Sabtu, 15 November 2014

13 Kaedah atasi masalah trafik sesak di waktu puncak

Pada setiap kali anda memandu mahu pergi ke tempat kerja di pagi hari, atau mahu pulang ke rumah di waktu petang, adakah anda pernah mengalami fenomena ganjil ini di mana laluan di jalan anda mengalami kesesakan trafik yang sangat teruk manakala jalan di laluan bertentangan sebelah terlalu sedikit kenderaan yang lalu, membuatkan anda terfikir betapa membazirnya lorong jalan tersebut tidak diguna dan dimanfaatkan di waktu puncak?



Fenomena tersebut amat biasa berlaku di Malaysia, bahkan di seluruh dunia. Pada waktu puncak di waktu pagi, jalan ke arah bandar biasanya lebih sesak berbanding keluar dari bandar, manakala pada waktu puncak di sebelah petang, jalan keluar dari bandar lebih sesak berbanding masuk ke dalam bandar. Ini telah menyebabkan pembaziran lorong jalan di jalan yang kurang kenderaan. Bagi mengelakkan kesesakan yang luar biasa disebabkan terlalu banyak kenderaan, seharusnya lorong yang kosong ini boleh digunakan bagi melancarkan perjalanan trafik.

Untuk mengatasi fenomena tersebut, di Utah, US, satu sistem yang dipanggil "Flex Lanes System" telah dicipta dan dilaksanakan di mana lebuhraya yang mempunyai 7 lorong dan pergerakan trafik di laluan tersebut adalah fleksibel dan boleh berubah mengikut arah yang ditunjuk pada lampu trafik yang tergantung di sepanjang lebuhraya tersebut, di mana pada waktu pagi, 4 lorong digunakan untuk ke bandar dan 2 lorong digunakan untuk keluar bandar, manakala pada waktu petang, 4 lorong digunakan untuk keluar bandar manakala 2 lorong digunakan untuk masuk ke bandar. Dengan ini, tiada pembaziran jalan berlaku dan semua laluan digunakan dengan efektif dan dimanfaatkan dengan sepenuhnya.






Mungkin di Malaysia juga boleh melaksanakan kaedah dan teknologi ini untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang biasa berlaku di waktu2 puncak di kawasan2 bandar dan pinggir bandar.

Cuma sebelum itu, mentaliti dan sikap pemandu Malaysia perlu diubah dahulu kerana orang2 Malaysia bila memandu di atas jalanraya terus dirasuk dengan semangat pentingkan diri sendiri. Potong barisan, guna laluan kecemasan, langgar lampu isyarat, bawak laju melebihi had, bawak perlahan di lorong sebelah kanan, belok simpang dan tukar lorong tak bagi signal, double parking, parking di parking khas OKU, merempit mencilok celah2 kenderaan, semua itu adalah sikap tipikal pemandu2 Malaysia.

Syabas diucapkan kepada JPJ yang dilihat sedang berusaha untuk mengubah mentaliti tersebut dengan menekankan perkara yang paling asas dahulu iaitu no. plat tak ikut spesifikasi.




tags:flex reversible lanes system open utah us america udot 5400 south peak hour safe taylorsville simulation simulator masa waktu puncak trafik kesesakan lalu lintas traffic jem jam sesak sikap mentaliti pemandu rakyat malaysia jalanraya jalan lebuhraya

13 ulasan:

  1. Tahinah juga kpd jpj kerana x amik tindakan keta org2 kaya, menteri2, exco2, yb2, & kereta pngarah jpj psl no plat...

    Sekalung2 TaHinahhh..

    BalasPadam
  2. bagus cara ni. btw leburaya sg besi nak menghala ke mines dan jugak lebuhraya ape entah. silk kot yang mengahal ke kajang dah buat camni :)

    BalasPadam
  3. Kat malaysia still nak letak sketel oren utk buat temporary divider even ada lampu signal kat atas...sbb org malaysia klau lampu isyarat biasa x ikut, nanti lampu mcm ni diaorg x perasan. Kemalangan senang berlaku sbb lorong kritikal di sebelah kanan mmg kereta malaysia suka memecut mcm F1

    BalasPadam
  4. Haha. Mmg kat area Sentul dulu dah praktik. Tapi bila dah upgrade sehala.. luas.. polis pun x amik peduli lagi.

    No plate ni penting. Dlm Quran dan kitab2 muktabar pun disuruh amik tindakan. Nanti JPJ boleh tahan kereta sbb warna tak ikut spec pulak. Mentaliti pekerja gomen pun mcm haramjadah jugak. Padan la rakyat rasa mcm dikepalabutuhkan saja. Elokla pakat2 lawan dan berkelahi.. sama2 biol. Menteri jugak yg untung kumpul duit denda, kendian gi melancong anak bini luar negara.

    BalasPadam
  5. Ala senang je nak elak kesesakan jalan raya. Carik la tempat keje yang same area ngan umah ko. Contoh ko dok Subang Jaya keje pun carik area Subang Jaya gak. Tak pun ko go against traffic flow. Dok Subang Jaya keje Shah Alam. Selesai masalah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dok bujang leh la cakap gitu.. kalau dah berkeluarga.. payah.. isteri kerja sini, suami kerja nun sana, nak duduk kat tengah2, so sama2 adil tapi tetap sama2 tempoh jem. memang takkan lari.

      Padam
    2. haha..mudah je cari keje dekat dgn umah. alangkah indahnya dunia kalau semudah tu. mmg de je keje dekat ngn umah. bersepah. de keje McD, keje cleaner, keje kerani dgn salesman.

      keje bukan senang nak main cari dekat umah camtu je adik oiii. adik ni keje ke blaja ag?

      Padam
  6. JPJ terpaksa utamakan No plet sebab ini ada lah untuk data yang betul.
    NO plet yang jelas perlu bagi rekod dalam menentukan pemandu dan kereta yang mebahaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. jangan lupe jugak..nombor plat yang tak ikut spesifikasi juga terbahagi kepada beberapa jenis...diantaranya;

      kes 1
      "ni nombor plate tak btul ni..tak ikut spesifikasi..awk akan dikenakan saman"

      kes 2
      "nombor plate tak ikut spesifikasi..tapi ni kete jpj..tu lak kete org kenamaan..aippp,ko giler ke ape nak saman".

      Padam
    2. kes 3
      "nombor plate ni ikut spec, tapi ukuran tak menepati spec. saman bagi dia"

      Padam
    3. kes 4

      "orang awam dok pertikai isu saman nombor plate langkah yang tak betul..elok kita kaitkan semua eksiden kebelakangan ni berpunca dari nombor plate..bagi orang nmpk yang kita ni betul"

      Padam
  7. kalau sesetengah highway, dia akan buka 1 lorong dari setentang punya, khas untuk pengguna yang nak terus,

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.