Gambar Hiasan |
Suatu hari ketika pulang dari kolej, Farra dikejutkan dengan kunjungan Tengku Norman, rakan ayahnya, yang juga ahli perniagaan. Jika ayahnya membincangkan projek jutaan ringgit, Syarikat Tengku Norman membincangkan projek ratusan juta ringgit malah ke tahap billion ringgit. Anak Tengku Norman, Tengku Rayyan, merupakan rakan sekolejnya.
Kedatangan Tengku Norman sekeluarga bukanlah untuk membincangkan tentang perniagaan. Sekali lagi Farra dikejutkan apabila diberitahu yang dia sudah ditunangkan dengan Tengku Rayyan ketika kecil dan mereka membincangkan tentang tarikh perkahwinan mereka.
Tengku Rayyan memang kacak. Namun masalahnya dia seorang lelaki lembut yang sangat berlagak. Farra menjeling Tengku Rayyan yang duduk bersimpuh sambil memandang ke arah lain. Farra tahu dia pun tidak bersetuju dengan perkahwinan ini. Walaupun cuba melawan, namun Farra terpaksa menerima kerana desakan ayahnya.
Di dalam diam rupanya ibu Tengku Rayyan, Tengku Maria, tidak suka kepada Farra. Ini kerana Farra sekeluarga bukan berketurunan kerabat raja seperti mereka. Dia sudah bercadang untuk menjodohkan Tengku Rayyan dengan Tengku Aziela.
Setelah berkahwin, maka bermulalah episod pergaduhan antara Farra dan Tengku Rayyan. Farra akan sentiasa mengutuk dan mengenakan Tengku Rayyan atas dasar kelembutannya. Tengku Rayyan membalas dan menunjukkan sifat berlagaknya. Ianya satu proses yang berulang-ulang dan mencuit hati.
Pada masa yang sama, Tengku Maria dan Tengku Aziela (seorang perempuan gedik yang sukakan duit) berusaha memisahkan Tengku Rayyan dan Farra. Mereka membuat pelbagai rancangan dan adakalanya hampir berjaya.
Untuk menambah lagi kekalutan cerita ini, Fezol, teman lelaki Farra juga cuba memisahkan mereka. Cara Fezol mungkin berbeza dengan cara Tengku Maria. Jika cara Tengku Maria adalah dengan cara halus dan bermuka-muka, Fezol lebih menggunakan kekerasa. Di satu plot, Fezol dengan aksi Wing Chun Ip Man bercampur dengan Tomoi Ong Bak, telah membelasah Tengku Rayyan yang lembut dan tidak bermaya. Itu menjadi titik noktah perubahan perasaan Farra kepada suaminya.
Perasaan Farra berubah perlahan-lahan menjadi cinta setelah menyaksikan sisi baik Tengku Rayyan. Dalam diam dia jatuh cinta kepada suaminya itu. Tengku Rayyan juga berperasaan sama. Cuma ego menjadi halangan mereka.
Apakah kesudahan kisah kebencian menjadi sebuah cinta agung ini? Berjayakah Tengku Maria memisahkan anaknya dengan Farra? Apakah projek-projek Mega yang dibincangkan Tan Sri Raduan dan Tengku Norman di bilik mesyuarat masing-masing?
Saksikan Drama yang diadaptasi dari novel yang laris di pasaran, "I Love You Suamiku Sotong Yang Arrogant" setiap Isnin hingga Jumaat pada waktu Maghrib.
First !!!
BalasPadamI Love You Mr Arumugam lagi sesuai dijadikan tajuk cerita ni
PadamSemua ni salah PR sebab siar cerita macam ni Hidup BN!!!!
Padamfakop
BalasPadamtakde cite ke pilih partai ape??
BalasPadamalahai.. apa kes ni tetiba cerita ni..? T_T
BalasPadamentry ni nk sindir la trend novel sampah melayu yg selalu dijadikan drama & tayang pd waktu maghrib
PadamPr00000000oootttT!
BalasPadamKalau ada novel sengal macam ni diadaptasikan ke drama atau filem, memang tahap hancur betullah industri perfileman kita. (walaupun memang banyak novel-novel sengal di pasaran anda.)
BalasPadamdah la ujan kat luar sane..sejuk pulak tu..tetibe suamiku encik sotong pulak. adoi..trus rasa nak demam. Letak la gmbr awek cun ke..baru la hngat
BalasPadamhaha..
BalasPadamharap2 ILYSESYA akan meletop di slot perodua Axia tv3
suamiku encik sotong ni sesuai buat tajuk hentai je...kisah bini dia kena jerut tentacle suaminya...hehe...
BalasPadamhaha dr dulu smpai skrang aku mmg x minat tgk citer cmni. lg2 kalo citer meleis. even citer korea pn sama sbb citer yg masuk mesia ni sumer same je konsep dia. sorang kaya sorang miskin, pstu ada love rival, pastu family tak suka. aduhh.
BalasPadameh kau jgn,ceciter dr novel meleis cmni la yg membuka minda para engineer meleis yg ada kt msia nie, kau jgn xtau, derang ni boley jd engineer sebb derang xlayan anime sampah nabuto tu sumer,hebat gile kn? ha ha ha!
PadamCiter meleis elok dibuang ke dalam bakul sampah
BalasPadamBakul sampah pon belum tentu dapat terima.
Padamtu kan cara artis bg mesej/berdakwah. hahaha. waktu magrib org dgr kuliah magrib la.
BalasPadamtipikal islam sejati. waktu maghrib aje bagi dakwah...waktu lain sambung tgk citer porno.ha ha!
Padamtipikal sungguh...hahaha
BalasPadamaku nampak kebanyakan pengomen kat sini semua set-set male chauvinist yang sangat tak suka pompuan...nasib baik aku seorang pencinta wanita...aku empati.
BalasPadamHahaha nothing to say....peace no war no komen....
BalasPadam