Rabu, 10 Julai 2019

0 Membuang organ badan atas dasar hak asasi manusia

Lelaki lembut, itu biasa.
Wanita lasak, itu biasa.

Yang luar biasa apabila lelaki mahu merubah diri menjadi wanita, dan juga sebaliknya.

Doktor dan klinik/hospital (biasanya di luar negara) yang membantu mereka merubah jantina juga bagi aku suatu yang tidak beretika.


Kalau aku pergi ke hospital, cakap kat doktor aku nak potong sebatang jari aku yang masih elok, atas alasan badan aku hak aku, dan aku memilih untuk menjadi golongan kelainan upaya (supaya aku boleh menikmati segala kelebihan dan kemudahan golongan OKU dapat), adakah doktor akan benarkan?

Atau aku cakap pada doktor untuk berhentikan jantung aku, atas alasan badan aku hak aku, jadi aku memilih untuk mati, adakah doktor akan benarkan? Pasti aku akan dihambat keluar dari hospital atau dirujuk ke jabatan psikiatrik dan kesihatan mental.

Tapi kenapa bila ada lelaki berjumpa doktor mahu kemaluannya yang masih berfungsi betul dipotong kerana mahu menjadi wanita, atau wanita yang mahu payudaranya yang masih elok dibuang kerana mahu menjadi lelaki, dengan alasan badan aku hak aku, ia dibolehkan pula?

Kenapa doktor sanggup membedah dan membuang organ yang masih sihat itu, atas alasan itu adalah hak tuan punya badan?

Kenapa?

Kalau orang nak potong kaki yang sihat, orang anggap dia gila. Hantar ke jabatan psikiatrik buat rawatan.

Kalau orang nak bunuh diri, orang anggap dia ada masalah kesihatan mental. Pergi jumpa pakar psikiatrik buat rawatan.

Jadi kenapa orang yang nak potong kemaluan dan payudara yang sihat, orang tak anggap dia ada masalah mental, tiada pula dirujuk jumpa pakar psikiatrik untuk diberi kaunseling, malah dibiar, disokong dan dibenarkan pula untuk dibedah?

Kerana apa?

Kerana dunia sudah gila.

Malaysia ni pun nasib sebab perlembagaan kita ada meletakkan agama Islam di tahap paling atas, jadi kita tak melakukan benda-benda macam tu sebab agama kita larang.

Tapi kalaulah agama dipisahkan dari pentadbiran negara, jadilah macam negara-negara lain, yang mungkin maju dari sudut sains dan teknologi, namun tidak dari sudut cara hidup yang berakhlak dan bertamadun.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.


https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: kenapa potong kemaluan zakar faraj payudara tetek boleh tukar jantina bedah buang kaki tangan organ sihat bunuh diri lgbt pondan mak nyah pengkid penkid tomboy transgender

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.