dikenakan tindakan kerana terpengaruh dengan kata-katanya lalu benar-benar melakukan kekerasan, keganasan dan kekejaman.

Aku tak tahu logik apa yang dia pakai, tapi bagi aku pemikiran seperti ini sangat sampah dan tak bertamadun yang hanya boleh membawa lebih banyak kerosakan di muka bumi ini. Kebebasan bersuara seperti ini hanya akan menggadaikan sikap kemanusiaan, adab etika, hormat menghormati, tatasusila dan toleransi sesama manusia.

Aku sokong kebebasan bersuara, tetapi aku percaya kebebasan bersuara tetap ada had dan batasannya. Kebebasan bersuara adalah kebebasan untuk kita memberi kritikan, menyampaikan idea, memberi pendapat dan menyatakan kebenaran, bukan sesuka hati menghina, mengutuk, mengeluarkan kata-kata kesat dan keji, menabur fitnah, menyebar kebencian, membuat provokasi, menghasut dan mengugut orang lain. Itu bukan kebebasan bersuara, itu sakit otak namanya. Mungkin dia tak pernah mendengar kata pepatah yang sesungguhnya lidah lebih tajam daripada mata pedang.

Kebebasan bersuara adalah agar kita dapat memperbaiki kelemahan, meningkatkan diri dan memajukan tamadun dan peradaban manusia. Jika hal-hal yang sangat teruk seperti itu pun boleh diterima sebagai suatu kebebasan bersuara, maka ia tidak menyumbang apa-apa peningkatan pun pada ketamadunan manusia, sebaliknya hanya akan menghancurkan tamadun manusia.

Bayangkan jika mana-mana orang boleh menghina, mengutuk, mengeji agama lain, bangsa lain, keluarga lain, keturunan lain, negeri lain, negara lain, atau boleh menghasut kebencian dan mengugut orang lain, maka percayalah, suatu masyarakat itu akan hancur lebih-lebih lagi sebuah komuniti masyarakat majmuk yang berbilang bangsa dan agama seperti di Malaysia.

Hanya kerana kau atheist, atau bukan agama atau bangsa yang sama dengan orang lain, ia bukan lesen untuk kau mengeji kepercayaan, agama dan kaum lain. Jika kau orang Islam tak bermakna kau boleh bakar kitab Bible. Jika kau orang Kristian tak bermakna kau boleh koyakkan Al-Quran. Jika kau atheist tak bermakna kau boleh pijak kitab agama lain. Hanya kerana kita berbeza tidak bermakna kita mempunyai hak untuk menyakiti dan membenci orang lain yang berbeza dengan kita.

Orang yang mempunyai agama biasanya berbuat baik kerana ia adalah suruhan Tuhan dan percaya setiap perbuatan baik pasti ada ganjarannya. Maka kenapa ada juga orang Atheist yang tidak percaya pada Tuhan ini berbuat kebaikan kepada manusia lain? Kerana mereka berharap dengan berbuat baik kepada orang lain, orang lain juga akan membalasnya dengan kebaikan. Stephen Hawking seorang Atheist, tapi dia tidak pernah pula bersikap asshole dengan mengoyak kitab suci agama lain dan mengkeji kepercayaan orang lain.

Keyword penting kat sini adalah hormat atau respek. Ia adalah suatu yang bukan diminta-minta tetapi suatu yang datang sendiri. Kau hormat aku, aku hormat kau. Kau respek aku, aku respek kau.

Aku sendiri akan hormat pada individu yang bukan berbangsa Melayu seperti aku, bukan beragama Islam seperti aku, atau seorang gay, seorang Atheist dan apa sahaja jenis manusia, asalkan mereka hormat pada aku, hormat pada keluarga aku, hormat pada kepercayaan aku. Jika kau memilih untuk tidak menghormati semua itu, maka aku juga akan memilih untuk tidak menghormati kau.

Ya, tak dinafikan ada juga orang yang menyokong ideologi dan mentaliti seperti Amos Yee ini, tapi percayalah, dia hanya akan disokong oleh golongan minoriti yang mempunyai ideologi dan mentaliti yang sama, tetapi akan dibenci dan tidak akan mendapat penghormatan dan pengiktirafan pun daripada majoriti masyarakat yang terdiri daripada orang-orang yang dihinanya.

Sekian.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags:amos yee pang sang kebebasan bersuara free freedom of speech hak batas had asasi manusia

10 ulasan:

  1. Ala... Ini semua dugaan dunia. Kita takkan boleh nak diamkan orang macam Amos atau si Alvin tu.

    Tapi macam apa yang Karim tu sebutkan, benda2 begini memberi kita ruang untuk kita merujuk kembali kepada Islam demi mencari kebenaran. Dan secara tak sengaja kita belajar lebih tentang Islam tu sendiri.

    Kalau kita nak orang hormat pada kita, kita juga perlu hormat pada orang. Aku bagi contoh apa yang berlaku tahun lepas bila si Jamal kata tak salah panggil Cina Babi sebab mereka memang makan babi. Adakah itu sesuatu yang patut diucap oleh seorang Muslim?

    Apa yang penting sekarang ialah kita bermuhasabah dan memperbaiki diri lebih2 lagi dalam bulan Ramadhan ni.

    BalasPadam
  2. ak kurang setuju noob, golongan atheist ni makin bertambah dan hampir majority... menakutkan makin rosak akhlak dengan hormat sesama sendiri makin kurang lagi2 kes baru2 masa orlando..

    BalasPadam
    Balasan
    1. contoh orang islam x suka islam
      https://www.youtube.com/watch?v=kYxrMjoswDg
      point dia nampak convincing....

      Padam
  3. 1. X kisah la dia ni pengganut apa, tp respect to others x kira agama n bangsa adalah benda utama org lain nampk. Lgpun sy lebih suka memandang akhlak seseorang dlm memnyampaikan hujah mereka. Kalau jenis mcm ni ignore je la, jgn dilayan..lagi dilayan n dibetah, lagi menjadi2 pasni

    2. Risau jugak bila golongan atheist semakin bertambah, yg sy nmpk dah start ramai org nak menjadi 'xde agama' n bebas nak buat apa sahaja asalkan x langgar undang2 negara. Lg2 senang nak rosakkan anak muda kita. Bukan apa, jgn sbb diaorg ni la satu negara Allah turunkan bencana, x silap2 kita plak kena.

    BalasPadam
  4. sama jugak geng PR ni
    bila kritik BN bole...
    tapi bila kritik PR kata nuwar meliwat mula la sekor sekor jadi kera makan belacan

    BalasPadam
  5. hamka keretamayat ada tulis entri pasal luahan org ateis ni..boleh la try usah entri dia..

    BalasPadam
  6. nikmat dunia belum lagi ditarik..memangla hati merasa senang....

    BalasPadam
  7. nikmat dunia belum lagi ditarik..memangla hati merasa senang....

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.