Iklan Leaderboard

Isnin, 13 Jun 2016

12 Adakah darah orang gay halal untuk dibunuh?

Seorang lelaki menembak mati 50 orang dalam sebuah kelab gay yang sesak dengan pengunjung di sini, manakala 53 lagi cedera sebelum penyerang itu mati ditembak polis, petang semalam.

Penyerang dikenali sebagai Omar S Mateen, penduduk Port St Lucie, Florida, yang FBI setakat ini yakin dia pengikut kumpulan militan Negara Islam (IS) dan pihak berkuasa Amerika Syarikat menganggap dia serangan pengganas.

Seorang anggota polis yang bekerja sebagai pengawal keselamatan kelab itu berbalas tembak dengan penyerang kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan dan penyerang kemudian menawan pengunjung sebagai tebusan.

Mangsa serangan diberi rawatan kecemasan di luar kelab selepas Omar S Mateen (gambar kanan) melepaskan tembakan menggunakan raifal AR-15 dan pistol.


Ketika kejadian ada lebih 300 pengunjung dalam kelab berkenaan dan difahamkan, 100 orang dijadikan tebusan. Menurut polis, lelaki itu bersenjatakan raifal penggempur AR-15 dan pistol.

Tiga jam kemudian, pasukan SWAT menggunakan kenderaan berperisai menyerbu masuk ke dalam kelab dan menembak mati penyerang itu.

Bagaimanapun bapa penyerang berkenaan, Mir Seddique, memberitahu NBC News, anaknya marah melihat dua lelaki berciuman di Miami beberapa bulan lalu.

“Ini tiada kaitan dengan agama. Kami memohon maaf dengan tragedi ini dan tidak tahu menahu dengan tindakannya. Kami juga amat terkejut seperti semua orang,” katanya.

Datuk Bandar Orlando, Buddy Dyer, berkata serangan itu yang terburuk dalam sejarah serangan tembakan di Amerika selepas pembunuhan 32 orang pada 2007 di Universiti Virginia Tech.

Sumber Harian Metro.

* * * * * * * * * *

Pertama, perbuatan lelaki ini tiada kaitan dengan Islam. Sama ada dia sakit mental, atau terlalu benci terhadap lelaki gay sehingga ke tahap ekstrim. Maka jangan kaitkan perbuatan dia dengan Islam. Yang pengganas adalah beliau bukan Islam.

Beberapa hari sebelum itu seorang penyanyi yang juga bekas peserta program The Voice 2014, Christina Grimmie terbunuh selepas ditembak mati selepas mengadakan konsert di Florida pada Jumaat lalu.

Daily Mail melaporkan Christina, 22, ditembak oleh individu tidak dikenali kira-kira pukul 10.45 malam ketika penyanyi itu berada di belakang pentas untuk bertemu peminat. Pembunuhnya adalah seorang warga US berkulit putih iaitu Kevin James Loibl.


Sebelum ini juga sudah banyak kes pembunuhan beramai-ramai atau mass killings menggunakan senjata api berlaku di US dan negara barat lain, namun adakah yang lakukan semua pembunuhan itu orang Islam?

Bukan.

Adakah pihak barat pernah mempertanggungjawab serta menyalahkan agama mereka atas semua kejadian bunuh itu?

Tidak, kecuali jika pembunuh itu muslim. Selain daripada itu, mereka akan kata pembunuh itu sakit mental. Stigma anti-muslim atau Islamophobia memang sudah melarat di negara barat dan sukar lagi untuk diubah.

Orang sakit otak yang ekstrim ini tidak mengira warna kulit, bangsa, agama mahupun kenegaraan, mereka ada di mana-mana, malah mungkin di kalangan kita.

Maka sebab itu pengawalan senjata api adalah amat penting. Di US sendiri sudah tahu banyak kes pembunuhan akibat penyalahgunaan senjata api, perketat dan haramkanlah terus pemilikan dan penggunaan senjata api oleh semua orang awam. Ini balik-balik salahkan Islam atas ignorance mereka sendiri.

Sumber

Kedua, tentang apa yang berlaku di Malaysia pula.

Dilaporkan oleh akhbar The Malay Mail Online, terdapat segelintir orang Malaysia atau orang Melayu Islam yang menyokong atau bersetuju dengan insiden pembunuhan beramai-ramai ini atas alasan mereka bukan Islam dan mereka gay melalui ruangan komen di post Facebook Siakap Keli tentang berita kejadian ini, antaranya komen-komen seperti ini:
“Langsung x sedih pun.....hari2 puluhan saudara islam kami yg kena bunuh sedangkan mereka x bersalah oleh sekutu2 usa xde sapa pun yg nak bela nasib mereka..kenapa plak nak bersimpati kepada pendosa2 ni,”

“Semoga yg 53 orang cedera tu tak sempat diselamatkan..dan sesiapa yg menepis kenyataan sy ini..anda pun patut dikecam!”

Ok mungkin ada lagi komen lain seperti ini, tapi jika dilihat komen seperti ini hanya sedikit berbanding komen yang bersimpati dan tidak menyokong perbuatan ini. Dan percayalah, orang yang bersetuju dengan tragedi serangan ini tidak mencerminkan Islam pun. Mereka hanyalah orang yang sakit mental juga.

Rasa sedih kerana ada saudara Islam kita di negara lain kena tindas dan bunuh tidak juga membenarkan kita untuk menindas dan membunuh orang bukan Islam lain yang tiada kena mengena dengan hal itu. Ia dua perkara yang berbeza.

Aku percaya ramai lagi orang Melayu Islam yang lebih matang dan boleh berfikir dengan waras bahawa membunuh orang awam bukan Islam bukanlah ajaran sebenar agama Islam. So laporan berita The Malay Mail Online ini seharusnya highlightkan juga lebih banyak komen-komen dari orang Melayu Islam yang matang dan rasional. Jangan terlalu tekankan hal buruk yang sedikit itu sedangkan hal yang baik itu lebih banyak.

Nabi tidak menyuruh umatnya membunuh orang bukan Islam, orang gay, orang homoseksual, kaki arak, kaki judi dan sebagainya, sebaliknya Nabi menyeru umatnya untuk berdakwah kepada mereka dan tunjukkan mereka akhlak Islam agar mereka lebih mendekati agama Islam.

Jika semua pendosa itu perlu dibunuh, maka bukan sekadar orang bukan Islam, malah orang Islam yang tak solat, tak puasa, tak tutup aurat juga harus dibunuh?

Bagaimana besar dosa seseorang itu dengan Tuhan, melainkan hukuman mati yang melibatkan jenayah berat yang telah ditetapkan oleh pemerintah atau nyawa kita terancam oleh mereka, kita tiada hak untuk mencabut nyawa mereka.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: 50 mati ditembak dalam kelab gay orlando massacre mass killing shooting murder pembunuh killer malaysian approved

12 ulasan:

  1. Mereka lupa, untuk apa mereka beragama

    Orang yang ada agama tulis benda bermanfaat atau diam

    BalasPadam
  2. Mereka lupa, untuk apa mereka beragama

    Orang yang ada agama tulis benda bermanfaat atau diam

    BalasPadam
    Balasan
    1. ıןɐʞ ɐnp uəɯoʞ ɐdɐuəʞ ıu oʞ ɥɐp

      ıəʇuɐʇouəp ɐʞnɯp !ʇ0o0oOoOɹd

      -unuɐן-

      Padam
  3. Malaymail memang dah ada reputasi selalu buat provokasi untuk memburukkan islam dan penganutnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang melayu isle pun ada good reputation memburukan isle. Tak perlu tunggu orang lain burukan pun sudah nampak buruk.

      Padam
  4. biar lah amerika. ko nak sibuk buat apa noob. diorang nak bunuh ke nak merusuh sesama sendiri pegi mampus diorang la. lg org suka negara kafir harbi ni hancur .. yg janji mesia masih aman.. & lady kak mah dpt naik jet bawak beg berbondong2 & xlupa juga kpd alfadil khalifah amirul mukminin tuan guru najib ibnu razak yg bermurah hati memberi brim utk persiapan raya. dgn ucapan.. takburrr !

    BalasPadam
  5. Aq pun benci gay ni...tapi tak perlu la sampai bunuh klw ye pun. Bimbingla diorg daripada ko bunuh diorg...

    BalasPadam
  6. eloklah dimusnahkan gay ni, menentang fitrah manusia, bawa penyakit Aids, buat apa pun diorang hidup.

    BalasPadam
    Balasan
    1. straight pun kena aids jugak kalau dah suka menunggang..

      Padam
  7. typical american mmg ironic..

    bila kena tang omputih, terus kata sakit mental..
    bila kena tang org arab, terus isis ekstremist islam..

    bila nak kawal senjata, kata hak asasi pulak..

    #mindtwistconfuse

    BalasPadam
  8. Kalau Nabi Muhammas saw hidup lagi pun, baginda sendiri x menyokong benda ni..byk kes kalau kita diserang secara fitrah, kita nak attack balik secara fizikal.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...