Memaparkan catatan dengan label Romantik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Romantik. Papar semua catatan

Rabu, 22 Jun 2016

11 Gadis Melayu dan cinta khayalan berpisah tiada

So today I saw this video of two lovebirds, dia sewa LIMO tuuuu untuk celebrate bday gf dia.. flower bouquet dia pon besar giler.. hehe.. I have nothing against the video. It’s the fellas’ money and he can do whatever he wants with the money no doubt.. apa salahnya dia nak gf dia jadi pwincesss..

But what got me moved is the amount of people tagging their boyfriends and husband on the video.. Alahai.. kesian kaum adam semalam and hari ni..




Jumaat, 18 Mac 2016

5 Sebuah kisah romantis sadis yang menghayat hati

Romandis, sebuah kisah romantis sadis yang sangat menghayat hati...



Sabtu, 6 Februari 2016

14 Apa yang Wanita Mahu?


Ini persoalan yang sentiasa diutarakan oleh wanita.
Dan lelaki sentiasa tertanya-tanya, APA YANG WANITA MAHU?

Seolah-olah kucing dan laser pointer.
Keliru. Pening.
Tapi peliknya, masih berharap.


Sebenarnya, wanita mahu apa yang kontra dari seorang lelaki.


Selasa, 3 November 2015

20 Cintailah perempuan yang suka membaca

Cintailah perempuan yang membaca. Perempuan yang berhabis duit untuk buku dan bukan baju. Dia punya masalah dengan ruang lemari baju, kerana dia punya terlalu banyak buku. Cintailah perempuan yang punya senarai buku-untuk-dibaca, perempuan yang punya kad perpustakaan sejak dia dua-belas tahun usia.

Carilah perempuan yang membaca. Dialah perempuan yang sentiasa menyimpan buku yang belum dibaca dalam tas tangannya. Dialah yang meninjau-ninjau di dalam kedai buku dengan penuh rasa kasih sayang. Yang menjerit kecil apabila ketemu buku yang dicari. Kau lihat gadis aneh yang mencium bau halaman buku lama di kedai buku terpakai itu? Itulah dia perempuan yang membaca. Dia tidak akan dapat tahan nafsu untuk menghidu halaman buku lama, terutamanya yang sudah mulai kuning.



Khamis, 20 Februari 2014

45 Sujud cium kaki awek sifat lelaki yang romantis

Selain daripada membuat video Gwiyomi dan luahan cinta kepada awek, salah satu sifat lelaki romantis yang perlu ada untuk menggembirakan hati seorang wanita adalah dengan duduk bersujud sambil mencium kaki awek bagi menggambarkan cinta sejati atau true love.



Jumaat, 8 November 2013

15 Couple zaman remaja memang sangat bahagia

Mesra dan romantik sungguh budak2 sekarang bercouple. Belum ada anak dah berpapa mama gitu. Sweet sangat... Bersangka baik, mungkin budak2 ini sudah berkahwin macam pasangan remaja 16 dan 14 tahun yang kahwin muda dulu.



Selasa, 30 Julai 2013

49 Membuat pilihan dalam cinta tiga segi

Ada antara kawan dan kenalan aku yang aku tahu main kayu tiga atau dalam situasi cinta tiga segi, which mean dah ada boyfriend atau girlfriend, tapi dalam masa yang sama ada kekasih lain. Kadang2 ada yang minta pendapat aku antara dua yang mana satu harus dipilih. Dah macam lagu Ukays "Di sana menanti di sini menunggu" pulak dah.



Selasa, 11 Jun 2013

40 Adakah ini yang dinamakan cinta?

Balik dari kerja semalam aku singgah makan di sebuah restoran, di depan meja aku kelihatan sepasang lelaki dan perempuan muda yang aku rasa sebuah pasangan couple. Bukan main mesra lagi mereka berbual, sekali sekala disulami hilai tawa dek usikan nakal, cuit mencuit manja, bergurau senda sambil pegang dan ramas2 tangan, wah sangat romantis...lah sangat!