Sabtu, 1 November 2014

17 Kisah cinta ibu anak yang berakhir dengan tragis

Kita boleh melihat di media sosial kegilaan orang zaman kini dalam bercinta, sanggup membuat video, lagu dan sebagainya, i.e "Love till Jannah". Malah tak kurang juga mereka yang terlalu gila bercinta sehingga membelakangkan agama dan keluarga, tak kurang juga yang sanggup berkahwin lari di negara luar semata2 kerana cinta.

Namun walau macam mana hebat cinta remaja, cinta kepada pasangan, cinta kepada parti, cinta kepada pucuk pimpinan atau cinta kepada negara, ianya tak dapat mengatasi cinta seorang ibu terhadap anaknya.


Dalam satu perbualan bersama kenalan di Internet, aku mendengar kisah tentang seorang wanita yang sanggup berkahwin lari dengan seorang lelaki yang telah berumah-tangga.

"Mengapa sampai begitu?", soal aku.

"She wants to be a mother (Dia mahu jadi seorang ibu)".

Wanita tersebut, seorang yang telah mempunyai karier yang baik, berharta, dan juga seorang rupawan, sanggup melakukan semua itu atas sebab mahu menjadi seorang ibu?

"Bukan pasal cinta kah?", aku menyoal lagi.

"Dalam banyak-banyak lelaki, lelaki tu sahaja yang boleh yakinkan dia dari segi itu, lelaki tu pandai bercerita tentang menjaga bayi mungkin", jawab kenalan ku itu.

Pasal cinta ibu dan anak ini, aku nak cerita pasal kisah2 cinta ekstrim seorang ibu pada anak-anaknya sehingga membawa ke mati. Kita bermula dengan seorang penulis bernama Sylvia Plath.


Sylvia Plath : 27 Oktober, 1932 – 11 Februari, 1963

Dari segi rupa, Sylvia Plath seorang yang cantik rupawan.

Dari segi harta, Sylvia Plath ini seorang yang sangat bernasib baik.
Puisi pertama beliau sudah mula tersiar ketika beliau berumur 8 tahun.

Pada umur 23 tahun, Sylvia Plath telah memenangi Biasiswa Fulbright untuk belajar di University Cambridge pada 1955.

Pada 1960, waktu kemuncak penulisan beliau, beliau dikurniakan cahayamata, seorang anak perempuan, dan seorang anak lelaki 2 tahun selepas itu.

Namun, apa yang terjadi selepas itu adalah tragis.

2 minggu selepas novelnya The Bell Jar disiarkan, Sylvia Plath telah ditemui mati di dapur rumahnya.

Punca kematian : Bunuh Diri.
Punca bunuh diri : Kemurungan.

Beliau telah melemaskan diri beliau di dapur dengan membuka gas dapur, dan memasukkan kepala ke dalam pintu ketuhar. Lemas akibat keracunan karbon monoksida. Ketika itu beliau berumur 30 tahun.

Ketika polis memeriksa kawasan kejadian, mereka mendapati Sylvia Plath telah meletakkan kain basah pada segenap bukaan di pintu bilik anaknya.

Pihak polis percaya Sylvia Plath melakukan perkara tersebut untuk memastikan supaya bilik anaknya kedap agar kedua anaknya terselamat daripada keracunan gas karbon monoksida.

2 minggu sebelum itu, Sylvia Plath telah menulis sajak "Child".

Child : Sylvia Plath

Your clear eye is the one absolutely beautiful thing.
I want to fill it with color and ducks,
The zoo of the new

Whose names you meditate ---
April snowdrop, Indian pipe,
Little

Stalk without wrinkle,
Pool in which images
Should be grand and classical

Not this troublous
Wringing of hands,
this dark Ceiling without a star.

Dia begitu menyayangi anak-anaknya. Dia mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya, namun Sylvia merasa yang terbaik untuk anak-anaknya itu tidak datang dari tangannya dan dirinya yang kekosongan itu.

Sylvia Plath bersama anaknya, Frieda dan Nicholas, 1962.

Maka, pada 11 Februari 1963, Sylvia Plath, ketika mahu menamatkan hidupnya kerana tidak tahan dengan kemurungan, sanggup berusaha utk mengedapkan bilik anaknya kerana mahukan anak2nya untuk terus bahagia tanpa beliau.

Kisah kedua ialah tentang Magda Goebbels, isteri kepada Menteri Propaganda Jerman, Joseph Goebbels ketika zaman Third Reich Hitler.

Magda Goebbels : 11 November 1901 – 1 May 1945
Perkahwinan beliau dikurniakan 6 orang anak.

Pada pengakhiran Third Reich, ketika askar Rusia telah melanggar Jerman dan sedang mengepung Berlin pada awal 1945, Hitler dan para pemimpin Nazi telah bersembunyi di bawah bunker di bawah kota Berlin, ibu Negara Jerman.


Video klip Der Untergang paling famous di dunia tentang kisah persembunyian Hitler di bunker Berlin. Ini yang original dari filem, bukan parodi.

Pada 1 May 1945, Magda Goebbels telah meracun mati ke-enam enam anaknya dengan campuran morfin dan sianida (cyanide) sebelum membunuh dirinya sendiri.

Dalam satu surat kepada Ello Quandt, sahabat rapatnya, Magda menulis
“So you see, Ello, it would be quite impossible for me to go on living. We will take the children with us, they are too good, too lovely for the world which lies ahead. In the days to come Joseph will be regarded as one of the greatest criminals that Germany has ever produced. His children would hear that said daily, people would torment them, despise and humiliate them. They would have to bear the burden of his sins and vengeance would be wreaked on them... It has all happened before.”

Sumber:-




Artikel ini telah terpilih untuk menjadi salah satu pemenang GiveAway Contest Gila #6: Anda Tulis Kami Bayar yang ditulis oleh Firdaus.

Penafian: Ini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan blog Buasir Otak.




tags: pemenang giveaway contest gila ga #6 anda tulis kami bayar kisah cinta ibu anak berakhir tragis tragedi mati bunuh diri kesian suicide sylvia plath magda goebbels

17 ulasan:

  1. first!!!!!!!!!! :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2nd !!!!!!!

      Bisjut bawa royi
      Royi bawa bisjut
      Kau bawa bisjut
      Aku bawa royi
      Royi bawa bangla
      Bangla bawa royi
      Royi & bisjut bawa kita bersama bangla

      Oh rizana
      Mau royi?

      Padam
    2. rizana hahahahahahahahahahahahahahahahhahahahahahahahahahahahahahahahhahahahahahahahhahahahhahahahahahahhah

      Padam
    3. Salah UMNO-BN mereka membunuh diri!

      Padam
  2. terima kasih mat yo pahang dah menang :D

    BalasPadam
  3. Bunuh diri sungguh mulia. Menurut riwayat Ibnu Umar dari satu hadis qudsi, membunuh diri adalah satu-satunya kerja kudus dan jannatul makwa adalah tempat bersemayam para pembunuh diri. Semoga hidup mereka dirahmati Allah hendaknya. Tanpa amal ibadat sebesar zarah pun, mereka dikurniakan jannah serta merta dengan pengorbanan yang dilakukan untuk membahagiakan anak-anak mereka. Seluruh penduduk langit bertasbih demi nyawa yang kudus ini.

    Semoga ramai dikalangan Melayu Islam boleh cuba bercita-cita untuk membunuh diri kelak. InsyaAllah syurga milikmu. Wallahuaklambissowab. Kahkahkah..

    BalasPadam
  4. lol wikipedia? sumber stakat wiki tu xyah ltk la, sampah jdnyer..ni klau buat assignmnt ni prof aku da campk msuk tong smph luar opis die da, wiki xley gne buat ref yg valid..ni bdk ni study ipt mne la ni, syok sndri jer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. prof kau buta teknologi atau mungkin dia ol skool...sekarang orang pakai wikipedia aje buat tesis...prof aku okay aje aku pakai wikipedia...mungkin kau pemalas tak letak foot note kot? Tak ada rujukan memang laa tak guna pakai wikipedia, tuh kat bawah tu dia ada sumber rujukan...segala benda yang ada sumber rujukan semua boleh pakai...itu namanya "sanad" orang terer hadith suka pakai terminologi sanad nih...sumber yang BOLEH dipercayai!

      Padam
    2. Wahai sedara ex-cikgu yg gila, wiki xbley gne sbg ref yg valid sebb: 1. Sesiapa aje bleh up info ke situ, trmsk bdk2 kcil dn troller 2. Admin dn mods wiki malas nk check kesahihan sume info yg org lain up ke wiki

      Padam
    3. sejak bila pulak contest kt buasirotak ni memerlukan entry mcm assignment prof ko bagi?

      Padam
    4. nama pun blog bhai...tak perlu la sampai rujukan pun kena valid mcam keje prof ko bagi. kat U tu memang la lain. ni blog..haiya..ini orang arr..mau berak pun kena cari tandas yang tahap kebersihan bintang...tak mau tandas awam2 ni. susah la, terberak dalam seluar la jawabnye

      Padam
    5. Tanpa Nama (sebab tadak telor) yang gila hakiki, ye aku ex-cikgu yang dituduh gila, aku perbetulkan...dah bertitik hitam satu noktah kat hati kau sebab fitnah aku gila...even Laporan Perubatan aku yang depa curi pun tak ada kata aku gila cuma stress aje...so? Untuk hilangkan titik hitam tu banyaklah berzikir mintak Tuhan padamkan titik hitam tu kalau tak sampai kau mati laa kau macam tu aje tak ada perubahan...

      Owhh....aku faham, sebab "sesiapa" tu bukan ada ijazah pun kan? Bukan alim ulamak yang baca kitab tebal-tebal kan? Bagi aku setakat baca teori bebanyak tapi kau tak lalu dan ada pengalaman melalui "teori" kau aku rasa kau pun sama macam malaikat yang konon terer kata "kami berzikir pada Kau"...teori aje tuh! Bila Tuhan tanya "kau faham tak apa yang manusia nih faham"...malaikat cakap - sumpah Wallah kami tak faham...maka aku ambik analogi nih kau umpama malaikat yang nak percaya satu benda kalau benda tuh ada bukti depan mata kau...padahal umat Manusia yang ada iman pada Allah tak perlu bukti kerana bukti dah "pre install"...mudah...aku ambik wikipedia dan aku cerna dengan pre install knowledge yang Tuhan bagi...tak payah laa nak kata wiki tak betul tapi kau baca gak! ha ha ha! khalass...(maknanya lepas ni I rest my case malas nak komen nanti noob ban aku sebab menyibuk kat blog dia!)

      Padam
  5. so pengajaran kisah ni apa? kalau terlalu sygkan anak maka mak bapak kena bunuh diri atau bunuh sekali anak2 sbb xtahan dgn ujian dunia? harap saudara firdaus dpt bg pencerahan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kesimpulannya, depa kafir yang budus secara kudus. Ia ibarat ko terlampau sayangkan kereta BMW ko, jadi ko pun memandu kereta myvi dan merempuh tiang eletrik lalu mati. So, tiada pujian boleh diberikan..ni semua benda lagho dan bodoh. Kalau ada masalah idup, sayangkan anak2,sepatutnya dia usaha cari jalan untuk pastikan anak2 dia boleh terus idup dibawah jagaan dia dengan selesa. Aku benci konsep yang negara barat wujudkan ni..bagi diorang..jika bunuh diri tu merupakan satu perbuatan mulia atas sebab2 tertentu dan seringkali si mati yang bunuh diri tu di angkat dan kisahnya dipuja. Kita pula tak kira la apa yang ko buat, jangan sesekali ambil tindakan bunuh diri. tersepit macam mana sekalipun, berjuanglah sehingga tuhan yang tentukan idup atau mati kita ni. Bukannya dah rasa cama nak kalah,terus off game.

      Padam
    2. kita tak boleh mengata orang tu kafir orang ni kafir...pompuan nih bunuh diri sebab dia ada masalah meroyan...post natal depression...wife aku hampir kena benda nih, tapi sebab dia tgk aku jaga anak aku macam mana, Alhamdulillah lepas dia beranak dia lagi terer jaga anak aku sampai setiap dua jam dia mesti make sure anak aku menyusu...pompuan cenggini biasanya dia ada masalah keluarga, dia tak yakin dia boleh jaga anak dia...dia rasa tanggungjawab dia berat, makanya dia ambik jalan bunuh diri (ni postpartumdepression melampau) memang benda nih makan dalam sampai kau ada anak dua tiga pun kau cenggitu...pompuan cenggini perlu ada husband yang soleh, yang tak pasang perempuan lain, yang jaga dia 24 jam...aku berani cakap sebab aku dah lalu...itu beza aku dengan wikipedia!

      Padam
  6. zaman Nabi Musa kalau dah dosa tahap iblis Tuhan suruh depa bunuh diri aje...zaman dulu bunuh diri memang mulia...itu sebab zaman Jepun lama dia rasa malu dia bunuh diri...tapi perundangan dunia dan syariat dia berubah...hukum bunuh diri dah tak pakai, kalau zaman yahudi tuhan hukumkan kau kena bunuh diri sebab nak elak kau buat dosa lagi teruk dari setan...tapi zaman laa nih bunuh diri dah jadi haram dan berdosa sebab dah akhir zaman...bunuh diri dah tak trending lagi dalam hukum tuhan...

    BalasPadam
  7. Mesej artikel ni mudah je bhai, xde merapu berjela mcm edeved lalok ketum tu..

    Mesej artikel ni, kebahagiaan hidup seseorg tu x bergantung pd perkahwinan n anak2 kau, org yg dh kawin n ada ank2 pn boleh hidap kemurungan n bunuh diri.Sestgh org tu mmg pikir kalo dh kawin n ada ank2 tu,dh kira bahagia sgt dh la, biasa pmpuan yg pikir cmni..tp kot mau skali laki die wat hal tido dgn jnda power,hancur la hidup die,ank2 die x jamin kebahagiaan rmh tgge die pn..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.