Iklan Leaderboard

Rabu, 29 Jun 2016

16 Melayu Liberal dan Melayu Islamik

Liberalisme.

Liberalisme ialah falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi. Liberalisme menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan peluang. Dalam konteks lain, seorang yang berideologi liberal meletakkan hak kebebasan individu di atas segala-galanya termasuk agama. Mereka berpandangan setiap manusia itu berhak melakukan apa sahaja tanpa perlu terikat pada peraturan agama.

Di Malaysia seperti yang kita tahu, semua orang Melayu itu adalah Islam. Sama ada mereka seorang muslim yang patuh atau tidak, di dalam kad pengenalan mereka tetap Islam. Biasanya orang Melayu yang mahu keluar dari agama Islam atau murtad, mereka akan keluar dari negara Malaysia dan melepaskan kewarganegaraan mereka.


Melayu Liberal.
Melayu Islamik.

Melayu yang berideologi liberal ini biasanya mereka masih seorang Islam, tetapi mereka mempunyai pemahaman yang berbeza terhadap agama Islam malah seringkali sukar untuk menerima apa jua peraturan dan suruhan agama, lalu mereka membenarkan penolakan mereka itu atas dasar hak individu. Mereka lebih senang untuk mengkagumi budaya barat dan mengadaptasi cara hidup barat dalam kehidupan seharian mereka.

Jika mereka mahu minum arak, mereka akan minum kerana bagi mereka itu hak peribadi mereka.
Jika mereka mahu main judi, mereka akan main kerana bagi mereka itu hak peribadi mereka.
Jika mereka mahu berzina, mereka akan berzina kerana bagi mereka itu hak peribadi mereka.
Jika mereka mahu jadi gay, mereka akan jadi kerana bagi mereka itu hak peribadi mereka.
Jika mereka tak mahu menutup aurat, mereka tak akan tutup kerana bagi mereka itu hak peribadi mereka.
Jika mereka mahu makan rasuah, mereka akan makan kerana bagi mereka itu hak peribadi mereka.

Bagi mereka kubur masing-masing.

Melayu Islamik pula adalah orang melayu yang mempunyai pegangan agama dan ilmu agama yang tinggi. Ia boleh jadi seorang agamawan seperti ulama, mufti, ustaz, pendakwah dan juga orang biasa. Ada Melayu Islamik yang memang beragama luar dan dalam, ada juga yang luaran sahaja nampak alim tetapi dalamannya tidak seindah luaran.

Aku tahu ramai melayu liberal yang tak begitu menyenangi golongan melayu islamik seperti ustaz-ustaz, geng-geng surau dan lain yang sewaktu dengannya. Tak dinafikan ada segelintir agamawan yang merosakkan imej orang agama seperti berlebihan dalam memberi teguran, terlalu bersifat judgemental, mempergunakan agama untuk kepentingan peribadi, tidak menunjukkan adab dan akhlak Islam sebenar, bercakap perkara mengarut yang di luar bidang, bertelingkah sesama sendiri dan sebagainya.

Apabila ada suatu isu negatif yang melibatkan melayu islamik, maka golongan melayu liberal ini akan berpusu-pusu menghentam dan mengutuk orang tersebut, bahkan bukan orang itu sahaja malah seluruh melayu islamik turut dikecam sama.

Mereka gemar menyindir, memandang sinis, menghina dan memandang rendah golongan melayu islamik ini. Mereka turut generalize semua melayu islamik ini sama teruk dan merasakan melayu islamik ini tiada fungsi dalam masyarakat. Mereka mengeji melayu islamik bersifat judgemental tanpa mereka sedari yang mereka juga turut bersikap judgemental.

Aku faham tiada manusia yang sempurna termasuk dari golongan agamawan. Aku faham tak salah untuk kita juga menegur dan mengkritik kesilapan yang dibuat oleh melayu islamik ini, namun tegurlah si pelakunya sahaja. Dan kalau kau tak suka dan tak setuju pun dengan geng-geng ini, tak perlulah sampai menghina dan memandang rendah mereka kesemua agamawan.

Seperti kes baru-baru ini yang melibatkan seorang Imam Muda menulis status tidak berasas tentang vaksin di FB, maka ramai lah yang menghentam bukan sahaja beliau, malah keseluruhan golongan agamawan sekali.

Seperti mana aku pernah tulis dulu, jika ada guru yang bermasalah, hukumlah guru tersebut sahaja bukan keseluruhan institusi perguruan. Jika ada jururawat bermasalah, hukumlah jururawat tersebut bukan keseluruhan institusi kejururawatan. Jika ada polis yang bermasalah, hukumlah polis tersebut sahaja bukan keseluruhan institusi polis.

Tak dinafikan ramai melayu liberal yang berpendidikan tinggi, belajar di luar negara, mempunyai pekerjaan yang hebat, namun itu bukan lesen untuk kau mengeji dan memandang rendah pada keseluruhan golongan melayu islamik.

Kau cuma hanya jaga fardhu ain diri kau sendiri saja, akan tetapi geng-geng melayu islamik inilah yang seringkali menjaga kewajipan fardhu kifayah dalam masyarakat, termasuklah menguruskan jenazah kau dan ahli keluarga kau bila mati nanti, dan mereka tak pernah kisah pun kalau kau pernah mengeji atau hina mereka.

Nak harapkan kawan liberal kau tolong? Paling tidak pun dia cuma update gambar kubur kau kat FB je dan tulis Al-Fatihah.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: melayu liberal vs islamik sekular golongan gaduh liberalism konservatif conservative

16 ulasan:

  1. Kan? Tak habis² isu Vaksin tu. Manusiakan berhak mengeluarkan pendapat masing²... Asalkan tidak terlanggar landasan Islam, sudahla. Tapi biasala... Ramai lebih suka menghukum dari membuka mata hati mereka... Lumrah dunia... Lebih² lagi laman soSIAL kini. Viral ke merata...

    BalasPadam
  2. Kalau tak liberal, terus kena label jumud and extremist. Tak ada tengah2. Akhir zaman dah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak islamik what so over pun kena label liberal juga. 2x5

      Tak pun kena label harbi kan?

      Padam
  3. antivaksin. baru belek gugel 2-3jam + info ntah pape facebok perasan diri hebat xnk vaksin anak pastu nak pertikai nasihat doktor yg blajar medic 6tahun plus pengalaman bebelas tahun dlm medic field. kesian anak dpt parent baghal mcm ni.

    BalasPadam
  4. adik, abang nak ajar tauhid sikit...abang tak pandai ajar agama sebab agama abang bukan Buddha...

    dik, Melayu liberal ke, melayu Islam ke...kenyataannya, dia orang tak mati satu kubur dengan engkau...itu kenyataan kau tak boleh nafi...jadi, kalau mereka kena seksa kubur...sudah pasti! kau takkan mendengar jeritan mereka dalam kubur engkau...itu hakikat kebenaran dik...

    moral kisah dan teladan abang...adik cek diri seniri aje cukup dek...kubur adek esok ada private line, wassap, facebook, betul tak?

    he he he he!

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Aku bukan adik kau dan kau bukan abang aku.
      2. Entry ni takde kaitan dengan agama Buddha
      3. Tak nafi pun dengan kenyataan kubur masing-masing, tapi tak boleh dijadikan untuk terus membuat perkara mungkar.
      4. Ya, memang aku check juga diri sendiri, dan aku tulis ni pun secara umum. Tak salah mengingatkan saudara sesama Islam.
      5. Ayat last tu tak kelakar pun. Dan gelak di akhir komen tak menguatkan hujah pun.

      Padam
  5. YA ALLAH! RISAUnya aku setiap kali pemimpin ISLAM/UMNO-PAS TERCINTA kita jatuh SAKIT atau dlm. KEMALANGAN !

    Ya ALLAH, LINDUNGIlah YAB PM, DS Mohd. Najib Tun Abd. Razak TERCINTA kita ni (tapi nasib baik beliau ada pasukan perubatan sendiri)!

    Lihat di - http://www.bicara.news/pm-singkatkan-lawatan-ke-terengganu-kerana-tidak-sihat/ :

    PM Singkatkan Lawatan Ke Terengganu Kerana Tidak Sihat

    Oleh Ketua Pengarang / dalam Isu Terkini / pada Wednesday, 29 Jun 2016

    Batu Rakit : Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak telah membatalkan semua program beliau malam ini.

    Beliau ketika berbuka puasa di Masjid Assalam Batu Rakit kelihatan sesikit penat dan wajah kelihatan pucat.

    Menurut sumber Pejabat Perdana Menteri (PMO) pasukan perubatan PM yang diketuai Dr Mohd Hafiz telah memberi rawatan pada YAB PM selepas beliau selesai walkabout dipasar batu enam petang tadi.

    Doktor Hafiz yang merawat YAB PM pada jam 6.08 petang dan beredar dari bilik hotel PM dan memaklumkan bahawa YAB PM tidak sihat dan akan menamatkan lawatan ke Terengganu pada 8.30 malam ini.

    PM akan bertolak pulang sejurus selesai solat magrib di Masjid Assalam ini......

    Nek Tempoyak.

    #Umat ISLAM/MELAYU termasuk pemimpin2, para intellektual, para ulama dan jutawan2 kita sekrg. disyaki diSASARkan dgn. amat AGRESIF, oleh EJEN2/KULI2-MOSSAD/ISrael-ZIONIS HARAM JADAH; utk. diBUNUH atau diKURANGkan dgn. pelbagai MO DAJAL - spt. KEMALANGAN2 JLNRAYA/UDARA, RACUN KIMIA dan KEMANDULAN/ditimpa pelbagai PENYAKIT BUAS melalui VAKSIN2 PALSU yg. menggunakan sel/organ/darah dr. ANJING/BABI/MONYET dsbnya serta FETUS bayi atau BAYI yg. diGUGURkan, di BUNUH atau diBIAKkan dlm makmal (sbb. itu puak KANIBAL ZIONIS sentiasa GILAkan PENGGUGURAN anak/PERANG); cthnya disyaki Vaksin anti-Denggi yg. GANJILnya, kononnya hanya BERKESAN ke atas jenerasi MUDA antara 9-18 thn. oleh syarikat2 farmasi GERGASI spt. Sanof*/Merc* yg. diKUASAI oleh empayar SETAN ROTHSCHILD, yg. MENUBUHkan rejim TERORIS KANIBAL IS(IS)rael (tapi kempen anti-Vaksin yg. asyik diREMEHkan oleh KemBANGANG, sebenaqnya BUKAN anti-SEMUA vaksin, hanya anti-Vaksin2 PALSU ZIONIS KANIBAL ni – lihat juga skandal Vaksin PALSU yg. MERBAHAYA di Indonesia dan China, di - http://www.bicara.news/indonesia-suntik-semula-kanak-kanak-mangsa-vaksin-palsu/ , Indonesia Suntik Semula Kanak-Kanak Mangsa Vaksin Palsu, Oleh Ketua Pengarang / dalam Dari Lensa / pada Wednesday, 29 Jun 2016)!!#

    BalasPadam
  6. #Tengoklah NAHAS2 jlnraya yg. BERLELUASA, yg. MAJORITI mangsa adalah BUMIPUTERA Islam/Melayu (disyaki ada MO-amat-DAJAL mensasarkan BANGSA Bumiputera Islam/Melayu, yg. senang diKENALI oleh EJEN2 ZIONIS - dr. pakaian2 dan hiasan2 Islam kita), akibat lori2/bas2/van2 BUAS-mcm-SETAN (tapi KemGAGAL tu asyik nak MENYALAHkan terutamanya penunggang2 motosikal kononnya guna mobil, tak pakai topi keledar dsbnya; HARAM JADAH betul PENIPUAN ini)-lihat NAHAS2 terbaru-amat KEJAM akibat lori2/van2-amat-BUAS di http://www.hmetro.com.my/node/147639 , Maut terhimpit lori pusing u, Siti Nor Hidayatidayu Razali, Jumaat, 24 Jun 2016; di- http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/jeritan-hanna-humaira-jadi-igauan-1.34645 , Jeritan Hanna Humaira jadi igauan, Isteri, anak maut dalam perjalanan ziarah jenazah pakcik, NAZWIN NAZRI 24 Jun 2016; di - http://www.hmetro.com.my/node/148285 , Van cuai sampai ragut nyawa, Junaidi Ladjana, Isnin, 27 Jun 2016, http://www.hmetro.com.my/node/20599, Tangisan kutip daging anak, Oleh Asmah Rusman, Khamis, 1 January 2015!!#

    Nek Tempoyak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah dah, meh balik, jauh sangat dah kau melalut

      Padam
  7. "Jika ada guru yang bermasalah, hukumlah guru tersebut sahaja bukan keseluruhan institusi perguruan." - prince of nub

    Kau sendiri tulis jangan generalize, tanpa kau tak sedar kau generalizekan "liberal" seolah-olah semuanya negetif. Lucunya kau fikir hanya so called melayu islamik ni jer tahu dan bakal urus jenazah melayu liberal.

    Btw 2011 dulu aku biasa juga lepak sini. 2016 aku datang kau masih buat benda sama. Get a life noob.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Aku kata jangan generalize itu dari sudut ruang pekerjaan bukan ideologi.
      2. Ideologi liberal itu sahaja dah negatif dan tidak selari dengan Islam.
      3. Cuba bagi satu ideologi liberal yang sesuati dengan Islam.
      4. Urus jenazah cuma contoh. Banyak lagi hal fardhu kifayah yang berkaitan dengan ibadah serta dakwah yang dilakukan oleh melayu islamik.
      5. Adakah kau menyokong ideologi liberal? Jika tidak aku tak rasa kau perlu butthurt.
      6. Terima kasih pernah kerana lepak. Lepas ni nak datang lagi 5 tahun kemudian pun takpe.
      7. Aku memang ada life. Apa yang aku tulis dalam entry ni takde kaitan dengan aku takde life.

      Padam
    2. gila rare punya anon dtg lepak tahun 2011 pastu lg 5tahun dtg cni balik. 5tahun berlalu ingat plak ko jalan pulang ke blog ni. dh ko dtg skrg pe kata nnti tahun 2030 ke 2100 ke ko dtg cni balik
      kah kah3 ..

      -masked ryder-

      Padam
  8. Itu kita bercakap tentang isu vaksin, kalau kita pandang contoh lain pun masih terlalu banyak.. Ayat yg common sgt di kalangan masyarakat melayu islam bila b'kaitan org agama ni, "harap je pakai kopiah,tapi ...bla bla bla..." , "pergi surau hari2 dah,tapi ...bla bla bla..." dsb la.. Sama mcm yg tlh disebutkan kat atas tu, sifat generalization.. Yang melabel itu ini mcm la perfect sgt, tp dok kondem org kiri kanan. bila ada kekurangan yg dilakukan oleh org agama, pantas mengeji,melabel,mengutuk.. Haih

    BalasPadam
  9. Nape manusia sibuk pasal isu kesihatan? Sedangkan kita selalu abaikan isu utama, iaitu tingkah laku n sikap kita sendiri? Kita nak masuk syurga tp xnak mati...susah nak cari org nak kumpul saham akhirat n ready nak mati bila2 je.

    Vaksin ni dah lama dipraktikkan sejak zaman dulu, sbb small isu (maybe allergic) isu vaksin jd viral sedangkan anak2 muda kita yg rosak xnak cite nak solvekan isu bersama.

    Malas ambil port.

    BalasPadam
  10. Vaksin ni pun bole jd hal ke. Nk ambik cucuk jelah. Tknk sukati korang la. Anak sendiri lantak korang la nk jd apa. Macam haram.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi encik kalu x amk, ada kemungkinan jadi pembawa, nanti bila melawat/jumpa bayi baru lahir ada kebarangkalian menjangkiti bayi tersebut yg sistem imunisasinya belum kuat, tubuh badan pun belum kuat utk terima ubat tertentu, tapi kalu tak amk pastu duduk kat pulau terpencil sorang2 okla...

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...