Khamis, 25 Julai 2019

7 Kelebihan berkahwin awal dan berkahwin lambat

Bab kahwin adalah hal yang seringkali dibincang dan diperdebatkan, antaranya tentang kahwin awal, kahwin lambat, poligami, kahwin lelaki muda, kahwin perempuan tua, kahwin bawah umur, hantaran tinggi, hantaran rendah, kahwin pilihan sendiri, kahwin pilihan ibu bapa, bercinta sebelum kahwin, bercinta selepas kahwin, penceraian dan sebagainya.

Dari sudut hukum Islam pula, pernikahan boleh jadi wajib, sunat, harus, makruh dan haram, bergantung kepada keadaan.

Untuk kali ini aku nak kupas sedikit antara kelebihan berkahwin awal dan juga kelebihan berkahwin lambat. Kekurangannya pula boleh terbalikkan sahaja kelebihan masing-masing.


KELEBIHAN KAHWIN AWAL

1. Dapat membuat perancangan jangka panjang dan memulakan kehidupan bekeluarga lebih awal seperti rumah, kenderaan, barangan keperluan rumah dan sebagainya.

2. Jika dapat anak di usia yang muda, bila kita sudah mencapai umur 50-an anak-anak  pun sudah besar, sudah boleh berdikari dan boleh uruskan diri sendiri.

3. Dapat merasai nikmat hubungan intim lebih awal dan lebih berkualiti tatkala tenaga masih kuat dan cergas serta libido masih tinggi.

4. Mempunyai isteri yang belum melewati usia subur untuk hamil dan melahirkan anak, oleh itu dapat mengurangkan risiko dan implikasi hamil pada usia lewat.

5. Dapat luangkan lebih banyak masa bersama pasangan yang kita cintai di usia muda sehingga tua sepanjang hayat kita.

6. Dapat mengelakkan orang yang kita suka terlepas ke tangan orang lain kerana dia terlalu lama menunggu kita tatkala persaingannya pun banyak.

KELEBIHAN KAHWIN LAMBAT

1. Mempunyai lebih masa dalam mencari orang yang betul-betul ideal dan matang untuk dijadikan pasangan hidup sepanjang hayat.

2. Mempunyai banyak masa untuk belajar dan siapkan diri dengan ilmu percintaan, rumahtangga dan kekeluargaan agar lebih bersedia untuk menempuh alam perkahwinan.

3. Lebih mudah dan mempunyai banyak masa untuk berusaha mengejar impian dan cita-cita dalam bidang kerjaya atau pendidikan kerana tidak mempunyai komitmen rumahtangga.

4. Boleh luangkan lebih banyak masa untuk berbakti kepada ibu bapa serta membuat kerja-kerja amal untuk komuniti setempat dan masyarakat.

5. Boleh kumpul lebih banyak wang simpanan, stabilkan tahap kewangan dan kukuhkan ekonomi sendiri dahulu kerana hanya ada satu mulut untuk disuap.

6. Mempunyai lebih kebebasan untuk melakukan hobi, minat, makan makanan kegemaran dan buat apa sahaja yang kita suka tanpa ada kekangan rumahtangga.


* * * * * * * * * *

Kesimpulannya, kahwin awal di usia muda atau lewat masing-masing ada kelebihan, dan juga kekurangan. Kalau nak kahwin awal, usaha cari jodoh untuk kahwin awal. Kalau rasa belum bersedia untuk kahwin cepat, ambil masa untuk fokus pada diri sendiri dulu.

Paling utama hal kahwin ini bukannya perlumbaan, yang kahwin dulu bukan bermakna menang, yang kahwin kemudian bukan bermakna kalah. Tiada siapa-siapa yang lebih dari orang lain.
Kalau ada orang mahu kahwin awal, biarlah. Kalau orang mahu kahwin lambat, biarlah. Kalau orang memilih untuk tidak berkahwin pun, terpulang, kehidupan masing-masing. Tak perlu kutuk, tak perlu sindir. Setiap orang berhak membuat pilihan untuk menentukan kehidupannya sendiri, jadi hormatilah pilihan orang lain.

Kahwin cerai ini semua berkaitan jodoh, dan seperti yang kita semua maklum jodoh semua adalah ketetapan Tuhan. Ada orang bercinta 10 tahun pun kalau tiada jodoh tak kahwin juga. Orang kalau kahwin 20 tahun pun kalau dah tiada jodoh akan bercerai jua.

Jadi tak kira sama ada kahwin awal atau lambat, yang penting sentiasa penuhkan ilmu di dada, kerana kahwin ini bukan sekadar hidup dan tidur bersama, malah ia datang dengan tanggungjawab, ujian, kelebihan dan kekurangan pasangan, penerimaan dan penolakan, kesabaran, ketahanan, toleransi, perubahan, peningkatan dan perubahan, kegembiraan dan kesedihan, nikmat dan musibah, kebahagiaan dan juga kesusahan.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.


https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: kelebihan keburukan kebaikan kekurangan kelemahan berkahwin kahwin awal muda lambat lewat

7 ulasan:

  1. Hahaha topik menarik

    Saya kahwin lewat, soklan dr pejabat kadi pun cuma satu: "Kenapa lewat?" Tu je soklan dia.

    Alhamdulillah. Kawin lewat berjaya lengkapkan segala keperluan berumahtangga. Isteri cuci kaki je.

    Perancangan untuk pendidikan anak-anak pun nampak teratur tak perlu buat pinjaman PTPTN, MARA bagai tu.

    Ini pengalaman saya

    BalasPadam
  2. Nooob dh kawin belom?..😂😁😀

    BalasPadam
  3. Noob.. kawin cepat ngan lambat ni.. stended pengiraan umur berapa? aku lelaki kawin umur 28..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pasti standard berapa. Kalau ikut aku umur ideal dalam lingkungan 25-27. Tapi kalau ikut purata rakyat Malaysia sekarang lelaki umur 28, perempuan umur 25.7 tahun. Purata keseluruhan 26.9 tahun.

      Padam
  4. Apa yg saya nampak ramai yang suka berkahwin awal walau pun belum cukup bersedia terutama dari segi kewangan. Kehidupan rumah tangga jadi berserabut bila anak bertambah.


    BalasPadam
  5. Kahwin lambat le best, nanti tak puas enjoy, kalau betul betul bersedia baru kahwin, ini tak, dah kahwin tapi perangai macam org bujang, lepak sampai jauh malam, yang bini pun, still keluar dgn kawan kawan pergi traveling macam tak de laki.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.