Memaparkan catatan dengan label Scam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Scam. Papar semua catatan

Selasa, 24 September 2024

0 Agenda meruntuhkan bisnes dan ekonomi Islam?

1. Berkaitan kumpulan syarikat yang ada pasar di Putrajaya tu, ada orang yang kata walaupun dari sudut agama ada yang menyeleweng, tapi dia bagus dari sudut ekonomi dan perniagaan, banyak kita boleh belajar daripadanya untuk meningkatkan ekonomi Melayu Islam.

2. Nope. Kalau nak belajar ekonomi dan perniagaan, baik kau belajar dari Tan Sri Syed Bukhari, Khairul Aming dan banyak lagi orang Melayu Islam yang bagus buat bisnes. Kalau kau belajar bisnes dari cina, kaum lain atau mat saleh pun takde masalah, as long kau tak follow benda yang menyalahi syarak.


Selasa, 30 Ogos 2022

0 Punca orang boleh hilang banyak duit dalam bank

1. Banyak isu orang hilang duit kat bank. Terbaru ada orang lesap RM12K dari akaun bank akibat transaksi dari negara Eropah. Macam mana benda ni boleh berlaku sedangkan limit transaksi dia hanya RM5K, dia berada di Malaysia dan tak terima sebarang notifikasi atau kod TAC melalui SMS?

2. Untuk kes ini aku tak tahu punca sebenar, tapi antara kemungkinannya adalah kecurian dan penipuan nombor kad kredit/debit. Kalau perasan atas kad ATM atau kad kredit kita ada nombor kad kredit/debit 16-digit yang dikeluarkan VISA/Mastercard/American Express dan tarikh luput kad, manakala di belakang kad ada kod CVV/CVC 3-digit. 


Jumaat, 21 Mei 2021

0 Buasir Otak TV: Baiki duit seringgit koyak

Ada wang kertas seringgit yang koyak atau rosak? Jangan risau, ia mudah je untuk dibaiki. Jom tonton animasi ini.


Selasa, 18 Mei 2021

0 Buasir Otak TV: Pergi kedai membaiki jam

Pergi ke kedai nak baiki jam, kedai tutup! Jom tonton animasi ini.


Sabtu, 28 November 2020

1 Buasir Otak TV: Bila skim cepat kaya tersontot

Bila kartun pun lebih pandai dari orang yang join skim cepat kaya, skim ponzi, skim piramid, skim Pak Man Telo, money game, Like dan Share app macam iShareFans yang akhirnya tersontot dan terciduk sebab kena scam. Jom tonton animasi ini.


Ahad, 7 Jun 2020

0 Buasir Otak TV: Pekerja cuba scam bos

Bila bos merasakan pekerja IT di syarikatnya cuba scam dan menipu dengan membeli printer rosak.  Jom tonton animasi ini.



Isnin, 22 Julai 2019

9 Pakcik dan makcik pencen lubuk duit orang MLM

1. Ada seorang pakcik aku baru sahaja pencen beberapa bulan lepas. Aku takde la rapat sangat dengan pakcik aku ni, tapi aku hormatlah dia sebagai seorang adik kepada mak aku. Jumpa pun kadang-kadang setahun sekali masa raya.

2. Tiba-tiba ada satu hari dia Whatsapp aku, cakap dia jual produk supplement yang dikatakan boleh mengubati pelbagai jenis penyakit kronik. Lepas tu dia bagi la aku pamphlet, testimoni, video dan segala jenis material tentang produknya.



Rabu, 24 Oktober 2018

9 Bongkar teknik scam Phishing hack secara langsung

Anda ada email? Facebook? Instagram? Maybank2u? CIMBClicks? Dan pelbagai lagi akaun media sosial dan akaun di Internet?

Adakah anda rasa username dan katalaluan yang gunakan selama ini selamat? Biasa dengarkan ramai orang yang akaun Internetnya digodam atau kena hack?

Selain dari katalaluan yang lemah yang senang diteka, tahu macam mana hackers atau scammers dari kalangan orang biasa boleh dapatkan password anda tanpa mereka perlu berusaha pun untuk hack komputer atau akaun online anda?

Mudah sahaja, mereka cuma gunakan teknik PHISHING.



Ahad, 14 Oktober 2018

5 Bongkar teknik penipuan online scheduled payment

Kita biasa dengar kes peniaga online menipu pembeli di mana selepas pembeli membuat pembayaran duit ke dalam akaun penjual, penjual pun terus hilangkan diri dan tukar nombor telefon. Tapi macam mana kalau peniaga adalah jujur tapi pelanggan pula adalam scammer?

Pelanggan bagi je bukti resit pembayaran melalui email atau Whatsapp kepada penjual, kita pun dengan yakin dan selambanya terus pos barang. Sekali bila check balik akaun, duit tak masuk. Dulu orang edit resit tu pakai Photoshop, tapi cara tu ambil masa, perlukan kemahiran dan senang nak trace penipuan resit tu.



Khamis, 12 Oktober 2017

3 Pengajaran kes doktor gigi palsu lulusan Youtube

Hangat di berita dan media sosial tentang seorang gadis graduan Kolej Vokasional yang diperintah membayar denda RM70,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah menjalankan perusahaan pergigian tanpa lesen, Januari lalu.

Tertuduh Nur Farahanis Ezatty Adli, 20, menukar pengakuan kepada bersalah semalam, sebelum disabit hukuman hari ini, di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyediakan klinik pergigian swasta tanpa didaftarkan mengikut Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) di Bakti Homestay, Jalan Bukit Katil, 10.15 malam, 25 Januari lalu.



Khamis, 11 Mei 2017

1 Mempertahan kesalahan kerana ramai turut buat

Ada satu kisah di mana seorang penjual barangan tiruan yang berjaya di Internet telah ditangkap dan barangan jualannya dirampas oleh pihak berkuasa selepas mendapat laporan daripada pemilik jenama asal produk yang dijual. Dikhabarkan juga terdapat orang yang melaporkan tentang kegiatan tersebut kepada pemilik asal jenama produk lalu mereka bertindak dengan melaporkan kepada pihak berkuasa.


Rabu, 19 April 2017

2 Guna krim beracun untuk putihkan wajah

Dua tiga menjak ini banyak produk kosmetik, skincare dan kecantikan telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengandungi bahan beracun. Founder produk ini pulak selalu klaim produk mereka natural la organik la buat research kat lab la tapi nama kilang ke nama makmal ke tak letak pun.



Selasa, 18 April 2017

2 Sampai bila nak mereput kerja makan gaji?

Selain daripada suka menayang kereta mewah upline dia, sesetengah orang MLM ni suka merendah dan memandang hina pada orang yang kerja makan gaji semata-mata nak paksa orang jadi downline MLM dia.

Habis tu kalau semua orang kerja jual produk MLM, siapa yang nak kerja makan gaji? Siapa nak kerja jadi cikgu? Siapa nak jadi tentera? Siapa nak jadi doktor? Siapa nak jadi mekanik?

Nak ajak orang join pun tak perlu paksa dan hina pekerjaan mereka. Kutuk-kutuk pun duit diorang hasil kerja makan gaji jugak yang kau terhegeh-hegehkan.



Selasa, 15 November 2016

15 Fenomena supermoon bukti bumi itu rata bukan sfera

Semalam 14 November 2016 berlakunya fenomena yang digelar Supermoon ataupun Bulan Penuh Perigee di mana bulan akan berada pada kedudukan paling hampir dengan Bumi menyebabkan bulan kelihatan lebih besar daripada biasa. Supermoon kali ini adalah yang paling besar dan terang sejak tahun 1948, bermakna dari 1948 hinggalah tahun 2016, dalam banyak-banyak supermoon, bulan kali ini yang paling hampir dengan planet Bumi kita.



Selasa, 4 Oktober 2016

4 Membongkar penipuan itu perbuatan hasad dengki

Tahukah anda, pada zaman sekarang, membongkar suatu penipuan itu kini disifatkan sebagai satu perbuatan hina yang penuh hasad dengki semata-mata untuk menjatuhkan orang Melayu. Selepas ini kalau tahu suatu penipuan, tutup mata sahaja dan teruskan menjilat ramai-ramai ya. Biar kita menipu dan sanggup ditipu asalkan berjaya, kan?

Kah kah kah!



Ahad, 2 Oktober 2016

11 Tipu tetap salah tak boleh ditutup dengan jasa

Aku rasa semua orang pun dah tahu isu yang melibatkan seorang penceramah motivasi perniagaan terkenal di mana beliau dikatakan telah memperoleh Ijazah Kehormat Doktor (PhD) dalam bidang Keusahawanan dan Perniagaan dari pelbagai universiti yang membolehkan beliau menggunakan gelaran Dr. namun telah dinafikan melalui kenyaataan rasmi oleh 3 universiti setakat ini iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL).



Rabu, 6 April 2016

10 Jual hanya sekali di Internet tetap kena daftar

Individu yang ingin menjual barangan di internet perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), bermula tahun depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata pihaknya sedang merangka peraturan melibatkan kesemua penjualan barangan termasuk secara "one-off" (sekali sahaja).

"Walaupun hanya menjual satu barangan seperti telefon secara dalam talian, harus mendaftar dengan SSM dan barangan itu perlu terjual dalam masa 30 hari.

"Sekiranya barangan itu tidak terjual dalam tempoh 30 hari, penjual perlu memohon semula untuk satu lagi tempoh 30 hari," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan cawangan Farmasi Constant di sini semalam.



Ahad, 24 Januari 2016

17 Kad jimat yang sangat ajaib dan berkuasa luar biasa

Akhir-akhir ini kad jimat ajaib semakin hangat diperkatakan di media-media sosial. Setelah aku sendiri mencuba kad jimat ajaib tersebut, maka terbukti kad jimat ajaib memang ternyata sangat berkesan. Ia bukan sahaja boleh menjimatkan petrol, bil elektrik, bil air, menyembuhkan bayi kekuningan, sakit gout, demam, cirit birit, buasir dan lain-lain penyakit malah juga boleh digunakan di tol dan mesin ATM. Inilah testimoni aku sendiri sebagai pengguna kad jimat ajaib.



Jumaat, 22 Januari 2016

7 Online scammer bangsat menagih derma palsu

Kalau dulu kita biasa dengar scammer menipu orang dalam perniagaan online, sekarang scammer sudah naik ke tahap yang lebih tinggi. Mereka bukan sekadar jual barang kat Internet, lepas orang bank in duit terus lesap tutup handphone semua, tapi dah sampai ke tahap hilang sifat kemanusiaan sampai sanggup mempergunakan penderitaan dan nasib malang orang lain untuk mengutip derma secara online. Inilah antara salah satu golongan Oportunis Bangsat yang pernah aku tulis sebelum ini yang sanggup mengambil kesempatan atas kelemahan dan musibah orang lain.


Jumaat, 11 Disember 2015

13 MLM, rich network dan kereta mewah berpisah tiada

MLM, rangkaian kaya/rich network, skim cepat kaya, pelaburan scam dan kereta mewah berpisah tiada. Ya, walaupun taktik ini sudah di'recycle' banyak kali pun masih ada lagi yang percaya. Cuba ubah taktik sikit tayang rumah ke, jet peribadi ke, kapal mewah persendirian ke. Kereta mewah yang ditayang tu pun bukannya sendiri punya pun, sama ada tayang kereta upline, atau kereta sewa, atau beli kereta buat personal loan, atau ambik gambar curi2 kereta orang lain. Seriously, kenapa orang2 terkaya kat Malaysia mahupun dunia pun takde nak tayang kereta mewah mereka kat media soSIAL untuk tarik orang beli produk atau join mereka?