Iklan Leaderboard

Jumaat, 14 November 2014

6 Segmen Maharaja Lawak Mega 2014 - Minggu 1

[TONTON ONLINE STREAMING DAN ULASAN] Maharaja Lawak Mega 2014 menyaksikan pertarungan antara 15 peserta iaitu Sepahtu, Shiro, Bocey, Virus, Nabil, Comey, SYJ, Jalor, Sayot, Kepoh, Ekzos, Samurai, Shake, Wala dan Zero. MLM tahun menyaksikan penyertaan kumpulan2 yang sama seperti tahun lepas, kumpulan yang baru, kumpulan yang bertukar ahli, tiada peserta dari Indonesia dan Nabil masih satu2nya peserta solo. Kumpulan favorite Jozan tidak menyertai MLM kali ini namun Zizan menyertai kumpulan Jambu untuk membentuk kumpulan Virus.


Berikut adalah undian SMS permulaan sebelum gelanggang bermula. Seperti biasa, peserta2 favorite dunia lawak Astro mengungguli 4 teratas, manakala tempat 5 diduduki oleh pendatang baru iaitu Sayot. Tahun ini mungkin kedudukan Nabil tergugat sikit.


Juri Tetap: Datuk Jalaludin Hasan, Farah Quinn, Taufik Batisah dan Nur Fazura

* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...

  • HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
  • HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
  • HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
  • HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
  • LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
  • LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
  • ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

Tonton persembahan setiap peserta Maharaja Lawak Mega 2014 - Minggu 1 di bawah.

TEMA: Bebas

1. COMEY (Laugh-O-Meter: LOL)

Intipati lawak: Lawak minta kerja pak guard, lawak orang melayu, lawak bahasa Inggeris, lawak kawad.
Komen: Gandingan Ropi dan Suhaimi ni sememangnya ada chemistry, dengan Suhaimi menjadi feeder dan Ropi jadi killer. Kelebihan pada Ropi adalah cara dia gelak dah boleh buatkan orang lain gelak. Permulaan yang bagus.

Rating Juri: 4 bintang

2. WALA (Laugh-O-Meter: HAHA)

Intipati lawak: Lawak budak asrama, buli budak baru, lawak permainan budak2.
Komen: Mereka gunakan isu buli pelajar sekolah yang baru2 ini viral di Internet sebagai topik utama, cuma mungkin banyak punchline yang kurang menjadi. Persembahan menurun sikit berbanding minggu lepas.

Rating Juri: 4 bintang

3. SHAKE (Laugh-O-Meter: HAHA)

Intipati lawak: Sambungan lawak juri minggu lepas, lawak juri bagi komen, lawak bahan Amir.
Komen: Biasanya lawak ulangan minggu lepas susah nak menjadi sangat, dan ia terbukti dengan persembahan mereka malam itu. Dan berbekalkan modal membahan Amir sebagai modal utama lawak, mereka perlu fikir sesuatu yang lebih baik dari ini. Mungkin Amir pula perlu membahan Bell dan Mie macam dalam Super Spontan.

Rating Juri: 3 bintang

4. SAMURAI (Laugh-O-Meter: HAHA)

Intipati lawak: Lawak orang Indonesia datang Malaysia kantoi dengan drebar teksi.
Komen: Plot cerita mereka minggu ini kurang menyerlah. Persembahan mereka di hot seat nampak lebih menyerlah. Bagi aku Arin sepatutnya diberi tugas yang lebih menyerlah sebab dia ada kelebihan membuat lawak menggunakan mimik muka dan gerakan tubuh badan yang slapstik.

Rating Juri: 4 bintang

5. JALOR (Laugh-O-Meter: LOL)

Intipati lawak: Lawak pakcik dan bayi hyperaktif macam alien plus miang, lawak double meaning, lawak kreatif.
Komen: Rahim yang membentuk kumpulannya sendiri untuk MLM tahun ini memang tidak mengecewakan, sekurang2nya untuk malam permulaan. Kekuatan untuk sketsa minggu ini adalah Along yang jadi bayi gatal tu kerana ia penuh dengan elemen kejutan dan kreativiti, cuma jangan diulang lawak ini untuk minggu seterusnya.

Rating Juri: 4 bintang

6. NABIL (Laugh-O-Meter: HAHA)

Intipati lawak: Lawak standup comedy, juruteknik, tukang jaga parking dan pemandu jadi penari, lawak musical comedy miming.
Komen: Pada permulaannya Nabil cuba untuk menjadi dirinya kembali dengan menjadi Nabil dan bukan watak orang lain yang bagi aku memang bagus, cuma di separuh penceritaan, dia menjadi orang lain dengan watak tukang jaga parking dan pemandu. Sepatutnya dia kekalkan yang itu adalah dia sendiri.

Rating Juri: 3 bintang

7. ZERO (Laugh-O-Meter: LOL)

Intipati lawak: Lawak adik beradik, lawak belajar untuk SPM, lawak pukul nyamuk, lawak buat lagu, lawak nyakat juri.
Komen: Ini aku panggil sketsa standard kumpulan Zero iaitu babak 3 orang adik beradik dalam rumah dengan sofa di tengah2. Sketsa standard mereka ini kalau bahan dia bagus memang menjadi, tapi boleh juga memakan diri kalau bahannya tidak begitu bagus. Dan aku puji mereka kerana untuk minggu ini mereka tidak memerlukan kekuatan watak Mawar.

Rating Juri: 4 bintang

8. BOCEY (Laugh-O-Meter: HAHA)

Intipati lawak: Lawak kedai makan, lawak berat badan, lawak belanja makan, lawak konfius bagi2 duit.
Komen: Persembahan minggu ini tampak sedikit hambar dan bukan persembahan standard mereka ketika di MLM2013 yang mana setiap minggu sangat menyerlah. Dan lawak konfius di part hujung tu sangat dragging dan mengambil masa terlalu panjang, seperti lawak konfius kumpulan Sepahtu Sana Sini Situ tahun lepas.

Rating Juri: 3 bintang

9. SHIRO (Laugh-O-Meter: HAHA)

Intipati lawak: Lawak banduan penjara, lawak jual dadah, lawak iklan Instagram, lawak no. plat JPJ, lawak birthday,  lawak gaduh adik beradik, lawak badminton.
Komen: Entah kenapa sketsa kumpulan Shiro juga agak hambar minggu ini, mungkin kerana banyak sangat bercakap dan cuba membuatkan ia nampak terlalu dramatik. Mungkin untuk menaikkan semula mood penonton, mereka perlu bawakan semula watak Mujibur atau Hidup YB. 

Rating Juri: 3 bintang

10. SAYOT (Laugh-O-Meter: HEH)

Intipati lawak: Lawak anak perempuan kena rasuk, lawak ritma perkataan dan abjad.
Komen: Aku rasa mereka ini adalah finalis bagi rancangan Skool of Lawak, tapi entah kenapa seperti tiada aura lawaknya, mungkin kerana telah ditenggelamkan oleh aura pelawak2 otai yang lain, tambahan lagi jalan cerita sketsa dan punchline yang tidak kuat.

Rating Juri: 2 bintang

11. SYJ (Laugh-O-Meter: HAHA)

Intipati lawak: Lawak pemandu lari road block JPJ, lawak isu semasa, lawak Che Ta, lawak jaga parking.
Komen: Kumpulan SYJ minggu ini kelihatan terlalu mencuba, mencuba untuk membuat lawak berdasarkan isu2 semasa yang pernah viral seperti isu no. plat JPJ, Che Ta beranak sponsor dan lain2 tapi kurang menjadi. Mungkin ramai penonton sudah tidak menggemari lawak2 yang berbentuk sindiran dan sarkastik.

Rating Juri: 3 bintang

12. EKZOS (Laugh-O-Meter: LOL)

Intipati lawak: Lawak adegan nikah kahwin, lawak loyar buruk, lawak main kasar, lawak tak terjangka.
Komen: Kelemahan punchline team ini adalah terlalu banyak lawak loyar buruk, tapi kelebihan mereka pula adalah banyak lawak kasar dan cakap lepas seperti lawak P. Ramlee. Watak budak menjengkelkan yang dilakonkan oleh Raja Azri memang sangat menjadi.

Rating Juri: 4 bintang

13. SEPAH (Laugh-O-Meter: LMAO)

Intipati lawak: Lawak anak kena marah ayah, lawak budak sekolah, lawak gay, lawak lirik lagu.
Komen: Nampaknya kemasukan Ilya dalam kumpulan Sepahtu memang menjadi dan tidak menjadi sekadar sidekick. Kekuatannya dia boleh buat lawak dengan muka selamba tanpa rasa bersalah. Dan lawak menggunakan lirik lagu pada penghujung sketsa memang bagus, cuma lawak gay Shuib membuatkan aku agak geli geleman.

Rating Juri: 4 bintang

14. KEPOH (Laugh-O-Meter: HEHE)

Intipati lawak: Lawak buli budak sekolah singlet hitam, lawak cikgu, lawak kelas, lawak matematik, lawak bisnes MLM.
Komen: Mereka juga menggunakan isu semasa iaitu kes buli budak sekolah singlet hitam, namun percubaan yang agak gagal. Seperti kumpulan Sayot, mereka juga merupakan pendatang baru dari rancangan komedi TV3 iaitu Bintang Mencari Bintang, finalis mungkin, sama seperti kumpulan Bocey. Cuma mungkin terlalu baru maka auranya kurang.

Rating Juri: 2 bintang

15. VIRUS (Laugh-O-Meter: LOL)

Intipati lawak: Lawak Zizan kena ugut dengan kumpulan Jambu untuk membentuk kumpulan Virus, lawak kasar, lawak pukul2, lawak spontan.
Komen: Ini boleh aku cakap sebagai lawak introduction kumpulan Virus. Walaupun Yus, Tauke dan Zizan datang dari rancangan Raja Lawak musim pertama, namun mereka perlu mencari lagi keserasian dan menggali lagi kekuatan masing2 jika mahu bersaing dengan kumpulan Sepahtu. Mereka kena kenalpasti siapa yang nak jadi feeder, killer dan orang yang kena bahan.

Rating Juri: 4 bintang

Man of The Match: Zizan

Peserta yang tersingkir: KEPOH dan SAYOT.

Kesimpulan:

Untuk minggu pertama ni, rata2 prestasi peserta dari kerusi panas lebih memberangsangkan daripada peserta yang telah masuk secara automatik. Malah peserta2 yang datang dari rancangan Skool of Lawak iaitu SAYOT dan Bintang Mencari Bintang iaitu KEPOH persembahan mereka terlalu hambar, mungkin kerana standard pentas MLM itu sendiri yang sangat besar dan gah di persada lawak jenaka.

Peserta favorite tahun lepas seperti SHIRO, BOCEY dan SYJ juga bagi aku persembahan mereka minggu ini agak mengecewakan dan tenggelam berbanding kumpulan2 lain, malah pasukan dari hot seat seperti JALOR, ZERO dan EKZOS tampak lebih memberangsangkan. NABIL pula bagi aku dia cuba kembali menjadi diri dia kembali seperti dulu, namun punchline kena lebih intelligent lagi.

Cuma persaingan yang aku nampak untuk MLM2014 kali ini sudah tentu di antara kumpulan SEPAHTU selaku juara tahun lepas dan juga kumpulan VIRUS yang mempunyai kelompok peminat yang besar dari kalangan peminat JAMBU dan JOZAN terutama Zizan itu sendiri.

Ranking aku untuk persembahan Minggu 1:

1. SEPAH (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: 4 bintang)
2. EKZOS (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: 4 bintang)
3. JALOR (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: 4 bintang)
4. VIRUS (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: 4 bintang)
5. ZERO (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: 4 bintang)
6. COMEY (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: 4 bintang)
7. NABIL (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: 3 bintang)
8. WALA (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: 4 bintang)
9. SHIRO (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: 3 bintang)
10. SAMURAI (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: 4 bintang)
11. BOCEY (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: 3 bintang)
12. SHAKE (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: 3 bintang)
13. SYJ (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: 3 bintang)
14. KEPOH (Laugh-O-Meter: HEHE | Rating Juri: 2 bintang)
15. SAYOT (Laugh-O-Meter: HEH | Rating Juri: 2 bintang)

Kredit gambar: Fanpage Maharaja Lawak
Kredit video: Fanpage Pencuri Movie | Youtube Astro Gempak
Laman rasmi MLM2014: http://www.maharajalawakmega.com.my/




tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2014 mlm tonton watch full video live online streaming siaran langsung peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri hasbullah awang anzalna noh hujan datuk jalaludin hasan farah quinn taufik batisah nur fazura video penuh download youtube hd astro mustika warna markah episod minggu 1 zero samurai shake ekzos wala sepahtu shiro bocey virus nabil comey syj jalor sayot kepoh

6 ulasan:

  1. Shrek is love,Shrek is life15 November 2014 10:30 PG

    Mcm biasa. First!!!!!!.

    BalasPadam
  2. Macam pelik je virus boleh dapat lol..rasanyan setakat hehe je .tkdela lawak pun..pukul2 org..jerit2..tkde idea lain ke..

    BalasPadam
  3. damn lawak gay

    BalasPadam
  4. Macam ada yang tidak kena...virus out!!

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...