Memaparkan catatan dengan label Manga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Manga. Papar semua catatan

Rabu, 19 Ogos 2020

0 Elemen yang sering wujud dalam komik Shonen Jepun

Tahun lepas, aku dan Irfan Hilal bekerjasama untuk masuk pertandingan Cabaran Komik Online Malaysia (CKOM) 2019 anjuran Mat Komik yang bertemakan Masakan/Makanan. Tajuk komik kami Tukang Masak Bayang: ADUKA.

Sinopsis pendek, pada masa akan datang dunia mengalami krisis makanan, jadi saintis mencipta Pil Makanan. Pil ini ada perasa makanan sebenar, dan makan sebiji terus kenyang. Semua orang wajib makan Pil Makanan dan dilarang makan makanan biasa. Jadi ada seorang budak nama Aduka, dia bercita-cita untuk kembalikan semula dunia kulinari.


Sabtu, 14 Disember 2019

1 Peminat komik Jepun tahap kesabarannya tinggi

Kadang-kadang jadi peminat manga ni frustrating.

Peminat filem tengok filem 2 jam, cerita dah tamat.
Peminat novel baca senaskah novel, cerita dah tamat.
Peminat drama tengok drama beberapa bulan, episod dah tamat.
Peminat game main satu game beberapa hari/minggu/bulan, cerita dah tamat.



Isnin, 23 Januari 2017

3 Doraemon, Stand By Me: Dari Kaca Mata Orang Dewasa

Selepas habis peperiksaan, antara rancangan dibuat adalah "qada" balik anime yang terlepas pada tahun lepas. Asalnya ingin tonton anime filem Doraemon, Stand by Me (DSBM), entah macam mana selapas tiga tahun, baru tercapai rancangan itu.Sebelum itu, saya ingin mengataan bahawa saya merupakan peminat siri cerita Doraemon sehingga sekarang.

Pada masa saya kecil, takala ramai budak-budak berebut nak baca Mutiara Naga semasa Majiin Buu Arch, saya pula masih setia membaca komik Doraemon berulang-ulang kali tanpa jemu walaupun dah kusam kulit buku. Semasa orang lain bangun awal untuk tidak terlepas tengok Dragon Ball pada pukul 10 pagi pada hujung minggu, saya pula tertunggu-tunggu anime Doraemon pada pukul 7 malam pada Hari sabtu di TV1 kemudiannya bertukar pada NTV7.


Ahad, 23 Oktober 2016

11 Jatuhnya sebuah syarikat terjemahan komik Jepun

Ketika zaman awal tahun 90-an, ada 2 buah syarikat percetakan komik di Malaysia yang menerbitkan komik Jepun dalam Bahasa Melayu dalam format komik berjilid atau tankubon iaitu syarikat Tora Aman yang menerbitkan komik Doraemon, Detektif Conan, GTO dan Slam Dunk serta syarikat Comics House yang menerbitkan komik popular seperti Dragon Ball, Yuyu Hakusho, Sailormoon, Dragon Quest, Kungfu Boy, One Piece, Naruto dan Bleach.



Sabtu, 3 September 2016

10 Budaya minat terhadap kartun lucah semakin parah

Watak 'Ros', kakak garang dalam siri animasi Upin dan Ipin, dikesan menjadi mangsa eksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab yang memaparkan watak itu dengan ilustrasi seksi melampau.

Tujuh keping karikatur Kak Ros dimuat naik ke dalam sebuah laman web perkongsian seni reka grafik yang telah diubah dan dilukis semula secara digital dengan menggambarkan wataknya berpakaian seksi, malah ada seolah-olah tidak mengenakan sebarang pakaian dengan keterangan tidak senonoh.



Selasa, 23 Ogos 2016

19 Jatuh bangun dan pengakhiran komik Bleach

Lebih sedekad lalu terdapat 3 judul komik Jepun yang sangat gah dan popular sehingga diberi gelaran The Big 3 iaitu One Piece, Naruto dan Bleach. Seperti yang peminat manga Jepun tahu, komik Naruto telah pun tamat 2 tahun lepas pada tahun 2014 dengan 700 chapter, komik One Piece pula masih bersiaran sehingga ke hari ini, manakala Bleach pula baru sahaja melabuhkan tirainya pada minggu lepas.

Sedikit sinopsis mengenai manga Bleach, sebuah komik yang ditulis dan dilukis oleh Tite Kubo, yang telah muncul dalam majalah Weekly Shonen Jump sejak bulan Ogos 2001. Bleach menceritakan pengalaman yang dilalui oleh Kurosaki Ichigo, seorang pelajar sekolah menengah yang berkebolehan melihat hantu, dan Kuchiki Rukia, seorang shinigami (boleh diterjemah secara literal sebagai "dewa maut").



Rabu, 13 Mei 2015

5 Sertai wizard guild Fairy Tail dengan T-Shirt ini

[STICKY POST] Anda seorang peminat siri manga/anime Fairy Tail?

Anda pernah berimaginasi untuk menjadi salah seorang ahli guild Wizard dalam dunia Fairy Tail seperti guild Fairy Tail, Raven Tail, Sabertooth, Lamia Scale dan lain2?

Mahu menjadi rakan seperjuangan kepada wizard hebat seperti Natsu Dragneel, Erza Scarlet, Gray Fullbuster, Gildarts Clive, Zeref dan lain2?

Kini anda boleh menjadi salah seorang ahli guild dalam dunia Fairy Tail dengan membeli baju T-Shirt Fairy Tail Guild Limited Edition ini!



Sabtu, 7 Mac 2015

13 Remaja obses komik cenderung baca komik lucah

Lambakan komik pelbagai judul di pasaran membuktikan bahan bacaan itu mempunyai peminat tersendiri terutama dalam kalangan remaja, malah tidak terkecuali golongan dewasa.

Kecanggihan teknologi turut merangsang perkembangan dunia komik yang kini mudah diperoleh dan dibaca melalui atas talian.

Namun mendukacitakan apabila kemudahan itu disalah guna sesetengah peminat komik apabila cenderung melayari laman sesawang menyediakan pelbagai koleksi komik berbaur seks dengan animator lucah.



Selasa, 3 Februari 2015

5 Sertai kru lanun One Piece dengan T-Shirt ini

[STICKY POST] Anda seorang peminat siri manga/anime One Piece?

Anda pernah berimaginasi untuk menjadi salah seorang kru kumpulan lanun atau Marine dalam dunia One Piece?

Mahu menjadi kru kepada kumpulan lanun Monkey D Luffy, Shanks, Whitebeard atau Gol D Roger? Atau menjadi kru angkatan tentera laut di bawah Smoker, Kizaru dan Akainu?

Kini anda boleh menjadi salah seorang kru dalam mana2 kumpulan lanun atau penguasa dalam dunia One Piece dengan membeli baju T-Shirt One Piece Custom Limited Edition ini!



Khamis, 13 November 2014

26 Kisah seorang Lanun yang masih mencari One Piece

Bagi peminat manga/anime One Piece, pernahkah anda terfikir, siapakah sebenarnya villain atau orang jahat dalam kisah tersebut? Adakah Marine? Adakah World Government? Adakah Yonkou? Adakah Tenryuubito? Adakah Gorosei? Adakah Shichibukai? Adakah Revolutionary Army? Adakah Lanun? Adakah Lanun Mugiwara dan Monkey D. Luffy itu sendiri orang jahat?



Jumaat, 7 November 2014

56 Tamat sudah kisah seorang Ninja bernama Naruto

Akhirnya salah satu manga terbesar dan panjang iaitu Naruto telah pun menamatkan perjalanannya dengan setelah 15 tahun menjadikan keseluruhan manganya sebanyak 700 chapter. Secara ringkasnya, Naruto merupakan satu siri manga yang dihasilkan oleh seorang mangaka atau kartunis bernama Masashi Kishimoto yang mana turut mempunyai rancangan anime atau animasi televisyen tersendiri dengan judul yang sama. Manga ini membuat kemunculan sulungnya pada tahun 1999 dan telah diterbitkan oleh Shueisha di dalam majalah Shōnen Jump isu ke-43.



Rabu, 20 Ogos 2014

128 Teori pengakhiran manga/anime One Piece

Manga One Piece ciptaan Eiichiro Oda merupakan manga yang paling popular bukan sahaja di Jepun malah di seluruh dunia. Mula dihasilkan pada tahun 1997 dan kini sudah 17 tahun bertahan dalam dunia manga dan anime. Apa yang membuatkan cerita One Piece ini menarik dan lain daripada manga yang lain adalah kerana plot yang unik dan tersusun, jalan cerita yang misteri dan tidak cliche serta karakter yang berwarna-warni. Malah sebuah babak atau dialog yang kecil pada suatu chapter boleh menjadi petunjuk dan bayangan kepada sesuatu yang penting dan besar pada beratus2 chapter kemudiannya.

Namun tidak tahu sampai bila One Piece ini akan tamat, dan Oda sendiri berkata yang One Piece kini hanya separuh daripada penceritaannya, bermaksud mungkin ia akan tamat dalam 10 atau 15 tahun lagi dan mencecah ribuan chapter. Akan tetapi, bagi yang hendak tahu pengakhiran dan misteri harta karun One Piece, ini adalah teori yang paling logik dan masuk akal setakat ini hasil daripada perbincangan hebat komuniti peminat siri One Piece.

Teori pengakhiran One Piece: The Inherited Will.

(Artikel ini hanya ditujukan kepada peminat dan mereka yang mengikuti One Piece sahaja. Mereka yang bukan peminat dan tidak pernah baca siri One Piece, boleh abaikan artikel ini). 



Ahad, 29 Disember 2013

61 Anime atau animasi Jepun bahaya untuk kanak2

Animasi Jepun atau anime merupakan satu rancangan yang diminati oleh ramai orang bukan sahaja di Jepun malah di seluruh dunia. Ia berbeza dengan animasi atau kartun dari barat di mana kebanyakan kartun barat adalah untuk kanak2, ia tidak terdapat unsur2 seksual dan keganasan yang realistik serta jalan ceritanya yang ringan dan gembira.