Isnin, 8 Julai 2019

3 Orang yang sedang bersedih tidak perlukan hinaan

Ada sebuah perkongsian yang berlaku pada tahun lepas namun kembali tular di media sosial baru-baru ini. Kisah ini tentang seorang lelaki yang berjalan kaki berpuluh kilometer membawa diri dan tumpang tidur di kedai 7-Eleven akibat kecewa dimaki dan dimalukan isteri di depan keluarga isterinya.






Setelah setahun berlalu, aku tidak tahu apa sudah jadi pada lelaki ini dan keluarganya. Adakah masih bersama, adakah isterinya sudah berubah sikap, aku tidak tahu.

Namun apa yang aku sedih adalah apabila ada segelintir netizen yang melemparkan kata-kata hinaan oleh netizen dengan komen-komen seperti lelaki dayus, bacul, takut bini, bodoh menyusahkan diri sendiri dan sebagainya.

Beginilah.
Manusia dijadikan dengan pelbagai ciri-ciri dan sifat.

Ada orang hati keras, ada orang hati lembut.
Ada orang jenis lepas, ada orang jenis pendam.
Ada orang kurang sabar, ada orang kuat sabar.
Ada orang cepat tangkap, ada orang sangat lurus.
Ada orang kuat marah, ada orang tidak pandai marah.
Ada orang hati kering, ada orang kuat merajuk.

Jadi mungkin apa yang dia buat tu kita rasa perkara yang bodoh, tapi pada dia mungkin itulah tindakan yang paling terbaik mampu dia lakukan pada ketika itu.

Mungkin dia tak mahu membalas dan menengking semula isterinya depan keluarganya kerana mahu menjaga air muka isterinya.

Mungkin dia mengambil keputusan berjalan kaki pulang ke rumah dengan isteri dan keluarga isterinya akan sedar akan kesilapan mereka dan pujuk dia balik.

Malangnya, tiada siapa yang peduli. Isterinya tidak ambil berat. Keluarga isterinya tidak kisah. Tiada seorang pun yang telefon atau cari dia balik.

Kalau isteri pun dah tak sayang, tak hormat, tidak mengambil berat, tiada guna lagi hidup berumahtangga. Jadi pada aku lebih baik mereka berpisah dari laki itu hidup terseksa sebegitu sepanjang hayat.

Mungkin kalau apa-apa terjadi pada dia malam tu, terlibat dengan kemalangan, kena rompak, kena bunuh, meninggal dunia dan sebagainya, barulah isteri dan keluarga isterinya menyesal dan terhegeh-hegeh nak tunjukkan yang mereka konon-konon mengambil berat namun semuanya dah terlambat.

Orang yang sedang bersedih ini, kalau kita tidak mampu tolong dari segi wang, tenaga dan nasihat, sekurang-kurangnya dengar luahan hatinya. Jadi pendengar yang setia pun sudah cukup untuk mengurangkan kesedihan di hatinya.

Yang penting, dia tidak perlukan hinaan dari siapa-siapa. Sebarang hinaan dan kutukan tidak akan mengurangkan kesedihannya pun. Kita tak berada di tempat beliau, kita tak kenal beliau, jadi kita sebenarnya tak layak nak hukum dia.

Apa yang kita boleh buat adalah bersimpati dan berdoa semoga kehidupan beliau lebih baik selepas ini.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.


https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: orang bersedih tidak perlukan hinaan cacian makian kutukan lelaki kecewa merajuk bawa hati diri tidur 7e pontian ulu pulai jalan kaki isteri tengking

3 ulasan:

  1. Kawinlahh lagii..ceraikn saja bini ko tuu..😮🤑😜


    Jualan komik mcm mana noob..pelan2 kayuh noob..biar sampai tujuan..📖📗🚲🚲

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada yang dah habis stok, ada yang ada lagi. Nak beli tak?

      Padam
  2. Orang perempuan ni satu je.. Mana pernah puas hati dengan apa yang ada.. Konon nak dapat laki bagus, tak merokok, bukan kaki lepak.. Tapi bila dapat yang bagus, ada lagi yang dia tak puas.. Mcm dalam cerita tu lah, perangai buat kat laki kalah mak tiri dia punya perangai.. Untung la laki tu bukan jenis naik tangan, jenis ikut ja.. Tapi tu lah, perempuan susah nak sedar diri.. Rasanya salah didikan mak bapaknya dari kecik, tak pernah pesan baik2 dengan laki tu.. ����

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.