Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan

Isnin, 20 Jun 2022

0 Hidup cemerlang namun kesihatan mental terjejas

1. SPM adalah titik mula untuk seseorang meneruskan laluan bidang kerjaya, namun sama ada cemerlang atau gagal SPM, ia bukanlah penentu kebahagiaan dan kegembiraan dalam hidup.

2. Aku tak nak tulis artikel panjang-panjang compare kisah hidup aku dengan orang lain sebab kehidupan setiap manusia tak sama. Tak perlu tulis apa sebarang tips dan skillset tambahan yang kena ada untuk berjaya dalam kerjaya sebab benda tu semua common dan orang dah tahu dah pun.


Selasa, 13 Julai 2021

0 Buasir Otak TV: Lutut rasa sakit bila ditekan

Bila kau jumpa doktor sebab rasa sakit kat lutut setiap kali apabila ditekan. Jom tonton animasi ini.


Isnin, 14 Jun 2021

0 Buasir Otak TV: Setiap kali tulang jari patah

Setiap kali jumpa doktor sebab patah tulang jari.  Jom tonton animasi ini.


Jumaat, 28 Mei 2021

0 Buasir Otak TV: Gagal tempah slot janji temu vaksin

Bila kau gagal tempah slot janji temu vaksin sebab website hang ramai sangat yang masuk. Jom tonton animasi ini.


Isnin, 25 Januari 2021

0 Andai Frontliners tidak lagi peduli

Walaupun kes baru dah mencecah 4 angka setiap hari, namun ramai yang masih buat tak kisah macam takde apa-apa yang berlaku. Yakin sangat macam diri kita takkan kena. 

Kita tak peduli kerana rasa benda ni ada Frontliners boleh uruskan. Frontliners ada untuk jaga pesakit, Frontliners ada untuk uruskan pesakit, Frontliners ada untuk merawat pesakit, Frontliners ada untuk berjaga 25 jam sehari. 

Tapi apa yang kita lupa, Frontliners juga adalah manusia, sama sahaja seperti kita, ada keluarga seperti kita, tak lebih, tak kurang. Mereka bukan superhero yang ada kuasa luar biasa. Biologi tubuh badan mereka sama sahaja seperti kita. Jiwa dan raga mereka sama sahaja seperti manusia biasa. 


Ahad, 4 Oktober 2020

0 Buasir Otak TV: Pemakai gelang pink takde otak

Bila kes Kobid-19 semakin banyak sebab ada golongan pemakai gelang pink takde otak yang baru balik dari luar negara atau negeri yang sepatutnya kena kuarantin 14 hari tapi degil pergi keluar juga ke sana ke sini. Jom tonton video animasi ini.


Rabu, 10 Julai 2019

0 Membuang organ badan atas dasar hak asasi manusia

Lelaki lembut, itu biasa.
Wanita lasak, itu biasa.

Yang luar biasa apabila lelaki mahu merubah diri menjadi wanita, dan juga sebaliknya.

Doktor dan klinik/hospital (biasanya di luar negara) yang membantu mereka merubah jantina juga bagi aku suatu yang tidak beretika.



Selasa, 24 Januari 2017

6 Tips kekal kurus tanpa ubat, diet dan senaman

Biasa kita lihat ramai orang yang pada zaman kanak-kanak, remaja dan ketika umur awal 20-an berbadan kurus, namun semakin lama semakin gemuk, muka semakin bulat, perut semakin boroi, seiring dengan peningkatan usia, apatah lagi selepas berkahwin. Kadang-kadang macam tak sangka, orang yang pada awal usia 20-an hanya seberat 65kg, tapi bila dah masuk usia 30 berat badan mencecah 90kg. Selalu kita dengar orang cakap terutama pada orang lelaki, badan mereka naik sebab gembira, bini masak sedap kat rumah. Namun sebenarnya perubahan berat badan ini berkait rapat dengan perubahan gaya hidup kita dulu dan sekarang.



Isnin, 31 Oktober 2016

8 Cinta terhalang oleh halangan biologi

Biasa kita dengar, cinta terhalang oleh orang tua, terhalang kerana orang ketiga, terhalang kerana harta, darjat dan pangkat, namun jarang kita dengar cinta terhalang oleh halangan biologi. Kalau yang belum pernah dengar atau tak tahu, ya... ia memang wujud.

Andaikan situasi ini, anda bercinta dengan seorang lelaki/perempuan dan merancang untuk berkahwin. Bila anda berdua membuat medical checkup dan ujian darah, didapati anda berdua merupakan pembawa genetik yang tidak boleh bercampur atau darah anda tidak sesuai untuk bersama. Sekiranya anda berkahwin juga, anak anda akan berisiko besar untuk mendapat penyakit kronik.



Jumaat, 27 Mei 2016

2 Kenali penyakit kepala air atau Hydrocephalus

Penyakit hydrocephalus adalah nama yang cukup asing bagi kebanyakkan di antara kita. Kurangnya pendedahan menyebabkan penyakit ini dianggap sebagai sesuatu yang mustahil untuk dirawat. Buktinya ketika kecil YY pernah melihat atau mendengar jiran mempunyai masalah yang sama. Tapi mereka semua meninggal pada usia muda kerana ibubapa mereka tidak mengetahui wujudnya rawatan khusus untuk penyakit tersebut.



Selasa, 12 April 2016

4 Persekitaran tempat kerja sihat VS tidak sihat

Adakah sekarang ini anda bekerja dalam suasana dan persekitaran yang sihat? Adakah pejabat anda mempunyai pencahayaan yang baik, dekorasi yang menyakitkan mata, warna dinding yang menjengkelkan, rakan sekerja yang tak suka bagi kerjasama, bos yang suka marah anda depan orang lain dan sebagainya?

Persekitaran kerja berkait rapat dan boleh mempengaruhi moral, motivasi dan semangat bekerja kakitangan. Persekitaran kerja yang bagus dapat meningkatkan produktiviti dan semangat bekerja, manakala persekitaran kerja yang teruk boleh menurunkan motivasi dan semangat untuk bekerja.



Sabtu, 8 Ogos 2015

19 Susu lembu membentuk akhlak manusia serupa lembu

Viral pula sedutan daripada rancangan bual biacara Fiqh Wanita di TV3 yang menceritakan tentang kebaikan susu ibu. Tidak dinafikan susu ibu manusia atau breast milk atau breastfeeding itu jauh lebih baik untuk bayi berbanding segala jenis susu di dalam dunia ini kerana bukan sahaja ia adalah fitrah alam malah dari segi saintifiknya nutrisi yang dibekalkan adalah jauh lebih berkhasiat berbanding susu2 lain terutama susu kambing dan lembu.

Seperti yang kita tahu, hampir semua kehidupan jenis mamalia termasuk manusia juga, setelah melahirkan anak, ibunya akan menyusukan anak mereka. Kita tak pernah lihat kucing beranak lepas tu anak kucing cari ibu kuda untuk menyusu. Ini fitrah.


Isnin, 27 Julai 2015

6 Teknik senaman ringkas mengempiskan perut boroi

Aduh perut semakin membuncit dan wajah pula sedikit tembam walaupun hampir sebulan menjalani ibadah puasa. Di mana silapnya? Adakah kerana selera makan yang semakin bertambah apabila melihat menu enak hari raya?

Ramai mengakui sukar menurunkan berat badan sebaik saja Ramadan sampai ke penghujungnya. Ini disebabkan selera makan yang semakin bertambah dua kali ganda tatkala melihat juadah enak hari raya. Akibatnya perut dan paha semakin membesar. Ada pula mengakui pakaian semakin sendat.



Isnin, 25 Mei 2015

14 Ilmu perubatan moden itu adalah agenda Yahudi

Sekarang ini sudah menjadi suatu trend, cult atau gerakan di kalangan bani Melayu terutamanya kaum2 ibu yang menolak segala jenis perubatan moden. Ilmu kedoktoran, perubatan, rawatan moden ini kebanyakannya dikatakan agenda dan konspirasi Yahudi laknat, Illuminati, Freemason, New World Order, Rockefeller, Rothschild, tak ikut Islam, haram, merbahaya dan macam2 lagi. Daripada isu vaksin, ubat-ubatan, kaedah beranak dan macam2 lagi mereka mempertikaikan itu tak betul, ini tak betul.



Sabtu, 25 April 2015

8 Kenali penyakit Lupus untuk tingkatkan kesedaran

Kali ini aku nak berkongsi mengenai sebuah penyakit yang jarang didengar iaitu LUPUS atau SLE (Systemic Lupus Erythematosus) sebagai satu kesedaran atau awareness terhadap penyakit yang rare atau jarang berlaku ini. Di Malaysia sahaja dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian, dipercayai ada ramai lagi mereka yang mengidap SLE yang belum disahkan.