Iklan Leaderboard

Selasa, 11 November 2014

12 Kecelaruan Jantina dan Krisis Identiti

Makcik Murni membelek album gambar anaknya. Memang besar perubahan anaknya, Hazwan, dahulu dan sekarang. Kalau orang lain, penilaian mereka mungkin berdasarkan betapa cepatnya anak mereka membesar dan betapa besarnya perbezaan sikap anak mereka. Tapi tidak untuk Makcik Murni. Memang anaknya membesar dan memang sikap anaknya berubah. Namun tidak seperti kebanyakan anak orang lain, kecenderungan anaknya juga berubah. Sayu Makcik Murni memikirkan yang kini anaknya berubah menjadi wanita cantik berbanding lelaki kacak satu masa dahulu.

Gambar Hiasan
Keputusan Mahkamah rayuan yang menolak keputusan mahkamah tinggi di Seremban satu tika dulu dan memberikan kemenangan kepada segolongan lelaki kecelaruan jantina, mejadi titik tolak perubahan budaya di Malaysia. Jika dahulu mereka sedikit berlindung. Sekarang, lelaki boleh menjadi wanita. Wanita boleh menjadi lelaki. Lelaki boleh bersama lelaki. Wanita boleh bersama wanita.

Perlindungan undang-undang membuatkan Makcik Murni dan suami tidak dapat membendung pelarian anaknya dari norma manusia dan ajaran agama. Suaminya sudah kecewa. Terutama selepas Hazwan mengatakan yang dia telah berkahwin. Ya, selepas keputusan mahkamah rayuan tersebut, pelbagai undang-undang terbina dan memberi pelepasan kepada golongan kecelaruan jantina ini untuk melakukan apa sahaja atas dasar hak asasi manusia. Perkahwinan yang berlangsung tidak diterima agama, cukuplah sekadar mendaftarkan perkahwinan mereka. Makcik Murni dan suami ada menerima undangan resepsi perkahwinan anaknya. Namun ditolak mentah-mentah.

Di dalam tangisan, telefon rumahnya berdering. Gegas Makcik Murni bangun menuju ke arah telefon sambil mengesat air matanya. Disangkakan sudah kering, namun masih bertelaga.

"Assalamualaikum," sapa Makcik Murni.

"Mak. Ini Wanie mak," kedengaran satu suara yang dikepit-kepit di hujung corong.

"Wanie mana yer?"

"Anak mak kan sorang jer. wanilah,"jawab suara itu.

"Hazwan!" jerit Makcik Murni terkejut sedikit gembira.

"Wanilah mak. Apa Hazwan ni. Kan undang-undang dah benarkan saya tukar jantina. IC pun ada tulis," jawab Hazwan@Wanie, sedikit geram.

"Ya. Ya. Rindunya mak kat kau,"balas Makcik Murni. Walaupun kecewa, anak tetap anak.

"Wanie nak inform yang Mak akan jadi nenek," kata Hazwan@Wanie sedikit ketawa gembira.

"Kau ambil anak angkat ke?" soal Macik Murni melindungi rasa terkejutnya.

"Taklah! Anak saya dengan Roy lah," jawab Hazwan@Wanie.

Ganggang di tangan terlepas dari pegangan Makcik Murni. Dia hampir pengsan. Dengan sedikit kegagahan, dia mengankat kembali telefon.

"Hujung minggu ni, Wanie datang rumah mak yer. Datang sama dengan Roy. Bye Mak." Itulah kata-kata terakhir di dalam perbualan mereka sebelum talian dimatikan.

Kepala Makcik Murni masih berpinar. Dia tidak tahu apa yang telah terjadi. Bagaimana hubungan anaknya itu boleh melahirkan zuriat? Apa jenis pembedahan telah dibuat Hazwan? Sudah sampai tahap itukah perkembangan teknologi manusia? Lelaki boleh membuat pemindahan rahim dan mengandung? Adakah anaknya bermutasi dan mampu melakukan pembiakan aseks? Pelbagai persoalan bermain di fikiran Makcik Murni.

Sejurus suaminya pulang, Makcik Murni menceritakan perbualan telefonnya dengan Hazwan. "Kita memang dah selalu nampak, ada satu jer bukan dua!" itu respons yang diberi. Walaupun marah, mereka tidak sabar untuk menunggu hujung minggu tiba. Mungkin mencari jawapan untuk persoalan di kepala mereka.

Tibalah Ahad, Makcik Murni dan suami tidak tenteram duduk. Setiap kereta yang melepasi pagar rumah akan diperiksa. Jam 12:02 petang, sebuah kereta memasuki perkarangan rumah. Makcik Murni memanggil suaminya dan mereka bergegas ke pintu rumah.

Hazwan@Wanie keluar dari pintu sebelah pemandu. Tiada indikasi pada tubuh Hazwan@Wanie yang menunjukkan dia mengandung. Hazwan@Wanie melambai-lambaikan tangan kepada mereka dengan tersenyum. Dia tidak perasan yang kedua ibu bapanya masih terpinga-pinga.

Hazwan@Wanie pergi ke arah pintu hadapan penumpang dengan lenggang lenggok yang meloyakan dan membukakan pintu. Seorang lelaki pendek betubuh gempal keluar dari pintu tersebut. "Roy." bisik Makcik Murni kepada suaminya.

Selepas bersalaman dan duduk di sofa.

Tanpa membuang masa, Makcik Murni terus bertanya,"Bila anak kau lahir?"

"Doctor kata lagi dua bulan."

"Kau tak nampak macam mengandung pun!" tempelik bapanya.

"Bukan saya yang mengandung ayah, Roy yang mengandung," jawab Hazwan@Wanie selamba.

Kepala Makcik Murni berpinar-pinar. Cuba menghadam informasi anak mereka itu. Dalam keadaan kepalanya yang sangat sakit itu, Makcik Ani baru terperasan raut muka Roy yang bujur sirih seperti perempuan. Barulah segalanya jelas....

Di dalam kesakitan kepala yang amat sangat itu juga, Makcik Murni perasan yang suaminya sedang memegang dan mengurut sendiri dada di sebelah kiri. Nafasnya tercungap-cungap. Tapi Makcik Murni tidak dapat membantu. Pandangannya menjadi gelap, kepalanya menjadi kosong....


12 ulasan:

  1. skrip nih boleh masuk siri TV Twilight Zone...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Misteri Nusantara citer pasal hantu bhai! yang ni best nih boleh masuk skrip Twilight Zone sebab ending dia ada twist baikkk punya!

      Padam
  2. ini baru buasirotak punya cerita dah tukar position kerjaya perempuan menyamar lelaki beranak lelaki menyamar perempuan pulak relax =.= dh mcm wtfish

    BalasPadam
  3. Awek no 2 dari kiri nampak cun!

    Papepun kehidupan di dunia ni perlu berteraskan agama..bukan logik akal semata2. Sy respect kalau mak nyah 4 org di atas boleh solat lengkap 5 hari sehari semalam. Jgn smpi sebab mereka..malaysia non stop ditimba bala dr Allah mcm MH370 & MH17 atau sebarang bencana alam lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg ngko plak logik akal tuhan mana kau pakai? nyah tuh buat dosa orang lain pun terpalit sama kena bala? ni dakyah paderi kristian nih! pakai macam pompuan logik akal rupanya baru aku tau! tak perlah, suka kau la labu!

      Padam
  4. macam macam dah jadi sekarang ni. makin takut dengan dunia sekarang.

    BalasPadam
  5. ahakss...
    aku baca dengan penuh ketenangan...

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Mohon drama ni difilemkan di Rembau. Maklum la N9 sekarang tempat org LGBT dapat perlindungan dr hukuman syariah yg dh terbatal tu haha.. Hidup BN!

      Padam
  7. perrrghhh boleh buat drama ni .. tebaik la

    BalasPadam
  8. Hehe olahan yg sangat menarik! I like it ;) thanx B.O

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...