Iklan Leaderboard

Jumaat, 21 November 2014

12 Spesies makhluk perosak hubungan sesama manusia

Aiman seorang yang ringan tulang dan dia ni agak lurus (lurus cerdik, bukan lurus bendul). Satu hari kawannya Borhan meminta tolong Aiman untuk mengambil anaknya di sekolah. Di sekolah tersebut, Aiman terjumpa dengan Nazri dan Nazri bertanya kepada Aiman, "Apa kau buat kat sini?" Aiman menjawab, "Borhan minta tolong ambil anaknya" sambil tersenyum, dan perbualan mereka tamat setakat itu sahaja... Full stop.


Selepas beberapa hari, Aiman perasan yang Borhan cuba mengelak dari berjumpa dengannya, jika bertembung pun Borhan sudah tak berapa friendly (tak macam sebelumnya), malah Aiman pernah dengar Borhan seolah2 seperti menyindir "Minta tolong sikit pun dah heboh sana sini".

Aiman yang lurus cerdik itu menjadi tak sedap hati. Dalam hatinya berkata, "Dia kata kat aku ke? Adakah pasal aku tolong ambil anaknya kat sekolah tu ke?"

Aiman tak nak minta penjelasan dari Borhan yang sedang tension dan menjarakkan diri daripadanya. Sebaliknya dia mengadu kepada yang Maha Mengetahui.

Akhirnya pada suatu hari Borhan memohon maaf kepada Aiman atas kelakuannya tempoh hari. Siasat punya siasat, rupa2nya Borhan termakan kata2 Nazri kepadanya, "Aku jumpa Aiman masa dia ambil anak ko kat sekolah tempoh hari, dia macam tak suka aje."


Jadi hati2lah dengan bisikan2 syaitan yang mencari2 peluang supaya manusia bermasam muka, syak wasangka, bergaduh, berpecah belah dan sebagainya.

Tak dapat pengaruh Aiman, dia pergi ke Borhan, Nazri dan ramai lagi, termasuk para suami, isteri, majikan, rakan sekerja/sekuliah, anak, adik beradik, jiran, dan lain2.

Oleh itu, sentiasalah mohon perlindungan dari godaan syaitan dan serahkan urusan kita pada yang Maha Tahu/Maha Segala2nya.


Dunia ini tempat ujian/dugaan, syurga jualah tempat kita menerima ganjarannya sekiranya ujian2 dapat ditangani mengikut Al-Quran dan Hadis, insya Allah.

Amin.

Kredit Auntie Mas.




tags: hati-hati berhati-hati dengan bisikan godaan syaitan pemecah belah manusia gaduh pengaruh syak wasangka prasangka masam muka

12 ulasan:

  1. bangang betul orng yang suka sampai2kan cerita yg tak betul pasal kita.. kita ikhlas.. dia ubah cerita supa kita dibenci

    BalasPadam
    Balasan
    1. benda ni biasa berlaku dikalngan org melayu je. org cina dan india diorg jaga hubungan sesama sendiri. melayu jenis kuat dengki..

      Padam
    2. org melayu mmg suka menokok nambah cerita, terutama org perempuan... ko cerita A kat dia, dia akan tambah BCD...

      Padam
    3. biarlah dia nk tambah.. kalau xtambah,, cerita jadi hambar.. ko paham ke pemikiran perempuan nak kutuk2 perempuan ni? mcmlah lelaki tu bagus sgt.. dah la selekeh.. lepak2 buang masa tu ngumpat jugak tu.. jgn perasan baik sgt la

      Padam
  2. Salah UMNO-BN benda ni berlaku.. percayalah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. anwar berahim, umno bn semua tu penuh dgn melayu.. mmg melayu suka saling dengki mendengki

      Padam
  3. PHD punye pasal.....xleh tgk org lain lebih sikit atau nmpk baik atau bagus (nmpk poyo sgt).

    Best practice, always double check info, bukan percaya kpd satu sumber sahaja...yg kelakarnya benda yg panas n mengaibkan xnak double check n percaya buta2, perkara baik mcm pertikaikan kesahihannya.

    BalasPadam
  4. Ya Allah, jauhkan aku daripada org camni. dan minta2 jugak dijauhkan daripada berperangai begini. Amin.Jom Visit Blog Saya and Follow sekali eh :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kenapa ko letak link blogwalking? nak mengumpat dan ubah cerita la tu.. merayau macam2 blog, pastu kutuk2 blog lain

      Padam
    2. anon 3:22
      ni PHD ke buruk sangka ke kurang ajar ke?

      Padam
  5. kat mana2 pon ada org macam ni..

    BalasPadam
  6. tak suka dengan orang yang suka buat2 cerita ni.. saja nak minta perhatian..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...