Di dalam dunia One Piece, bagi kebanyakan orang awam, pihak berkuasa dan pemerintah seperti Tenryuubito, Gorosei, World Government dan Marine, mereka menganggap penjahat adalah para lanun, ini termasuk Luffy dan rakan2nya sekali. Bagi pihak lanun dan Revolutionary Army pula, yang jahat adalah musuh mereka iaitu pihak berkuasa dan pemerintah.
Oleh itu siapa pula orang baik dan wira dalam One Piece? Boleh jadi pasukan penguatkuasa undang2 seperti Marine dalam membanteras dan menumpaskan lanun yang membuat kejahatan di lautan, boleh jadi juga yang baik dan wira itu adalah lanun yang berjuang demi rakan2 mereka serta menumpaskan lanun jahat yang lain dan pihak berkuasa yang korup.
Adakah Mugiwara Pirate itu sendiri adalah wira dan hero kepada dunia One Piece? Tidak juga, kerana mereka berjuang dan mengembara demi cita2 dan rakan2 mereka sendiri seperti Luffy yang mahu mencari One Piece dan menjadi Raja Lanun, bukan berjuang demi orang lain atau nak menyelamatkan dunia daripada dimusnah seperti mana formula kebanyakan manga/anime lain di mana watak protagonist biasanya mahu menyelamatkan dunia dan berjuang demi keselamatan orang ramai. Malah protagonist utamanya iaitu Luffy juga bukan watak yang terkuat dalam cerita ini dan pernah berkali2 kalah dengan watak lain yang lebih kuat, menjadikan ia lebih menarik dan dramatik.
Dalam dunia One Piece ini, sebenarnya siapa2 sahaja boleh menjadi wira, dan siapa2 sahaja boleh jadi penjahat, berdasarkan bagaimana seseorang itu mentakrifkan keadilan, dan dari perspektif serta sudut mana kita lihat watak2 dalam One Piece. Kita boleh melihat mereka dari sudut pihak lanun, atau penguatkuasa undang2, atau pemberontak, atau pemerintah yang adil, atau pemerintah yang korup, atau juga orang awam. Dalam One Piece, sebenarnya tidak ada wira dan penjahat yang nyata, kerana setiap orang berjuang demi apa yang mereka percaya.
Sebab itulah kisah One Piece ini boleh menjadi begitu popular dan menarik, kerana ia penuh dengan watak dan jalan cerita yang unik, misteri dan tidak terbatas. Malah jalan ceritanya mempunyai banyak persamaan dengan realiti kehidupan yang berlaku sekarang seperti ikatan persahabatan, persaudaraan, kekeluargaan, pengorbanan, pengkhianatan, kesedihan, kegembiraan, kekecewaan, kematian, dendam, politik, pemimpin yang baik, kerajaan yang korup, sejarah yang dimanipulasi, perbezaan darjat dan kasta dalam masyarakat, rakyat yang ditindas, pasukan yang memberontak, pihak yang memperjuangkan kebebasan dan sebagainya menjadikan plotnya sangat mendalam dan dekat dengan jiwa kita.
Setelah 17 tahun manga One Piece disiarkan di majalah Weekly Shōnen Jump sejak tahun 1997 lagi, ia berjaya menjadi manga yang paling popular dan yang terlaris dengan jualan di Jepun sahaja lebih kurang 345 juta unit mengalahkan manga Dragon Ball di tempat kedua yang terjual sebanyak 230 unit. Malah dikhabarkan oleh pencipta dan pelukisnya iaitu Eiichiro Oda yang ceritanya baru separuh penceritaannya, so mungkin kita kena tunggu lagi 10 tahun untuk tahu penamat kisah One Piece ini.
Walaubagaimana pun, banyak teori mengenai pengakhiran One Piece ini telah dibincangkan berdasarkan tanda dan petunjuk yang terkandung dalam manga One Piece ini seperti mana yang boleh dibaca di artikel ini "Teori pengakhiran manga/anime One Piece".
Dan bagi peminat2 manga/anime Naruto yang masih meratapi pemergian manga Naruto yang telah pun tamat minggu lepas dan tidak tahu manga apa yang hendak dibaca, bolehlah cuba membaca manga atau menonton anime One Piece bagi yang belum pernah baca/tonton. Walau stroke lukisan dia agak berbeza dengan tipikal lukisan manga/anime Jepun yang lain yang mungkin boleh membuatkan anda hilang minat untuk baca, jangan risau, baca je dulu. Mungkin chapter2 yang awal belum dapat menarik minat anda, tapi lama kelamaan anda akan mula dapat feelnya dan menjadi susah untuk berhenti.
Cuma bagi yang baru nak mula kenal One Piece, aku cadangkan baca je manga dia so korang boleh baca dengan laju, sebab kalau nak tengok anime dia korang kena bersedia untuk habiskan masa lebih kurang 280 jam atau 12 hari non-stop untuk tonton dari Episod 1 sampailah episod yang terkini.
Baca manga One Piece di MangaFox, MangaReader, OneManga dan MangaPanda.
Tonton anime One Piece di KissAnime.
tags: kisah seorang lanun yang masih mencari one piece manga anime monkey d. luffy jahat baik hero wira villain bad ass review ulasan manga pilihan
oda memang kreatif. 17tahun manga bersiaran muka vegapunk tu dia x reveal lagi ..
BalasPadambuat org tertunggu kemunculan dia ... dah lg epik ramai yg menunggu scene luffy jumpa dgn bapak dia...
17 thn bersiaran byk lg benda yg x didedah kan oleh oda. contohnya yonko kaido, cerita detail pasal revolutionary army, tentera2 dia, kuasa dragon, ..
Setuju dengan hang...banyak misteri yang pembaca masih tertunggu.
Padam100tahun gelap yang hilang.
bangsa robin yang dihapuskan.(mungkin relate dgn kaum yahudi yg hilang)
Pluton
sejarah manusia ikan dgn manusia yg masih samar.
macam2 lg la.
OP bukan manga biasa. Banyak yang relate dengan kehidupan di dunia kita.
Naruto dah abes.. Tetibee.. Hehehe.. Papaglamz follow di sini.
BalasPadamJom terjaj entri terbaru papaglamz
http://www.papaglamz.com/2014/11/tinta-papaglamz-ll-sengsaranya.html?m=1
minat gila cite ni..eehehe
BalasPadamPatut la rasa mcm kenal je tulisan sapa, psl setahu aku noob mmg peminat one piece tegar dan penulis yg baik. Lalala.
BalasPadamAku rasa geng strayhat tu hero a noob. Tgk setiap adventure dlm 1piece, setiap pulau yg lufy singgah geng2 diorang bjuang utk keadilan utk org2 dkt situ. Contoh mcm dkt triller bark, fishmen island, skrg dkt dressrossa lawan doflamingo yg jahat..
BalasPadamManga2 ni sumer mengarut buang masa xde faedah.
BalasPadampergh nak kn tunggu 280 jam tuh yg x tahan ....huhu
BalasPadammana komen mamat engineer yg anti dengan "katun" ni? haha
BalasPadamtulis psl mangga lg... hari tu tulis psl nabutoh.. ni psl 1 peace.. udah le tu dh besar2 gajah pn masih baca katun lg.. org dewasa kena la bc novel, tgk filem hollywood, bkn tgk katun.. baru minda tu berkembang skt
BalasPadamaku baca novel, tgk filem hollywood, aktif bersukan, ketua jabatan kat opis, ank dah 2 orang, ada bisnes kecil-kecilan dan aku baca manga/tgk anime..so, apa problem? minda ko la yg tak berkembang sebenarnye..baca novel ngn tgk citer hollywood je ko tau. ko patut pelbagaikan lagi minat ko dan luaskan dunia ko tu.
Padamhaih nak je aku maki mamat lembab ni...
Padamkecoh la. ko bajet kitorang kat sini yang minat anime dan manga ni kehidupan loser2 ke? sorry la..stakat baca novel dan tgk filem hollywood tu "baru minda berkembang"..ceh, aku nengok discovery lagi berkembang dari layan novel ntah apa2.
Padamni mamat engineer ke weh? haha
Padamapsal?? ko jeles ke aku engineer? tgk anon kt atas tu, keje ketua jabatan kt gomen tp bc mangga.. ptt la servis org gomen mcm syiall, sbb bos dia pn perangai cm budak2 tgk katun
Padamko pesal ha kata anime ni utk budak2 kat jepun org dewasa masih layan anime lagi x semestinya anime tu kartun
Padamalahai, kowng abaikan je minah yg kurang kasih sayang suami ni,meroyan je manjang salahkan anime sebb laki die suke layan katun,rse diri terabai la tuu..tu yg bengang smcm,sebb anime bley bg hiburan lg menarik dr tarian bogel die..ha ha ha,tu laa senah,suh diet xnk,xde slera laki kau nk ngadap lemak kau hari2..ha ha ha
Padamwaaaaahhhhh!!! falsafah kau Noob! falsafah! The giant is awaken! Sila, sila datang blog aku habiskan data plan kau menonton video aku dalam blog aku ha ha ha!
BalasPadamblog x laku
PadamKah kah kah
Padamamende sebenarnya 1 piece ni? baju renang 1 piece 2 piece aku tau la.. xkan komik ni psl diorg nk cari baju renang kot?
BalasPadamkire power la ko..aku pun tak pernah dgr baju renang one piece dan aku tak berminat pulak nak tau jenama baju renang.
Padamapa la korang mcm budak2 lyn one piece. dah dewasa layan hentai la baru syokk..
BalasPadameh, ko tak tau. tu baru salah satu sudut..layan one piece. kami jugak layan hentai. Why not both?
PadamApa beza manga dgn mangga? Sy suka mkn mangga..
BalasPadamBeza dia kau tu bahalul
Padam