Jumaat, 19 Julai 2019

1 Menjadi pengasas skim piramid dosa dengan troll

1. Aku memang suka menulis ulasan atau kritikan tentang isu politik, tapi bukan dengan kutuk, kecaman, hinaan, fitnah atau troll ahli politik. Kalau yang dah follow aku lama, sejak dari zaman BN jadi kerajaan lagi aku dah kritik kerajaan, tapi kalau ada pemimpin yang dijadikan bahan fitnah atau troll, aku akan beritahu benda tu tak betul dan tak baik.

2. Antara yang popular masa tu, ada orang edit akhbar Utusan Malaysia letak gambar isteri DS Najib dengan tajuk "Beli cincin sendiri guna duit menabung dari kecil - Rosmah". Sejak dari tu semua orang percaya dan troll Rosmah pasal menabung dari kecil sedangkan dia tak pernah pun cakap macam tu. Itu belum lagi bersepahnya gambar pemimpin politik yang diedit dengan hidung babi.


3. Sama juga dengan kerajaan PH hari ini. Kalau ada apa-apa isu, kita boleh sahaja ulas, memberi pandangan, kritik, berhujah dan berdebat secara berhemah, tapi tak perlulah buat troll, edit gambar, edit video yang menghina dan mengaibkan lebih-lebih sehingga melampaui batas.

4. Macam isu baru-baru ini, ada menteri yang terakam secara langsung dia sedang menguap tak tutup mulut dalam Dewan Rakyat. Kalau nak tegur dia, kau tulislah artikel 1,000 patah perkataan masukkan segala hadis pun bagi aku takde masalah.

5. Tapi bila kau edit gambar dia, buat video, jadikan animated gif dalam bentuk yang sangat hina dan mengaibkan, macam yang selalu dibuat oleh sebuah page troll popular acah-acah neutral, bagi aku benda tu sangat tak patut dan kebudak-budakan. Lepas tu kau ajak pula semua fans kau yang beratus ribu tu gunakan bahan troll kau untuk disebar dan dispam di ruangan komen di merata tempat.

6. Aku sendiri bukanlah baik mana, tapi aku tahu kalau aku buat benda tak baik, aku tak ajak orang lain buat sekali. Ini sudahlah kau buat dosa, lepas tu ajak orang lain ramai-ramai sebar dosa dan tambah lagi dosa kau. Rasa-rasa amalan pahala kita ni dah banyak sangat ke sampai kalau kita jadi pengasas kepada skim piramid dosa, pahala kita boleh cover dosa-dosa tu?

7. Mungkin pencipta bahan troll hina ni jenis seorang yang non-practicing muslim, atau muslim atas IC sahaja, atau bukan muslim atau mungkin atheist, tapi muslim lain yang tukang kongsi dan sebar bahan troll hina tu pun pun takkan tak tahu dosa pahala? Rasa bangga ke dapat hina orang? Rasa bangga ke dapat buat dosa? Ada rasa bangga ke bila mana hasil dosa kita disebar luas pula ke merata tempat?

8. Kita ini selagi hidup di dunia pasti ada impian dan harapan untuk membuat sesuatu yang boleh membuatkan pahala terus mengalir termasuklah selepas kita mati, seperti ilmu yang disebar luas, mewariskan kitab agama, memberi sumbangan untuk pembinaan masjid/surau, harta yang disedekahkan, di mana selagi mana orang lain mendapat manfaat daripadanya, kita akan dapat pahala yang berterusan.

9. Tapi ini ada pula yang mahu membuat sesuatu yang dosanya boleh mengalir berterusan. Begitu gigih buat dosa dengan cipta bahan troll, hina dan aibkan orang, lepas tu suruh pula orang lain menyebarluaskan hasil kita. Tak fikir ke selagi mana orang kongsikan hasil troll kita, mungkin selagi itu dosa akan terus mengalir pada diri kita termasuk selepas kita mati? Berbaloikah?

10. Kita semua dah dewasa bukannya budak-budak. Nak troll bahan ejek-ejek orang, edit-edit video, superimpose gambar sepatutnya bukan level-level kita dah. Ini umur dah 20-an, 30-an malah 40-an, tapi perangai masih macam budak-budak. Tengoklah 10, 20 tahun akan datang nanti, bila anak-anak kau pun dah besar, kau pun dah nak level atuk-atuk, bila kau kenang balik apa yang kau buat 10, 20 tahun lepas, mesti kau akan rasa malu dan kesal.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.


https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: bangga berbaloi menjadi pengasas founder troll skim piramid dosa berkongsi menyebar luas pemimpin kerajaan najib rosmah mujahid azmin anwar

1 ulasan:

  1. sedih gak terimas atas nasihat arini start unlike page troll yg sebar2 benda ntuk jenaka saja....sedih hanya sedikit hal orang ambil berat hal ni.....

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.