Memaparkan catatan dengan label Makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makan. Papar semua catatan

Selasa, 30 April 2024

1 Kisah bekas pekerja KFC dan boikot

1. Ada seorang sepupu aku, ada diploma. Habis belajar, dia cari kerja dalam bidang dia, tak dapat-dapat. Sebab nak juga kerja demi membina kehidupan dewasa, dia kerja di KFC. Aku tak pasti dia start dari bawah atau masuk management trainee.

2. Tau-tau dah bertahun juga dia kerja kat KFC sebab boleh sustain. Gaji bayar elok, ada caruman KWSP, ada promotion. Dia pun dah selalu berpindah-randah cawangan KFC kat area Lembah Klang sebab dapat promotion. Lepas beberapa tahun, dapat la dia beli kereta, sewa rumah, kahwin dan ada anak.


Isnin, 13 Jun 2022

0 Tips kedai makan agar tak hilang pelanggan

Ada beberapa faktor yang membuatkan pelanggan yang datang ke kedai makan sakit hati dan mungkin takkan datang semula: 


Sabtu, 10 Julai 2021

1 Buasir Otak TV: Harga durian mahal sangat

Setiap kali bila kau nak beli durian tapi harganya mahal bangat. Jom tonton animasi ini. 


Sabtu, 3 Julai 2021

0 Buasir Otak TV: Bila restoran biasa jual BTS Meal

Setiap kali bila kedai makan biasa ada jual BTS Meal. Jom tonton animasi ini. 


Sabtu, 22 Mei 2021

0 Buasir Otak TV: Masak laksa guna ikan mahal

Bila kau nak masak laksa tapi kena pakai ikan mahal sebab apa kelas pakai ikan murah. Jom tonton animasi ini.


Ahad, 17 Januari 2021

0 Buasir Otak TV: Tak boleh jual Harimau Menangis

Bila kau nak buka bisnes makanan jual daging Harimau Menangis tapi tak boleh. Jom tonton animasi ini.


Ahad, 13 September 2020

0 Buasir Otak TV: Makan percuma kat rumah Mokcik Gemok

Bila kau lapar dan kawan kau tiba-tiba telefon ajak datang rumah makan Tauhu Bergedil. Untung dapat durian runtuh dapat makan percuma. Ini adalah animasi kolaborasi bersama Mokcik Gemok. Jom tonton video animasi ini.


Rabu, 19 Ogos 2020

0 Elemen yang sering wujud dalam komik Shonen Jepun

Tahun lepas, aku dan Irfan Hilal bekerjasama untuk masuk pertandingan Cabaran Komik Online Malaysia (CKOM) 2019 anjuran Mat Komik yang bertemakan Masakan/Makanan. Tajuk komik kami Tukang Masak Bayang: ADUKA.

Sinopsis pendek, pada masa akan datang dunia mengalami krisis makanan, jadi saintis mencipta Pil Makanan. Pil ini ada perasa makanan sebenar, dan makan sebiji terus kenyang. Semua orang wajib makan Pil Makanan dan dilarang makan makanan biasa. Jadi ada seorang budak nama Aduka, dia bercita-cita untuk kembalikan semula dunia kulinari.


Khamis, 6 Ogos 2020

0 Buasir Otak TV: Kedai makan paling teruk dalam dunia

Bila kau lapar cadang nak singgah makan di restoran tapi perkhidmatannya sangat teruk, pelayan tak mesra, mulut puaka, servis lambat, salah hantar, orang datang lambat dapat dulu, kira bil salah dan sebagainya. Jom tonton animasi ini.

Khamis, 25 Jun 2020

0 Beli durian dengan kulit VS beli isi durian

1. Aku suka makan durian. Dulu aku memang selalu beli durian timbang kulit.

2. Tapi sejak gerai durian kat kawasan perumahan aku ada jual durian yang dah siap bukak isi masuk dalam tupperware, aku suka beli yang tu je.

3. Sebab beli buah durian ni bagi aku macam ikut nasib. Aku pernah beli sebiji durian tak ingat jenis apa. Sekilo lebih kurang RM25.



Sabtu, 11 April 2020

0 Buasir Otak TV: Nak royi ke nak bisjut?

Bila ada organisasi kemanusiaan dan kebajikan nak bagi bantuan makanan pada pelajar universiti yang tak boleh pulang ke rumah dan kena duduk di kolej, namun ada pelajar yang cerewet dan tak berpuas hati dengan makanan yang diberikan. Jom tonton animasi ini.



Ahad, 16 Februari 2020

0 Buasir Otak TV: Setiap kali belanja kawan makan

Bukan selalu kita belanja kawan makan, tapi bila kawan tu dalam kesusahan betul-betul takde duit untuk makan, apa salahnya sekali sekali kita belanja dia makan. Jom tonton animasi ini.



Selasa, 11 Februari 2020

1 Tukang Masak Bayang ADUKA

Pada Abad ke-23, dunia menghadapai krisis makanan terbesar selepas tercetusnya Perang Dunia Ke-3 pada 100 tahun sebelum itu. Haiwan ternakan mati, tanaman musnah dan sumber air bersih tercemar teruk.

Untuk mengatasi masalah itu, para saintis telah menemukan cara terbaru untuk memenuhi keperluan makanan iaitu dengan mencipta "Pil Makanan".

Namun dengan kewujudan Pil Makanan, banyak negara termasuk Malaysia telah melarang rakyatnya dari memakan makanan biasa.

Maka bermulalah kisah Aduka, anak kepada seorang Tukang Masak Bayang yang pernah mencetuskan Revolusi Makanan, dalam mengejar impiannya. Apakah impiannya itu? Ikuti pengembaraan Aduka dalam komik ini.



Sabtu, 15 Disember 2018

5 Jenis perniagaan yang relevan sepanjang zaman

Berniaga atau membuat bisnes adalah suatu cabang pekerjaan yang sudah wujud sejak dahulu kala lagi. Dengan bekerja sendiri sebagai ahli perniagaan, seseorang dapat menjadi bos dan tidak terikat pada mana-mana peraturan syarikat, berbeza dengan orang yang kerja makan gaji. Malah hanya dengan berniaga sahaja seseorang boleh mengumpul kekayaan walaupun jalannya tidaklah mudah dan ada risiko untuk rugi.

Sebelum memulakan perniagaan, seseorang perlu tahu dan membuat perancangan tentang apakah jenis perniagaan yang dia mahu buat, apa barang dan produk yang ingin dijual, lokasi dan tapak bisnes, teknik jualan, pemasaran dan pengiklanan melalui surat khabar, media elektronik, Internet, telefon dan sebagainya.

Namun tak semua jenis perniagaan yang sentiasa relevan sepanjang zaman. Ada jenis perniagaan yang dahulunya menguntungkan kini sudah tenggelam, contohnya seperti kedai menjual kaset/CD muzik dan filem yang sudah merudum sejak kebangkitan industri digital. Ada juga bisnes yang tiba-tiba popular dan viral pada suatu ketika seperti kedai vape namun lama kelamaan semakin berkurangan.



Ahad, 20 Mei 2018

7 20 Juadah yang popular ketika bulan Ramadhan

Bila tiba bulan Ramadhan, antara yang meriah adalah aneka juadah yang dijual di pasar atau bazar Ramadhan. Namun banyak juadah yang boleh kata kita mudah nak jumpa di mana-mana pasar Ramadhan tapi agak susah nak jumpa ketika di bulan lain. Kalau ada pun mungkin hanya di gerai dan restoran tertentu atau di pasar malam.



Selasa, 24 Januari 2017

6 Tips kekal kurus tanpa ubat, diet dan senaman

Biasa kita lihat ramai orang yang pada zaman kanak-kanak, remaja dan ketika umur awal 20-an berbadan kurus, namun semakin lama semakin gemuk, muka semakin bulat, perut semakin boroi, seiring dengan peningkatan usia, apatah lagi selepas berkahwin. Kadang-kadang macam tak sangka, orang yang pada awal usia 20-an hanya seberat 65kg, tapi bila dah masuk usia 30 berat badan mencecah 90kg. Selalu kita dengar orang cakap terutama pada orang lelaki, badan mereka naik sebab gembira, bini masak sedap kat rumah. Namun sebenarnya perubahan berat badan ini berkait rapat dengan perubahan gaya hidup kita dulu dan sekarang.



Rabu, 20 Julai 2016

15 Perangai tipikal Melayu di jamuan makan percuma

Majlis jamuan.
Rumah terbuka.
Kenduri keraian.
Makan percuma.

Orang Melayu memang pantang dengan 2 benda ni. Makan dan percuma. Semua makanan akan menjadi sedap jika ia percuma. Kaya atau miskin, tua atau muda, semua suka makanan percuma.

Tak salah suka makan percuma. Yelah, siapa yang tak suka pada barang percuma, lebih-lebih lagi makanan. Tak kira ketika majlis jamuan menyambut hari lahir, rumah terbuka sempena hari raya, kenduri keraian seperti perkahwinan dan kesyukuran dan sebagainya, jika ada peluang untuk mendapat makanan percuma, pasti kita tidak akan ketinggalan untuk lepaskan peluang tersebut.


Rabu, 24 Februari 2016

10 Asal usul makanan Nasi Goreng USA

Tahukah anda yang Nasi Goreng USA itu bukan berasal dari negara Amerika malah tiada dijual pun di negara itu? Yalah, orang US mana nak makan nasi pun. Dah tu dari mana datang nama Nasi Goreng USA tu? Kini segala persoalan anda telah terjawab dengan fakta yang tak berapa penting tentang Nasi Goreng USA ini.


Rabu, 24 Jun 2015

3 Makanan yang sedap, tahan lama dan serba boleh

Makanan apa yang sedap, tahan lama dan serba boleh yang boleh dimakan begitu sahaja, dijadikan inti mahupun dimakan bersama dengan pelbagai juadah dan makanan Melayu? Sudah tentulah serunding!

Jom dapatkan segera Serunding dari Kelantan.

Serunding asli homemade dari Kampung Laut Kelantan ni memang sedap dan lazat, tahan lama dan boleh di makan dengan pelbagai hidangan. Bau serunding ni pun dah sedap belum lagi makan.


Serunding merupakan sejenis masakan yang dibuat dengan rempah dan dimasak sehingga kering, dan kadangkala berminyak (terutama serunding daging) agar tahan lama. Ia dimasak dan dikacau tanpa henti hingga betul-betul kering kerana dengan cara itu saja ia akan tahan lama. Serunding boleh dimakan dengan nasi himpit, ketupat nasi/pulut, ketupat daun palas, lemang, dijadikan inti dalam pulut bakar, inti dlm karipap mini atau popia mini dan lain-lain.

Resepi tradisional turun temurun dijamin sedap :
  • Daging berkualiti dan dicarik halus
  • Dimasak menggunakan dapur kayu untuk aroma istimewa
  • Sentiasa segar dan baru dimasak setiap minggu
  • Boleh disimpan pada suhu bilik dan tahan lama

Produk yang ditawarkan:
  • Serunding daging tempatan 250 gram: RM18
  • Serunding ayam 250 gram: RM18
  • Serunding ikan 250 gram: RM12
  • Mini karipap: RM32 sekilo
  • Mini popia: RM32 sekilo
Serunding Ayam dan Daging
Serunding Ikan
Mini Karipap
Mini Popia

Dapatkanlah yang asli, sedap lagi murah!

P/S : Makan serunding dengan nasi air kosong pun menyelerakan..

Sesiapa nak order nak buat bekal bulan puasa atau untuk hari raya, boleh PM Puan Alia Haryani di Facebook beliau - https://www.facebook.com/alia.haryani
atau Whatsapp 012-921 8016.




tags: beli jual serunding online daging ayam ikan popia karipap kampung laut kelantan sedap lazat resepi alia haryani bantu ibu tunggal sakit kanser harga murah


Jumaat, 19 Jun 2015

13 Ada sesuatu yang pelik dengan makanan ini

Biasa kalau aku pergi beraya rumah orang, sejak dari kecik lagi aku mesti cari balang kuih raya yang jenis kerepek atau kekacang. Kuih raya jenis biskut aku jarang makan banyak sangat, tapi kalau dapat keropok ke, kerepek pisang ke, kerepek ubi ke, rempeyek ke, kacang ke, mesti krup krap krup krap sampai dengan muka tak malunya melicinkan balang.

Cuma makanan yang ni memang pelik sikit. Kalau diperhatikan betul2, tak pernah aku jumpa snek macam ni walaupun dari kecik lagi aku dah selalu mentekedarah kuih raya kat rumah orang. Nampak macam corn flakes, tapi ada daun kari, cili kering, kacang. Hmm pelik ni pelik.