Isnin, 22 Julai 2019

9 Pakcik dan makcik pencen lubuk duit orang MLM

1. Ada seorang pakcik aku baru sahaja pencen beberapa bulan lepas. Aku takde la rapat sangat dengan pakcik aku ni, tapi aku hormatlah dia sebagai seorang adik kepada mak aku. Jumpa pun kadang-kadang setahun sekali masa raya.

2. Tiba-tiba ada satu hari dia Whatsapp aku, cakap dia jual produk supplement yang dikatakan boleh mengubati pelbagai jenis penyakit kronik. Lepas tu dia bagi la aku pamphlet, testimoni, video dan segala jenis material tentang produknya.


3. Sebab dia pakcik aku, aku tanya la jugak satu set berapa ringgit. Dia cakap 5 botol dalam RM2,000 boleh tahan 2 bulan. Tapi kalau nak lagi murah, boleh join sebagai ahli malah boleh jana pendapatan.

4. Aku ni dah lah benci gila dengan MLM, sekali bila pakcik aku sendiri promote MLM, aku rasa awkward gila. Nak tibai MLM, dia pakcik aku nanti dia ingat tak hormat dia pulak. Jadi aku cuma mampu berdiam diri je bila dia asyik hantar Whatsapp promote produk MLM dia. Tapi lepas tu aku dapat tahu dia cuba pula pancing ibu aku dan juga adik beradik aku yang lain.

5. Inilah antara masalah dengan sebahagian pakcik makcik bila dah pencen atau besara. Biasalah bila dah bersara ni mereka akan dapat duit bertimbun. Kalau yang kerja kerajaan tu dapat lah wang ganjaran dan GCR, kalau yang kerja swasta tu dapat lah wang KWSP.

6. Bila mereka ini tiba-tiba pegang duit yang banyak, mereka tak tahu nak buat apa. Yelah sebelum ni mereka cuma kerja makan gaji, ni bila dah tak kerja makan gaji, mereka tak tahu apa nak dibuat dengan duit banyak-banyak ni.

7. Biasanya mereka akan cuba mulakan perniagaan, namun bukan mudah untuk mereka ini berniaga sebab dah lama sangat kerja makan gaji, jadi langsung tidak ada ilmu dan pengalaman berniaga.

8. Jadi di sinilah bermulanya agen-agen MLM ini mengambil kesempatan. Bagi mereka pakcik makcik pencen ini lubuk duit. Mereka tahu pakcik makcik pencen ini banyak duit tapi tak tahu nak guna duit tu untuk apa, lalu mereka pun pancinglah pakcik makcik pencen ini untuk sertai perniagaan MLM mereka.

9. Pakcik makcik pencen ini pula bila ada orang boleh janjikan pulangan berkali-kali ganda bila sertai MLM mereka, ramai yang tertipu dan terpengaruh lalu sanggup laburkan wang yang banyak untuk menjadi ahli dan membeli banyak produk yang berharga ribuan ringgit.

10. Kemudian upline mereka suruh pula pakcik makcik pencen ini cari downline kalau nak dapat pulangan. Jadi siapa yang biasanya jadi mangsa seterusnya? Ahli keluarga terdekat pakcik makcik pencen inilah. Dia terpaksalah pancing adik beradik dia, pasangan dia, anak-anak dia dan anak-anak saudara dia.

11. Dia takpelah keluar modal RM50,000 pun untuk MLM scam dia tu sebab dia banyak duit pencen. Yang anak saudara dia ni nak keluar RM2,000 untuk beli produk yang dia tak perlu pun rasa sakit tahu tak. RM2,000 tu dah bersamaan setengah bulan gaji, lepas tu kena maintain pulak bayar setiap bulan.

12. Bukan setakat suruh beli produk, suruh pula kita join jadi ahli, kena ada komitmen beli produk setiap bulan, kena pergi cari orang, kena pergi seminar kat hotel ntah mana-mana. Pakcik tu dah pencen boleh la pergi sana sini promote MLM, yang lain ni ingat takde kerja, takde komitmen lain nak buat?

13. Produk yang dijual pula dah la bukannya murah. Beli supplement harga sampai beribu-ribu. Kau pergi beli supplement kat farmasi pun tak sampai ribu-ribu la harga. Ini lah masalahnya dengan perniagaan yang modelnya MLM. Benda murah tapi jual harga mahal macam celaka sebab nak tampung pendapatan kat ahli terutama ahli-ahli kat bahagian atas piramid. Yang bahagian bawah piramid ni bodoh-bodoh je kayakan orang atas mereka.

14. Selepas bersara tak salah nak berniaga, tapi buat la bisnes betul-betul. Cari ilmu, masuk kursus perniagaan, lepas tu bukak la restoran ke, kedai dobi ke, carwash ke, kedai pakaian ke, jual barang online ke, janji kau berniaga betul-betul, jual barang atau perkhidmatan. Yang pasti MLM bukan perniagaan tapi scam.

15. Percayalah, berapa lama je pun MLM ni boleh bertahan. Dia sama ada kau yang lingkup dulu, atau syarikat MLM kau yang lingkup. Lepas tu pengasas MLM tu cabut lari asaskan pula MLM baru, yang kau terkontang kanting sebab duit pencen semua dah hangus.

16. Kalau tak reti berniaga atau tak mahu berniaga, simpan jelah duit tu dalam Tabung Haji buat pergi umrah atau haji kalau belum pergi lagi, atau pergi melancong ke negara lain, tak pun biaya anak-anak kau nak belajar kat universiti, atau laburkan duit kau dalam ASB, mutual fund atau amanah saham yang boleh dipercayai, cukup setahun kau kutip je dividen, boleh la buat belanja atau sedekah buat saham akhirat.

17. Lagipun nak kaya-kaya sangat pun nak pergi mana? Bila dah bersara nanti umur pun dah 60 tahun. Yang ada anak tu pun mungkin dah besar-besar dah ada kerja, keluarga dan kehidupan sendiri dah pun. Jadi tak perlulah nak beria-ria cari duit banyak sangat, silap-silap duit dah banyak tapi kita tak sempat nak rasa pun.

18. Itu kalau duit banyak, kalau yang terlingkup tengah jalan, langsung tak merasa duit pencen sebab orang lain dah rembat. Sia-sia kerja selama 30 tahun hanya untuk duit dirembat orang lain. Jadi kesimpulannya kalau dah senang, janganlah jadi bodoh. Kalau dah bodoh, janganlah pula menyusahkan orang lain.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.


https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: pakcik makcik pencen bersara lubuk duit orang mlm scam rich network job kerja vs

9 ulasan:

  1. Assalam, pada aku, kalau tak mahu join, kita reject, cakap elok-elok.kalau Nak ikutkan, sedara-mata aku ramai dok promote produk, ubat, kosmetik Dan barangan kesihatan, tapi kalau tak jalan juga, baru sound setepek, Masa kita susah tak de diaorg peduli

    BalasPadam
  2. Mlm bkn semua scam bro. Maybe ko terkena company yg buat scammer. Apa2 pun terpulang kt diri sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. komen cmni mlm xkan mati smpi bila2 adeh

      Padam
    2. Ko tknk buat lantak ko la. Ramai jer yg nk join. Puuiihhh

      Padam
  3. Balasan
    1. Bisjut kepala bapak ko. Lahanat

      Padam
  4. Ko sendiri pemalas. Pastu ko nk butthurt org yg join mlm ni lg rajin drpd ko. Forever miskin

    BalasPadam
  5. mlm tu Melayu Lingkup Melayu...

    BalasPadam
  6. MLM tu Melayu Tipu Melayu...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.