Iklan Leaderboard

Jumaat, 17 Jun 2016

4 Bulan Ramadhan harga barang naik kerana sikap kita

Kenaikan harga barangan pada bulan Ramadan bukan disebabkan oleh cukai barangan dan perkhidmatan (GST), tetapi sikap orang ramai, kata Ketua Pengarah, Biro Tatanegara (BTN) Datuk Ibrahim Saad hari ini.

Ibrahim berkata orang ramai membeli melebihi keperluan mereka pada bulan puasa, yang menyaksikan permintaan yang tinggi dan bekalan yang rendah sehingga harga pula meningkat.

“Biasanya beli beras 3kg, tapi bulan puasa beli 10k. Telur biasa beli satu papan tiba-tiba beli tiga papan.

“Tapi dalam puasa kenapa beli banyak? Sebab nak puasa, tak makan. Saya tahu pasal isteri saya pun begitu,” katanya kepada kira-kira 100 kakitangan awam dan guru di ceramah mengenai isu-isu nasional di Sungai Besar hari ini.

Gambar hiasan

Beliau berkata hutang negara juga tinggi kerana orang ramai hidup di luar kemampuan mereka.

"Kerani mahu hidup seperti pengarah jabatan."

"Di Malaysia, orang ingin membeli tiga kereta walaupun mereka tidak mempunyai wang kerana bank-bank memberikan mereka pinjaman."

Beliau berkata perbelanjaan berlebihan menyumbang kepada hutang negara yang terdiri daripada hutang isi rumah, hutang syarikat, dan hutang kerajaan.

Ibrahim berkata pada lazimnya Malaysia hidup mewah dan dengan itu mereka harus bersyukur kerana ramai warga asing yang mahu menjadi rakyat negara ini.

Baca sepenuhnya di Malaysiakini.

* * * * * * * * * *

1. Apa kaitan agensi BTN dengan GST dan masalah kenaikan harga barang?

2. Kenaikan harga barang bukan hanya berlaku di bulan Ramadhan je tapi dah lama pun berlaku.

3. Tanpa menidakkan tentang supply and demand, sedikit sebanyak GST memang memberi kesan pada kenaikan harga barang. Rujuk artikel ini:
4. Orang membeli barang keperluan melebihi keperluan tidak menaikkan harga barang, tapi menaikkan perbelanjaan isi rumah.

5. Yang membeli banyak bahan mentah di bulan puasa ini biasanya peniaga yang nak berniaga di bazar ramadhan, sebab itu mereka beli banyak lebih dari bulan-bulan lain.

6. Orang ramai juga biasa beli lebih banyak bahan mentah di bulan puasa kerana mereka nak berjimat tak nak beli juadah berbuka di pasar ramadhan dan nak masak sendiri juadah berbuka dan bersahur.

7. Secara teorinya, barang dapur ketika bulan puasa perlu lebih banyak berbanding bulan lain.

Kenapa?

Kerana di bulan puasa terutama dalam keluarga biasanya orang akan makan berat sebayak 2 kali di rumah iaitu ketika berbuka dan bersahur, manakala ketika bulan lain, orang cuma makan berat sekali sahaja di rumah iaitu makan malam.

Jika dalam satu keluarga ibu bapa bekerja, anak pula bersekolah, biasanya ibu bapa akan makan tengahari di tempat kerja dan anak-anak akan makan tengahari di kantin sekolah atau tempat transit.

8. Kenaikan harga barang adalah kerana sikap kami. Sikap kami membeli barang lebih dari keperluan. Sikap kami sanggup bayar mahal. Sikap kami kerani yang nak hidup macam pengarah jabatan. Sikap kami sebab beli 3 kereta.

Ya memang semula salah kami. Asal benda buruk je semua salah rakyat. Kerajaan tak pernah salah. Kerajaan semua betul.

9. Dulu kata kenaikan harga gula kerana dapat kurangkan pesakit diabetis. Kali ini nak kenakan cukai pula pada minuman bergula (SSB) yang diimport atau diproses di kilang sebab nak kurangkan jumlah penghidap penyakit kencing manis? Kesian pesakit-pesakit ni mereka juga yang salah sampai harga gula naik dan minuman bergula kena cukai, walaupun aku tak nampak apa signifikan kenaikan harga dan cukai dengan penurunan penyakit ini.

Seperti juga rokok, orang beli rokok bukan sebab mereka memang suka hisap rokok tak kira la harga atau cukai rokok naik berapa banyak pun, mereka akan tetap beli. Sama la macam gula atau minuman bergula, orang beli air tin ke air botol ke sebab mereka memang nak minum, harga atau cukai naik ke kalau mereka nak minum mereka memang akan beli juga. Kuantiti penjualan rokok, gula dan minuman bergula takkan berkurang pun sebaliknya kerajaan dapat duit lebih hasil kenaikan cukai.

So minuman bergula ni lepas ni ada 2 cukai lah ya? Cukai GST dan cukai gula. Bijak bijak.

Apa-apa pun terima kasihlah ya kepada kerajaan kerana begitu prihatin dan mengambil berat kepada kesihatan rakyat.

10. Tu aku belum lagi cerita pasal isu penculikan 4 keluarga oleh kumpulan Abu Sayyaf tu. Seriously aku tak boleh nak hadam dan cari titik temu antara kes dan kenyataan rasmi yang dikeluarkan, tapi... takpe lah. Apa-apa jelah... Yang penting BN terus menang untuk PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar nanti kan?



P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: harga barang bulan ramadhan naik btn bukan kerana gst sikap orang ramai rakyat salah zahid hamidi wang rm12juta disalur ke badan filipina islam kes culik abu sayyaf gadai rumah minta derma sumbangan ahli keluarga mangsa

4 ulasan:

  1. Malaysia kita sudah berjaya...aman makmur bahagia...

    BalasPadam
  2. Pasal isu tax pada gula...buat la..sy galalakkan, pas2 senang sikit sy nak pangkah mana next PRU.

    Pasal Abu Sayyaf..seriously ckp mcm keling. Keluarga mangsa ckp lain, gov ckp lain..pas2 tutup buku cite PRK. Last2 mana tau semua ni agenda tersembunyi, curi rakyat sendiri, pas2 claim 12juta, gov bayar, masuk poket 'penyamun', pas2 habis cite..senang buat duit x perlu ambik komisyen dr projek juta2. Ini just kemungkinan je, tp bila ckp belit2 smpi org ramai pun x caya.

    BalasPadam
  3. Salam kaksemah naik jet bawak beg berbondong2 ,

    Kerajaan akhirnya menyertai 160 negara yang melaksanakan gst walaupun agak terlewat.

    Begitulah bunyinya ayat nak perdaya rakyat. Ingat semua rakyat degree spm sedikit A ke, senang senang nak tipu.

    Apa yang membebankan daripada negara maju kerajaan cepat cepat tiru, tapi apa yang baik tidak pula dicontohi, contohnya;
    1. Gaji ikut jam (per hour) kita masih per month.
    2. Kilang atau lombong untuk rakyat tempatan , di sesetengah tempat pihak kilang yang membina sekolah dan pusat komuniti di sesuatu kawasan tapi di Malaysia , kilang untuk pendatang asing.
    3. Nak masuk U mesti lalui ujian tapisan jika tak lepas mesti diulang, hitler pernah gagal masuk akademi seni begitu juga Yonro dari cerita sin chan yang terpaksa mengulang ujian untuk masuk U, tapi di Malaysia, boleh masuk KU, turunkan graf, melalui kursus tertentu, degree boleh dibeli dengan mudah tanpa skor spm.
    3. Gaji sektor swasta lebih tinggi dan dipandang mulia tapi di Malaysia sektor awam yang lembab dan tidak cekap terlampau dimanjakan hingga cukai dan hasil negara lebih banyak mengalir kepada mereka daripada kepada orang miskin.

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.heee

    BalasPadam
  4. lauk yg sama, saiz yg sama, masakan yg sama tapi bila ramadan harga berbeza..
    trivago?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...