Sumber Harian Metro |
Ya, begitulah antara petikan ucapan Perdana Menteri DS Najib Razak ketika perasmian Expo MAHA 2014 di Serdang, tapi itu yang dalam khayalan aku. Petikan ucapannya yang sebenar adalah seperti berikut:
"Rugi kalau kita beri subsidi minyak, sebab apa? Tuan-tuan semua bawak apa? Bawak kapchaaai... betul tak? Orang di sini pakai kereta Mercedez, kereta besar. Sekali diisi minyak, 75 liter. Sekali kita isi minyak, kapchai 7 liter. Siapa untung kalau subsidi minyak? Orang kaya untung."
Ucapan yang disiarkan di berita RTM TV1 dan TV Selangorku dipotong hanya setakat itu sahaja. Teks ucapan penuhnya tidak dijumpai, kalau ada menarik juga untuk dibaca. Aku faham apa yang DS Najib nak sampaikan, sama seperti entry2 berkaitan subsidi minyak yang aku dah tulis sebelum2 ini, tapi cara beliau menyampaikannya kepada para hadirin yang rata2 terdiri daripada petani, bagi aku sangat lemah dan teruk sampai ia dijadikan bahan untuk ditroll oleh netizen.
Logiklah sikit, takkan semua peserta program MAHA 2014 tu pakai motor kapchai? Takkan semua petani pakai kapchai dan tak mampu beli kereta walau kereta terpakai yang murah? Mungkin ada juga petani yang sudah sangat berjaya sehingga mampu membeli kereta Honda Accord? Adakah teks ucapan tu Najib sendiri yang sediakan atau pegawai khas dia yang sediakan? Cuba baca balik petikan tu, tak rasa macam menjengkelkan ke?
Aku rasa kalau dia bagi ucapan macam teks yang aku tulis kat atas sekali tu, bagi aku ia lebih sesuai dan sampai maksudnya kepada hadirin dan rakyat semua, malah mungkin boleh menarik sokongan dan sorakan daripada para hadirin pada masa itu. Dan sekurang2nya, ia tidak dijadikan bahan oleh rakyat untuk menghentam balik PM Najib.
Sebab tu aku pernah tulis sebelum ni kat sini, kerajaan Najib bukanlah kerajaan yang gagal, tapi yang gagal adalah cara dan kaedah mereka menerangkan dan menyalurkan maklumat kepada rakyat, bermula dari macai, ahli parti, cybertrooper, agensi/jabatan kerajaan, pegawai tinggi kerajaan, menteri2 sehinggalah pemimpin kerajaan no. 1 sendiri.
Dan apabila DS Najib bertanya "Di mana silap kita?" kepada barisan kepimpinan UMNO, bagi aku tak perlu tanya jauh2. Dato' Seri buka balik akaun Facebook rasmi Dato' Seri, kemudian baca balik semua komen2 yang rakyat jelata tulis kat situ, nanti Dato' Seri tahulah kat mana silapnya kita.
tags: petani tidak akan terkesan dari pemansuhan subsidi kerana pakai motor motosikal kapcai najib tunggang kapchai hijau dengan rosmah pameran expo maha 2014
Dato Seri Najib : Ada aku kesah? Pigi mampos la dgn lu rakyat.
BalasPadamForst Ale-Utoh!!!
Forst?
PadamForest kot....
PadamKalau nak sembang pasal isu minyak ni...7 hari 7 mlm pon tak habis...nak tak nak kena bertabah jer la...
BalasPadamHabis je klu sembang.
PadamSemua salah Najib UMNO dan BN!
BalasPadamcer bagi KJ explain...best woh dia explain...mamat Oxford explain memang logik semua!
BalasPadamSekarang pun dah bertabah dengan kenaikan harga minyak... suka tak suka tetap kena hadap juga.. nak marah tapi Dato Seri nak dengar ke luahan hati kita rakyat jelata..?
BalasPadamapa - apa pun gua nak cari balik lah c70 nih hehehe
BalasPadamaku xtaulah kanapa aku rasa kalau najib bg ucapan ni kan entah apa2.. mentang2lah dia bg ucapan kat petani atau warga desa, dia punya ucapan pun dah macam ketua yg taraf kampung2 punyalah.
BalasPadamSerius annoying kn? Gaya percakapan, intonasi, mimik muka, semua out..mcm bg kempen ke org yg xpnah msk skolah..
Padamnajib.. tlg amik noob jd penulis teks ucapan ko.. yg ada skrg semuanya level sampah
BalasPadamsetujuu!!ptd yg buat teks najib ni macam sampah betul karangannya..
Padam